Kalau tiada aral melintang lagi 9 hari umat Islam akan meraikan hariraya. Cepat sungguh masa berlalu. Anak aku yang masa awal-awal puasa kata lambatnya nak raya, tup-tup semalam cakap rasa cepat pulak nak raya..mmm..apa-apalah dorang ni.
Sekarang ni memang saat-saat sibuk bagi kebanyakan orang. Persiapan terakhir untuk beli baju, perabut, ada yang nak cat rumah, tukar langsir, sibuk buat kuih pun ada. Aku pun sibuk gak. Sibuk dok menghantar kuih tempahan.
Ingat tak aku punya entry nak tentang bisnes apa pada bulan Ramadhan? Rupa-rupanya Tuhan bagi lorongan untuk aku berniaga kuih raya. Sebenarnya tak merancang pun nak jual kuih raya ni. Tapi tiba-tiba Art, kawan lama satu tempat kerja dulu tegur kat `Facebook' tanya nak jual kuih kakak dia punya tak? Bila tengok kuih-kuih tu, mmm cantik-cantik. Mintak sample. Rasanya pun sedap gak. So, dengan senang hati aku pun bersetuju. Senang aje kerjanya. Promote, bagi sample dan amik order. Alhamdulillah dengan sokongan rakan-rakan yang lain, dapatlah jugak order untuk kuih raya ni. Tapi Art cakap, dlm ramai-ramai agen dia, aku punya order paling banyak. Alhamdulillah. Dapatlah tahun ni beli kuih raya free..malah ada lebih lagi $$ komisyennya.
(aqiel cakap sedap kuih yang mama jual..peace!!)
********************************************************
Hari Ahad lepas, Ali ajak berbuka puasa kat hotel. Lagipun nak meraikan Belated Birthday buat 2 orang anak bujang kami Mir Afiq Shahmie dan Mir Ariff Najmie. Kedua-duanya jatuh bulan 8. Si adik awal bulan dan si abang akhir bulan. So buat sekali. Jimat sikit. Pilihan hotel adalah Hotel City Bayview, Melaka.Memang best makanan kat hotel ni. macam-macam ada. Aku tengok anak aku tak tentu arah memilih makanan. Macam rambang mata. Memang tak muat meja.
(BBQ berhampiran swimming pool)
Specialty Negeri Melaka iaitu Asam Pedas di masak on the spot. Kita pilih sahaja ikan apa yang menjadi pujaan hati, bagi aje kat mamat baju putih tu. Masakan dia memang superb. Memang sedap.
(ikan pun kejap aje dah nak habis)
(4 beranak sempat posing sementara menanti waktu berbuka)
Shahmie yang baju hijau tu, sebaik sahaja selesai makan, terus aje termuntah balik. Buat penat aje makan. Lepas tu mama diapun pot pet pot pet la...Taknak dengar cakap mama makan pelan-pelan supaya perut tak terperanjat selepas berlapar sepanjang hari.
**********************************************
1 September jugak jangan lupa kepada sesiapa nak tukar duit raya. Kebanyakan bank dah mula buka untuk tukar duit raya bermula hari ini. Mmmm...berapa RM ye nak tukar tahun ni?