Followers

Showing posts with label Ila. Show all posts
Showing posts with label Ila. Show all posts

Tuesday, July 20, 2010

Taman Seribu Bunga


Lokasi : Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh Melaka
Keluasan : 14 Ekar
Bayaran : FREE


















































Moral of the story...
jangan pegi taman pakai high heel...
bukan setakat kaki sakit...tumit dia asyik nak tenggelam aje...

Wednesday, June 2, 2010

Chocolate Anyone...!

Wa...daku memang hantu coklat. Apa sahaja yang melibatkan coklat daku memang suka. Apa saja...you name it!! Cita-cita dulu sebelum berhenti kerja, nak masuk kelas buat coklat, nak belajar buat coklat dan nak jual coklat. Siap dah beli domain nak jual online coklat jangan tak caya...tapi semangat berkobar-kobar sahaja tanpa hala tuju yang jelas, maka hampeh jadinya...itulah yang terjadi kepada daku! So...jangan ikut perangai macam ni.

Tapi `nafsu' (fuhh...ganas sungguh perkataan itu) aku terhadap coklat tidak pernah beralih arah. Lebih-lebih lagi apabila terpandangkan iklan tentang ini:


Nak pergi la...Sungguh menggamit-gamit hati dan perasaanku. Rupanya aku termissed yang kat KL punya..mcmanalah boleh tak perasan. Kalau KL dekat sikit. Kalau pergi kat sini sekurang-kurangnya aku tahulah setakat mana perkembangan coklat dan permintaannya di Malaysia. Dapat idea-idea menarik ke...hurmmm.

Agak2 kalau ajak Ali dia nak pegi tak? Tapi hari Ahad kena pergi KL lak. Mcamana ni...!!

Thursday, May 27, 2010

Tangkap Lentuk Bila Berdua-duaan...


Bila kali terakhir anda bercuti berdua-duaan?
Berdua-duaan maksudnya anda dan suami anda sahaja...Kiranya ala-ala honeymoon gitu. Kami last sekali 14 tahun dulu iaitu honeymoon ke Medan selepas majlis perkahwinan kami dulu. Lepas tu tak ada.

Kitaorangkan sebenarnya memang dah lama rancang nak pergi cuti berdua-duaan. Konon-kononnya nak pergi Bali la...romantik gitu, tapi kalau ke sana takkanlah kejap aje...rugi lak nanti. Paling2 kejap pun 3 hari 2 malam. Baru berbaloi. Tak jadi. Sebab rasa lama. Then rancang dalam negara pulak macam Pangkor Laut..private yet exclusive..berromantika tanpa gangguan. Memang nak sangat pergi, tapi tak jadi jugak. Bertahun-tahun gak rasanya dok plan, semuanya end up dengan setakat itu saja. Sebabnya...akulah! Aku tak sanggup tinggalkan anak. Risau masa kitaorang takde apa-apa berlaku kat anak ke...dok fikir yang bukan-bukan. Lagipun masa tu Aqiel masih menyusu badan.Sekarangpun masih menyusu lagi walaupun dah 3 tahun lebih, tapi kalau aku tak ada sekarang ni dia nak minum susu botol. Tapi tu sebenarnya alasan aje..kalau nak boleh aje, tapi entah kenapa aku tak sanggup tinggalkan mereka tanpa ada aku atau Ali. Kalau aku pergi outstation, Ali ada. Kalau Ali outstation aku ada. Tapi kalau dua-dua tak ada dengan anak-anak, satu perasaan risau entah apa-apa timbul dalam hati aku.


So, setelah sekian lamanya Ali dok ajak, last weekend aku setuju tapi dengan syarat dekat dan tak lama. So, The Legend International Homes, PD jadi pilihan. 2 hari 1 malam. Dekat dan tempat tu aku tengok kat internet macam cantik. Lebih-lebih lagi kat dalam bilik ada private swimming pool. Tu yang aku suka tu. 

