Followers

Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Friday, December 17, 2010

Gambar Perkahwinan SM Nasaruddin dan Marion Rose Caunter Abdullah

Sejak semalam saya perhatikan kemasukan pelawat ke blog saya tiba-tiba melonjak secara luar biasa. Blog ni memang belum lagi ramai pengikutnya, jadi saya kena blogwalking, blogjogging baru boleh jemput ramai sikit datang ke sini. Hari ini pula very the busy so memang tak sempat nak menegur dan melawat kawan-kawan blogger yang lain, tapi tadi selepas maghrib bila tengok blog hairan kenapa ramai pulak visitor hari ni? Sampai 50 orang pelawat unik sehari.


So tengoklah kat keyword apa yang menarik pelawat datang ke blog ila-ali ni. So barulah tahu rupanya-rupanya hampir semua yang datang ke blog ini datang dari keyword `nasa dan marion'. Memang saya ada cerita tentang menerima jemputan perkahwinan mereka dan kebetulan mereka bernikah pada hari ini, 16 Disember. Jadi kemungkinan disebabkan itu ramai peminat-peminat mereka melayari internet untuk mendapat meklumat lanjut tentang kedua-dua pasangan glamor ini.



 Rupanya-rupanya bukan setakat Malaysia sahaja yang mengikuti perkembangan mereka, tetapi dari Brunei dan ada juga dari Melbourne. Popular jugak mereka ni kan. Oklah, walaupun saya dan ali tak dapat menghadiri majlis resepsi mereka yang dijadualkan pada malam esok, saya paparkan juga gambar sekitar majlis pernikahan mereka.

Tuesday, December 14, 2010

14 Tahun Yang Bermakna










14 tahun Yang Bermakna!

Friday, October 29, 2010

Perlukah Aku Rasa Tergugat Dengan Nora Danish?


Tengok tu Ali bukan main lagi senyum manja bergambar dengan Nora Danish. Aku rasa kalau dia pakai kopiah, kopiah pun boleh tertanggallah..

Friday, June 25, 2010

Pakulah Di dinding Hati Mu

Tazkirah Pagi Jumaat


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. Untuk apakah paku-paku ini ayah?tanya pemuda tersebut. Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata

“Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.”

SAHABAT adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

P/S : kepada sahabat..maafkan lah aku sekiranya kau terluka..


Tuesday, April 6, 2010

Kasihmu seteguh Taj Mahal - Nilai Kasih Seorang Suami



Namanya Abu Said. Nama penuh aku tak pasti. Tapi mesra ku panggil Pak Cik. Beliau adalah bapa mertua kepada sahabat baik dan juga jiranku Su. Suami Su, Almansor juga sahabatku. Kami pernah bekerja di tempat yang sama. Aku kenali Pakcik sudah lama, sama usia dengan persahabatanku dengan Su. Kira-kira hampir 12 tahun lamanya. Aku kagum dengan Pakcik. Orangnya peramah, baik, pemurah. Kata-kata yang keluar banyak yang memberi semangat untuk berjaya dalam hidup. Isteri Pakcik yang kupanggil makcik merupakan insan setia yang sentiasa berada di samping Pakcik bermula dari saat mereka diijabkabulkan. Susah senang mereka hadapi bersama. Dimana ada Pakcik, disitulah ada makcik. Resam orang dulu-dulu yang sukar menzahirkan kasih-sayang, tapi dari perbualan dengan mereka, nama masing-masing tidak putus dari mulut keduanya.

Credit to Su@bualsantai

Walaubagaimanapun langit tidak selalunya cerah. Ketika masih bergembira dengan suasana hariraya, suatu pagi dihariraya ke 5, selepas sembahyang subuh berjemaah dengan pakcik, makcik terasa seperti hendak muntah dan pergi ke bilik air. Selepas beberapa ketika pakcik menunggu makcik dan hairan kenapa makcik masih tidak keluar sedangkan kebiasaannya tidak begitu. Naluri hati seorang suami yang telah hidup bersama lebih 40 tahun merasai `sesuatu'. Benar telahannya. Makcik tertunduk ditepi kolah tidak sedarkan diri.

Tarikh itu bermulalah episod `kesedihan' bagi Pakcik dan keluarga. Makcik yang memang mengidap penyakit darah tinggi tidak sedarkan diri disebabkan salah-satu saraf di otak pecah. Sejak itu ICU HKL dan Melaka adalah rumah kedua makcik dan Pakcik disitu menemani penuh setia tanpa sedikitpun rungutan. Peraturan di ICU pelawat tidak boleh masuk selalu. Pakcik akan setia menunggu diluar. Matanya sentiasa mengerling masa bagi membolehkannya masuk semula. Keadaan makcik tidak seperti selalu, muka bengkak gara-gara operation, muka senget, kepala dibotakkan separuh, tapi Pakcik masih disitu, mengusap-usap kepala makcik dan tangan makcik dengan penuh kasih-sayang. Sedikitpun tidak luntur kasih sayang pakcik melihat keadaan makcik sebegitu.

Hampir 7 bulan makcik berada dalam keadaan separuh koma. Bila berbual dengan Pakcik, aku tahu Pakcik amat rindukan makcik. Dia ceritakan tentang masa-masa istimewa bersama makcik adalah selepas sembahyang tengah malam bersama-sama. Itu rutin hidup mereka sepanjang perkahwinan. `Kalau pakcik tak bangun, makcik kejutkan, kalau makcik tak bangun pakcik kejutkan. Yang penting kami dapat bangun sama-sama dan bermunajat kepada Allah.' Kemudian kami bercerita tentang anak-anak. Kalau ada mana anak-anak dalam kesusahan kami akan bacakan Yasin sehingga menjelang waktu subuh.'

Credit to Su@bualsantai


Ya! dari getaran suara dan genangan air mata, aku tahu pakcik sangat merindui saat-saat itu!!

Sepanjang makcik dalam separuh koma, sedikitpun pakcik tidak menyibukkan diri dengan perkara lain. Mujur semua anak-anak telah dewasa. Tinggallah kebunnya, tinggallah sawahnya. Tinggallah ayam dan itiknya. Hidupnya ketika itu hanya menemani isterinya yang tercinta. Kalau di hospital, selain dari membersihkan isterinya sambil dibantu oleh menantunya Su, pakcik akan bisikkan ayat-ayat suci, berdoa dan bercakap dengan isterinya. Kalau ada yang menziarah, dialah yang akan memberitahu makcik sesiapa yang datang. Kalau makcik tersedak tatkala minum susu melalui tiub, pakcik cepat-cepat mengusap-usap dada makcik. Jika ada sebarang perkembangan positif makcik seperti boleh membuka mata, batuk sehingga mengeluarkan suara, pakciklah insan paling gembira. Pengharapan pakcik melihat makcik sembuh memang tinggi. Benar, kasih sayang pakcik tiada sempadan. Ujian itu sebenarnya menebalkan kasih sayang pakcik terhadap makcik.


Namun ketentuan Allah tiada siapa dapat meramal dan menghalang. Makcik pergi jua. Atas redha seorang suami. Selepas mendapat berita dari doktor yang keadaan makcik kritikal ketika itu di HKL, pakcik terus melangkah ke masjid berhampiran. Memohon petunjuk. Seusai solat sunat, doa yang panjang dan penuh ketenangan pakcik merelakan makcik pergi jika itu ketentuanNya. Sebaik sahaja pakcik mendekati makcik, dalam keadaan semua anak-anak disisi, makcik menghela nafas terakhir dengan tenang pada hari Isnin, 29 Mac 2010.

Begitulah kasih sayang Pakcik yang menurut aku begitu luhur dan suci. Cinta yang tidak dizahirkan tetapi tersimpul erat di dalam hati. Tiada tempuh khusus yang doktor janjikan untuk makcik sembuh, tetapi harapan pakcik tinggi menggunung. Setiap hari pakcik bagaikan tidak sabar untuk melihat makcik di hospital, nak melihat makcik, pegang tangan makcik, mengurut-mengurut lengan dan kaki makcik, bisikan ayat-ayat suci dan bercakap-cakap dengan makcik. Kesetiaan dan kasih sayang Pakcik mengagumkan aku. Jarang benar aku menyaksikan peristiwa ini. Walaupun makcik dah tiada, aku tahu pakcik bersyukur kerana telah memberi perhatian sepenuhnya sepanjang hayat arwah.

Al Fatihah untuk makcik. Semoga makcik ditempatkan dikalangan insan-insan yang beriman dan ditempatkan di syurga. Amin! dan juga semoga Pakcik tabah meneruskan kehidupan tanpa makcik. Insyaallah!

Wednesday, March 24, 2010

Kesepian!

Salam semua...I'm back.

Lama betul bercuti dan menguruskan banyak perkara sampai tak sempat2 nak update blog. Minta maaf pada semua yang datang tengok blog saya (ala...sopannya guna gantinama `saya') tapi asyik gitu aje...takde citer baru. Wpun begitu harapan saya moga kawan-kawan semua sihat sepanjang `penyepian' saya selama hampir 2 minggu. Lama jugak ek. Patutlah hidup rasa macam tak lengkap aje...(ececee..)

Saya memang rasa hidup tak lengkap aje sekarang ni
sebabnya Ali tak ada kat sini
Dia ada kat New Delhi
Dah 4 hari dah...waaaa!
Hari Ahad ni dia balik Melaka
Tapi, hari Sabtu saya gi outstation kat Kedah
Khamis baru saya balik, tapi Ali keje.
Nampaknya Jumaat malam minggu depan baru dapat jumpa
waduh lamanya!!!

Tiba-tiba kesepian memenuhi ruang hatiku...
(alamak dah mood jiwangla pulak)


p/s : Lynn Nasir : Thanks for the award. Nanti saya update pasal tu ek! Nak layan jiwa sepi dulu..:)

Monday, March 8, 2010

Ayang, nanti bagi emas sebagai hantaran ya!

Pagi tadi ketika sedang menghantar anak ke sekolah, terdengar selingan petikan terbaik perbualan Jawa Rangers yang dibuat semalam dengan seorang pendengar hotfm. Tak pastilah topik apa tapi pendengar tu cerita masa dia kahwin wang hantaran untuk isteri sebanyak RM5000.00 diberi dalam bentuk kijang/dinar emas. Selepas 5 tahun berkahwin, kijang/dinar emas tu sekarang dah bernilai hampir RM10,000.00. AG (pengacara Hotfm) pun teruja dan sempat tanya kat mana nak cari dinar emas tu.

Wah! aku rasa info ni sangat menarik.Teringin nak kongsi info disini sebab aku tengok reader kat blog ni ramai yang muda-muda, tengah asyik bercintan-cintun tak sabar gatal nak kahwin dan ada juga tunangan orang. So, mungkin maklumat ini berguna untuk you all. Bagi yang dah kawen lak, janganlah sedih. Boleh jugak beli kijang emas ini dan jadikan pelaburan untuk diri sendiri, keluarga ataupun pendidikan anak-anak pulak.

Saya percaya dengan maklumat yang dikongsi oleh pendengar hotfm tu sebab adik ipar saya sendiri kata 5 tahun lepas masa dia beli gelang tangan harga emas hanya RM50.00 segram, tapi sekarang dah meningkat RM136.00 segram. Kalau dulu gelang dia berharga RM500.00 cuba kira berapa harga gelang dia sekarang? Kalaulah dulu masa sebelum kahwin dapat info macam ni, mesti aku dah suruh Ali jadikan wang hantaran tu dalam bentuk kijang emas ke, dinar emas, jongkong emas ke...pasti berbaloi-baloi.


Jadi kepada sesiapa yang nak kawen, lebih-lebih lagi sekarang ni ramai yang buat personal loan untuk kawen. Jadi, aku cadangkan duit hantaran tu tukarkanlah kepada emas. By the time hutang habis bayar (selalunya 5-9 tahun) pastinya mendapat keuntungan berganda-ganda walaupun selepas mengambil kira interest pinjaman sebanyak 8% dan pembayaran tak sangkut-sangkut.


Lagipun, kalau wang hantaran diberi dalam bentuk wang ringgit, memang cepat sangat habisnya. Kadang-kadang si perempuan tak merasa pun duit hantaran tu sebab ibu dan ayah ambil untuk perbelanjaan perkahwinan. Tapi pada pandangan saya, wang hantaran tu bagilah kepada anak yang berkahwin tu. Kalau ibubapa nak ambilpun ambillah sahaja wang pemberian tetamu yang hadir masa hari perkahwinan. Wang hantaran adalah pemberian suami kepada isteri dan jumlahnya mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak. Sekurang-kurangnya adalah kenangan manis buat isteri. Ada mas kahwin, ada duit hantaran atau kijang emas buat kenangan. Ini tidak, selepas kawen selain dari pokai sebab banyak belanja, satu-satunya kenangan manis hanyalah beberapa buah album dan DVD perkahwinan. Huhuhu!

Ok, kenapa aku kata bagi wang hantaran dalam bentuk emas, cuba korang tengok pergerakan harga emas ni. Maklumat tentang pergerakan harga emas dari bulan Januari 2009 hingga 1 Disember 2009 dan graf kat bawah aku ambil dari website jutawanemas . Cuba tengok peningkatannya! Ia telah meningkat
sebanyak  37% dalam tempoh satu tahun sahaja. Fullamak!

Harga emas 2 Januari 2009 = USD 869.75 / Oz
Harga Emas 1 Disember 2009 = USD1193.50 / Oz



37% setahun banyak tau! ASB pun baru 8.25%. Tupun dah happy sangat.

Jadi aku nasihatkanlah sesiapa yang berkira-kira nak melabur dalam `gold investment' ni teruskan hasrat tu dgn kadar segera. Tak payahlah nak tunggu harga turun dulu baru nak beli. Kalau beli emas fizikal ni sepanjang waktu adalah waktu yang sesuai untuk membelinya. dan sesiapa yg dah hampir-hampir nak kawen tu, jadikanlah emas sebagai wang hantaran. Pasti tak rugi punya!

Wednesday, March 3, 2010

Tips Menyemarakkan Rasa Cinta Part 1


Suatu petang yang bening
sedang aku berkira-kira 
nak melabuhkan badan disofa yang empuk
tiba-tiba
tet,tet
hpku berbunyi
menandakan mesej masuk
lantas membaca nama pengirim tadi
dari Ali bisik hatiku
sambil membaca apa yang tertera...

'aku bahagia kerana mencintaimu.
Tapi...'

La..setakat itu saje ke?
apasal ada tapi-tapi ni laks...
lain macam aje bunyi
tahulah semalam kitaorang bergaduh
biasalah bergaduh somi isteri ni
Sedangkan lidah lagi tergigit...
Tapi rasanya dah angkat bendera putih
Dah sain surat perdamaian
tapi kenapa macam tak settle ni??

Dalam terfikir-fikir tu..tiba-tiba...
tet,tet
masuk lagi satu mesej

tapi...aku lebih bahagia kerana kau
mencintaiku.' Love u

Hurm, kata-kata itu sudah cukup untuk membuatkan aku tersenyum sepanjang hari.

p/s : Kata-kata cinta sangat perlu dalam sesuatu perhubungan dan perkahwinan. Ia umpama `baja' yg menyuburkan rasa cinta!
Aku pernah buat entri pasal surat cinta lama-lama. Kalau ada yg belum baca, sila baca kat SINI.
Ramai yg tny mana aku punya pulak. Jawapannya, serius aku dah cari, tp jumpa sikit aje. Tupun bercampur dengan surat-surat `orang' lain...hehehe. Klu Ali tahu ni `masak' aku nak menjawab! 
Tapi ...kalau dia tahu pun, aku tahu dia tak kisah!!

Credit to : Google Images

Wednesday, February 24, 2010

Kenapa Mesti Menjerit Bila Bergaduh

Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid²nya, 
“Mengapa ketika seseorang sedang dalam keadaan marah, 
dia akan berbicara dengan suara kuat atau menjerit?”

Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab,
“Kerana ketika itu dia telah kehilangan kesabaran, lalu berteriak.”

“Tapi…” guru itu balik bertanya, “lawan bicaranya berada dekatnya. 
Mengapa harus berteriak? Apakah dia tak dapat berbicara secara halus?”

Hampir semua murid memberikan sejumlah alasan yang dikira betul menurut pertimbangan mereka. 
Namun tak satupun jawapan yang memuaskan.

Guru lalu berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam situasi kemarahan,
 jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walau secara fizikal mereka begitu dekat. Kerana itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak. 
Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara keduanya pun menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa menjerit lebih kuat lagi.”

“Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta? 
Mereka tak hanya tidak berteriak, namun ketika mereka berbicara
 suara yang keluar dari mulut mereka begitu halus dan kecil. 
Sehalus apapun, keduanya dapat mendengarkannya dengan begitu jelas. 
Mengapa demikian?”

Sang guru bertanya sambil memperhatikan para muridnya.
Mereka nampaknya berfikir amat dalam namun tak seorang pun berani memberikan jawaban.
“Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak sehingga sepatah katapun 
tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka 
 tahu apa yang ingin mereka sampaikan.”

Sang guru masih melanjutkan, “Ketika kamu sedang dilanda kemarahan, janganlah hatimu menciptakan jarak. Lebih lagi hendaknya kamu tidak mengucapkan kata yang mendatangkan jarak di antara kamu. Mungkin di saat seperti itu, TAK mengucapkan kata² mungkin merupakan cara yang BIJAKSANA. Kerana waktu akan membantumu.”

thanks kak jie. Suka dgn cerita ni...

Thursday, February 4, 2010

100 hari bersama anda...

Terima kasih kerana sepanjang 100 hari berblogging,

anda:

1) sering menemani di kala siang dan malam, malah pada waktu-waktu saya tidak dapat melelapkan mata di dinihari..
2) membaca tulisan saya yang kadang-kadang saya sendiri tak nak baca
3) menceriakan hidup saya dengan komen-komen di setiap entri menandakan ada bersama saya walau dimana anda berada
4) mengajar saya cara menulis blog dengan baik walaupun saya belum lagi berada pada tahap seperti anda
5) mempromosikan blog saya yang tak seberapa ni sehingga jumlah pembaca dan follower blog ini  meningkat dari sehari ke sehari.
6) memberi semangat kepada saya dengan melawat blog dan meninggalkan pesanan-pesanan walaupun saya dah lama tak update blog.
7) memperkenalkan saya kepada jejaktrend, yang baik hati memberikan widget `ila-ali bersama anda' sehingga saya tahu bahawa hari ni dah 100 hari rupanya. Jika tidak sampai bila-bila pun saya tak sedar tarikh dan masa ini...
8) meng `add' dan link blog saya di blog anda...
9) mengajar saya bagaimana nak `ping' dan `nang'.
10)  membuatkan saya rasa dekat dengan anda walaupun tidak pernah mendengar suara dan bertentangan mata
11)memberitahu saya tentang nuffnang, innit, buffered earning segala, walaupun bila saya tengok RM0.50 masih tak bergerak-gerak sejak saya letak sebulan yang lepas.

Terima kasih atas segalanya. Walaupun banyak lagi perkara-perkara tersirat yang tidak terucap, saya sangat bangga bersama anda walaupun cuma di alam maya...Love u all...muah!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails