Sebenarnya jeles tengok ramai rakan-rakan blogger dah pakai commentluv (CL) kat blog masing-masing. Aku teringin sangat nak menggunakan CL ni sebab kita boleh jawab komen direct kepada orang yang bagi komen, ada backlink sebab aku suka masuk blog yang ada backlink latest entry sebab ini juga salah satu cara untuk upkan traffik ke blog kita. Lagipun aku rasa ia cantik dan kemas.
So lepas bersahur tadi aku pun masuk tanya pakcik google macamana nak pasang CL utk blogspot.
Makanya aku terjumpala tutorial ini :
Followers
Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts
Monday, August 23, 2010
Monday, July 5, 2010
Nak Bisnes Apa Pada Bulan Ramadhan?
Baru bulan Rejab tapi dah bercakap soal Ramadhan...
Takpe. Inilah yang dinamakan perancangan. Bulan Ramadhan selain daripada bulan yang paling baik daripada bulan-bulan lain ia juga dikatakan bulan rezeki. Ramai yang kaki-kaki bisnes tu memang mengambil peluang sepenuhnya dengan kedatangan bulan ramadhan ni. Yelah nak cari duit raya. Boleh bersedekah banyak sikit daripada biasa. Bagi mak ayah lebih sikit. Boleh ziarah-menziarahi keluarga yang jauh-jauh. Maklumlah semuanya memerlukan wang.
Ramai yang mengambil kesempatan bisnes di bulan Ramadhan ni. Ada yang mengambil cuti sebulan tanpa gaji (boleh ke?) hanya untuk berniaga di pasar-pasar Ramadhan, menjual kuih raya dan sebagainya. Tapi bagi sesiapa yang berminat berniaga di bulan Ramadhan ni tapi tak tau nak berniaga apa, mungkin senarai ini boleh difikir-fikirkan;
- Jual kuih raya
Tak perlu pandai membuat kuih raya untuk menjual kuih raya. Ramai kat luar sana pandai buat kuih raya tapi tak tahu macamana nak pasarkan supaya jualan meningkat. Mereka lagi suka kalau ada orang jualkan untuk mereka. Jadi anda boleh dapat komisyen daripada jualan kuih ini. Biasanya komisyen yang diberi adalah antara rm3-rm5 bagi satu kotak. Bayangkan kalau anda dapat jual rm100 kotak? Diam tak diam nak raya nanti dapatlah extra rm500. Kalau nak lebih, juallah kepada lebih ramai orang. Kawan kita, adik kita, kawan adik kita, jiran tetangga dan ramai lagi. Anda boleh jual kuih moden ataupun kuih tradisional ataupun kedua-duanya sekali.
- Jual baju raya/tudung raya
Baju raya ni termasuklah kain ela, baju kanak-kanak, baju melayu yang anda boleh dapatkan banyak daripada supplier-suplier. Ada yang bagi consignment. Kalau tak kena keluarkan modal dulu. Tapi ingat pakaian ini untungnya banyak 50%-100%. Kalau kurang modal mungkin boleh ajak adik beradik atau kawan-kawan yang dipercayai untuk berkongsi modal. Macam kawan saya Princess Rania, setiap kali bulan Ramadhan dan menjelang hari raya tidak menang tangan menghantar pesanan ke seluruh Malaysia, malah sehingga ke Singapura dan Brunei. Jualan hanya melalui internet dan beliau masih bekerja sebagai seorang di salah sebuah syarikat swasta.
- Jual pinggan mangkuk
Ramai kawan-kawan saya yang berniaga pinggan mangkuk daripada katalog. Mcm2 brand ada. Corelle, Glassware, Luminac, vantage dan banyak lagi. Saya tengok ramai yang order.Maklumlah masa hari raya semua keperluan rumah nak ditambah kan. Mana yang belum ada nak diadakan. Orang mencari barang, kita mencari peluang. Win-Win Situation!

- Handbag dan kasut
Kedua-dua barangan ini merupakan kegilaan kaum wanita. Mcm aku setiap tahun pasti nak bergaya dgn handbag dan kasut baru di hari raya. Jadi perniagaan ini juga satu yang menguntungkan. Boleh jual di pejabat, tapak ekspo atau pun di pasar2 ramadhan.
- Supplement untuk mengekalkan tenaga di bulan ramadhan
Sekarang ini kesedaran tentang kesihatan dan keperluan mengekalkan tenaga sepanjang hari amat diperlukan terutama bagi yang bekerja keras di pejabat dan di luar pejabat. Bukan setakat yang bekerja di pejabat, tetapi yang berniaga sendiri juga memerlukan supplement. Macam-macam ada. Selalunya dijual oleh syarikat multilevel marketing seperti amway, cosway dan banyak lagi.
- Perfume dan Make Up
Ini pun bagus sangat kalau anda hendak jual. Tapi kena cari yang elok tapi harga yang berpatutan.
- Kerongsang
Saya pernah dengar seorang penjual kerongsang mendapat lebih rm15 ribu sepanjang berniaga di pasar ramadhan. Dahsyatkan. Jika anda berminat, cari aje pembekal dan mulakanlah perniagaan anda.
Saya pernah dengar seorang penjual kerongsang mendapat lebih rm15 ribu sepanjang berniaga di pasar ramadhan. Dahsyatkan. Jika anda berminat, cari aje pembekal dan mulakanlah perniagaan anda.
- Jual makanan berbuka puasa
Ini pun boleh. Berdasarkan pengalaman adik saya berniaga roti bom dengan kawan-kawan mereka seramai 5 orang, mereka boleh dapat bersih pendapatan seorang dalam RM2000. Memula saya kata ada ke orang nak makan roti bom ni. Tapi memeranjatkan setiap hari jualan mereka Sold Out!! hebatkan penangan bulan ramadhan.
- Makanan frozen
Ini pun boleh. Macam popia frozen ke, begedil frozen ke. Sebelum bulan puasa tu buat dan bagi sample kat opis-opis atau restoran ke. Then ambil order. Kalau sedap pasti ramai yang akan order.
- Hamper Hari Raya
Jika anda seorang yang kreatif, masa inilah menonjolkan bakat semulajadi anda itu. Pemintaan hamper menjelang hariraya meningkat berganda-ganda daripada biasa. Sebab itu semua pasaraya berebut-rebut membuat hamper masing-masing. Tapi..hamper mereka kalau kita betul-betul pandang seperti tiada jiwa...Biasa sahaja. Hanya besar aje boleh harap tapi presentation hancur. Sebab tu banyak syarikat-syarikat mencari yang custom made. Lebih personalise. Lebih menghargai pelanggan. Kalau anda ada bakat go for it dan promotekan hamper anda melalui brosur, flyer dan internet.
Saya pasti ada banyak lagi bentuk perniagaan yang boleh difikirkan untuk bulan ramadhan ni. Mungkin ikut minat, kemahiran dan kesempatan. Maksud kesempatan kat sini ialah kita pasarkan barangan kawan-kawan, jiran tetangga, saudara mara, adik beradik yang berhampiran tanpa perlu pening kepala nak bermula daripada awal. Kadang-kadang orang tengah ni pendapatan dia lagi kencang kalau dia bijak mengambil peluang.
So, anda nak berniaga apa ramadhan nanti??
p/s Aku nak berniaga apa pulak ramadhan ni ek? Jual begedil frozen cam menarik aje..

Friday, June 25, 2010
Pakulah Di dinding Hati Mu
Tazkirah Pagi Jumaat
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. Untuk apakah paku-paku ini ayah?tanya pemuda tersebut. Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata
“Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.”
SAHABAT adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.
P/S : kepada sahabat..maafkan lah aku sekiranya kau terluka..
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. Untuk apakah paku-paku ini ayah?tanya pemuda tersebut. Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata
“Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.”
SAHABAT adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.
P/S : kepada sahabat..maafkan lah aku sekiranya kau terluka..
Thursday, May 27, 2010
Tangkap Lentuk Bila Berdua-duaan...
Bila kali terakhir anda bercuti berdua-duaan?
Berdua-duaan maksudnya anda dan suami anda sahaja...Kiranya ala-ala honeymoon gitu. Kami last sekali 14 tahun dulu iaitu honeymoon ke Medan selepas majlis perkahwinan kami dulu. Lepas tu tak ada.
Kitaorangkan sebenarnya memang dah lama rancang nak pergi cuti berdua-duaan. Konon-kononnya nak pergi Bali la...romantik gitu, tapi kalau ke sana takkanlah kejap aje...rugi lak nanti. Paling2 kejap pun 3 hari 2 malam. Baru berbaloi. Tak jadi. Sebab rasa lama. Then rancang dalam negara pulak macam Pangkor Laut..private yet exclusive..berromantika tanpa gangguan. Memang nak sangat pergi, tapi tak jadi jugak. Bertahun-tahun gak rasanya dok plan, semuanya end up dengan setakat itu saja. Sebabnya...akulah! Aku tak sanggup tinggalkan anak. Risau masa kitaorang takde apa-apa berlaku kat anak ke...dok fikir yang bukan-bukan. Lagipun masa tu Aqiel masih menyusu badan.Sekarangpun masih menyusu lagi walaupun dah 3 tahun lebih, tapi kalau aku tak ada sekarang ni dia nak minum susu botol. Tapi tu sebenarnya alasan aje..kalau nak boleh aje, tapi entah kenapa aku tak sanggup tinggalkan mereka tanpa ada aku atau Ali. Kalau aku pergi outstation, Ali ada. Kalau Ali outstation aku ada. Tapi kalau dua-dua tak ada dengan anak-anak, satu perasaan risau entah apa-apa timbul dalam hati aku.
So, setelah sekian lamanya Ali dok ajak, last weekend aku setuju tapi dengan syarat dekat dan tak lama. So, The Legend International Homes, PD jadi pilihan. 2 hari 1 malam. Dekat dan tempat tu aku tengok kat internet macam cantik. Lebih-lebih lagi kat dalam bilik ada private swimming pool. Tu yang aku suka tu.
So hari Sabtu tengahari kitaorang gerak dengan pelbagai pesanan yang aku tinggalkan kat Bibik dan Shahmie, anak sulungku. Bukan setakat pesanan, peti ais pun aku penuhkan dengan makanan, buah-buahan, biskut dan segala macam lagi macam takut betul dorang kebuluran. Pada hal esok petang dah balik. Paling lega apabila si kecik Aqiel tak menangis. Dia rasa macam mama dengan babah dia nak pergi keje aje. Kalau dia menangis hari tu mesti aku angkut dia sekali...dan mesti Ali tarik muncung 14 inci!! Boleh sangkut baju di situ..ahaks!
Kami check in pukul 3 ptg. Cantik hotel tu. Lain daripada hotel-hotel yang pernah kami pergi sebelum ni. Bagaikan terapung di laut Port Dickson. Masuk aje bilik ...walla..cantiknya. Luas sangat untuk kami yang berdua ni. King bed dua, TV Lcd 32", dapur yang cantik, bilik airnya dan of course, swimming poolnya. Apa lagi terus terjun kolamla. Teruja sangat tengok kolam tu..sejuk dan nyaman sekali. Siap ada air pancut lagi. Lepas tu dah lapar, jalan-jalan cari makan. Petang tu kitaorang jalan-jalan sambil berpimpinan tangan, borak-borak dan gelak-gelak, bergurau senda, bertepuk tampar..lama dah rasanya tak buat benda tu tanpa gangguan. Kalau tak, baru aje yang jiwang-jiwang, ada saja yg ganggu. Tetiba rasa macam bercinta zaman muda-muda aje. Senyuman sentiasa terukir dibibir, berkepit macam orang kembar siam...wah! indah sungguh!! Malam lak lepas so called `candle light dinner' kat bandar Port Dickson jalan perlahan-lahan balik bilik sambil memaut tangan Ali dan lentukkan kepala di bahunya yang broad shoulder tu..emm...bahagia rasanya. Sampai bilik, lampu disamarkan dan kitaorang pun buka ...................................... vcd citer hindustan pulak.....ha! korang ingat apa tadi?!! hehehe..(konon-konon tengok wayangla...citer love story) punyalah lama Ali beli masa kat India ari tu, masa berdua-duaan baru dapat tengok. Biasalah citer hindustan lama durasinya. Pukul 3 pagi baru habis.
Esoknya lepas sarapan dan mengambil gambar kenang-kenangan, kami berangkat pulang ke Melaka. Walau singkat, tapi ianya sangat memberi makna kepada kami. Kalau aku tahu bestnya macam ni, dah lama dah aku pergi bercuti berdua-duaan. Dan mulai sekarang, aku akan jadikan percutian berdua ini sebagai aktiviti tahunan kami. Tak kisahlah kat mana-mana pun, janji berdua-duaan sehari atau 2 hari.
Percutian seperti ini boleh recharge dan semarakkan kasih sayang antara kami berdua. Ialah asyik kerja, anak, kerja, anak sampai muka dua-dua nak senyum pun susah. Baru nak sembang, telefon berbunyi. Baru nak manja-manja anak dah kacau. Dahlah jumpa hujung minggu aje...

Bagi sesiapa yang belum dapat bercuti berdua-duaan tu terutama yang dah kahwin lama, aku sangat mencadangkan agar korang pergilah ber honeymoon. Memang betul banyak cara untuk semarakkan cinta, tapi ini salah satu daripadanya!
Labels:
Ali,
Family,
Ila,
Ila-ali,
Jalan-jalan Cari Makan,
suami-isteri,
tips
Friday, February 19, 2010
101 Tips Bagaimana Nak Dera Suami
Siapa nak tau cara nak dera suami? Sila angkat tangan!
Wah! ramai jugak ye nak tahu bagaimana nak dera suami...Isy tak baik tau, dosa dera suami..hehehe, tapi ni dera bukan sebarang dera, ni `taktik nakal' yang boleh digunakan oleh para isteri jika suaminya:
i) bermain game sepanjang hari tanpa memperdulikan anda
ii) asyik lupa hari jadi anda
iii) letakkan stokin berlambak di atas lantai ikut suka hati dia
iv) tak tolong anda melainkan apabila disuruh
v) tak tolong buat kerja rumah walaupun kerja melambak-lambak kat rumah
vi) Pergi melepak dengan kengkawan sampai tak hengat nak balik
vii) semakin hari perut semakin `memboyot' macam perempuan mengandung 9 bulan
antara `deraan' yang dicadangkan ialah :
i) suruh dia melakukan sesuatu kerja, dan anda menjanjikan upah sex padanya. Tapi, anda dengan sengaja memungkirinya
ii) Memakai pakaian dan seluar dalam yang sangat seksi dan menayang-nayang depan matanya dengan signal menggoda, tapi malam itu anda terus tidur sepanjang malam
iii) Sentiasa mengatakan badan anda dah gemuk sambil menayangkan body anda yang masih mengancam dan ramping dan mengatakan perut anda yang leper itu sebagai buncit untuk mengancam egonya yang buat-buat tak tahu sedangkan perut dah semakin memboroi.
iv) Mendaftarkan dia masuk kelas menari tanpa memberitahu
v) Masa dia terkocoh-kocoh nak pergi keje pagi-pagi tu cakap dengan wajah serius ' we need to talk' hanya semata-mata untuk membuatkan dia terfikir-fikir sepanjang hari apa yang anda nak beritahu dia tu.
Deraan ni banyak dan yang bestnya ia dibahagikan mengikut skala 1-5 (deraan ringan hingga ke tahap deraan maksima). Mengikut tahap kebolehan suami anda menanganinya. Di level 5 mungkin anda akan menghadapi masalah jika tidak berhati-hati.
Ini antaranyalah. Kalau nak tahu banyak lagi, sila dapatkan buku `101 Ways to Torture Your Husband' karya penyampai radio New York, Maria Garsia - Kalb.
Kalau ikut review, buku ini lawak gila dan menghiburkan. Dalam 101 tips tu kita bolehlah pilih mana yang agak-agak sesuai untuk diaplikasikan kepada pasangan kita. Yang tak sesuai tu...jgn lah ikut. Kang tak pasal-pasal jadi lain pulak. Tapi buku ini masih boleh dijadikan satu bacaan yang menghiburkan hari anda.
Kalau nak tahu lebih lanjut, silalah beli buku ini...
Friday, February 5, 2010
Tips For Newbie
Aku suka blogging dan aku masih newbie dalam dunia blog ni. Tapi aku suka pergi blog otai-otai dan belajar dengan diaorang serta ambil mana-mana tips yang dorang share untuk membantu memantapkan lagi blog aku ni...
So masa aku jalan-jalan blogwalking, so terjumpa tips for newbie ni kat blog melromeo. Dia ni best betul...sempoi...blog dia pun best..banyak gak tips yang aku dapat tapi hari ni melalui tips dia tu aku nak buat checklist kat blog aku. Ni kira basic aje...sesuailah utk newbie macam aku nih!! Tips ni khusus untuk memantapkan lagi blog anda dari segi layout dan user friendly...
So aku copy paste kat sini lah ye...Bolehkan Melz??
Pertamanya sila ikut Step sekiranya korang belum buat .
1. Buang Verification for Comments dengan menggunakan step ini -
Dashboard; Settings; Comments ; Show Word Verification Words ; No - DONE
2. Buat Comment form korang sebagai Pop-up dengan menggunakan step ini-
Dashboard ; Settings; Comments ; Comment For Placement; Pop-up window - DONE
3. Sesetengah terlupa tentang ini Adult Content . Disablekan dengan step ini -
Dashboard; Settings; Basic; Adult Content; No - DONE
4. Sesetengah newbie juga terlupa tentang ini . Comment Show or Hide ?
Dashboard; Settings; Comments; Comments; Show - DONE
5. Ramai antara blogger lupa tentang ini Setting URL pada Widget Follower :
Follow Blog Korang sendiri; Option; Site Settings; Add Links; URL blog - DONE
Pasal widget pulaks...melz cadangkan...
1. Jam ? Widget ini JavaScript dan dekat lappy / komputer korang dah ada jam kan ? Perlu lagi ke nak taruk hihi :
ila-ali : Sib baik aku tak pernah taruk!
2. Lagu ? Widget ini JavaScript dan dekat lappy / komputer korang dah ada Music Folder kan ? perlu lagi ke nak taruk hihi
ila-ali : Ni pun takde sebab tak suka kalau masuk blog yang ada lagu ni..rasa macam mengganggu je..Kalau yang ada tu terpaksalah mute kan dulu baru boleh concentrate nak baca...
ila-ali : Ni pun takde sebab tak suka kalau masuk blog yang ada lagu ni..rasa macam mengganggu je..Kalau yang ada tu terpaksalah mute kan dulu baru boleh concentrate nak baca...
3. Kalender ? Widget ini JavaScript dan dekat lappy / komputer korang dah ada Kalender kan ? perlu lagi ke nak taruk hihi... ila-ali : Pun takde....okey la tuh!
4. Widget Follower korang kalau boleh jangan gunakan tempat yang agak besar coz dari situ akan membuatkan blog korang lembab sebab setiap Icon itu mengandungi URL yang berbeza hehe so ada baik letakkannya dia SkyScrapper
ila-ali : emmm....skyscrapper tu kat mana ek? Tempat yang aku bubuh tu ok ke? alamak.. taktaulah!! sesiapa tau boleh tulun!!
ila-ali : emmm....skyscrapper tu kat mana ek? Tempat yang aku bubuh tu ok ke? alamak.. taktaulah!! sesiapa tau boleh tulun!!
5. Jangan gunakan URL yang panjang Sebagai contoh
Akudahlatakhensem.blogspot.com;---elakkan
4kud4hl4t4kh3ns3m.blogspot.com;---elakkan
AkuHensem.blogspot.com;--- Gunakan :)
- ila-ali ni ok kot?
6. Background yang bergerak-gerak itu , Cursor yang bergerak-gerak , segala-gala benda yang bergerak . Serious elakkan coz Javascript tuh akan membuatkan blog korang sangat lambat kira makan source .
ila-ali : Tapi benda tu cute kan!! hehehe...tak nak buat sebab nanti lambat loading
7. Kurangkan penggunaan Warna yang berbeza-beza dalam blog atau penulisan
kejab biru , kejab kuning , kejab merah , kejab oren . hehe dah macam pelangi . So tetapkan kaler dalam blog .
ila-ali : hehehe...org pompuan suka ni...aku ada buat tuh! nampak mcm ok laks...oppss ila, kata nak belajar...cuba jangan degil!!...ok..ok..
8. Letak lah gambar dalam setiap entry untuk membuatkan pembaca teruja untuk membaca . Harus diingatkan 'gambar' mempunyai 1001 maksud yang berbeza kalau kita olahkan . Am i Right ? hihi -
ila-ali : memang teruja tgk pelbagai gambar dlm setiap entry
Lastly Enjoy Blogging and Make ur blog simple . haha aku nie cakap je lebih kan ? tapi blog sendiri pun lembab. ye aku admit yang tuh tapi sekarang tengah nak repair untuk betulkan HTML yang aku pun tengah bengap nie haha. Last sekali , aku harap benda-benda nie dapat membantu korang . Aku seorang blogger biasa . (Ni kata-kata melz...)

Wah!! bestkan tips ni..banyak yang aku belajar. Betulkan blog dulu barulah concentrate on traffic...Betul jugak kata u melz...kalau banyak sangat widget entah apa-apa...lama nak tunggu orang akan klik pangkah dan pegi blog orang lain...makanya .....siapa yang rugi? kita dan blog kita jugak.....
So kredit to Melromeo...
Friday, January 22, 2010
Tips pada yang pakai contact lens...
Siapa yang pakai contact lens atau kanta lekap kat sini...Sila angkat tangan...! wah ramai gak tuh..Korang pakai contact lens (CL) sebab apa? Sebab nak cantik ke...sebab rabun...ikut trendke...
Aku personally memang pakai CL ni...lama gak la..dah...jap aku kira....emmm...dah 16 tahun gak aku pakai CL ni...fuhh lama giler...aku pun tak sangka. Aku pakai spek sejak form 1 lagi. Aku memang tak suka pakai spek ni...rimas...lepas tu aku lak jenis lasak. Kalau tido memang jarangla nak bukak spek. Takut kang mimpi blur aje... Lagi satu belakang cuping telinga aku selalu luka gara-gara bingkai spek yang letak kat telinga tu...Tu tak termasuk sekali kat batang hidung aku yang tak berapa nak ada batangnya tu selalu luka sebb pelapik / penahan spek kat hidung tu selalu aje tertanggal atau hilang....Paling sadis kalau kuar dari kete yang ada aircond, berkabus cermin mata tu sampai tak nampak apa-apa...kelam-kabut lak tanggalkan dan lap dulu baru boleh jalan...adusss...rimasnye....lagi satu kalau aku pakai spek orang suka nak panggil aku Cikgu Bedah mcm citer adik Manja tu...tak suka tau!!
Masa tu aku selalu fikir takde ke cara lain selain dari kena pakai spek bagi orang yang rabun macam aku ni...dahlah aku ni aktif, main netball susah...nak lumba lari susah, kalau tengok citer hindustan kang dah nangis-nangis...kena bukak balik spek sebab berwap jugak...tensi!tensi!
Bila aku masuk U, barulah aku tahu ada CL ni. Kawan aku pakai, masa tu baru ada hard lens..aku tgk ok aje dia pakai..hati aku melonjak-lonjak nak beli...tapi...masa tu mana cukup duit..harga dia masa tu dalam RM300-RM400 kalau aku tak silap...studentkan masa tu...mahal betul aku rasa...tapi aku pendamkan aje...Bila dah tahun 2 baru aku berani cari keje masa cuti penggal (masa tu hanya UM aje yg buat sistem penggal- cuti 3 bulan lamanya) Cukup 3 bulan aku berjaya membeli CL dan paling best masa tu soft lens baru kuar...harganya RM500++. Mahal tul kan masa tu tapi lagi satu sebab mahal mata aku ada masalah silau jadi memang lebih mahal dari yang biasa.Tapi aku sambar gak...idaman aku tu...masa tu aku rasa bestnya dapat beli CL. Dulu takde jenis pakai buang...dia panggil permanent soft lens...selagi tak rosak dan power tak tambah selagi tulah boleh pakai...Tapi still kena bukak tiap-tiap hari masa nak tido la...Aku rasa aku pakai yang pertama aku beli ni sampai 4 tahun jugaklah...berbaloi-baloi...
Jadi disebabkan aku ni kira otailah dalam pemakaian CL ni...(sekrg aku guna pakai buang yang sebulan sekali tu- paling baik yg tukar tiap-tiap hari) aku perturunkanla sikit tips-tips agar kita dapat membantu sapa-sapa yang nak pakai CL atau yang baru pakai CL......
Penjagaan CL
i) Cuci tiap-tiap hari guna solution khusus utk CL
ii) Simpan bekas penyimpanan (storage) CL ditempat yg kering dan seelok-eloknya ganti storage tu bila habis satu botol solution sebab nak elakkan infection.
iii) Basuh tangan dahulu dengan sabun sebelum buka atau pakai CL
iv) Cuci dengan menggunakan jari kelingking sebab jari ni bila kita tekan CL dia tak kuat sangat...kena hati-hati sebab mudah koyak. Kalau guna jari telunjuk takut terlalu kasar dan akan tekan kuat.
v) ulangi membilas kanta supaya semua sisa-sisa larutan disinfektan yang digunakan untuk merendam kanta dapat dibersihkan
vi)Elakkan dari tempat berabuk
vii) Kalau mata merah, jgn pakai CL. Rehatkan dulu mata. Kalau pakai balik still merah...tu dah kena tukar CL. Mungkin dah expired atau dah kena infection. Kalau merah jugak...tu kena jumpa doktor mata, Mata anda mungkin dah terkena jangkitan.
viii) Kalau nak pakai spek selepas pakai CL, pastikan mata anda direhatkan dahulu di antara 10-15 min sebelum pakai spek. Begitu jugak sebaliknya...Kalau tak nanti akan terasa macam pening-pening lalat...
- bebas dari kuman dan habuk yang boleh mengganggu mata dan menyebabkan jangkitan.
- tidak berkabus atau kabur disebabkan enapan bahan protein dan bahan-bahan lain dalam air mata.
- selesa ketika memakainya.
Sekiranya memakai alat solek:
- gunakan penyembur aerosol (seperti deodoran, semburan rambut) terlebih dahulu sebelum memakai kanta lekap.
- pembayang mata cecair atau krim adalah yang terbaik.Kalau yg serbuk tu takut masuk dlm mata...tapi klu dah expert..no prob.
- Compact powder lagi selamat daripada loose powder
- basuh tangan anda dengan sabun dan air sebelum mengendalikan kanta lekap.
Mencuci dan menyimpan kanta lekap:
Ada orang bila dah bukak CL terus masukkan dlm storage dia dan letakkan solution and done. Untuk menjamin kebersihannya kena cuci dulu baru simpan. Lecehla sikit terutama bila dah mengantuk sangat...tapi..kena buat jugak..Sayangilah mata anda! Step-step dia memula:
- basuh tangan dan bekas kanta lekap dengan sabun dan air.
- then, keluarkan satu kanta lekap dari sebelah mata dan letakkannya di atas tapak tangan.
- titiskan beberapa titik larutan pencuci ke atas kanta dan gosokkan perlahan-lahan.
- bilas kanta tersebut dengan larutan salina.
- tuangkan larutan disinfektan ke dalam bekas kanta. Rendamkan kanta di dalam larutan tersebut untuk disimpan.
- keluarkan kanta di sebelah mata lagi dan ulangi langkah di atas.
- rendamkan kanta lekap anda sekurang-kurangnya seminggu sekali dalam larutan penyahprotein untuk membersihkan segala protein yang terkumpul di atas kanta. Tapi klu yg dah guna CL pakai buang tak buatpun tak payah...dulu masa aku pakai yg permenant tu memang ada benda alah ni...!
- patuhi nasihat pakar mata ketika memilih dan menggunakan produk penjagaan kanta.
Kalau pakai kanta yang berwarna-warni penjagaannya juga sama seperti di atas ya!
Biru Mata Hitamku...
Thursday, December 31, 2009
Selamat Tinggal 2009.....Selamat Datang 2010
Selamat Tinggal 2009...
Walau apapun maksud 2009 bagi anda sama ada kegembiraan, kejayaan, kemasyhuran, kegemilangan, kesejahteraan, kesihatan atau kesedihan, kemurungan, kejatuhan, kehilangan...
Bukalah tahun 2010 dengan penuh harapan, sinar baru, lembaran baru dalam hidup kita untuk:
1) Sasarkan kejayaan yang lebih tinggi daripada apa yang ada sekarang
2) Menjadi insan yang lebih baik disisi Allah SWT, kepada pasangan kita, anak-anak kita, keluarga dan kepada orang lain
3) Memberi kehidupan yang lebih baik kepada orang lain
4) Menyimpan untuk waktu-waktu `mendung
5) Exercise! Exercise!Exercise.
6) Mempercayai pasangan kita
7) Menjadi anak yang baik kepada kedua ibubapa kita
8) Senyum selalu...jgn stress
9) Lupakan kegagalan lalu, bangkit dengan semangat baru
10) Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal (DUIT)

Tuesday, December 8, 2009
Back To School
Pejam celik pejam celik dah nak buka sekolah balik. Seperti biasa para ibu bapa sure sibuk nak cari barang-barang sekolah anak. Baju sekolah, kasut sekolah, stationeries, botol air, stokin...pendek kata semuanya barulah!
Last 2 week aku bawa semua anak-anak aku gi shopping baju, kasut dan peralatan sekolah. Belilah brand canggih ni untuk baju sekolah. Aku suka pakai brand canggih ni...baju dia putih cantik dan material dia sangat ok. So far tak pernah terkoyak ke, butang tertanggal ke. Baju ni kalau dipakai kerap lama kelamaan dia akan lembut dan sejuk je kat badan. Kain dia pun tak menipis wpun dibasuh menggunakan klorox...tapi harganya...menggigil tangan aku masa nak bayar ..!
Tahun lepas aku ada juga cuba kain dari Keluargaku...tak sampai sebulan, jahitan dia terbukaklah...berburas lah, sampai tension aku dibuatnya. Bukan selai dua, tapi semua baju anakku mcm tu. Memangla murah dan aku beli sorang 3 pasang, tapi bila 3, 4 bulan terpaksa beli yang lain sebb dah terkoyak yang tak boleh nak jahit lagi. So taun ni langsung aku takbeli kat keluargaku. Cuma mungkin aku amik kain sekolah pagi. Kain dia ok.

So aku nak kongsi tips la sikit pada ibubapa yang masih belum beli baju sekolah anak-anak. Maklumlah hujung tahun ni macam-macam nak pakai duit, lebih-lebih lagi awal tahun depan dengan nak bayar untuk buku latihan, yuran sekolah, yuran komputer la...bagi yang hantar anak tuisyen, tadika...duit lagi...so tips ni kot-kot dpt membantulah mengurangkan perbelanjaan keluarga...
i. Inventory Checking
Sebelum pegi membeli belah, cek dulu baju dan seluar sekolah anak-anak, mana yang boleh pakai, elok lagi....asingkan. kalau dah sempit bagi kat adik (kalau ada) Tengok lak brand dan size baju dia. Lain brand lain size dia. Tapi kalau nak cuba brand lain, bawa anak lagi selamat. Untuk tahun baru ni kena beli besar sikit daripada tahun lepas punya. Klu main beli aje...kemungkinan kita akan terbeli size yang sama jugak...(penah berlaku kat saya...tu la sebabnya...hehehe). Macam saya, seluar untuk adik (anak no 2) beli selai aje, tahun lepas masih elok dan masih labuh lagi. Seluar abangpun masih elok lagi. Ok la tuh! Adik boleh pakai. Cuma abanglah kena beli semua baru sebab tahun ni dah masuk Tingkatan 1.
Kasut dan stokin jugak buat macam kat atas tadi.
Tahun lepas saya beli stokin satu ikat yang ada 3 stokin. Beli sorang satu lak tu. Ada lebih lagi sepasang. So tahun ni sy beli 2 ikat aje (satu ikat ada 3 pasang stokin). Abang ngan adik share. Doter tahun ni taknak stokin pink, jadi satu khas untuk dia. Sy beli besar sikit, jadi boleh simpan untuk tahun depan sekali...save skitlah duit mama...Kasut lak semua dapat 2 pasang yang baru. Kasut tahun lepas dah kena hukum buang...terkoyak sana sini...diaorang ni pegi sekolah ke pegi mencangkul...musykil dibuatnya...kasut dah tak serupa kasut bila menjelang akhir tahun...
Jangan dilupa, beg sekolah jugak. Kalau masih elok apalah salahnya digunakan lagi. Kalau tanya anak-anak mesti nak yang baru punya. Tapi kalau slow talk ngan diaorang, diaorang faham. Macam anak-anak saya, beg yang dipakai dah dua tahun dah. Tahun ni kena beli baru sebab plastik bahagian dalam dah habis koyak-koyak walaupun luarannya masih elok lagi..Nasib baik Baby dah dapat hadiah akhir tahun berupa beg sekolah. Jadi tak payah beli satu. Save duit mama!
p/s pakaian-pakaian tu jgn lak terlupa untuk sekolah agama sekali ye!
ii) Checklist
Bila dah tahu, tulis apa barang-barang yang perlu siap dengan kuantiti sekali.
Jadi kita hanya membeli barang-barang perlu aje. Kalau tak tulis, bukan anak aje yang teruja. Makpun boleh rambang mata. Rasa macam semua perlu untuk anak. Tu yang bila dikira-kira balik, dah terover budget...haru dibuatnya!
iii) Budgeting
Bila dah tahu barang-barang dan kuantitinya, kiralak pula berapa budget kita.
Jadi dari situ kita boleh tengok brand apa, range harga dan sebagainya.
iv) Shopping
Lepas dah tahu semua keperluan dan budget...barulah pegi shopping.
Jangan lupa bawa bawa list tu tadi.
Saya, wpun dah buat checklist dan budget, masa nak kuarkan RM menggigil jugak rasanya masa nak bayar ....huhuhu...tapi kalau tak buat checklist...rasanya pasti lebih banyak lagi....
Ni cara saya la...you all ada tak cara yang boleh kongsi bagaimana nak mengurangkan perbelanjaan sekolah ni...Kongsilah ngan kitaorang ek. Tulis kat bahagian komen ok!!
Subscribe to:
Posts (Atom)