Semalam Mak dan adik selamat sampai ke tanahair selepas 10 hari menunaikan umrah. Mak pegi hari Ahad lepas 28 Mac-6 April 2010. Masa mak pegi aku tak dapat nak hantar ke KLIA sebab outstation di Sungai Petani, Kedah. So, bila mak balik ni adalah peluang aku menjemput bersama-sama dengan abah dan adik no 4 dan no 6. Mak nampak sangat happy dapat menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah selepas 25 tahun iaitu pada masa mak pergi menunaikan fardhu haji. Bukan main panjang lagi sengih mak masa sampai semalam.
Walaupun aku tiada, anak-anak sekolah macam biasa. Anak yang sulung, minta jiran tolong amikkan semasa balik sekolah. Kebetulan anaknya sama satu sekolah dengan anakku. Yang no 2 dan no 3, terus pegi tuisyen naik van. Terpaksa ponteng sekolah agama. Tapi ganti balik hari Rabu nanti (hari ni la). Sepatutnya petang aku ambil, tapi disebabkan tak sempat so aku minta pusat tuisyen tu tolong hantarkan ke rumah. Aku suka pusat tuisyen ni senang nak berurusan dan sangat tidak berkira walaupun aku cakap akan bayar duit van. Katanya sesekali tak apala. FOC.
So, pagi tadi semasa aku hantar anak kat sekolah seperti biasa sembang-sembang dalam kereta tu. Semalam tak sempat nak tanya apa yang berlaku di sekolah. Selalunya aku akan tanya masa balik sekolah. Pertanyaan biasa selalunya, hari ni belajar macam mana, kena marah dengan cikgu tak? kena rotan/denda tak? (ye sekolah cina, ibubapa masih membenarkan anak2 di rotan tapi tidaklah sampai memudaratkan)
So my only doter, Baby cerita dia punya ejaan subjek Agama dapat semua betul. Dalam kelas tu (Tahun 2 ada lebih kurang 6 orang pelajar Melayu) hanya dia seorang aje dapat semua betul dan yang lain semua dapat markah kosong. Aku tanya ejaan tu dalam tulisan apa? Tulisan Jawi jawab Baby.
Aku terdiam seketika. Disebabkan pelajar Melayu tak ramai, so kami ibu-ibu ni kenal diantara satu sama lain. Aku tahu hanya aku seorang sahaja yang hantar anak ke sekolah agama petang. Yang lain cakap nak kena hantar anak ke tuisyen sebab risau penguasaan Bahasa Cina lemah. Lagipun tak sempat nak hantar anak ke sekolah agama sebab SJKC waktu persekolahannya tamat agak lewat daripada SK. Mereka hantar anak-anak ke tuisyen mengaji pada setiap Sabtu dan Ahad untuk memenuhi keperluan agama anak masing-masing.
Well, bukan nak cakap aku bagus. Entri ni bukan tujuan untuk membangga diri atau mengata orang tak cukup bagus. Tapi bagi aku, keperluan AGAMA anak-anak aku tak boleh KOMPROMI. SJKC bukan alasan untuk tidak menghantar anak ke sekolah agama. Baby anak aku yang ke 3 belajar di sekolah SJKC. Bermula dari anak sulung, walaupun sekolah cina, aku tetap hantar ke sekolah agama. Anak aku tetap tuisyen macam anak orang lain. Kalau di Melaka, sekolah agama untuk Tahun 1-3, Isnin-Rabu. Tahun 4-6, hari Rabu-Jumaat. So, apa yang aku buat ialah Baby ke sekolah agama setiap Isnin dan Selasa. Rabu-Jumaat dia pergi tuisyen. Alasan aku ialah Hari Rabu hari paling singkat tempoh pembelajaran dan selalunya cikgu jadikan hari Rabu hari aktiviti. Ariff (anak no 2, tahun 4) ke sekolah agama setiap Khamis-Jumaat.

Walaupun hanya 2 hari di sekolah agama, Baby masih di kelas pertama dan mendapat nombor 1-3 dalam kelas. Malah dapat mengalahkan pelajar-pelajar SK. Dilantik jadi Pengawas lagi. Ariff pula juga di kelas pertama dan kedudukan antara 15-19 dalam kelas yang mempunyai 34 orang pelajar. Ariff dan Baby satu-satunya pelajar SJKC dalam kelas masing-masing. Mereka memang sering datang lewat ke kelas tapi sebagai ibu aku telah memaklumkan tentang kemungkinan berlaku kelewatan dan ketidakhadiran kedua-duanya pada hari Rabu. Sekolah boleh bertolak-ansur. Alhamdulillah.Cuma kalau ada exam, mereka akan skip tuisyen. Setakat ni semuanya berjalan lancar dan tiada masalah.
Kenapa pentingnya sekolah agama?
i) Anak-anak boleh pandai membaca dan menulis jawi
ii) Anak-anak akan tahu tentang fardhu ain
iii) Anak-anak akan tahu tentang ulum shar'ie
iv) Ada basic Bahasa Arab
v) Belajar sembahyang
vi) Hafalan surah2 lazim bagi tujuan sembahyang
vii) Sejarah Nabi dan Islam
viii) Hukum-hukum basic dalam Islam. Tentang najis, halal dan haram, lelaki dan perempuan, syurga, neraka, aurat dsbnya
Semua perkara-perkara ini kita (akula) tak mampu nak ajar kat rumah. Kalau nak ajar mengaji mungkin boleh. Tapi perkara-perkara lain seperti Fardhu Ain, Bahasa Arab, Ulum, Jawi...semua ini memerlukan ustaz/ustazah. Aku pernah bertukar-tukar pendapat dengan ibu-ibu yang satu kelas dengan anak aku. Tapi, aku tahu masing-masing mempunyai pendapat tersendiri yang mungkin dirasakan terbaik untuk anak masing-masing.
Tapi kalau tulisan jawi tak tahu...fardhu ain tidak diajar..
aku tak tahu nak cakap macamana...Bukankah tulisan jawi lambang jiwa melayu dan Islam serta berkait rapat dgn asas Alquran. Ditakuti akan datang, bila bangsa lain nak menggugurkan dan menidakkan tulisan jawi serta menaikkan tulisan mereka terutama di papan-papan tanda, tiada lagi orang yang akan membantah sebab anak-anak kita juga merasakan tiada kepentingannya sebab mereka sendiri tidak tahu membaca jawi. Nauzubillah!