Followers

Tuesday, April 13, 2010

Cabaran Biggest Loser

Sebenarnya dah lama dah berazam nak kurus ni. Tapi tak taulah kenapa asyik gagal aje. Turun 2 kg, naiknya 3 kg. Lepas tu turun lagi 2 kg, naik lagi 3 kg. Last-last tengok kat cermin, eh tu aku ke? ingatkan syanie tadi...wakaka! Syanie pun dah kurus la ni hasil pembedahan pendekkan usus perut. Tapi aku rasa dia perlupun buat macam tu sebab berat badan dia mengikut doktor dah tahap kronik dah.

Aku kalau ikut sejarah, memang selim melim la sebelum ni. Dengan ketinggian 153 cm, berat 50kg-52kg, aku di kira petitela,,,comel gak...Berat ideal. Menjadi idaman jejaka malaya (pergh!!) Tapi segala-galanya berubah bila aku mula kahwin...(sila salahkan Ali...hahaha) dan dpt anak. Berat badan naik mencanak-canak.  Rekod paling cemerlang aku pernah pegang ialah 79.5 kg. Tapi tu masa mengandunglah. Kalau tak mengandung 67kg. BMI 27.8. Dakwat merah tu tanda obes tahap 1. Waaaa..dah obes dah aku ni. Tulun!! Kalau jalan tu dah rasa mcm penguin la cuma lenggang cantik sikit dari penguin. Itupun sebab aku goyang lebih sikitla, supaya orang tak perasan aku jalan macam penguin la kan.

Tapi kali ni aku nekad. Betul, serius ni (tapi rasanya dah puluh kali dah nekad mcm ni). Kalau korang tak percaya, cuba tengok kat blog ni bahagian atas sebelah kanan tu. Nampak tak ada weight ticker. Itulah tandanya aku serius nak kurus. Aku start masa aku 66kg. Setelah beberapa ketika aku mendietkan diri, mengaerobik kan diri, maka aku berjaya kurangkan jeng!jeng!jeng! SATU kilo...yahuu!

Yahuu kebendanya. Aku frust ok. Aku rasa dah banyak dah peluh ku tumpah. Berbaldi-baldi. Beberapa kali juga aku hanya menahan air liur dari menitik bila melihat makanan kegemaranku dihidang atau ditayang-tayang didepan mataku. Bukan setakat air liur, air matapun mengalir tau..

Hasilnya, SATU kilo.

Ini tak boleh jadi. Disebabkan aku serius nak kurus, maka aku perlukan booster. Mungkin banyak sangat lemak tepu dlm badan yang hanya boleh dihapuskan hanya menggunakan `bom lemak'. So aku pun mencuba satu produk ni. Actually baru aje dapat petang tadi. Lepas maghrib dengan rasa terujanya dan dengan semangat berkobar-kobarnya aku pun minum teh herba dan 1 biji  kapsul. Katanya dalam teh herba tu ada bahan yang berfungsi sebagai bom lemak. Kalau ikut testimoni jiran sebelah rumah, dia turun 10 kg dalam tempoh 3 bulan lebih. Mengancam habis. Tu yang aku tak tahan tu. Tengokla macamana? Kalau tak kurus jugak, nak buat macamana. Mungkin dah ditakdirkan aku begini selamanya..(ceh, mood sedihla pulak). Apa-apapun aku akan update selepas sebulan dari tarikh hari ini (13 April) dan kita tengok macamana ek...Tungguuu...(waduh tercabarnya aku)

Ini dia produk yang ada bom lemak tu..Tak pernah dengarpun dulu. Tapi rupanya dah 4 tahun dah kat Malaysia, ada sijil halal dan pengiktirafan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

                                                                

14 comments:

akuvision said...

The best way is, banyakkan minum air, sekurang - kurang 2 liter sehari, tapi kalau aerobik tu, banyakkan lagi. Kadang badan kita berat air, jadi dengan meminum air yang lebih, kita akan mengeluarkan air dalam badan. Garam dalam badan menakung air, kurangkan garam. Saya secara personal dapat menurukan berat dari 64kg ke 56kg dengan cara ini dan sedikit senaman.
MInum air 30 minit sebelum makan, dan kira saiz hidangan, satu hidangan ialah sebesar tangan kamu, dan makanlah sarapan pagi yang tinggi fiber macam oat. Lebih dari itu adalah usaha kamu, semoga berjaya!.

ila-ali said...

akuvision : wah salute la. 8kg turun tu? Ni yg lagi aku gila meroyan ni..hehehe. Anyway thanks for the tips. Minum air banyak ek? akan aku usahakan, sebb memang fail bab minum air byk ni sebab malas nak syyyy... tapi kalau itu caranya, akan ke redah jua..!!

maslinamansor said...

harga berapa... :)

Mas teringin nak cuba..dalam bentuk tablet kan...

zella y said...

bersenam dan kawal pemakanan paling penting...zella pon nk diet juga..

jom kita same2 kuruskan badan ;)

hurm...nanti kalau product tu ok,boleh la promo ye... ;)

ila-ali said...

maslinamansor : Mas, harganya RM378.00 tapi bulan ni ada promosi rm368. Belum apa2 poket kurus dulu he3x. Produk ni ada teh herba tapi sedapla rasanya dan 1 botol tablet.

zella :tulah pagi2 teruskanlah jugak aerobik, tapi bab makan selalunya tersasar...lebih2 lagi coklat dan kek. zella kan dah kuruskan! dah cun dah tu...

maslinamansor said...

hal juga yer... :)

ila-ali said...

maslinamansor : tu la pasal. Tp sy redah aje..nak kurus pny pasal :))

Unknown said...

salam kenal

http://maziati.blogspot.com/

hehe...
saya ada jumpa 1 blog nih...
mmg dia kurus menggila...

http://taknakgemuk.blogspot.com/2010/01/bermulenye-satu-penurunan-berat-badan.html

Amir said...

dulu saya pernah baca pasal Datin Norjuma. masa dia lepas bersalin gemuk gile. macam syanie. then kurus balik seperti sedia kala.

Anonymous said...

go ila! go ila! go ila!

:: MR and MRS AIRUL :: said...

lahai..bilalah akakku sorang nie gomuks? cute la akak nie. tak tipu :) part yg paling best bila akak sebut, sila salahkan abg ali..hehehe. anyway..good luck in loosing those unwanted "access baggage"

PRINCESS RANIA said...

eeemm tapi nampak kau dlm pic ok jer.. maintain cun gitu. anyway good luck ila. result bagus, bole aku cuba nnti ;)

ila-ali said...

eT : tq for the info. dah tgk link tu...best betul. Bolehlah try jugak nanti.

Amir : datin Norjuma dapat tajaan SlimWorld untuk kurus. Amir sponsor saya boleh?:)

ila-ali said...

Mr and Mrs Airul : Kitakan dah lama tak jumpa. Kalau jumpa musti terperanjat punya. Ni tgh berusaha la ni. Hrp2, bila jumpa eera, akak dah selim-melim...

PRINCESS RANIA : Cantik dalam pic ke? Itulah rahsia photoshop...hehehe. Tapi yang tu gambar ori. Takde touch up2 pung!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails