Salam Akhir Ramadhan semua,
Tadi sebelum menulis di blog kesayanganku ini, aku blogjogging ke beberapa blog sahabat handai. Semuanya dah on mood raya nampaknya. Aku pun dah mood raya gak, tapi sebelum tu nak berkongsi dengan semua tentang pertandingan National Abacus and Mental Arithmetic yang disertai oleh anak aku Mir Fasya Aina (8 tahun) pada Ahad, 5 September 2010 di Chung Hwa High School, Muar.
Sebelum tu biarkan aku terangkan dulu apa dia Abacus dan Mental Arithmetic ni. Sebenarnya program ini merupakan kombinasi pembelajaran matematik antara abacus iaitu pengiraan menggunakan sempoa dan jari dan kemudian divisualisasikan kaedah itu melalui otak. Sistem ini dikatakan boleh mengaktifkan otak kanan dan otak kiri ke arah pembelajaran yang sangat berkesan malah mampu meningkatkan keyakinan diri serta menyerlahkan kebolehan yang terpendam dalam diri pelajar.
Fasya secara peribadinya mula kenal Abacus dan Mental Arithmetic sejak tahun lepas. Tapi baru tahun ni dipilih untuk menyertai pertandingan ini. Sebenarnya aku tak tahupun pertandingan ini peringkat kebangsaan. Semua surat pemberitahuan dalam Bahasa Mandarin manalah nak faham. Anak aku pun hanya cakap petandingan aje. Tapi bila sampai...aku tengok..mak oii ramainya manusia.
Peserta seramai 800 orang dari pelbagai negeri membanjiri Chung Hwa High School. Pertandingan ini terbuka kepada beberapa kategori iaitu kategori tadika, tahun 1-3, dan tahun 4-6. Fasya kategori tahun 1-3.
(Dewan Besar Chung Ha High Shool)
Bila masuk ke dewan yang besar tu, aku tengok-tengok sekeliling. Semuanya orang Cina. Tak nampakpun orang Melayu. Rupa-rupanya masa nak balik baru kitaorang tahu hanya 3 orang Melayu sahaja yang menyertai pertandingan tersebut.
Masa bersembang dengan seorang ibu berbangsa Cina kat situ, dia tanya aku kali pertama ke masuk pertandingan tu. Aku mengangguk. Dia cakap anak dia dah kali ke 3 dah. Gerun lak aku dengar...Fasya baru first time. Boleh menang ke? Tapi bila fikir-fikir balik, kalau tak menang pun takpe. Paling penting adalah pendedahan kepada dia sendiri.
Masa kertas ni dihantar aku lak yang berdebar-debar. Kertas sampai aje, semua kena tulis nama dan no penyertaan cepat-cepat dan tutup kertas tu semula sebelum arahan selanjutnya. Bila arahan `Mula', peserta kena selesaikan semua soalan matematik tersebut dalam masa 3 minit sahaja. Soalan berbeza-beza ikut kategori. Fasya kena soalan campur dan tolak aje...Ala kacang!! tapi...3 minit??? oh tidak!! Aku pun terkial-kial nak mengira, aku tengok Fasya jawab laju betul..
Ada 3 peringkat pertandingan yang dibahagikan mengikut skala mudah, sederhana dan susah. Memula kertas pertama, Fasya dpt habiskan semua soalan ngam-ngam 3 minit. Kertas kedua, 3 soalan tak siap. Kertas ketiga, 5 soalan tak sempat. Tapi aku tengok pelajar-pelajar lain soalan baris keduapun tak habis. So masa tu aku agak2, fasya ada harapanlah nak menang tapi tak tahu pulak prestasi peserta kat meja lain. Tapi bila tengok jawapan fasya ada beberapa soalan yang dia salah jawab, dalam hati cakap tak menanglah Fasya ni. So aku dan Ali ingat nak balik awal tanpa menunggu majlis penyampaian hadiah. Kalau tak menangkan penat aje tunggu lama-lama. Dahlah tak faham sepatah haram apa yang dicakapkan dalam dewan tu.
Kitaorang pun ajaklah Fasya balik. Dia nampak sedih aje. Lepas tu dia tanya, `mama, baby boleh menang tak?' Kitaorangpun angguklah. Abis tu nak cakap apakan? Akupun cakap, nanti kalau menang suruh cikgu amikkan hadiah tu ye! Dia lagilah sedih. Muncung dah panjang sedepa. So, demi anak, kitaorang pun melupakan keboringan tahap gaban dan menunggu sehinggalah penyampaian hadiah bermula. Dalam keboringan dan kemengantukkan tu hati aku berdoa juga agar dapat hadiah tempat ke 4 pun cukuplah asal balik tak tangan kosong. Kesian kat Fasya nanti kalau balik dengan tangan kosong.
Alhamdulillah, berjaya juga Fasya dapat hadiah. Bukan tempat keempat, bukan juga tempat ketiga dan kedua, tapi tempat PERTAMA! Alhamdulillah, Fasya Juara bagi kategori 7-9 tahun. Penganjur pun cakap `Tahniah, orang Melayu pun boleh menang' (Ni Fasya yang cakap kat aku, aku dgn ali manalah nak faham Bahasa Mandarin yang digunakan sepanjang majlis berlangsung). Patutlah masa kita orang berjalan ke belakang dewan untuk pulang, ramai orang Cina menghulurkan tangan ucap tahniah. Kembang-kuncup gak hidung aku masa tu. Bangga oii...anak menang!
Tapi pada masa yang sama aku rasa amat bersalah sangat sebab punya perasaan tak yakin kepada kebolehan anak sendiri. Sepatutnya kalaupun tak yakin anak boleh menang, sokongan ibubapa tentunya sangat diharapkan oleh anak-anak pada saat-saat mendebarkan menunggu keputusan itu. Aduh! terasa malu dengan diri sendiri.
Tapi pada masa yang sama aku rasa amat bersalah sangat sebab punya perasaan tak yakin kepada kebolehan anak sendiri. Sepatutnya kalaupun tak yakin anak boleh menang, sokongan ibubapa tentunya sangat diharapkan oleh anak-anak pada saat-saat mendebarkan menunggu keputusan itu. Aduh! terasa malu dengan diri sendiri.
Fasya aku tengok happy sangat. Sekarang piala kemenangan tu ada di rumah neneknya untuk di pamerkan selama 4 hari di sana. On the way ke rumah nenek, tertido dlm kereta pun peluk piala tu..
Tahniah untuk anak mama. Mama proud of you, sayang!
Sorry sebab ajak balik cepat sebab mama rasa macam baby tak boleh menang. Tapi baby telah buktikan bahawa mama dan babah salah. Sorry sayang!