Sesungguhnya panggilan tepat jam 6.30 pagi tu benar-benar menyentap jantung hatiku. Mata yang tadi sangat melekat dikelopak mata terasa buntang tiba-tiba. Sayu dan sendu kedengaran dihujung talian menyedarkan aku daripada mimpi. Ya Allah, lagi seorang insan yang aku sayangi kembali kepadaNYA. Adakah ini jawapannya kepada tidak keruan hatiku sejak minggu lepas?
Followers
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Sunday, March 6, 2011
Friday, December 31, 2010
Jangan Pandang Ringan Kuasa Azam
Wow, 2011 semakin menghampiri...2010 usah merajuk membawa diri. 2011 belum pasti, 2010 telah menabur bakti. 2011 disambut penuh harapan dan kegembiraan, 2010 dilepaskan dengan penuh kebanggaan. Sejarah telah terukir di tahun 2010, moga 2011 meneruskan legasi kejayaan. Insyaallah!
Tadi seorang teman baik memberitahu bila aku tny apa azam tahun baru via sms. Jawabnya `ala ila, aku memang tiap-tiap tahun tak ada azam. Hidup, aku teruskan macam biasa. So far ok la...'
Well, lain padang lain belalangnya. Lain manusia, lain pembawakannya. Masing-masing ada pendirian masing-masing. Tapi aku sangat mempercayai hikmah disebalik `azam' yang diletakkan di setiap tahun baru, tak kiralah tahun baru Masihi ataupun di tahun baru Hijrah. Bagi aku azam seperti satu matlamat yang ingin aku capai dan `akujanji' pada diri sendiri bahawa aku ada tanggungjawab yang belum diselesaikan lagi.
Tuesday, December 14, 2010
Monday, November 8, 2010
Hidup dan mati hanya satu garisan kecil sahaja jaraknya.
Hari ini hari Ahad 7/Nov/2010. Hari minggu sememangnya hari bersantai bagi kami sekeluarga. Tapi minggu ini kami isikan dengan aktiviti bermain badminton di dewan sekolah cina yang aku tak berapa ingat namanya. Kami pergi bersama Su dan Mansor sekeluarga. Su dan Mansor adalah jiran kami. Anak-anak mereka lebih kurang sebaya dengan anak-anak aku.
Selepas dua jam bermandi peluh dan bertukar-tukar pasangan, kami pun balik. Penat aku berehat sebentar. Maklumlah bertahun-tahun rasanya tak main badminton ni. Penat giler!! Nasib baik hari ni relaks sedikit sebab Ali kata dia nak masak spagethi hari ni sebagai hidangan tengahari kami. Dalam relaks-relaks tu aku tertidur. Tak tahulah berapa lama, rasanya baru sekejap aje sebab ali pun belum start ke dapur lagi. Dia kejutkan aku dan tunjukkan sms daripada rakan aku, hanita hassan.

Friday, October 1, 2010
Pulangkan Wang Hasil Sumbangan Judi?
Kes sumbangan hasil judi kerajaan Pulau Pinang kepada warga emas sememangnya menjadi antara topik hangat kebelakangan ini. Akupun dalam hati kata tak patut betul Guan Eng bagi hasil duit judi kepada warga emas berbangsa Melayu. Melayu dan Islam bila dikaitkan dengan judi, arak memang sensitif betul, lebih-lebih lagi kepada oarng Islam..tapi rupanya pandangan itu menurut Ustaz Zaharuddin adalah pandangan orang yang tidak memahami hukum islam...Hmm macamana tuh??
Mungkin artikel ini dapat memahamkan kita hukum yang sebenarnya...
Pulangkan wang hasil sumbangan judi?
Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran' dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.
DARI SUDUT HUKUM
Jika dilihat dari sudut hukum, jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, tindakan mereka adalah SALAH lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Ini kerana dari sudut hukum, faqir dan miskin HARUS menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang HARAM.
Fakta berikut perlu difahami:
Thursday, August 19, 2010
Rintihan Pakistan
RINTIHAN PAKISTAN
- 20 juta penduduk terjejas
- 4 juta hilang tempat kediaman
- 3.5 juta kanak-kanak terancam
- 6 juta tak dapat bekalan air bersih
- kurang USD500 juta nilai bantuan
Itulah antara fakta yang dilaporkan mengenai banjir Pakistan.
Memang kesian … kita kat Malaysia bila banjir di Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang … paling-paling ramai pun ribu aje yang terjejas. Itupun semua dapat dikumpulkan di pusat penempatan sementara mangsa banjir. Rumah memanglah tenggelam .. tapi tak musnah teruk. Kalau rosak pun perkasas elektrik, furniture. Tapi lepas tu segera dapat bantuan … tak kiralah berapa banyak pun, tapi bantuan tetap bantuan. Syukur …
Tapi yang ni … tak terjangkau dek akal fikiran kita. Ada yang menganggarkan keluasan yang terjejas seluas 3 negara di Eropah .. Austria, Belgium dan Belgium. Memang luas. Kini katanya gelombang banjir sedang menuju ke selatan. Maknanya belah-belah utara tu seperti Peshawar, Nowshera tgh menyurut … yang dok teruk sekarang dan minggu depan adalah Sindh. (tengok peta la … nak bayangkan payah gak).
Masalahnya sekarang bukan takat banjir je … lepas banjir natijahnya lagi hebat. Bantuan lambat sampai, ubat, penyakit bawaan air menular, air bersih … perrrggghhh. Sabar je la. Macam mana nak hidup ni??? Pening kepada gomen nak settlekan. Aku yakin bukan mereka sengaja buat macam tu … tapi mesti banyak aral. Jalan perhubungan terputus, kesukaran komunikasi .. memang dua benda nilah yang sering jadi masalah dalam setiap pasca bencana alam. Tapi, bab-bab birokrasi, kelemahan sistem juga satu hal gak. Tapi tak kisahlah, itu bukannya persoalan yang aku nak bangkitkan. Persoalan yang penting ialah diskriminasi.
Kenapa bencana di Pakistan seolah-olah tidak mendapat perhatian yang sepatutnya? Korang ingat tak gempa bumi di Haiti? Menurut laporan media, bantuan yang terkumpul untuk mereka mencecah USD13 bilion. Itu belum masuk lagi tak sampai 24 jam, megastar Hollywood bersatu buat telethon untuk kumpul bantuan. Di Pakistan??? Selepas 3 minggu, tak sampai setengah billion USD pun. Apsal??? Sebab Pakistan negara Islam??? Sebab kat Pakistan ada Taliban??? Memanglah jumlah yang mati kat Pakistan kira-kira 1500 mangsa … tak besar berbanding Haiti, tetapi skalanya ternyata jauh lebih teruk. Nasib baiklah, pelakon kegemaran laki aku si Angelina Jolie … yg laki dia hensem tu … ada buat rayuan pada dunia bersama bantu Pakistan. Yang lain ada???
Jadi kawan-kawan, sempena bulan baik ni kita bersimpatilah pada mereka. Kalau tak dapat bantu wang, harta benda dan tenaga … cukuplah dengan doa supaya saudara Islam kita di sana tabah berdepan dengan ujian. AMIN …. (nasib baik rumah aku kat tempat tinggi)
p/s: sebelum terlupa, Ali bagitau. Astro AWANI ada hantar krew ke Pakistan untuk liputan di sana. Jangan lupa Astro AWANI Saluran 501
30 daripada 50 Remaja Perempuan Tiada Dara?
Ini bukan saya kata tapi hasil daripada kajian Hj Hushim Salleh, Pensyarah Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaya dalam akhbar Berita Harian sisipan Ratu.
kata beliau " Hari ini 30 daripada 50 remaja perempuan sudah tidak ada dara lagi dan usahlah terkejut kerana ramai antara ibubapa tidak dapat menghidu penzinaan anak kerana remaja bijak menyembunyikan perbuatan buruknya itu".
sambungnya lagi " Seorang remaja lelaki Tingkatan 4, masih bersekolah, mengakui sudah melakukan zina sejak berusia 14 tahun lagi. Apabila ditanya kenapa dan bagaimana berlaku, remaja itu dengan mudah mengatakan beliau melakukan zina kerana seronok selain senang mendapatkan budak perempuan. Teknik asas diperolehi menerusi video lucah".
Pening kepala baca artikel ini tadi. Dalam hati aku masa umur 14 tahun langsung tak tahu apa-apa pun pasal seks. Organ seks tahulah tapi kaedahnya langsung `blur'...tapi budak sekarang siap berzina dengan sewenang-wenangnya hanya untuk keseronokan. Hari ni aku dengan dia, esok kau pulak. Boleh??
Lagi satu aku nak tanya pasal budak-budak perempuan zaman sekarang ni...30 daripada 50 sudah takde dara?? Apsal murah sangat harga diri masing-masing. Apa yang dorang cari sebenarnya sampai senang-senang aje menyerahkan mahkota diri yang sepatutnya dinikmati bersama lelaki yang bergelar suami. Patutlah banyak kes buang anak yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.
Kadang-kadang aku pelik dengan remaja-remaja perempuan sekarang ni. Mereka sering melakukan sesuatu perkara hanya mengikut emosi, perasaan, pujian-pujian (sedangkan orang yang memuji tujuan nak mengena aje), bangga diri tanpa sebab lantas meletakkan kebolehan berfikir ke tahap paling bawah sekali walaupun tindakan yang diambil itu sebenarnya seperti memperjudikan masa hadapan mereka dan keluarga mereka.
Tengoklah berapa ramai yang dilaporkan lari dari rumah sebab mengikut teman lelaki, berapa ramai yang menyerahkan tubuh badan walau baru beberapa jam kenal dengan pasangan. Berapa ramai yang menjadi bohsia malah sangat bangga dengan status bohsia itu. Berapa ramai yang tidak kesah hubungan seks dirakamkan teman lelaki yang tidak bertanggungjawab dan kemudian menyebarkan ke internet. Malah banyak lagi bukti-bukti yang menunjukkan remaja perempuan yang dikatakan bijak pandai tetapi melakukan perkara yang tidak membayangi kecerdikan akal mereka.
Orang perempuan kena ada pendirian. Kena ada harga diri. Kena ada keimanan. Ini sangat penting. Bila terasa nafsu mula mengawal diri, beristighfar banyak-banyak, ingat Allah, ingat ibubapa, ingat dosa pahala dan katakan TIDAK pada lelaki yang kata sayang kat anda tapi masih ada hati nak merosakkan anda...Pilihan ditangan anda.
Kalau sekarang 30 daripada 50 dah takde dara...bagaimana pula tahun-tahun akan datang!
kata beliau " Hari ini 30 daripada 50 remaja perempuan sudah tidak ada dara lagi dan usahlah terkejut kerana ramai antara ibubapa tidak dapat menghidu penzinaan anak kerana remaja bijak menyembunyikan perbuatan buruknya itu".
sambungnya lagi " Seorang remaja lelaki Tingkatan 4, masih bersekolah, mengakui sudah melakukan zina sejak berusia 14 tahun lagi. Apabila ditanya kenapa dan bagaimana berlaku, remaja itu dengan mudah mengatakan beliau melakukan zina kerana seronok selain senang mendapatkan budak perempuan. Teknik asas diperolehi menerusi video lucah".
Pening kepala baca artikel ini tadi. Dalam hati aku masa umur 14 tahun langsung tak tahu apa-apa pun pasal seks. Organ seks tahulah tapi kaedahnya langsung `blur'...tapi budak sekarang siap berzina dengan sewenang-wenangnya hanya untuk keseronokan. Hari ni aku dengan dia, esok kau pulak. Boleh??
sumber pakcik google
Kadang-kadang aku pelik dengan remaja-remaja perempuan sekarang ni. Mereka sering melakukan sesuatu perkara hanya mengikut emosi, perasaan, pujian-pujian (sedangkan orang yang memuji tujuan nak mengena aje), bangga diri tanpa sebab lantas meletakkan kebolehan berfikir ke tahap paling bawah sekali walaupun tindakan yang diambil itu sebenarnya seperti memperjudikan masa hadapan mereka dan keluarga mereka.
Tengoklah berapa ramai yang dilaporkan lari dari rumah sebab mengikut teman lelaki, berapa ramai yang menyerahkan tubuh badan walau baru beberapa jam kenal dengan pasangan. Berapa ramai yang menjadi bohsia malah sangat bangga dengan status bohsia itu. Berapa ramai yang tidak kesah hubungan seks dirakamkan teman lelaki yang tidak bertanggungjawab dan kemudian menyebarkan ke internet. Malah banyak lagi bukti-bukti yang menunjukkan remaja perempuan yang dikatakan bijak pandai tetapi melakukan perkara yang tidak membayangi kecerdikan akal mereka.
Janganlah engkau menghampiri zina
Orang perempuan kena ada pendirian. Kena ada harga diri. Kena ada keimanan. Ini sangat penting. Bila terasa nafsu mula mengawal diri, beristighfar banyak-banyak, ingat Allah, ingat ibubapa, ingat dosa pahala dan katakan TIDAK pada lelaki yang kata sayang kat anda tapi masih ada hati nak merosakkan anda...Pilihan ditangan anda.
Kalau sekarang 30 daripada 50 dah takde dara...bagaimana pula tahun-tahun akan datang!
Tuesday, August 17, 2010
BRILLIANT PARENTS' SEMINAR
Salam Semua
Bagi yang ingin membantu diri sendiri, anak-anak dan keluarga ke arah kecemerlangan akademik anak-anak sila hubungi kami di talian seperti berikut :
Hp: 019-2052002
Pejabat : 06-2818005
email : jrs@allied-consulting.com.my
Friday, August 13, 2010
Hukuman Berat Kepada Pesalah Buang Bayi - Apa Kata Anda?
KUALA LUMPUR: Kabinet bersetuju kes pembuangan bayi tidak lagi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak, sebaliknya mengikut Seksyen 302 dan 304, Kanun Keseksaan.Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata perkara itu diputuskan mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam
Sementara itu, dalam satu kenyataan kementerian berkenaan, kerajaan mengarahkan polis menyiasat kes pembuangan bayi sebagai kes percubaan membunuh atau sekiranya dengan niat sebagai kes bunuh yang boleh dijatuhi hukuman gantung.
"Jemaah Menteri telah bersetuju bahawa kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih berkesan bagi membendung penularan kes berkenaan kerana kejadian pembuangan bayi masih berleluasa walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menanganinya," katanya.
Sehubungan itu, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diminta untuk menyiasat kes itu sebagai kes percubaan membunuh dan kes bunuh.
"Kerajaan tiada pilihan lain berhubung perkara ini memandangkan kes-kes pembuangan bayi sesungguhnya adalah kes pembunuhan bayi," katanya.
Sebagai tindakan susulan, pihak PDRM juga diminta untuk menggunakan kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengenal pasti ibu dan bapa kepada bayi yang tidak berdosa itu.
Sumber Berita Harian
Saya cuba tidak mahu beremosi bila bicara tentang topik ini. Cuba bertenang dan menimbang mengapa dan kenapa terjadi situasi sebegini. Tapi mana mungkin. Tengok gambar sahaja sudah meruntun jiwa dan mengundang air mata. Hati menjadi benci kepada manusia yang berjiwa hantu. (saya tidak gunakan istilah haiwan sebab haiwan pun sayangkan anak).
Sehingga kini diberitakan sebanyak 60 kes pembuangan bayi dilaporkan. Ada bayi yg meninggal, ada bayi yang masih hidup. Tapi kebanyakannya bayi yang dibuang itu dijumpai meninggal dunia dalam keadaan yang amat memilukan. Dibuang di tong sampah sehingga di makan oleh anjing yang berkeliaran, dibuang di loji takungan najis, ke dalam sungai, dalam longkang malah berita baru-baru ini pekerja pengangkut sampah menjumpai bayi di dalam timbunan sampah dalam keadaan separuh rentung.
Menyedihkan lagi apabila kebelakangan ini ia seperti menjadi satu pesta buang bayi pulak.
Kuasa Allah, kebanyakan bayi yang dibuang/dibunuh/disorok/ditanam walau macamana keadaannya pun akan segera dijumpai untuk disempurnakan selayaknya sebagai seorang Muslim yang bersih dan suci.
Apabila kerajaan mengumumkan bahawa pesalah buang bayi ini tidak lagi disiasat di bawah seksyen 31 Akta kanak-Kanak tetapi mengikut seksyen 32 dan 34 Kanun Keseksaan sebenarnya secara peribadi saya sokong 100%. Biar padan muka mereka yang berjiwa hantu itu tadi (pastikan juga pesalah lelaki sekali disabitkan jangan hanya wanita sahaja yang dipersalahkan). Kebanyakan remaja yang terlibat dalam kes ini sebenarnya mereka tidak pernah insaf malah meneruskan lagi kegiatan penzinaan, pergaulan bebas, bertukar pasangan dan sebagainya. Harap-harap bila dihukum gantung atau penjara seumur hidup sekurang-kurangnya dapat memberi pengajaran kepada orang lain dan dapat mengurangkan kejadian yang semakin menjadi-jadi ini.
Juga mungkin peringatan kepada ibubapa yang sewenang-wenangnya membiarkan anak mereka keluar malam bersosial hingga lewat malam atas dasar sporting dan tiket kebebasan konon.
Tapi adakah ini penyelesaiannya?? Apa kata anda?
Monday, July 26, 2010
Malam Ini Malam Nisfu Syaaban, Isnin 26 Julai 2010

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Tadi semasa mencari-cari tarikh Nisfu Syaaban (keliru sama ada hari ini atau esok) saya terjumpa artikel ini yang dapat memberi manafaat pada saya dan kepada sesiapa yang ingin mengetahuinya. Jadi saya rasa baiklah kalau saya kongsikan disini.
Malam Nisfu Sya'aban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26hb.Julai 2010) malam
Selasa ( sebaik saja masuk maghrib), dimana bermulanya 15 Sya'aban 1431H.
Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil masa keemasan ini untuk menutup
catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan seterusnya berazam untuk
memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.
Riwayat yang muktabar menyatakan Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku
catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku
catatan yang baru.
Berikut adalah antara amal ibadah yang digalakkan di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib(15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman
dan pohonlah segala yang baik dan munafaat.
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa Nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah al-Ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya)
Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan
Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof di dalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw)
: pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Wallahua'alam
perkongsian ini diambil dari sini.
Thursday, July 15, 2010
Sharing Is Caring
Salam semua,
Hari ni saya nak share tentang satu buku yang dihadiahkan oleh seorang kawan iaitu Coach Sha malam tadi (siapa sangka kita hadiahkan buku kat orang (sila lihat entry sebelum ini), orang lain pulak hadiahkan buku kat kita)..Masyaallah!!
Buku ini best sangat and i like it very much. The title of this book is Speedwealth By T. Harv Eker and he is also the author of the bestselling book titled `Secrets of The Millionaire Mind'. Wow...memang sangat teruja semasa dapat buku ni malam tadi. Buku SpeedWealth - How To Make a Million In Your Own Business in 3 Years or Less ni saya dah baca separuh dah malam tadi sebelum tidur dan akan kuhabiskan membacanya selepas menulis entry ni...(kes tak sabar nak share la ni..)
Membaca buku ini membuatkan saya teruja menjadi millionaire. Sebab penulis ini kata kalau nak jadi jutawan `you have to position yourself for wealth' .Saya seorang yang Opportunist. Saya suka mengambil peluang. Jika peluang itu bagus i will grab it. Macam last year I dapat kontrak 1 year training for unemployed graduate. Masa tu saya kerja lagi. Sayang dengan kerja, tapi peluang ini sesuatu yang saya nanti-nantikan. So i made my decision. Quit the job. Took the offer. But what a suprised, things getting better and better. Other business opportunity opened for me and i can see the wider side of being a businesswomen. Alhamdulillah. The industry am involved is still the same. Educations! Sebab educaion adalah satu bisness yang berterusan dan sentiasa mendapat permintaan yang tinggi. Setuju tak? Dulu kerja kat kolej swasta, then involved training still berkaitan dengan education. Sekrg organize seminar/training for schools, IPT and orang bekerja. Juga berkaitan dengan education.
Baru-baru ni my friend approached satu lagi business opportunity. Juga di bidang pendidikan. Webucation. Memandangkan bidang MLM merupakan satu cara utk mendapat residual income, maka program ini diprogramkan menjadi MLM. Program ini diberi nama Score A. I dah tengok-tengok kat website and review comments, so saya rasa nak bagi peluang kepada diri sendiri untuk memahami dengan lebih lanjut tentang business ini.
Kalau my business ini merupakan my Plan A, so if ok this biz will be my Plan B. If I tak dapat lagi meneruskan my Plan A, at least I still have my Plan B. Yes life is about choices we make and don't afraid to make mistakes along the way because we learnt from mistakes.
So doakan kejayaan saya untuk program yang akan saya ikuti ini:
Tarikh : 17 Julai 2010
Masa : 9.00 pagi - 6.30 ptg
Tempat : Kota Damansara, berdekatan dgn Giant
Bayaran : RM70.00 (with meal)
( nanti i share in the next entry ya..insyaalllah)
p/s - Ada sesiapa nak join sekali?
Monday, July 12, 2010
La Tahzan...Sahabatku
Degupan jantung bagai terhenti saat menerima berita sahabat rapatku, Noor (bukan nama sebenar) mengidap penyakit yang amat ditakuti oleh kaum wanita, kanser payudara tahap 4.
Sebelum mendapat tahu berita tersebut, Noor yang baru beberapa bulan melahirkan anak ke lima mengalami bengkak susu yang berlarutan. Terdapat ketulan di payudara kirinya. Bagi yang pernah mengalami bengkak susu pasti mengalami keadaan yang ada ketulan dipayudara kesan susu yang tersumbat. Aku pun pernah mengalami keadaan ini sehingga bengkak dan terpaksa berjumpa pakar kerana sakit yang amat sangat. Doktor pakar memicit ketulan tersebut dengan kuat agar ketulan itu dapat dipecahkan kerana ditakuti ianya bertukar menjadi nanah dan terpaksa dibedah. Bagai nak menitik air mataku semasa Dr memicit ketulan tersebut.
Jadi apabila Noor mengadu kepadaku keadaannya itu, aku cakap agaknya Noor mengalami bengkak susu sementelah dia mempunyai anak kecil yang masih menyusu badan. Tetapi keadaannya berlainan daripada diriku. Badannya lemah dan tangan sebelah kiri hampir tidak boleh diangkat. Payudaranya bengkak dan tidak boleh tersentuh. Sakit yang amat. Ujian Dr kali pertama tidak mendapat apa-apa keputusan. Selepas beberapa bulan, keadaan masih tidak berubah, Noor melakukan pemeriksaan di hospital lain dan apa yang ditakutinya benar-benar berlaku apabila Dr yang memeriksanya menyampaikan berita yang mengejutkan itu.
Tapi aku tahu Noor tabah orangnya. Dari nada suaranya melalui telefon tatkala dia dimasukkan ke hospital untuk rawatan kemoterapi aku tahu dia dapat menerima takdir yang menimpanya. Walaupun berat, katanya tatkala aku memuji sikapnya yang sangat positif itu, dia tabah demi anak-anaknya yang seramai 5 orang. Anak Noor masih kecil. Paling tua kalau tak silap baru 11 tahun, 9 tahun, 7 tahun, 3 tahun dan 8 bulan. Anaknya masih memerlukan kasih sayang seorang ibu.
Aku pergi melawatnya di rumah ibubapanya seusai kemoterapi yang pertama. Noor dibenarkan pulang selama 2 minggu. Dalam perjalanan ke sana aku membina skrip perbualan dan merangka kata-kata semangat. Aku sebenarnya tak tahu nak cakap apa, nak berbual apa. Tapi aku harap kehadiranku dapatlah sedikit sebanyak menggembirakan hatinya. Yelah Noor seorang wanita yang aktif. Ramai kawan. Tiba-tiba terpaksa hanya duduk di rumah dan menahan kesakitan pastinya menimbulkan kebosanan.
Alhamdulillah selepas kemo, Noor tidak mengalami alahan seperti orang lain yang biasa ku dengar. Noor tidak mengalami muntah2, lembik2 badan, pening berterusan. Apa yang keperhatikan Noor masih boleh berbual seperti biasa wpun lontaran suaranya lemah sedikit, masih boleh ketawa, masih boleh bercerita. Malah menceritakan saat kebosanan di hospital, beliau masih sempat melayari internet dan mendengar ceramah-ceramah motivasi. Lega aku mendengarnya. Kehadiran suami yang sentiasa berada disisi dan mengambil alih tugasnya sebagai ibu begitu menyentuh hatiku...
Dalam keadaan sebegini, apa yang perlu Noor lakukan adalah "La Tahzan" iaitu Jangan Bersedih. Kesedihan hanya akan mempercepatkan sel barah dari merebak. Tiada apa-apa yang mampu aku hadiahkan kepadamu Noor hanya senaskah buku ini moga ianya dapat memberi panduan dalam perjuanganmu melawan penyakit ini. Naskah ini juga antara koleksi kesayanganku dan kuharapkan kau dapat sesuatu yang baik daripadanya.
Noor aku sentiasa mendoakanmu dalam setiap solatku, moga kau cepat sembuh dan sentiasa tabah meniti hari-hari yang seterusnya. Amin!!

Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari
Dia datangkan petir dan kilat
Kita menangis dan tertanya-tanya...
ke mana hilangnya sinar
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi....
Monday, June 28, 2010
Budak 3 Tahun Hafaz 3 Juzuk Al Quran
Budak 3 Tahun Hafaz 3 Juzuk Al Quran
IPOH 27 Jun - Kebolehan Darwisha Adriana Rozali, 3, memperdengarkan bacaan surah al-Waqiah bukan sahaja mengagumkan kira-kira 1,000 hadirin tetapi turut menarik perhatian Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.
Darwisha berjaya menghabiskan bacaan hafalan 96 ayat dalam surah ke-56 itu dalam tempoh tidak sampai 15 minit.
Ibunya, Mazlina Ramli, 39, ketika ditemui berkata, kebolehan anak sulungnya itu terbukti apabila dia mampu menghafaz tiga juzuk al-Quran termasuk surah-surah pendek dalam juzuk ke-30.
"Sejak usia enam bulan, saya sudah mendedahkan kepada Darwisha Adriana ayat al-Quran menerusi cakera padat video (VCD) surah al-Furqan.
"Saya mengajarnya dengan menggunakan buku Iqra' ketika berusia setahun," katanya yang berasal dari Shah Alam.
Sementara itu, Zambry berkata, kerajaan negeri akan mewujudkan sekolah tahfiz al-Quran dan hadis dalam usaha melahirkan tahfiz yang berkaliber di negeri ini.
Beliau berkata, langkah itu juga bagi membolehkan pelajar yang menamatkan pengajian di sekolah-sekolah agama dapat meneruskan pengajian tahfiz mereka.
"Setakat ini, sebuah pusat pengajian tahfiz sudah diwujudkan di Institut Tadbiran Islam Perak (Intim) dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan golongan tahfiz," katanya di sini.
Sementara itu, Zambry berkata, perkembangan Pusat Pendidikan Al Barakah merupakan satu pendekatan yang komprehensif ke arah melahirkan insan yang mempunyai kemahiran dalam bidang agama.
Sumber : Utusan Online
p/s : memang benar pepatah melayu, kalau nak melentur buluh biar dari rebungnya..Malu pun ada rasanya. Sebab aqiel pun lebih kurang sebaya aje dengan adik Darwisha tapi Alif Ba Ta pun belum lancar lagi...huhuhu. Esok nak pergi buku Iqra' untuk Aqiel. Thanks untuk berita ini. Tersentak rasanya!
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)