So hari Sabtu tengahari kitaorang gerak dengan pelbagai pesanan yang aku tinggalkan kat Bibik dan Shahmie,   anak sulungku. Bukan setakat pesanan, peti ais pun aku penuhkan dengan makanan, buah-buahan, biskut dan segala macam lagi macam takut betul dorang kebuluran. Pada hal esok petang dah balik. Paling lega apabila si kecik Aqiel tak menangis. Dia rasa macam mama dengan babah dia nak pergi keje aje. Kalau dia menangis hari tu mesti aku angkut dia sekali...dan mesti Ali tarik muncung 14 inci!! Boleh sangkut baju di situ..ahaks!

Kami check in pukul 3 ptg. Cantik hotel tu. Lain daripada hotel-hotel yang pernah kami pergi sebelum ni.     Bagaikan terapung di laut Port Dickson. Masuk aje bilik ...walla..cantiknya. Luas sangat untuk kami yang berdua ni. King bed dua, TV Lcd 32", dapur yang cantik, bilik airnya dan of course, swimming poolnya. Apa lagi terus terjun kolamla. Teruja sangat tengok kolam tu..sejuk dan nyaman sekali. Siap ada air pancut lagi. Lepas tu dah lapar, jalan-jalan cari makan. 
Petang tu kitaorang jalan-jalan sambil berpimpinan tangan, borak-borak dan gelak-gelak, bergurau senda, bertepuk tampar..lama dah rasanya tak buat benda tu tanpa gangguan. Kalau tak, baru aje yang jiwang-jiwang, ada saja yg ganggu. Tetiba rasa macam bercinta zaman muda-muda aje. Senyuman sentiasa terukir dibibir, berkepit macam orang kembar siam...wah! indah sungguh!! Malam lak lepas so called `candle light dinner' kat bandar Port Dickson jalan perlahan-lahan balik bilik sambil memaut tangan Ali dan lentukkan kepala di bahunya yang broad shoulder tu..emm...bahagia rasanya. Sampai bilik, lampu disamarkan dan kitaorang pun buka ...................................... vcd citer hindustan pulak.....ha! korang ingat apa tadi?!! hehehe..(konon-konon tengok wayangla...citer love story) punyalah lama Ali beli masa kat India ari tu, masa berdua-duaan baru dapat tengok. Biasalah citer hindustan lama durasinya. Pukul 3 pagi baru habis.
Esoknya lepas sarapan dan mengambil gambar kenang-kenangan, kami berangkat pulang ke Melaka. Walau singkat, tapi ianya sangat memberi makna kepada kami. Kalau aku tahu bestnya macam ni, dah lama dah aku pergi bercuti berdua-duaan. Dan mulai sekarang, aku akan jadikan percutian berdua ini sebagai aktiviti tahunan kami. Tak kisahlah kat mana-mana pun, janji berdua-duaan sehari atau 2 hari.

Percutian seperti ini boleh recharge dan semarakkan kasih sayang antara kami berdua. Ialah asyik kerja, anak, kerja, anak sampai muka dua-dua nak senyum pun susah. Baru nak sembang, telefon berbunyi. Baru nak manja-manja anak dah kacau. Dahlah jumpa hujung minggu aje...

Bagi sesiapa yang belum dapat bercuti berdua-duaan tu terutama yang dah kahwin lama, aku sangat mencadangkan agar korang pergilah ber honeymoon. Memang betul banyak cara untuk semarakkan cinta, tapi ini salah satu daripadanya!

Thursday, April 22, 2010

Bila Blog Mula Bersawang

Salam semua,

This is a very short note. Just to inform that my lappy masuk workshop. Buat perangai disebabkan my little boy, aqiel tumpahkan air teh `o' atas keyboard. Terus aje jam. Bila on kuar skrin biru dan semua button kat keyboard tu tak berfungsi. Hantar kat my friend yang pandai betulkan laptop, dia cakap keyboard tu rosak terus dan kena tukar keyboard baru. Tapi nak dapat yang ori kena tunggu 2 minggu. Sekrg ni dah seminggu dah. Kena tunggu lagi seminggu.

Lama sangat rasanya. Takut kawan-kawan risau (adake yang risau?), jadi tebalkan muka pinjam lappy member dan cakap nak inform kengkawan `maya' tentang kehilangan sementaraku ini....

Jadi kepada sesiapa yang datang blog, sori saya tak dapat nak balas kunjungan, tak dapat nak buat blogwalking, tak dapat nak bagi komen. Alamak, sedih lak rasanya. Rindu pun ada gak...hehehe.

Hari Sabtu ni (24/4) saya akan ke Bachok, Kota Bahru, Kelantan selama 4 hari. Rabu baru balik. Lepas tu hari Ahad akan ke Kuantan pulak. Jadi kalau tak dapat nak update blog...faham-faham aje lah ye. Tapi kalau lappy dah ok pada masa tu, saya akan usahakan untuk masukkan entry baru.

So, have a nice day...See u then!

Tuesday, April 13, 2010

Cabaran Biggest Loser

Sebenarnya dah lama dah berazam nak kurus ni. Tapi tak taulah kenapa asyik gagal aje. Turun 2 kg, naiknya 3 kg. Lepas tu turun lagi 2 kg, naik lagi 3 kg. Last-last tengok kat cermin, eh tu aku ke? ingatkan syanie tadi...wakaka! Syanie pun dah kurus la ni hasil pembedahan pendekkan usus perut. Tapi aku rasa dia perlupun buat macam tu sebab berat badan dia mengikut doktor dah tahap kronik dah.

Aku kalau ikut sejarah, memang selim melim la sebelum ni. Dengan ketinggian 153 cm, berat 50kg-52kg, aku di kira petitela,,,comel gak...Berat ideal. Menjadi idaman jejaka malaya (pergh!!) Tapi segala-galanya berubah bila aku mula kahwin...(sila salahkan Ali...hahaha) dan dpt anak. Berat badan naik mencanak-canak.  Rekod paling cemerlang aku pernah pegang ialah 79.5 kg. Tapi tu masa mengandunglah. Kalau tak mengandung 67kg. BMI 27.8. Dakwat merah tu tanda obes tahap 1. Waaaa..dah obes dah aku ni. Tulun!! Kalau jalan tu dah rasa mcm penguin la cuma lenggang cantik sikit dari penguin. Itupun sebab aku goyang lebih sikitla, supaya orang tak perasan aku jalan macam penguin la kan.

Tapi kali ni aku nekad. Betul, serius ni (tapi rasanya dah puluh kali dah nekad mcm ni). Kalau korang tak percaya, cuba tengok kat blog ni bahagian atas sebelah kanan tu. Nampak tak ada weight ticker. Itulah tandanya aku serius nak kurus. Aku start masa aku 66kg. Setelah beberapa ketika aku mendietkan diri, mengaerobik kan diri, maka aku berjaya kurangkan jeng!jeng!jeng! SATU kilo...yahuu!

Yahuu kebendanya. Aku frust ok. Aku rasa dah banyak dah peluh ku tumpah. Berbaldi-baldi. Beberapa kali juga aku hanya menahan air liur dari menitik bila melihat makanan kegemaranku dihidang atau ditayang-tayang didepan mataku. Bukan setakat air liur, air matapun mengalir tau..

Hasilnya, SATU kilo.

Ini tak boleh jadi. Disebabkan aku serius nak kurus, maka aku perlukan booster. Mungkin banyak sangat lemak tepu dlm badan yang hanya boleh dihapuskan hanya menggunakan `bom lemak'. So aku pun mencuba satu produk ni. Actually baru aje dapat petang tadi. Lepas maghrib dengan rasa terujanya dan dengan semangat berkobar-kobarnya aku pun minum teh herba dan 1 biji  kapsul. Katanya dalam teh herba tu ada bahan yang berfungsi sebagai bom lemak. Kalau ikut testimoni jiran sebelah rumah, dia turun 10 kg dalam tempoh 3 bulan lebih. Mengancam habis. Tu yang aku tak tahan tu. Tengokla macamana? Kalau tak kurus jugak, nak buat macamana. Mungkin dah ditakdirkan aku begini selamanya..(ceh, mood sedihla pulak). Apa-apapun aku akan update selepas sebulan dari tarikh hari ini (13 April) dan kita tengok macamana ek...Tungguuu...(waduh tercabarnya aku)

Ini dia produk yang ada bom lemak tu..Tak pernah dengarpun dulu. Tapi rupanya dah 4 tahun dah kat Malaysia, ada sijil halal dan pengiktirafan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

                                                                

Saturday, March 27, 2010

Grooming @ Sg Petani

Esok (Sabtu) aku akan ke Sg Petani selama lebih kurang 5 hari. Insyaallah Khamis baru balik ke Melaka. Mungkin sepanjang minggu tersebut aku tak berkesempatan untuk update. Pertama sebab masa yang sangat terhad. Kursus yang padat. Kedua, malam pulak di bilik hotel selalunya tak ada wi fi. Kalau nak, kena ke lobby. Tak kuasa makcik! Ketiga,  baik aku dok lepak kat bilik sambil layan TV atau tak pun merayau sekitar pekan-pekan berhampiran untuk menjamu selera. Sesekali berjalan ke tempat orang mesti cari makanan special kat situ. Jadi kalau tengok entry yang sama selama seminggu, korang fahamlah aku tgh buat apa ye...pastinya aku sedang sibuk menurunkan ilmu kepada anak-anak muda harapan bangsa...cewah!

Walaupun penat dan asyik berdiri hampir 8 jam (9pagi-5ptg), berhentipun masa morning break dan lunch aje, tapi aku gembira sebab ajar grooming ni memang fun. Ada catwalk, solek-menyolek, sesi make-over, sesi berpakaian before and after dan akhir sekali ada sesi belajar adab di meja makan (table manner). Modul yang simple tapi memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan. Yelah bukan semua orang tahu cara berpakaian dan berpenampilan mengikut situasi, masa, tempat dan acara. Terrutama sekali masa interview, meeting, ke tempat kerja, majlis formal dan sebagainya. Even masa kursus ni feedback yang aku terima daripada peserta rata-rata dorang kata banyak info baru yang dorang dapat dan semasa sesi make over mereka dapat belajar dan mempraktikkan apa yang diajar sekaligus. Alhamdulillahlah. Kalau mereka gembira aku lebih gembira. Tambah gembira kalau dgn perkongsian ilmu yang sedikit itu kita dapat memperbaiki kehidupan seseorang dan mendorongnya menempa kejayaan.

Grooming @ Sg Petani ni sebenarnya kali ni dah masuk kali ke 3 la..Tapi memang tak dpt nak berjalan-jalan cari makan sangat-sangatla. Lagipun kat situ adake tmpt makan yang best? Paling2 jauh aku pergi kat Bandar SP dan juga Gurun. Tapi macam takde apa2 pun...

Wednesday, February 3, 2010

Go Grooming Girl!

(Perhatian: Entry ni mempunyai kepanjangan yang luar biasa...harap maklum)

Hari-hari yang dilalui sekarang merupakan episod yang sangat menggembirakan. Detik-detik ini memang dinantikan sejak sekian lama. Cukuplah 15 tahun aku berpenat lelah bekerja untuk orang lain, pergi-balik kerja, punch in, punch out, kena marah kena herdik, esok datang balik, jumpa balik orang yang marah dan herdik kita, nak cuti kena minta kebenaran, anak sakit kena tanya boss boleh cuti ke tidak, nak pegi melancong kena tengok keje banyak ke tidak, stress memanjang, hipokrit ramai dan bermacam-macam dugaan yang membuatkan aku apabila setiap pagi bangun tidur berdoa agar dapat berhenti kerja secepat mungkin.

Alhamdulillah, 30 Mei 2009 aku berjaya melepaskan diri aku daripada kerja 8-5. Kauorang taulah masa tulis surat tu dalam hati dok kata betulke keputusan yang aku buat ni, dan sebelah lagi kata... Ila, inilah masa yang ditunggu-tunggu. Memang betul. Apabila surat dihantar kepada boss, rasanya itulah saat yang paling melegakan atau dalam lain perkataan menggembirakan sebab selepas itu bibir aku tidak putus menguntum senyuman...

Kenapa aku kata hari-hari yang menggembirakan?? yelah selain daripada banyak masa untuk keluarga, pagi-pagi lepas hantar anak ke sekolah, masa rakan-rakan lain bersesak-sesak nak pergi kerja...aku boleh pegi aerobik kat Bukit Serindit, ramai kat situ, pelbagai bangsa ada. Free lagi. Lepas tu gi mentedarah sarapan beberapa bungkus nasi lemak ke, roti canai ke..tapi biasanya aku makan bee hoon sup aje (nak cover la tu...)
Petang lepas hantar anak ke sekolah agama, aku relax2 kat secret recipe ke, coffee bean atau starbuck ataupun di kedai mamak subaidah sambil melayari internet..fuhh...heaven rasanya.

Emm...jadi mesti awak orang berkata-kata apa barang kaitannya berenti keje dengan grooming ni? Relaks! baca selanjutnya ok....

Yelah, lepas berhenti kerja ini aku dapat melakukan kerja-kerja yang aku minat untuk diri aku dan tidak terikat dengan mana-mana syarikat. Aku bergerak sendiri dengan erti kata lain menjadi freelance. Aku jadi freelance trainer. Ada beberapa kursus yang aku buat seperti Protokol, Pengurusan dan Pengacaraan Majlis Pengurusan Pejabat...tetapi aku lebih fokus kepada Profesional Grooming.

Apa yang profesional grooming ni ajar? emm..pastinya semua yang aku suka. Cara berpakaian. Kalau lebih detail dalam bab cara berpakaian ni ialah bagaimana pemilihan baju, materialnya, warna yang sesuai, make up ke pejabat, catwalk, sosial etiket dan table manner. Modul ni taklah rigid sangat, masih boleh diubah-ubah mengikut keperluan sesuatu organisasi/syarikat.
Mcm nilah cara catwalk yang betul!!

Aku perhatikan sekarang makin ramai lak yang berminat untuk menghantar staf dorang untuk pergi kursus ni. Kebanyakannya kakitangan yang sering berurusan dengan client, bahagian khidmat pelanggan, perhubungan awam, marketing, setiausaha, pembantu peribadi, agen insuran, multi level marketing (mlm). Ada gak yang hantar staf kerani dan pegawai datang dengan alasan mereka ni datang kerja pakai baju macam nak pergi rumah orang kahwin pun ada...lip...lap...lip...lap. Pergi rumah kematian pun ada...semua hitam, atas bawah depan belakang. Pakai sandle mcm nak pegi pasar malam pun ada...hehehe...macam-macam kan.

Tapi tak boleh nak salahkan diorang ni. Kat sekolah dan universiti mana ajar cara berpakaian mengikut situasi. Masing-masing selama ni berpakaian mengikut apa yang ada dalam majalah, tengok kengkawan, tengok baju cantik maka oklah kalau pakai pegi opis. Tengok artis pakai blouse dan talipinggang besar, pakai lengan extended...semua tu sebenarnya tidak boleh pakai ke pejabat. Lagi satu ramai orang tak suka bersolek ke pejabat sedangkan ia satu keperluan, terutama yang sering berhadapan dengan pelanggan atau business network. Dahlah tak pakai make up, lipstik pun tak nak pakai...pucat lesi la muka macam orang sakit atau kematian suami...langsung tak matching dengan imej syarikat anda yang mempunyai misi dan visi tinggi melangit...

Make up tu bukanlah bermaksud anda kena make up tebal-tebal macam opera cina, tapi memadai menggunakan bedak kompak, blusher, lipstik, celak dan pembayang mata. Kalau dah biasa sekejap aje masa yang diambil. Tak sampai pun 10 minit. Aku yang anak ompek ni pun masih sempat menguruskan anak-anak ke sekolah, membuat sarapan setiap pagi dan bersolek untuk ke tempat kerja..(masa bekerja dulula..)

Mana muka modelnya ni..tak nampak lak

Kenapa grooming ni penting? Sapa tau angkat tangan...er..takpe lah biar aku jawabkan soalan itu. Sebab bila anda tahu macamana nak berpakaian yang sesuai mengikut masa, situasi dan majlis yang dihadiri, anda tidak akan rasa janggal, ia membantu meningkatkan keyakinan diri dan mengikut kajian, orang yang berkeyakinan tinggi ini mempunyai prestasi kerja yang memberangsangkan. Malah yang paling best...orang yang berpenampilan menarik ini lebih mudah untuk mendapat kenaikan pangkat!!

So mesti dah berdetik-detik dalam hati korangkan...macamana pula dengan ungkapan Don't Judge a Book By its Cover?? Haa...ungkapan ini jangan digunakan masa nak pergi interview tau atau masa first time nak jumpa bakal mak atau pak mertua...! Merana awak nanti.!

Friday, January 15, 2010

Aku masuk suratkhabar

Agak-agak kalau masuk suratkhabar org tu glamer tak? hehehe....saja tanya...sebb hari Sabtu yang lepas 9 Januari 2010, wajah aku kuar di suratkhabar Berita Harian bahagian sisipan Ratu. Sorilah berita ni sedikit basi sebb tak sempat nak update blog pada hari yg sama.Sebabnya? Bila hati tak keruan, semua benda gembira pun tak teruja...(kalau nak tau...sila tgk entry sebelum ni). Sekrg bila dah ok...baru nak belek-belek dan baca keseluruhan cerita.(hari tu aku baca komen aku aje...:)

Korang baca tak suratkhabar sisipan tu bertajuk Perigi Cari Timba. Wartawannya adalah my best friend masa kat U dulu...so nilah masanya nak glemerkan kengkawan pun...thanks to Shaidah Shafie.Walaupun sedikit aje aku bagi komen tapi ramai gak kengkawan yg perasan wajah aku kuar hari tu dan biasalah ada yg cakap tahniah, ada yg kutuk (kutuk-kutuk manja...) dan ramai tanya itu dan ini. Emm...tak taulah kalau suatu hari nanti aku kuar TV...mcmana lak reaksi korang ek!

Tapi kepada yang tak sempat baca hari paper Sabtu ari tu...aku upload skit gambarla...terutamanya kat bahagian aku punya komen tu...jgn marah ya!







Thursday, December 31, 2009

Selamat Tinggal 2009.....Selamat Datang 2010

Selamat Tinggal 2009...
Walau apapun maksud 2009 bagi anda sama ada kegembiraan, kejayaan, kemasyhuran, kegemilangan, kesejahteraan, kesihatan atau kesedihan, kemurungan, kejatuhan, kehilangan...

Bukalah tahun 2010 dengan penuh harapan, sinar baru, lembaran baru dalam hidup kita untuk:

1) Sasarkan kejayaan yang lebih tinggi daripada apa yang ada sekarang
2) Menjadi insan yang lebih baik disisi Allah SWT, kepada pasangan kita, anak-anak kita, keluarga dan kepada orang lain
3) Memberi kehidupan yang lebih baik kepada orang lain
4) Menyimpan untuk waktu-waktu `mendung
5) Exercise! Exercise!Exercise.
6) Mempercayai pasangan kita
7) Menjadi anak yang baik kepada kedua ibubapa kita
8) Senyum selalu...jgn stress
9) Lupakan kegagalan lalu, bangkit dengan semangat baru
10) Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal (DUIT)

Wednesday, October 28, 2009

Cerita tentang aku dan `dia'.

Bismillahirrahman Nir Rahim (Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani)

This is not my first blog. Tapi aku buat ni untuk merakamkan apa sahaja yang aku lalui, apa sahaja yang aku terfikir atau apa sahaja yang aku nak tulis. Emm blog aku yang lain semuanya cerita-cerita biz aje. So nilah tempatnya aku nak release tension. Cerita pasal anak-anak, suami, kawan-kawan, pokok, movie, kerjaya, peristiwa,sedih, gembira. Pendek kata, apa-apa sajelah yang terfikir.

Tapi...hari ni...ni sajalah yang terfikir nak tulis. Nanti sambung...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails