Followers

Monday, December 6, 2010

Nasa and Marion : Wedding of The Year??

Teka teki tarikh perkahwinan VIP dan selebriti terkenal tanahair akhirnya terjawab. Bukan diwar-warkan dalam akhbar sebab setakat ni belum terbaca lagi tetapi lebih real kerana kami berdua (Ali and Ila) dijemput menghadiri perkahwinan tersebut. Tak terjangkau akalku dapat jemputan ke Majlis Perkahwinan so called VVIP. Perkahwinan dua insan yang tercetus kontroversi sedikit masa dulu akhirnya seperti cerita dongeng Cinderella bertemu Prince Charmingnya berakhir dengan `Happy Ending'. Alhamdulillah.








Tarikh 18 Disember 2010 (Sabtu) majlis resepsi akan diadakan di Grand Ballroom Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur. SM Nasarudin bin SM Nasimuddin merupakan Pengerusi Eksekutif merangkap Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza yang kacak dan tampan akhirnya akan menikahi Marion Rose Caunter yang sungguh jelita. Mungkin juga perkahwinan mereka ini akan menjadi `Wedding of The Year??'

(Sama cantik, sama padan..memang sesuai)

Didoakan semoga perkahwinan mereka bahagia dan berkekalan sehingga ke hujung nyawa dan mendapat anak-anak yang comel seperti ibu dan bapa mereka. Insyaallah!

p/s...hmm...nak pergi ke tidak ni??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails