Sesungguhnya panggilan tepat jam 6.30 pagi tu benar-benar menyentap jantung hatiku. Mata yang tadi sangat melekat dikelopak mata terasa buntang tiba-tiba. Sayu dan sendu kedengaran dihujung talian menyedarkan aku daripada mimpi. Ya Allah, lagi seorang insan yang aku sayangi kembali kepadaNYA. Adakah ini jawapannya kepada tidak keruan hatiku sejak minggu lepas?
Followers
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Sunday, March 6, 2011
Monday, July 12, 2010
La Tahzan...Sahabatku
Degupan jantung bagai terhenti saat menerima berita sahabat rapatku, Noor (bukan nama sebenar) mengidap penyakit yang amat ditakuti oleh kaum wanita, kanser payudara tahap 4.
Sebelum mendapat tahu berita tersebut, Noor yang baru beberapa bulan melahirkan anak ke lima mengalami bengkak susu yang berlarutan. Terdapat ketulan di payudara kirinya. Bagi yang pernah mengalami bengkak susu pasti mengalami keadaan yang ada ketulan dipayudara kesan susu yang tersumbat. Aku pun pernah mengalami keadaan ini sehingga bengkak dan terpaksa berjumpa pakar kerana sakit yang amat sangat. Doktor pakar memicit ketulan tersebut dengan kuat agar ketulan itu dapat dipecahkan kerana ditakuti ianya bertukar menjadi nanah dan terpaksa dibedah. Bagai nak menitik air mataku semasa Dr memicit ketulan tersebut.
Jadi apabila Noor mengadu kepadaku keadaannya itu, aku cakap agaknya Noor mengalami bengkak susu sementelah dia mempunyai anak kecil yang masih menyusu badan. Tetapi keadaannya berlainan daripada diriku. Badannya lemah dan tangan sebelah kiri hampir tidak boleh diangkat. Payudaranya bengkak dan tidak boleh tersentuh. Sakit yang amat. Ujian Dr kali pertama tidak mendapat apa-apa keputusan. Selepas beberapa bulan, keadaan masih tidak berubah, Noor melakukan pemeriksaan di hospital lain dan apa yang ditakutinya benar-benar berlaku apabila Dr yang memeriksanya menyampaikan berita yang mengejutkan itu.
Tapi aku tahu Noor tabah orangnya. Dari nada suaranya melalui telefon tatkala dia dimasukkan ke hospital untuk rawatan kemoterapi aku tahu dia dapat menerima takdir yang menimpanya. Walaupun berat, katanya tatkala aku memuji sikapnya yang sangat positif itu, dia tabah demi anak-anaknya yang seramai 5 orang. Anak Noor masih kecil. Paling tua kalau tak silap baru 11 tahun, 9 tahun, 7 tahun, 3 tahun dan 8 bulan. Anaknya masih memerlukan kasih sayang seorang ibu.
Aku pergi melawatnya di rumah ibubapanya seusai kemoterapi yang pertama. Noor dibenarkan pulang selama 2 minggu. Dalam perjalanan ke sana aku membina skrip perbualan dan merangka kata-kata semangat. Aku sebenarnya tak tahu nak cakap apa, nak berbual apa. Tapi aku harap kehadiranku dapatlah sedikit sebanyak menggembirakan hatinya. Yelah Noor seorang wanita yang aktif. Ramai kawan. Tiba-tiba terpaksa hanya duduk di rumah dan menahan kesakitan pastinya menimbulkan kebosanan.
Alhamdulillah selepas kemo, Noor tidak mengalami alahan seperti orang lain yang biasa ku dengar. Noor tidak mengalami muntah2, lembik2 badan, pening berterusan. Apa yang keperhatikan Noor masih boleh berbual seperti biasa wpun lontaran suaranya lemah sedikit, masih boleh ketawa, masih boleh bercerita. Malah menceritakan saat kebosanan di hospital, beliau masih sempat melayari internet dan mendengar ceramah-ceramah motivasi. Lega aku mendengarnya. Kehadiran suami yang sentiasa berada disisi dan mengambil alih tugasnya sebagai ibu begitu menyentuh hatiku...
Dalam keadaan sebegini, apa yang perlu Noor lakukan adalah "La Tahzan" iaitu Jangan Bersedih. Kesedihan hanya akan mempercepatkan sel barah dari merebak. Tiada apa-apa yang mampu aku hadiahkan kepadamu Noor hanya senaskah buku ini moga ianya dapat memberi panduan dalam perjuanganmu melawan penyakit ini. Naskah ini juga antara koleksi kesayanganku dan kuharapkan kau dapat sesuatu yang baik daripadanya.
Noor aku sentiasa mendoakanmu dalam setiap solatku, moga kau cepat sembuh dan sentiasa tabah meniti hari-hari yang seterusnya. Amin!!

Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari
Dia datangkan petir dan kilat
Kita menangis dan tertanya-tanya...
ke mana hilangnya sinar
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi....
Tuesday, April 13, 2010
Cabaran Biggest Loser
Sebenarnya dah lama dah berazam nak kurus ni. Tapi tak taulah kenapa asyik gagal aje. Turun 2 kg, naiknya 3 kg. Lepas tu turun lagi 2 kg, naik lagi 3 kg. Last-last tengok kat cermin, eh tu aku ke? ingatkan syanie tadi...wakaka! Syanie pun dah kurus la ni hasil pembedahan pendekkan usus perut. Tapi aku rasa dia perlupun buat macam tu sebab berat badan dia mengikut doktor dah tahap kronik dah.
Aku kalau ikut sejarah, memang selim melim la sebelum ni. Dengan ketinggian 153 cm, berat 50kg-52kg, aku di kira petitela,,,comel gak...Berat ideal. Menjadi idaman jejaka malaya (pergh!!) Tapi segala-galanya berubah bila aku mula kahwin...(sila salahkan Ali...hahaha) dan dpt anak. Berat badan naik mencanak-canak. Rekod paling cemerlang aku pernah pegang ialah 79.5 kg. Tapi tu masa mengandunglah. Kalau tak mengandung 67kg. BMI 27.8. Dakwat merah tu tanda obes tahap 1. Waaaa..dah obes dah aku ni. Tulun!! Kalau jalan tu dah rasa mcm penguin la cuma lenggang cantik sikit dari penguin. Itupun sebab aku goyang lebih sikitla, supaya orang tak perasan aku jalan macam penguin la kan.
Tapi kali ni aku nekad. Betul, serius ni (tapi rasanya dah puluh kali dah nekad mcm ni). Kalau korang tak percaya, cuba tengok kat blog ni bahagian atas sebelah kanan tu. Nampak tak ada weight ticker. Itulah tandanya aku serius nak kurus. Aku start masa aku 66kg. Setelah beberapa ketika aku mendietkan diri, mengaerobik kan diri, maka aku berjaya kurangkan jeng!jeng!jeng! SATU kilo...yahuu!
Yahuu kebendanya. Aku frust ok. Aku rasa dah banyak dah peluh ku tumpah. Berbaldi-baldi. Beberapa kali juga aku hanya menahan air liur dari menitik bila melihat makanan kegemaranku dihidang atau ditayang-tayang didepan mataku. Bukan setakat air liur, air matapun mengalir tau..
Hasilnya, SATU kilo.
Ini tak boleh jadi. Disebabkan aku serius nak kurus, maka aku perlukan booster. Mungkin banyak sangat lemak tepu dlm badan yang hanya boleh dihapuskan hanya menggunakan `bom lemak'. So aku pun mencuba satu produk ni. Actually baru aje dapat petang tadi. Lepas maghrib dengan rasa terujanya dan dengan semangat berkobar-kobarnya aku pun minum teh herba dan 1 biji kapsul. Katanya dalam teh herba tu ada bahan yang berfungsi sebagai bom lemak. Kalau ikut testimoni jiran sebelah rumah, dia turun 10 kg dalam tempoh 3 bulan lebih. Mengancam habis. Tu yang aku tak tahan tu. Tengokla macamana? Kalau tak kurus jugak, nak buat macamana. Mungkin dah ditakdirkan aku begini selamanya..(ceh, mood sedihla pulak). Apa-apapun aku akan update selepas sebulan dari tarikh hari ini (13 April) dan kita tengok macamana ek...Tungguuu...(waduh tercabarnya aku)
Ini dia produk yang ada bom lemak tu..Tak pernah dengarpun dulu. Tapi rupanya dah 4 tahun dah kat Malaysia, ada sijil halal dan pengiktirafan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

Saturday, February 13, 2010
Viagra Untuk Wanita. Ada sesapa nak?
Untuk Bacaan 18 tahun ke atas sahaja. Jika anda berumur selain daripada itu
sila tinggalkan laman ini.
Pernah dengar tak tentang viagra untuk wanita? Aku tak pernah dengar. Inilah kali pertama aku mengetahui rupa-rupanya viagra juga ada untuk kaum wanita.
Dikhabarkan viagra ini berfungsi untuk membangkitkan keghairahan wanita dan mempercepatkan orgasme bahkan lubrikasi (pelinciran) semakin baik dan sensasi semakin meningkat. Produk ini telah lama dikeluarkan di luar negara terutama di negara-negara barat dan nyata telah banyak membantu wanita-wanita yang mengalami masalah seksual dan juga wanita-wanita menapous. Ia dikatakan bertindak sama seperti viagra untuk lelaki iaitu melancarkan perjalanan darah ke alat kelamin lelaki dan pengaliran darah yang lancar ini juga rupanya faktor penting dalam membangkitkan keghairahan wanita.

Tapi, awas ya..baru-baru ini dalam salah sebuah akhbar tempatan melaporkan viagra untuk lelaki telah diubahsuai oleh sebuah syarikat jualan langsung (MLM) bagi dijadikan viagra wanita malah dijual secara haram dan diakui boleh mengancam nyawa ribuan wanita yang mengambilnya kerana menyangka ia makanan kesihatan. Bagaimanapun penjualan produk viagra wanita itu tumpas selepas pihak penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjaya merampas produk `panas' yang dianggarkan bernilai RM1 juta.
Bahan yang digunakan dalam ubat tersebut dikatakan amat merbahaya kepada individu yang mengidap darah tinggi, sakit jantung dan kandungan kolesterol yang tinggi. Ia boleh menjadikan tekanan darah menjadi terlalu rendah. Akibatnya mangsa boleh pengsan mendadak atau pitam. Untuk keterangan lanjut sila baca di sini.
Hurm, aku tak nak komen banyak-banyak pasal ni. Takut timbul lak kontroversi lain lak. Tapi bagi aku kan, kalau lelaki tu tau bagaimana nak merangsang isterinya, tak payahlah nak amik ubat-ubat perangsang ni kan!
Friday, January 22, 2010
Tips pada yang pakai contact lens...
Siapa yang pakai contact lens atau kanta lekap kat sini...Sila angkat tangan...! wah ramai gak tuh..Korang pakai contact lens (CL) sebab apa? Sebab nak cantik ke...sebab rabun...ikut trendke...
Aku personally memang pakai CL ni...lama gak la..dah...jap aku kira....emmm...dah 16 tahun gak aku pakai CL ni...fuhh lama giler...aku pun tak sangka. Aku pakai spek sejak form 1 lagi. Aku memang tak suka pakai spek ni...rimas...lepas tu aku lak jenis lasak. Kalau tido memang jarangla nak bukak spek. Takut kang mimpi blur aje... Lagi satu belakang cuping telinga aku selalu luka gara-gara bingkai spek yang letak kat telinga tu...Tu tak termasuk sekali kat batang hidung aku yang tak berapa nak ada batangnya tu selalu luka sebb pelapik / penahan spek kat hidung tu selalu aje tertanggal atau hilang....Paling sadis kalau kuar dari kete yang ada aircond, berkabus cermin mata tu sampai tak nampak apa-apa...kelam-kabut lak tanggalkan dan lap dulu baru boleh jalan...adusss...rimasnye....lagi satu kalau aku pakai spek orang suka nak panggil aku Cikgu Bedah mcm citer adik Manja tu...tak suka tau!!
Masa tu aku selalu fikir takde ke cara lain selain dari kena pakai spek bagi orang yang rabun macam aku ni...dahlah aku ni aktif, main netball susah...nak lumba lari susah, kalau tengok citer hindustan kang dah nangis-nangis...kena bukak balik spek sebab berwap jugak...tensi!tensi!
Bila aku masuk U, barulah aku tahu ada CL ni. Kawan aku pakai, masa tu baru ada hard lens..aku tgk ok aje dia pakai..hati aku melonjak-lonjak nak beli...tapi...masa tu mana cukup duit..harga dia masa tu dalam RM300-RM400 kalau aku tak silap...studentkan masa tu...mahal betul aku rasa...tapi aku pendamkan aje...Bila dah tahun 2 baru aku berani cari keje masa cuti penggal (masa tu hanya UM aje yg buat sistem penggal- cuti 3 bulan lamanya) Cukup 3 bulan aku berjaya membeli CL dan paling best masa tu soft lens baru kuar...harganya RM500++. Mahal tul kan masa tu tapi lagi satu sebab mahal mata aku ada masalah silau jadi memang lebih mahal dari yang biasa.Tapi aku sambar gak...idaman aku tu...masa tu aku rasa bestnya dapat beli CL. Dulu takde jenis pakai buang...dia panggil permanent soft lens...selagi tak rosak dan power tak tambah selagi tulah boleh pakai...Tapi still kena bukak tiap-tiap hari masa nak tido la...Aku rasa aku pakai yang pertama aku beli ni sampai 4 tahun jugaklah...berbaloi-baloi...
Jadi disebabkan aku ni kira otailah dalam pemakaian CL ni...(sekrg aku guna pakai buang yang sebulan sekali tu- paling baik yg tukar tiap-tiap hari) aku perturunkanla sikit tips-tips agar kita dapat membantu sapa-sapa yang nak pakai CL atau yang baru pakai CL......
Penjagaan CL
i) Cuci tiap-tiap hari guna solution khusus utk CL
ii) Simpan bekas penyimpanan (storage) CL ditempat yg kering dan seelok-eloknya ganti storage tu bila habis satu botol solution sebab nak elakkan infection.
iii) Basuh tangan dahulu dengan sabun sebelum buka atau pakai CL
iv) Cuci dengan menggunakan jari kelingking sebab jari ni bila kita tekan CL dia tak kuat sangat...kena hati-hati sebab mudah koyak. Kalau guna jari telunjuk takut terlalu kasar dan akan tekan kuat.
v) ulangi membilas kanta supaya semua sisa-sisa larutan disinfektan yang digunakan untuk merendam kanta dapat dibersihkan
vi)Elakkan dari tempat berabuk
vii) Kalau mata merah, jgn pakai CL. Rehatkan dulu mata. Kalau pakai balik still merah...tu dah kena tukar CL. Mungkin dah expired atau dah kena infection. Kalau merah jugak...tu kena jumpa doktor mata, Mata anda mungkin dah terkena jangkitan.
viii) Kalau nak pakai spek selepas pakai CL, pastikan mata anda direhatkan dahulu di antara 10-15 min sebelum pakai spek. Begitu jugak sebaliknya...Kalau tak nanti akan terasa macam pening-pening lalat...
- bebas dari kuman dan habuk yang boleh mengganggu mata dan menyebabkan jangkitan.
- tidak berkabus atau kabur disebabkan enapan bahan protein dan bahan-bahan lain dalam air mata.
- selesa ketika memakainya.
Sekiranya memakai alat solek:
- gunakan penyembur aerosol (seperti deodoran, semburan rambut) terlebih dahulu sebelum memakai kanta lekap.
- pembayang mata cecair atau krim adalah yang terbaik.Kalau yg serbuk tu takut masuk dlm mata...tapi klu dah expert..no prob.
- Compact powder lagi selamat daripada loose powder
- basuh tangan anda dengan sabun dan air sebelum mengendalikan kanta lekap.
Mencuci dan menyimpan kanta lekap:
Ada orang bila dah bukak CL terus masukkan dlm storage dia dan letakkan solution and done. Untuk menjamin kebersihannya kena cuci dulu baru simpan. Lecehla sikit terutama bila dah mengantuk sangat...tapi..kena buat jugak..Sayangilah mata anda! Step-step dia memula:
- basuh tangan dan bekas kanta lekap dengan sabun dan air.
- then, keluarkan satu kanta lekap dari sebelah mata dan letakkannya di atas tapak tangan.
- titiskan beberapa titik larutan pencuci ke atas kanta dan gosokkan perlahan-lahan.
- bilas kanta tersebut dengan larutan salina.
- tuangkan larutan disinfektan ke dalam bekas kanta. Rendamkan kanta di dalam larutan tersebut untuk disimpan.
- keluarkan kanta di sebelah mata lagi dan ulangi langkah di atas.
- rendamkan kanta lekap anda sekurang-kurangnya seminggu sekali dalam larutan penyahprotein untuk membersihkan segala protein yang terkumpul di atas kanta. Tapi klu yg dah guna CL pakai buang tak buatpun tak payah...dulu masa aku pakai yg permenant tu memang ada benda alah ni...!
- patuhi nasihat pakar mata ketika memilih dan menggunakan produk penjagaan kanta.
Kalau pakai kanta yang berwarna-warni penjagaannya juga sama seperti di atas ya!
Biru Mata Hitamku...
Monday, January 11, 2010
Apabila dia menderita...
Hari ni dah 3 hari dia macam ni...bila makan aje muntah, be**k cair, badan lembik aje...mukanya tak seceria selalu. Bagi makanan pun dia tolak tepi, air vitagen kegemarannya pun tidak dicuit....Kalau tak dialah penghibur, penyeri, pembuat sepah, mengacau semua orang...tapi 3 hari ni rumah sepi aje...Yang ada cuba suara rengekan....Kenapalah engkau wahai anakku, Mir Aqiel Azhad?
Hari Jumaat lepas, bawa dia ke klinik pakar kanak-kanak di Hospital Pantai Ayer Keroh, Melaka selepas dia asyik muntah dan be**k cair banyak kali dalam sehari sebb risau takut keadaan menjadi semakin buruk. Dr bagi satu suntikan dipunggung...menjerit sampai aku rasa bergegar satu klinik...menangis sampai teresak-esak. Aku peluk erat, pujuk dia supaya dia tahu aku ada dan dia tak perlu risau lagi...Sian dia..dengan mata yang bergenangan, dia memandangku seperti memohon simpati...Aku peluk lagi dan kuusap-usap belakangnya. Tangisan dan sedunya makin perlahan. Lama-lama semakin menghilang. Hanya bekas suntikan dipeha yang ditunjuk-tunjuk tanda sakit...
Dr kata Aqiel kena rotavirus, virus ni bahaya untuk budak bawah 2 tahun. Boleh mengalami kekeringan badan kalau muntah dan b*rak berterusan. Aqiel dah nak masuk 3 tahun bulan 4 ni, jadi dr tak tahan wad melainkan keadaannya semakin teruk seperti muntah menjadi hijau, mata cengkung ke dalam dan be**k cair lebih 10 kali sehari diikuti dengan demam yang tinggi.Aku risau jugak kalau dia ditahan wad, macamana anakku yg lagi 3org tu..dahlah Ali keje kat KL, malam ni baru balik. Tapi dr kata kalau malam ni keadaan dia makin teruk nak tak nak mesti kena bawa masuk wad jugak..
Banyak jugak ubat yang doktor bagi..ubat tahan muntah, ubat cirit birit 2 jenis, ubat punggung dan prebiotik. Semasa kat klinik tu 2 kali juga aqiel membuang...sian dia..punggungnya melecet sampai nak sentuh pun dia tak bagi. Sebb tadi dah kena inject...so tunggu 6 jam lagi baru makan ubat yg dr bagi...Bawa balik umah, aqiel masih berak-berak dan muntah-muntah!Badannya semakin lembik dan pandangan matanya sayu aje, tak boleh berjauhan dgn aku..Klu aku bangun sekejap pun dia nangis...Hatiku...tak tau nak diterjemahkan macamana...dengan risaunya, dengan rasa kasihannya, berdebar-debar dan kegusaran...hanya Allah aje yang tahu! Kejap-kejap mengadu...mama...sakit perut...sambil menekan-nekan perutnya. Aku pun mengambil ubat angin dan menyapu ke perutnya yang lembik dan sedikit tenggelam gara-gara muntah dan cirit - birit. Semua makanan dan minuman yang ku bagi disambut dengan gelengan. Tapi alhamdulillah malam tidurnya tidak terganggu. Nyenyak sunggu dia tidur malam tadi. Aku yang tak nyenyak...asyik tersentak-sentak aje, terbangun bila teringatkan dia...
Hari Sabtu keadaannya nampak semakin baik. Cuma masa bangun tido dan selepas bagi susu yg telah dikurangkan sukatannya dan dicampurkan ubat cirit-birit, aqiel muntah lagi...habis susu keluar semua. Tapi cirit-birit dah berkurangan. Petang bagi susu campur ngan prebiotik, dia kena balik cirit-birit...abis seluar, baju semua kena. Lepas tu dia kembali lembik....macamana ni! Tanya Ali dia pun tak tau nak buat macamana...yang aku pasti kalau masuk hospital sure Aqiel kena cucuk jarum kat tangan untuk masukkan air dalam badan...Da lah anakku sorang ni kurus kering...tak sampai hatiku nak tgk tangannya kena cucuk...
Aku cuba bagi air masak sikit-sikit...klu bagi banyak sekali gus takut dia muntah kembali...nasib baik dia pun nak minum air suam, aku bagi 100 plus sebb dia taknak minum ubat garam yg doktor bagi, abis muntah balik...100plus ni dia minum ok la pulak..tu pun bagi sikit2.
Aqiel dan abangnya sebelum kena Rotavirus
Alhamdulillah selepas 3 hari Aqiel menunjukkan perkembangan yg memberangsangkan. Air pun dia dah banyak minum, dah nak makan roti coklat twiggies kegemarannya, babahnya masak spagheti pun nak jugak makan...dalam hatiku berkata Alhamdulillah! Moga-moga Aqiel cepat sembuh dan boleh kembali bermain dengan kakak dan abang-abangnya.
Hati mama pun semakin lega sedikit bila tgk perkembangan yang memberangsangkan tu...setakat hari ni baru 1 kali muntah dan 1 kali buang air besar.
Penangan Rotavirus ni boleh tahan jugak...
Nak tau apa dia Rotavirus? ni masa sy tgh cari-cari maklumt tntg Rotavirus terjumpa artikel ni. Baca! Sgt penting utk pengetahuan ibubapa..
ROTAVIRUS
Rotavirus adalah sejenis virus yang mula ditemui di Melbourne, Australia kira-kira 26 tahun lalu dan ia disahkan antara virus yang sangat mudah berjangkit. Virus itu boleh kekal selama beberapa jam di atas kulit dan mampu bertahan beberapa hari pada permukaan keras. Ia juga boleh hidup selama seminggu dalam najis individu yang dijangkiti. Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Lee Way Seah, berkata rotavirus adalah penyebab utama cirit-birit teruk atau (gastroentiritis akut) di kalangan kanak-kanak di negara maju dan negara membangun.
"Dianggarkan 40 peratus kanak-kanak di seluruh dunia mengalami cirit-birit teruk dan ia pembunuh kedua tertinggi di kalangan kanak-kanak berusia bawah 5 tahun selepas pneumonia. "Mengikut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 2 juta pesakit dimasukkan ke hospital setiap tahun kerana rotavirus manakala seramai 440,000 pesakit menemui maut akibat cirit-birit teruk dan dehidrasi atau kehilangan banyak air," katanya.
Bagaimana mengenali jangkitan rotavirus?
Cirit-birit biasanya berlaku selama tiga hingga sembilan hari dan ia boleh berlanjutan sehingga tiga minggu. Dalam tempoh ini pesakit kanak-kanak boleh mengalami gejala demam, cirit-birit, sakit perut dan muntah pada bila-bila masa. Lee berkata, ramai ibu bapa menganggap masalah cirit-birit akibat jangkitan rotavirus sebagai sesuatu yang normal di kalangan kanak-kanak tanpa mengetahui ia sebenarnya boleh membawa maut.
"Di Malaysia, seramai 15,000 pesakit berusia kurang lima tahun yang datang mendapatkan rawatan dikesan dijangkiti rotavirus. Daripada jumlah itu, 9,000 dimasukkan ke hospital manakala 34 kanak-kanak maut hanya selepas disahkan positif rotavirus," katanya. Penyebab utama berlakunya rotavirus adalah tahap kebersihan yang kurang baik. Namun, jangan silap kerana negara maju seperti Amerika Syarikat juga mempunyai jumlah jangkitan rotavirus yang tinggi. Bagaimanapun, jumlah jangkitan akan menjadi lebih tinggi di negara membangun terutama jika tiada kemudahan perubatan yang baik serta tahap kesihatan yang kurang memuaskan. Rotavirus tersebar dengan mudah terutama melalui najis yang mengandungi rotavirus ke mulut, air tercemar atau alatan permainan disentuh pesakit. Virus itu juga mampu hidup di permukaan keras seperti tombol pintu, lantai dan udara. Simptom atau gejala biasa yang dialami kanak-kanak terutama bayi apabila dijangkiti rotavirus adalah demam disusuli muntah dan cirit-cirit menyebabkan kehilangan air dalam badan yang terlalu banyak sehingga boleh membawa maut. "Jarang kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus mengalami hanya satu daripada simptom jelas iaitu demam, muntah dan ciri-birit. Selalunya mereka akan mengalami ketiga-tiga simptom berkenaan atau paling kurang, hanya dua kesan jelas sebagai petunjuk dijangkiti rotavirus. "Cara untuk melihat sama ada anak anda kehilangan banyak air di dalam badan adalah dengan mencubit sedikit kulit di bahagian abdomen dan jika dilepaskan cubitan, bahagian kulit tidak kelihatan lembik atau jatuh," katanya. Jika cirit-birit dan muntah berlarutan tanpa rawatan di antara tiga hingga tujuh hari, pesakit boleh mengalami kekurangan nutrisi, kejutan serta degupan jantung yang tidak normal, tekanan darah rendah, penurunan kadar darah sehingga menyebabkan kegagalan buah pinggang dan kematian. Rawatan Setakat ini, tiada rawatan khusus yang boleh merawat rotavirus kerana ia adalah sejenis virus. Walaupun ia tersebar akibat persekitaran yang tercemar, membasuh tangan mampu mencegah tapi ia tidak boleh dihapuskan sepenuhnya kerana rotavirus sangat kebal serta mudah berjangkit. Kesedaran perlu ada di kalangan ibu bapa sebelum rotavirus menyerang dan menyebabkan tubuh kecil bayi anda merasai derita. Rotavirus boleh dikawal melalui pengambilan vaksin seawal bayi berusia enam minggu dan berakhir sebelum bulan ketujuh. WHO mengakui pembangunan vaksin rotavirus banyak membantu mengurangkan jangkitan dan kadar kemasukan ke hospital akibat virus itu. Vaksin yang mampu melindungi sehingga tempoh tiga tahun berfungsi merangsang badan untuk meniru tindak balas imunisasi secara semula jadi terhadap jangkitan rotavirus.

Subscribe to:
Posts (Atom)