Perhatian kepada semua peminat-peminat Akademik Fantasia (AF) yang tinggal di Sabah dan Sarawak, jangan lupa esok dan lusa(23 & 24 Jan 2010) satu ujibakat pencarian bakat-bakat baru AF8 akan diadakan di Hotel Promenade, Kota Kinabalu dan Hotel MARDEKA Palace, Kuching, 23 & 24 Jan.
So, sesiapa yang
perasan berbakat besar (
syy..tapi selalunya orang Sabah dan Sarawak ni ramai yang berbakat) jangan lupa temujanji anda esok dan lusa.
Haa..jangan pakai pergi aje...cekidaud (bak kata
Haniz Zalikha) syarat-syaratnya:
1) mestilah warganegara Malaysia atau Singapore dan bukan artis yang menaung dibawah mana-mana syarikat rakaman.
2) berumur di antara 18 - 45 tahun
3) salinan kad pengenalan serta dua keping gambar berukuran 4R (gambar profil dari paras pinggang) dan;
4) boleh menyanyi secara 'acapella'
Kaunter pendaftaran dibuka dari pukul 9 pagi hingga 1 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakan.Kalau tak nak berasak-asak mengisi borang permohonan anda boleh download aje kat website rasmi AF iaitu
http://www.astro.com.my/akademifantasia
Dengar citer dah setakat Sabtu Ahad pertama (9 & 10 Jan) hampir 2000 orang dah diujibakat...dasat tu...
Lagu-lagu pilihan untuk peserta wanita:
1) Gagap - Stacy
2) Jika Kau Ubah Fikiran- Mila
3) Tak Mungkin Kerana Sayang - Alyah
4) Dan Sebenarnya - Yuna
5) Di Taman Teman -Siti Nurhaliza
6) When You’re Gone - Avril Lavigne
lagu-lagu pilihan peserta lelaki:
1) Situasi -Bunkface
2) Hujan -Sudirman
3) Ada Untukmu -Nubhan
4) Berdendang Dalam Tangisan -Jamal Abdillah
5) Fikirlah -Aizat
6) I’m Yours -Jason Mraz
So, macamana? best-best tu lagu-lagu pilihan...Pilih lagu yang terbaik dan sesuai dengan suara anda tau...kalau tak, baru U nak nyanyi juri dah bagi kad merah...penat aje datang jauh-jauh!. Juri-jurinya dengar kata sangat cerewet dan pemilihan kali ini lebih ketat berbanding AF sebelum ni...
Juri AF8 ialah Lah VE, Deja Moss, Fairus Hussain dan guru vokal Syafizawati Shariff (Cikgu Syafi) dan dua orang juri lagi untuk mengenalpasti perwatakan ialah Dr Fazley Yaakob dan Dr Azahari Othman..
Sebelum ni dengar kata ramai betul peminat-peminat AF yang datang ujibakat. Lokasi ujibakat yang dah selesai ialah:
1) Kompleks Sukan Bukit Jalil,Kuala Lumpur, 9 - 10 jan
2) The Zon Regency Hotel, Johor Bahru, 16 - 17 Jan
3) Redbox Gurney, Plaza Gurney, 16 & 17 Jan
Akan datang
4) Hotel Promenade, Kota Kinabalu, 22-24 Jan
5) Hotel MARDEKA Palace, Kuching, 23 & 24 Jan
6) Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 30 & 31 Jan
So, bagi sesiapa yang nak pergi tu saya ucapkan Good Luck. Semoga anda berjaya!!