Followers

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

Sekolah Agama? Tak Naklah!

Assalamualaikum semua,


Lama betul kita tak bersua di alam maya ni kan. Memang sangat rindu. Rindu nak menulis, rindu nak membaca komen, rindu nak blog walking dan macam2 rindu yang tak terbuat dan terluah. Bila lama dah tak menulis ni so skill pun semakin berkarat. Idea pun tak keluar-keluar. Maklumlah bila dah kerja sendiri ni baru terasa masa berlalu dengan sangat pantas. Dulu masa bekerja dengan orang, tertunggu-tunggu bila nak sampai hari Jumaat. Tapi bila kerja sendiri, sedar-sedar dah Jumaat. Terasa sangat cepatnya masa berlalu dan banyaknya kerja nak dibuat.

Monday, December 6, 2010

Perjalanan Masih Jauh, Tapi Adakah Masa Masih Lagi Panjang?

Dalam kesibukan menjalani rutin harian, begitu sekejap masa berlalu tanpa menyedari rupanya sudah dipenghujung tahun hijriah. Sejenak memikirkan pencapaian tahun ini dari awal tahun hingga ke penghujung. Menginsafi diri sendiri bahawa perjalanan masih jauh tapi adakah masa semakin panjang??



Tapi, bersyukurlah kita kepada pencapaian yang sedikit, sekurang-kurangnya kita mara ke hadapan. Malanglah kita sekiranya masih ditakuk lama dalam segala segi dan lebih malang jika kita sendiri tidak menyedarinya...

Semoga tahun 1432H ini akan membawa sinar baru ke tahap kehidupan yang lebih bermakna untuk keluarga, bangsa dan agama. Insyaallah.

Jangan lupa petang ni kita baca doa akhir tahun dan awal tahun ye!


Doa akhir tahun dibaca 3 kali selepas waktu asar atau sebelum waktu maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini syaitan akan berkata  "Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun" 


Tuesday, November 16, 2010

Happy Eid Dul Adha to All


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Hari ini 9 Zulhijjah. Tahun ini dapat aku menunaikan puasa sunat sebanyak 2 hari iaitu 8 dan 9 Zulhijjah. Rupanya banyak fadhilat yang tersembunyi disebalik tarikh ini yang tidak kuketahui sebelum ini. Ya Allah, jahilnya hambaMu ini. Terima kasih di atas sebaran maklumat tentang 9 Zulhijjah di laman Facebook (FB). Siapa kata FB ini tak baik?? Sebenarnya ia bergantung kepada bagaimana anda manafaatkan fungsinya...


Ok dah out of topic dah ni.

Friday, October 1, 2010

Pulangkan Wang Hasil Sumbangan Judi?

Kes sumbangan hasil judi kerajaan Pulau Pinang kepada warga emas sememangnya menjadi antara topik hangat kebelakangan ini. Akupun dalam hati kata tak patut betul Guan Eng bagi hasil duit judi kepada warga emas berbangsa Melayu. Melayu dan Islam bila dikaitkan dengan judi, arak memang sensitif betul, lebih-lebih lagi kepada oarng Islam..tapi rupanya pandangan itu menurut Ustaz Zaharuddin adalah pandangan orang yang tidak memahami hukum islam...Hmm macamana tuh?? 

Mungkin artikel ini dapat memahamkan kita hukum yang sebenarnya...

Pulangkan wang hasil sumbangan judi?

Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran' dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.

DARI SUDUT HUKUM

Jika dilihat dari sudut hukum, jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, tindakan mereka adalah SALAH  lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Ini kerana dari sudut hukum, faqir dan miskin HARUS menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang HARAM.

Fakta berikut perlu difahami:


Wednesday, September 1, 2010

Rezeki Ramadhan, Berbuka Puasa dan Tukar Duit Raya


Salam 22 Ramadhan 1431H, bersamaan 1 September 2010.

Kalau tiada aral melintang lagi 9 hari umat Islam akan meraikan hariraya. Cepat sungguh masa berlalu. Anak aku yang masa awal-awal puasa kata lambatnya nak raya, tup-tup semalam cakap rasa cepat pulak nak raya..mmm..apa-apalah dorang ni.

Sekarang ni memang saat-saat sibuk bagi kebanyakan orang. Persiapan terakhir untuk beli baju, perabut, ada yang nak cat rumah, tukar langsir, sibuk buat kuih pun ada. Aku pun sibuk gak. Sibuk dok menghantar kuih tempahan.

Ingat tak aku punya entry nak tentang bisnes apa pada bulan Ramadhan? Rupa-rupanya Tuhan bagi lorongan untuk aku berniaga kuih raya. Sebenarnya tak merancang pun nak jual kuih raya ni. Tapi tiba-tiba Art, kawan lama satu tempat kerja dulu tegur kat `Facebook' tanya nak jual kuih kakak dia punya tak? Bila tengok kuih-kuih tu, mmm cantik-cantik. Mintak sample. Rasanya pun sedap gak. So, dengan senang hati aku pun bersetuju. Senang aje kerjanya. Promote, bagi sample dan amik order. Alhamdulillah dengan sokongan rakan-rakan yang lain, dapatlah jugak order untuk kuih raya ni. Tapi Art cakap, dlm ramai-ramai agen dia, aku punya order paling banyak. Alhamdulillah. Dapatlah tahun ni beli kuih raya free..malah ada lebih lagi $$ komisyennya.







(aqiel cakap sedap kuih yang mama jual..peace!!)

********************************************************

Thursday, August 19, 2010

30 daripada 50 Remaja Perempuan Tiada Dara?

Ini bukan saya kata tapi hasil daripada kajian Hj Hushim Salleh, Pensyarah Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaya dalam akhbar Berita Harian sisipan Ratu.

kata beliau " Hari ini 30 daripada 50 remaja perempuan sudah tidak ada dara lagi dan usahlah terkejut kerana ramai antara ibubapa tidak dapat menghidu penzinaan anak kerana remaja bijak menyembunyikan perbuatan buruknya itu".

sambungnya lagi " Seorang remaja lelaki Tingkatan 4, masih bersekolah, mengakui sudah melakukan zina sejak berusia 14 tahun lagi. Apabila ditanya kenapa dan bagaimana berlaku, remaja itu dengan mudah mengatakan beliau melakukan zina kerana seronok selain senang mendapatkan budak perempuan. Teknik asas diperolehi menerusi video lucah".

Pening kepala baca artikel ini tadi. Dalam hati aku masa umur 14 tahun langsung tak tahu apa-apa pun pasal seks. Organ seks tahulah tapi kaedahnya langsung `blur'...tapi budak sekarang siap berzina dengan sewenang-wenangnya hanya untuk keseronokan. Hari ni aku dengan dia, esok kau pulak. Boleh??

sumber pakcik google

Lagi satu aku nak tanya pasal budak-budak perempuan zaman sekarang ni...30 daripada 50 sudah takde dara?? Apsal murah sangat harga diri masing-masing. Apa yang dorang cari sebenarnya sampai senang-senang aje menyerahkan mahkota diri yang sepatutnya dinikmati bersama lelaki yang bergelar suami. Patutlah banyak kes buang anak yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Kadang-kadang aku pelik dengan remaja-remaja perempuan sekarang ni. Mereka sering melakukan sesuatu perkara hanya mengikut emosi, perasaan, pujian-pujian (sedangkan orang yang memuji tujuan nak mengena aje), bangga diri tanpa sebab lantas meletakkan kebolehan berfikir ke tahap paling bawah sekali walaupun tindakan yang diambil itu sebenarnya seperti memperjudikan masa hadapan mereka dan keluarga mereka.

Tengoklah berapa ramai yang dilaporkan lari dari rumah sebab mengikut teman lelaki, berapa ramai yang menyerahkan tubuh badan walau baru beberapa jam kenal dengan pasangan. Berapa ramai yang menjadi bohsia malah sangat bangga dengan status bohsia itu. Berapa ramai yang tidak kesah hubungan seks dirakamkan teman lelaki yang tidak bertanggungjawab dan kemudian menyebarkan ke internet. Malah banyak lagi bukti-bukti yang menunjukkan remaja perempuan yang dikatakan bijak pandai tetapi melakukan perkara yang tidak membayangi kecerdikan akal mereka.

Janganlah engkau menghampiri zina

Orang perempuan kena ada pendirian. Kena ada harga diri. Kena ada keimanan. Ini sangat penting. Bila terasa nafsu mula mengawal diri, beristighfar banyak-banyak, ingat Allah, ingat ibubapa, ingat dosa pahala dan katakan TIDAK pada lelaki yang kata sayang kat anda tapi masih ada hati nak merosakkan anda...Pilihan ditangan anda.

Kalau sekarang 30 daripada 50 dah takde dara...bagaimana pula tahun-tahun akan datang!

Tuesday, August 10, 2010

Apakah KPI anda Ramadhan Tahun Ini?

Salam semua,

Bermula maghrib malam ini suasana pasti akan berbeza. Terkenang suasana kampung bila setiap kali menjelang malam sambutan ramadhan, keriuhan dan kesibukan amat terasa menjelang maghrib itu. Masing-masing sibuk bersiap seusai sembahyang maghrib dan kemudian kelihatan ibu-ibu berbondong-bondong bertelekung mengheret anak-anak kecil ke masjid bagi menunaikan sembahyang terawih yang pertama. Masing-masing tidak mahu terlepas menikmati kemeriahan malam pertama Ramadhan. Anak-anak kecil pun berlari keriangan berkejaran dengan gelak tawa tanpa takut kerana tahu syaitan telah diikat dengan rantai besi supaya tidak mengganggu umat Muhamad sepanjang Ramadhan ini. Macam satu psikologi anak-anak tiba-tiba menjadi berani di malam hari sepanjang bulan Ramadhan. 

Walaupun suasana amat berbeza sepanjang 10 tahun menetap di taman perumahan yang biasanya suram dan biasa-biasa aje menjelang Ramadhan, lantas setiap tahun malam Ramadhan semua anak-anak ku `angkut' balik ke kampung untuk menjiwai suasana dan kemeriahan sambutan Ramadhan itu. Tapi rasanya tahun ini aku mahu `hidupkan' kemeriahan Ramadhan di rumah sendiri. Insyaallah malam ini selepas solat Maghrib kami akan membacakan Yaasin dan kemudian bergerak ke masijd berhampiran untuk bertarawikh.

Sejak 3 tahun kebelakangan ini kebanyakan syarikat menilai prestasi pekerja dengan meletakkan KPI masing-masing. Jika dulu disebut Sasaran kerja Tahunan (SKT). Apapun istilahnya tetap sama. Kita dinilai melalui prestasi kerja. Jadi adakah kita telah menetapkan KPI kita untuk Ramadhan kali ini?

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan kita mendapat segala kebaikan yang ditawarkan oleh Allah swt di bulan yang lebih baik daripada 1000 bulan ini. Insyaallah.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan ini boleh dijadikan panduan untuk memenuhi KPI kita tahun ini. 

Amalan-amalan di bulan Ramadhan

# Niat berpuasa sebulan pada permulaan Ramadhan
# Bersembahyang terawikh
# Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al-Kahfi supaya dapat bangun malam
# Mengaji Al-Quran, bertadarus lebih baik sehingga khatam Quran di bulan Ramadhan
# Solat berjemaah setiap waktu
# Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
# Sahur di akhir waktu
# Kurangkan tidur
# Mandi Janabah sebelum Imsak
# Tunaikan Solat Sunat Fajar (Solat Sunat Subuh)
# Solat Dhuha
# Jaga pancaindera
# Hadiri Majlis Ilmu
# Mempercepatkan berbuka puasa sebaik-baik dimulakan dengan 3 biji kurma 
# Berbuka bersama orang tua
# Jemput tetamu berbuka puasa
# Bersedekah
# Banyak beriktikaf di masjid (lelaki sahaja)
# Baiki hubungan suami-isteri
# baiki hubungan jiran tetangga
# Kuatkan kesabaran
# Banyakkan selawat,istighfar dan berzikir
# Berazam untuk beramal terutama  10 malam terakhir
# Mengejut anak dan isteri di 10 malam terakhir
# kurangkan hiburan yang melalaikan
# Elakkan banyak berhutang
# mendoakan ibubapa samada yang hidup atau yang telah meninggal dunia
# sembahyang di awal waktu
# Elakkan pembaziran
# Tunaikan zakat fitrah

Harapan Ramadhan: Raihan feat Man Bai






Monday, July 26, 2010

Malam Ini Malam Nisfu Syaaban, Isnin 26 Julai 2010


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Tadi semasa mencari-cari tarikh Nisfu Syaaban (keliru sama ada hari ini atau esok) saya terjumpa artikel ini yang dapat memberi manafaat pada saya dan kepada sesiapa yang ingin mengetahuinya. Jadi saya rasa baiklah kalau saya kongsikan disini.


Malam Nisfu Sya'aban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26hb.Julai 2010) malam 
Selasa ( sebaik saja masuk maghrib), dimana bermulanya 15 Sya'aban 1431H. 
  
Oleh  itu, marilah kita sama-sama mengambil masa keemasan ini untuk menutup 

catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan  seterusnya berazam untuk 
memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. 

Riwayat yang muktabar menyatakan Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku 
catatan amalan kita selama  setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku 
catatan yang baru. 

Berikut adalah antara amal ibadah yang digalakkan di hari Nisfu Sya'aban: 
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa) 
    Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat 
    Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x 
    Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x 
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib(15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa) 
i)   Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat  kepada Allah 
ii)  Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada  Allah 
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di  dalam iman 
    dan pohonlah segala yang baik dan munafaat. 

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x     
Baca doa Nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk) 
3. Baca surah al-Ikhlas 1000x 
4. Berpuasa pada siangnya) 

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22. 
Antaranya yg termasyhur adalah: 

1.     Malam Dimustajabkan Doa 
2.     Malam Pembahagian Takdir 
3.     Malam Rahmat 
4.     Malam Berkat 
5.     Malam Pengampunan (Taubat) 
6.     Malam Penebusan 
7.     Malam Syafaat 
8.     Malam Penulisan 
9.     Malam Keagungan dan Kemuliaan 
10.    Malam Rezeki 
11.    Malam Hari Raya Para Malaikat 
12.    Malam Penghidupan 
  
Antara kelebihan bulan Sya'aban: 
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof di dalam syurga. 
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) 
 : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang  meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. 

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
 
Wallahua'alam 


perkongsian ini diambil dari sini. 

Monday, July 5, 2010

Nak Bisnes Apa Pada Bulan Ramadhan?

Baru bulan Rejab tapi dah bercakap soal Ramadhan...

Takpe. Inilah yang dinamakan perancangan. Bulan Ramadhan selain daripada bulan yang paling baik daripada bulan-bulan lain ia juga dikatakan bulan rezeki. Ramai yang kaki-kaki bisnes tu memang mengambil peluang sepenuhnya dengan kedatangan bulan ramadhan ni. Yelah nak cari duit raya. Boleh bersedekah banyak sikit daripada biasa. Bagi mak ayah lebih sikit. Boleh ziarah-menziarahi keluarga yang jauh-jauh. Maklumlah semuanya memerlukan wang.

Ramai yang mengambil kesempatan bisnes di bulan Ramadhan ni. Ada yang mengambil cuti sebulan tanpa gaji (boleh ke?) hanya untuk berniaga di pasar-pasar Ramadhan, menjual kuih raya dan sebagainya. Tapi bagi sesiapa yang berminat berniaga di bulan Ramadhan ni tapi tak tau nak berniaga apa, mungkin senarai ini boleh difikir-fikirkan;


- Jual kuih raya
   Tak perlu pandai membuat kuih raya untuk menjual kuih raya. Ramai kat luar sana pandai buat kuih raya tapi tak tahu macamana nak pasarkan supaya jualan meningkat. Mereka lagi suka kalau ada orang jualkan untuk mereka. Jadi anda boleh dapat komisyen daripada jualan kuih ini. Biasanya komisyen yang diberi adalah antara rm3-rm5 bagi satu kotak. Bayangkan kalau anda dapat jual rm100 kotak? Diam tak diam nak raya nanti dapatlah extra rm500. Kalau nak lebih, juallah kepada lebih ramai orang. Kawan kita, adik kita, kawan adik kita, jiran tetangga dan ramai lagi. Anda boleh jual kuih moden ataupun kuih tradisional ataupun kedua-duanya sekali.


- Jual baju raya/tudung raya
Baju raya ni termasuklah kain ela, baju kanak-kanak, baju melayu yang anda boleh dapatkan banyak daripada supplier-suplier. Ada yang bagi consignment. Kalau tak kena keluarkan modal dulu. Tapi ingat pakaian ini untungnya banyak 50%-100%. Kalau kurang modal mungkin boleh ajak adik beradik atau kawan-kawan yang dipercayai untuk berkongsi modal. Macam kawan saya Princess Rania, setiap kali bulan Ramadhan dan menjelang hari raya tidak menang tangan menghantar pesanan ke seluruh  Malaysia, malah sehingga ke Singapura dan Brunei. Jualan hanya melalui internet dan beliau masih bekerja sebagai seorang di salah sebuah syarikat swasta.

- Jual pinggan mangkuk
Ramai kawan-kawan saya yang berniaga pinggan mangkuk daripada katalog. Mcm2 brand ada. Corelle, Glassware, Luminac, vantage dan banyak lagi. Saya tengok ramai yang order.Maklumlah masa hari raya semua keperluan rumah nak ditambah kan. Mana yang belum ada nak diadakan. Orang mencari barang, kita mencari peluang. Win-Win Situation!

- Handbag dan kasut
Kedua-dua barangan ini merupakan kegilaan kaum wanita. Mcm aku setiap tahun pasti nak bergaya dgn handbag dan kasut baru di hari raya. Jadi perniagaan ini juga satu yang menguntungkan. Boleh jual di pejabat, tapak ekspo atau pun di pasar2 ramadhan.

- Supplement untuk mengekalkan tenaga di bulan ramadhan
Sekarang ini kesedaran tentang kesihatan dan keperluan mengekalkan tenaga sepanjang hari amat diperlukan terutama bagi yang bekerja keras di pejabat dan di luar pejabat. Bukan setakat yang bekerja di pejabat, tetapi yang berniaga sendiri juga memerlukan supplement. Macam-macam ada. Selalunya dijual oleh syarikat multilevel marketing seperti amway, cosway dan banyak lagi. 

- Perfume dan Make Up
Ini pun bagus sangat kalau anda hendak jual. Tapi kena cari yang elok tapi harga yang berpatutan.

- Kerongsang
Saya pernah dengar seorang penjual kerongsang mendapat lebih rm15 ribu sepanjang berniaga di pasar ramadhan. Dahsyatkan. Jika anda berminat, cari aje pembekal dan mulakanlah perniagaan anda.

- Jual makanan berbuka puasa
Ini pun boleh. Berdasarkan pengalaman adik saya berniaga roti bom dengan kawan-kawan mereka seramai 5 orang, mereka boleh dapat bersih pendapatan seorang dalam RM2000. Memula saya kata ada ke orang nak makan roti bom ni. Tapi memeranjatkan setiap hari jualan mereka Sold Out!! hebatkan penangan bulan ramadhan.

- Makanan frozen
Ini pun boleh. Macam popia frozen ke, begedil frozen ke. Sebelum bulan puasa tu buat dan bagi sample kat opis-opis atau restoran ke. Then ambil order. Kalau sedap pasti ramai yang akan order.


- Hamper Hari Raya
Jika anda seorang yang kreatif, masa inilah menonjolkan bakat semulajadi anda itu. Pemintaan hamper menjelang hariraya meningkat berganda-ganda daripada biasa. Sebab itu semua pasaraya berebut-rebut membuat hamper masing-masing. Tapi..hamper mereka kalau kita betul-betul pandang seperti tiada jiwa...Biasa sahaja. Hanya besar aje boleh harap tapi presentation hancur. Sebab tu banyak syarikat-syarikat mencari yang custom made. Lebih personalise. Lebih menghargai pelanggan. Kalau anda ada bakat go for it dan promotekan hamper anda melalui brosur, flyer dan internet.

Saya pasti ada banyak lagi bentuk perniagaan yang boleh difikirkan untuk bulan ramadhan ni. Mungkin ikut minat, kemahiran dan kesempatan. Maksud kesempatan kat sini ialah kita pasarkan barangan kawan-kawan, jiran tetangga, saudara mara, adik beradik yang berhampiran tanpa perlu pening kepala nak bermula daripada awal. Kadang-kadang orang tengah ni pendapatan dia lagi kencang kalau dia bijak mengambil peluang.

So, anda nak berniaga apa ramadhan nanti??

p/s Aku nak berniaga apa pulak ramadhan ni ek? Jual begedil frozen cam menarik aje..


Monday, June 28, 2010

Budak 3 Tahun Hafaz 3 Juzuk Al Quran





Budak 3 Tahun Hafaz 3 Juzuk Al Quran


IPOH 27 Jun - Kebolehan Darwisha Adriana Rozali, 3, memperdengarkan bacaan surah al-Waqiah bukan sahaja mengagumkan kira-kira 1,000 hadirin tetapi turut menarik perhatian Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.

Darwisha berjaya menghabiskan bacaan hafalan 96 ayat dalam surah ke-56 itu dalam tempoh tidak sampai 15 minit.

Ibunya, Mazlina Ramli, 39, ketika ditemui berkata, kebolehan anak sulungnya itu terbukti apabila dia mampu menghafaz tiga juzuk al-Quran termasuk surah-surah pendek dalam juzuk ke-30.

"Sejak usia enam bulan, saya sudah mendedahkan kepada Darwisha Adriana ayat al-Quran menerusi cakera padat video (VCD) surah al-Furqan.

"Saya mengajarnya dengan menggunakan buku Iqra' ketika berusia setahun," katanya yang berasal dari Shah Alam.

Sementara itu, Zambry berkata, kerajaan negeri akan mewujudkan sekolah tahfiz al-Quran dan hadis dalam usaha melahirkan tahfiz yang berkaliber di negeri ini.

Beliau berkata, langkah itu juga bagi membolehkan pelajar yang menamatkan pengajian di sekolah-sekolah agama dapat meneruskan pengajian tahfiz mereka.

"Setakat ini, sebuah pusat pengajian tahfiz sudah diwujudkan di Institut Tadbiran Islam Perak (Intim) dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan golongan tahfiz," katanya di sini.

Sementara itu, Zambry berkata, perkembangan Pusat Pendidikan Al Barakah merupakan satu pendekatan yang komprehensif ke arah melahirkan insan yang mempunyai kemahiran dalam bidang agama.


Sumber : Utusan Online

p/s : memang benar pepatah melayu, kalau nak melentur buluh biar dari rebungnya..Malu pun ada rasanya. Sebab aqiel pun lebih kurang sebaya aje dengan adik Darwisha tapi Alif  Ba Ta pun belum lancar lagi...huhuhu. Esok nak pergi buku Iqra' untuk Aqiel. Thanks untuk berita ini. Tersentak rasanya! 

Wednesday, April 7, 2010

Kenapa Bila Sekolah Cina, Taknak Hantar Anak ke Sekolah Agama?

Semalam Mak dan adik selamat sampai ke tanahair selepas 10 hari menunaikan umrah. Mak pegi hari Ahad lepas 28 Mac-6 April 2010. Masa mak pegi aku tak dapat nak hantar ke KLIA sebab outstation di Sungai Petani, Kedah. So, bila mak balik ni adalah peluang aku menjemput bersama-sama dengan abah dan adik no 4 dan no 6. Mak nampak sangat happy dapat menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah selepas 25 tahun iaitu pada masa mak pergi menunaikan fardhu haji. Bukan main panjang lagi sengih mak masa sampai semalam.

Walaupun aku tiada, anak-anak sekolah macam biasa. Anak yang sulung, minta jiran tolong amikkan semasa balik sekolah. Kebetulan anaknya sama satu sekolah dengan anakku. Yang no 2 dan no 3, terus pegi tuisyen naik van. Terpaksa ponteng sekolah agama. Tapi ganti balik hari Rabu nanti (hari ni la). Sepatutnya petang aku ambil, tapi disebabkan tak sempat so aku minta pusat tuisyen tu tolong hantarkan ke rumah. Aku suka pusat tuisyen ni senang nak berurusan dan sangat tidak berkira walaupun aku cakap akan bayar duit van. Katanya sesekali tak apala. FOC.

So, pagi tadi semasa aku hantar anak kat sekolah seperti biasa sembang-sembang dalam kereta tu. Semalam tak sempat nak tanya apa yang berlaku di sekolah. Selalunya aku akan tanya masa balik sekolah. Pertanyaan biasa selalunya, hari ni belajar macam mana, kena marah dengan cikgu tak? kena rotan/denda tak? (ye sekolah cina, ibubapa masih membenarkan anak2 di rotan tapi tidaklah sampai memudaratkan)

So my only doter, Baby cerita dia punya ejaan subjek Agama dapat semua betul. Dalam kelas tu (Tahun 2 ada lebih kurang 6 orang pelajar Melayu) hanya dia seorang aje dapat semua betul dan yang lain semua dapat markah kosong. Aku tanya ejaan tu dalam tulisan apa? Tulisan Jawi jawab Baby.

Aku terdiam seketika. Disebabkan pelajar Melayu tak ramai, so kami ibu-ibu ni kenal diantara satu sama lain. Aku tahu hanya aku seorang sahaja yang hantar anak ke sekolah agama petang. Yang lain cakap nak kena hantar anak ke tuisyen sebab risau penguasaan Bahasa Cina lemah. Lagipun tak sempat nak hantar anak ke sekolah agama sebab SJKC waktu persekolahannya tamat agak lewat daripada SK. Mereka hantar anak-anak ke tuisyen mengaji pada setiap Sabtu dan Ahad untuk memenuhi keperluan agama anak masing-masing.

Well, bukan nak cakap aku bagus. Entri ni bukan tujuan untuk membangga diri atau mengata orang tak cukup bagus. Tapi bagi aku, keperluan AGAMA anak-anak aku tak boleh KOMPROMI. SJKC bukan alasan untuk tidak menghantar anak ke sekolah agama. Baby anak aku yang ke 3 belajar di sekolah SJKC. Bermula dari anak sulung, walaupun  sekolah cina, aku tetap hantar ke sekolah agama. Anak aku tetap tuisyen macam anak orang lain. Kalau di Melaka, sekolah agama untuk Tahun 1-3, Isnin-Rabu. Tahun 4-6, hari Rabu-Jumaat. So, apa yang aku buat ialah Baby ke sekolah agama setiap Isnin dan Selasa. Rabu-Jumaat dia pergi tuisyen. Alasan aku ialah Hari Rabu hari paling singkat tempoh pembelajaran dan selalunya cikgu jadikan hari Rabu hari aktiviti. Ariff (anak no 2, tahun 4) ke sekolah agama setiap Khamis-Jumaat.


Walaupun hanya 2 hari di sekolah agama, Baby masih di kelas pertama dan mendapat nombor 1-3 dalam kelas. Malah dapat mengalahkan pelajar-pelajar SK. Dilantik jadi Pengawas lagi. Ariff pula juga di kelas pertama dan kedudukan antara 15-19 dalam kelas yang mempunyai 34 orang pelajar. Ariff dan Baby satu-satunya pelajar SJKC dalam kelas masing-masing. Mereka memang sering datang lewat ke kelas tapi sebagai ibu aku telah memaklumkan tentang kemungkinan berlaku kelewatan dan ketidakhadiran kedua-duanya pada hari Rabu. Sekolah boleh bertolak-ansur. Alhamdulillah.Cuma kalau ada exam, mereka akan skip tuisyen. Setakat ni semuanya berjalan lancar dan tiada masalah.

Kenapa pentingnya sekolah agama?

i) Anak-anak boleh pandai membaca dan menulis jawi
ii) Anak-anak akan tahu tentang fardhu ain
iii) Anak-anak akan tahu tentang ulum shar'ie
iv) Ada basic Bahasa Arab
v) Belajar sembahyang
vi) Hafalan surah2 lazim bagi tujuan sembahyang
vii) Sejarah Nabi dan Islam
viii) Hukum-hukum basic dalam Islam. Tentang najis, halal dan haram, lelaki dan perempuan, syurga, neraka, aurat dsbnya

Semua perkara-perkara ini kita (akula) tak mampu nak ajar kat rumah. Kalau nak ajar mengaji mungkin boleh. Tapi perkara-perkara lain seperti Fardhu Ain, Bahasa Arab, Ulum, Jawi...semua ini memerlukan ustaz/ustazah. Aku pernah bertukar-tukar pendapat dengan ibu-ibu yang satu kelas dengan anak aku. Tapi, aku tahu masing-masing mempunyai pendapat tersendiri yang mungkin dirasakan terbaik untuk anak masing-masing.

Tapi kalau tulisan jawi tak tahu...fardhu ain tidak diajar..
aku tak tahu nak cakap macamana...Bukankah tulisan jawi lambang jiwa melayu dan Islam serta berkait rapat dgn asas Alquran. Ditakuti akan datang, bila bangsa lain nak menggugurkan dan menidakkan tulisan jawi serta menaikkan tulisan mereka terutama di papan-papan tanda, tiada lagi orang yang akan membantah sebab anak-anak kita juga merasakan tiada kepentingannya sebab mereka sendiri tidak tahu membaca jawi. Nauzubillah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails