Followers

Friday, December 10, 2010

Lasagna...sehingga menjilat jari

Ehem! First time nampaknya nak post entry resepi ni. Actually first time pun mencuba resepi ni, bila dah buat rupanya taklah susah sangat, malah amat enak untuk dinikmati seisi keluarga di waktu petang atau di malam hari..
Disebabkan first time buat so tak berapa nak reti bajet sos tomato, sos putih dengan kepingan-kepingan kulit lasagna ataupun biasa disebut `lasania'.


So kepada sesiapa yang berminat silalah salin resepi enak ini. Very the simple untuk membuatnya.



Bahan-bahan
(Sos tomato)

1 bungkus ayam / daging kisar (dlm polisterin yang biasa dijual di pasaraya)
2 biji bawang kecil (dipotong dadu)
1 1/2 bawang besar (dipotong dadu)
1 botol kecil  Prego Traditional
2 sudu besar tomato puree
1 tin cendawan butang dipotong nipis
7-8 kulit lasagna (saya guna jenama San Remo)
Garam dan Gula secukupnya

(Sos Putih)
2 sudu besar butter / majerin
3 sudu besar tepung gandum
2 cawan susu segar
Garam dan gula secukupnya

Hiasan (paling atas)
Parmesan Cheese
Mozarella Cheese
Tomato dihiris bulat-bulat 



Cara membuatnya :

Mula-mula rebus dahulu kulit lasagna sehingga lembut. Masa nak rebus tu sila masukkan dua sudu besar minyak masak untuk mengelakkan dia daripada melekat.  Kemudian ketepikan. Susun satu-satu. Jangan ditindan-tindan takut nanti dia sejuk dan melekat.

Sos tomato : Mula-mula panaskan minyak dalam kuali. Kemudian tumiskan bawang putih dan merah yang telah dipotong dadu. Kemudian masukkan daging / ayam kisar. Setelah separuh masak, masukkan satu botol Prego Traditional dan tomato puree. Kacau sebentar sebelum dimasukkan cendawan butang. Jika kering sangat boleh masukkan sedikit air tetapi jangan terlalu cair. Masukkan garam dan gula secukupnya. Kacau sehingga pekat dan angkat.

Sos Putih (Pastikan api dapur sentiasa kecil semasa membuat sos putih) : Cairkan butter/marjerin di dalam kuali. Setelah cair sepenuhnya, masukkan tepung gandum dan kacau perlahan-perlahan agar tidak berketul. Pastikan tepung dan butter bergabung. Kemudian masukkan susu segar (saya guna susu HL). Kacau sehingga pekat dan masukkan garam dan gula secukupnya. Angkat segera.


Kemudian susun kulit lasagna yang telah direbus tadi ke dalam bekas yang boleh dimasukkan ke dalam oven.
Letakkan kulit yang pertama, kemudian diletakkan sos tomato sehingga memenuhi lapisan kulit lasagna tersebut. kemudian letakkan pula sos putih sehingga menutupi sos tomato tadi. Taburkan mozarella cheese. Kemudian letakkan lapisan kedua dan ulang sampai lapisan yang terakhir. Lapisan paling atas tidak perlu diletakkan sos tomato dan sos putih. Memadai dengan diletakkan hirisan tomato, ditaburkan dengan parmesan cheese dan mozarella cheese.(Saya potong dadu tomato tu, tapi rasanya hirisan bulat-bulat lagi nampak cantik dan tempting)

Bakar dalam oven (jgn lupa preheat dulu) suhu 190 darjah celsius masa 30 - 45 minit. Siap untuk dimakan.

Selamat Mencuba!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails