Followers
Showing posts with label Ali. Show all posts
Showing posts with label Ali. Show all posts
Friday, October 29, 2010
Perlukah Aku Rasa Tergugat Dengan Nora Danish?
Tengok tu Ali bukan main lagi senyum manja bergambar dengan Nora Danish. Aku rasa kalau dia pakai kopiah, kopiah pun boleh tertanggallah..
Thursday, August 19, 2010
Rintihan Pakistan
RINTIHAN PAKISTAN
- 20 juta penduduk terjejas
- 4 juta hilang tempat kediaman
- 3.5 juta kanak-kanak terancam
- 6 juta tak dapat bekalan air bersih
- kurang USD500 juta nilai bantuan
Itulah antara fakta yang dilaporkan mengenai banjir Pakistan.
Memang kesian … kita kat Malaysia bila banjir di Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang … paling-paling ramai pun ribu aje yang terjejas. Itupun semua dapat dikumpulkan di pusat penempatan sementara mangsa banjir. Rumah memanglah tenggelam .. tapi tak musnah teruk. Kalau rosak pun perkasas elektrik, furniture. Tapi lepas tu segera dapat bantuan … tak kiralah berapa banyak pun, tapi bantuan tetap bantuan. Syukur …
Tapi yang ni … tak terjangkau dek akal fikiran kita. Ada yang menganggarkan keluasan yang terjejas seluas 3 negara di Eropah .. Austria, Belgium dan Belgium. Memang luas. Kini katanya gelombang banjir sedang menuju ke selatan. Maknanya belah-belah utara tu seperti Peshawar, Nowshera tgh menyurut … yang dok teruk sekarang dan minggu depan adalah Sindh. (tengok peta la … nak bayangkan payah gak).
Masalahnya sekarang bukan takat banjir je … lepas banjir natijahnya lagi hebat. Bantuan lambat sampai, ubat, penyakit bawaan air menular, air bersih … perrrggghhh. Sabar je la. Macam mana nak hidup ni??? Pening kepada gomen nak settlekan. Aku yakin bukan mereka sengaja buat macam tu … tapi mesti banyak aral. Jalan perhubungan terputus, kesukaran komunikasi .. memang dua benda nilah yang sering jadi masalah dalam setiap pasca bencana alam. Tapi, bab-bab birokrasi, kelemahan sistem juga satu hal gak. Tapi tak kisahlah, itu bukannya persoalan yang aku nak bangkitkan. Persoalan yang penting ialah diskriminasi.
Kenapa bencana di Pakistan seolah-olah tidak mendapat perhatian yang sepatutnya? Korang ingat tak gempa bumi di Haiti? Menurut laporan media, bantuan yang terkumpul untuk mereka mencecah USD13 bilion. Itu belum masuk lagi tak sampai 24 jam, megastar Hollywood bersatu buat telethon untuk kumpul bantuan. Di Pakistan??? Selepas 3 minggu, tak sampai setengah billion USD pun. Apsal??? Sebab Pakistan negara Islam??? Sebab kat Pakistan ada Taliban??? Memanglah jumlah yang mati kat Pakistan kira-kira 1500 mangsa … tak besar berbanding Haiti, tetapi skalanya ternyata jauh lebih teruk. Nasib baiklah, pelakon kegemaran laki aku si Angelina Jolie … yg laki dia hensem tu … ada buat rayuan pada dunia bersama bantu Pakistan. Yang lain ada???
Jadi kawan-kawan, sempena bulan baik ni kita bersimpatilah pada mereka. Kalau tak dapat bantu wang, harta benda dan tenaga … cukuplah dengan doa supaya saudara Islam kita di sana tabah berdepan dengan ujian. AMIN …. (nasib baik rumah aku kat tempat tinggi)
p/s: sebelum terlupa, Ali bagitau. Astro AWANI ada hantar krew ke Pakistan untuk liputan di sana. Jangan lupa Astro AWANI Saluran 501
Thursday, May 27, 2010
Tangkap Lentuk Bila Berdua-duaan...
Bila kali terakhir anda bercuti berdua-duaan?
Berdua-duaan maksudnya anda dan suami anda sahaja...Kiranya ala-ala honeymoon gitu. Kami last sekali 14 tahun dulu iaitu honeymoon ke Medan selepas majlis perkahwinan kami dulu. Lepas tu tak ada.
Kitaorangkan sebenarnya memang dah lama rancang nak pergi cuti berdua-duaan. Konon-kononnya nak pergi Bali la...romantik gitu, tapi kalau ke sana takkanlah kejap aje...rugi lak nanti. Paling2 kejap pun 3 hari 2 malam. Baru berbaloi. Tak jadi. Sebab rasa lama. Then rancang dalam negara pulak macam Pangkor Laut..private yet exclusive..berromantika tanpa gangguan. Memang nak sangat pergi, tapi tak jadi jugak. Bertahun-tahun gak rasanya dok plan, semuanya end up dengan setakat itu saja. Sebabnya...akulah! Aku tak sanggup tinggalkan anak. Risau masa kitaorang takde apa-apa berlaku kat anak ke...dok fikir yang bukan-bukan. Lagipun masa tu Aqiel masih menyusu badan.Sekarangpun masih menyusu lagi walaupun dah 3 tahun lebih, tapi kalau aku tak ada sekarang ni dia nak minum susu botol. Tapi tu sebenarnya alasan aje..kalau nak boleh aje, tapi entah kenapa aku tak sanggup tinggalkan mereka tanpa ada aku atau Ali. Kalau aku pergi outstation, Ali ada. Kalau Ali outstation aku ada. Tapi kalau dua-dua tak ada dengan anak-anak, satu perasaan risau entah apa-apa timbul dalam hati aku.
So, setelah sekian lamanya Ali dok ajak, last weekend aku setuju tapi dengan syarat dekat dan tak lama. So, The Legend International Homes, PD jadi pilihan. 2 hari 1 malam. Dekat dan tempat tu aku tengok kat internet macam cantik. Lebih-lebih lagi kat dalam bilik ada private swimming pool. Tu yang aku suka tu.
So hari Sabtu tengahari kitaorang gerak dengan pelbagai pesanan yang aku tinggalkan kat Bibik dan Shahmie, anak sulungku. Bukan setakat pesanan, peti ais pun aku penuhkan dengan makanan, buah-buahan, biskut dan segala macam lagi macam takut betul dorang kebuluran. Pada hal esok petang dah balik. Paling lega apabila si kecik Aqiel tak menangis. Dia rasa macam mama dengan babah dia nak pergi keje aje. Kalau dia menangis hari tu mesti aku angkut dia sekali...dan mesti Ali tarik muncung 14 inci!! Boleh sangkut baju di situ..ahaks!
Kami check in pukul 3 ptg. Cantik hotel tu. Lain daripada hotel-hotel yang pernah kami pergi sebelum ni. Bagaikan terapung di laut Port Dickson. Masuk aje bilik ...walla..cantiknya. Luas sangat untuk kami yang berdua ni. King bed dua, TV Lcd 32", dapur yang cantik, bilik airnya dan of course, swimming poolnya. Apa lagi terus terjun kolamla. Teruja sangat tengok kolam tu..sejuk dan nyaman sekali. Siap ada air pancut lagi. Lepas tu dah lapar, jalan-jalan cari makan. Petang tu kitaorang jalan-jalan sambil berpimpinan tangan, borak-borak dan gelak-gelak, bergurau senda, bertepuk tampar..lama dah rasanya tak buat benda tu tanpa gangguan. Kalau tak, baru aje yang jiwang-jiwang, ada saja yg ganggu. Tetiba rasa macam bercinta zaman muda-muda aje. Senyuman sentiasa terukir dibibir, berkepit macam orang kembar siam...wah! indah sungguh!! Malam lak lepas so called `candle light dinner' kat bandar Port Dickson jalan perlahan-lahan balik bilik sambil memaut tangan Ali dan lentukkan kepala di bahunya yang broad shoulder tu..emm...bahagia rasanya. Sampai bilik, lampu disamarkan dan kitaorang pun buka ...................................... vcd citer hindustan pulak.....ha! korang ingat apa tadi?!! hehehe..(konon-konon tengok wayangla...citer love story) punyalah lama Ali beli masa kat India ari tu, masa berdua-duaan baru dapat tengok. Biasalah citer hindustan lama durasinya. Pukul 3 pagi baru habis.
Esoknya lepas sarapan dan mengambil gambar kenang-kenangan, kami berangkat pulang ke Melaka. Walau singkat, tapi ianya sangat memberi makna kepada kami. Kalau aku tahu bestnya macam ni, dah lama dah aku pergi bercuti berdua-duaan. Dan mulai sekarang, aku akan jadikan percutian berdua ini sebagai aktiviti tahunan kami. Tak kisahlah kat mana-mana pun, janji berdua-duaan sehari atau 2 hari.
Percutian seperti ini boleh recharge dan semarakkan kasih sayang antara kami berdua. Ialah asyik kerja, anak, kerja, anak sampai muka dua-dua nak senyum pun susah. Baru nak sembang, telefon berbunyi. Baru nak manja-manja anak dah kacau. Dahlah jumpa hujung minggu aje...
Percutian seperti ini boleh recharge dan semarakkan kasih sayang antara kami berdua. Ialah asyik kerja, anak, kerja, anak sampai muka dua-dua nak senyum pun susah. Baru nak sembang, telefon berbunyi. Baru nak manja-manja anak dah kacau. Dahlah jumpa hujung minggu aje...
Bagi sesiapa yang belum dapat bercuti berdua-duaan tu terutama yang dah kahwin lama, aku sangat mencadangkan agar korang pergilah ber honeymoon. Memang betul banyak cara untuk semarakkan cinta, tapi ini salah satu daripadanya!
Labels:
Ali,
Family,
Ila,
Ila-ali,
Jalan-jalan Cari Makan,
suami-isteri,
tips
Thursday, February 11, 2010
Cerita Si Beruang Itu
Salam Semua. Semoga anda dirahmati Allah swt.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan dan semangat yang diberikan kepada saya dan keluarga. Walaupun hanya disampaikan melalui tulisan dan coretan..impaknya tetap dirasakan. Thanks you olls!! (skema lak rasanya ayat nih)
Saya tidak ingin menyambung citer sedih walaupun hati masih lagi walang. Gelak tawa riang anak-anak buah masih lagi terbayang-bayang dihadapan mata...Ya! hidup mesti diteruskan. Itu nasihat anda dan saya akur!
Jadi pada hari ini saya nak cerita pasal anak-anak beruang saya yang ada di kedai saya. Walaupun kedai saya ni masih baru, tapi tidak sangka sambutan yang anda berikan membuatkan saya teruja. Menjual soft toy bundle ni menjadi keutamaan saya sejak kebelakangan ini. Memula ingat nak buat online saje. Malas nak bawak ke sana ke sini, pegi ekspo bagai. Tapi bila sesekali test market pada hujung minggu pergi kat taman permainan di tepi tasik Ayer Keroh tak sangka lak ramai yang berminat. Jadi sempena cuti CNY ni kitaorang pun dah sewa tapak niaga, kongsi dengan adik ipar. Dia nak berniaga anak pokok gaharu. Insyaallah mulai esok 11 Feb hingga hari ahad 14 Feb.
Tapi jual melalui online pun best gak. Baru-baru ini saya mendapat customer daripada kalangan orang yang fofular...wah! sapa tuh? Jeng!jeng!jeng!
Ha...inilah dia. Sure semua orang kenalkan dengan Suhaimi Sulaiman. Kebetulan dia datang Melaka hari Sabtu lepas (6 Februari 2010) so, boleh serahkan melalui tangan (by hand). Bestlah dia ni, sporting aje bila cakap nak amik gambar dan nak masukkan dalam blog...dia kata no hal. Ali yang serahkan kat dia...Tapi yang tak bestnya terlupa nak bergambar bersama dia...teruja punya pasal lah tu...hehehe!
Beruang yang dia pegang tu memang yang paling besar yang aku jual dan brand new lagi. Walaupun aku jual yang bundle punya, brand new pun ada gak. Tapi tak banyakla...Beruang macam ni TINGGAL SATU aje lagi. Sempena Valentine Day dan CNY yang akan datang ni cepat-cepatlah beli untuk orang tersayang...(ceh! sempat lagi pomot tuh!) Harga RM130 dan free postage lagi. Apalah nilai itu jika dibandingkan dengan kasih sayang anda pada seseorangkan...betul tak?
Jadi kepada sesiapa yang nak beli tu ...., pegilah kat blog aku yang lagi satu tu...isi form kat bawah tu...kat bahagian item..tulis BEAR YANG PALING BESAR!.so aku tahulah bear yang mana satu...tapi disebabkan ianya tinggal 1 UNIT sahaja, jadi sapa cepat dia dapatlah ye...
So kepada semua, selamat bercuti panjang sempena perayaan Tahun Baru Cina...
bestnya CNY ni sebab dapat makan limau banyak2...lepas ni nak belilah satu kotak kat Jusco Ayer Keroh...emm...mesti best sama-sama sibuk dgn orang Cina yang nak beli tu kan...berebut2!! boleh gak sama-sama memeriahkan sambutan perayaan dorang...kita kan 1Malaysia!!
p/s : Jika balik kampung tu...SILA berhati-hati di Jalanraya...Ingatlah Orang Yang tersayang....
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan dan semangat yang diberikan kepada saya dan keluarga. Walaupun hanya disampaikan melalui tulisan dan coretan..impaknya tetap dirasakan. Thanks you olls!! (skema lak rasanya ayat nih)
Saya tidak ingin menyambung citer sedih walaupun hati masih lagi walang. Gelak tawa riang anak-anak buah masih lagi terbayang-bayang dihadapan mata...Ya! hidup mesti diteruskan. Itu nasihat anda dan saya akur!
Jadi pada hari ini saya nak cerita pasal anak-anak beruang saya yang ada di kedai saya. Walaupun kedai saya ni masih baru, tapi tidak sangka sambutan yang anda berikan membuatkan saya teruja. Menjual soft toy bundle ni menjadi keutamaan saya sejak kebelakangan ini. Memula ingat nak buat online saje. Malas nak bawak ke sana ke sini, pegi ekspo bagai. Tapi bila sesekali test market pada hujung minggu pergi kat taman permainan di tepi tasik Ayer Keroh tak sangka lak ramai yang berminat. Jadi sempena cuti CNY ni kitaorang pun dah sewa tapak niaga, kongsi dengan adik ipar. Dia nak berniaga anak pokok gaharu. Insyaallah mulai esok 11 Feb hingga hari ahad 14 Feb.
Tapi jual melalui online pun best gak. Baru-baru ini saya mendapat customer daripada kalangan orang yang fofular...wah! sapa tuh? Jeng!jeng!jeng!
Malam ni tido bolehla I pelok beruang nih...hahaha
Beruang yang dia pegang tu memang yang paling besar yang aku jual dan brand new lagi. Walaupun aku jual yang bundle punya, brand new pun ada gak. Tapi tak banyakla...Beruang macam ni TINGGAL SATU aje lagi. Sempena Valentine Day dan CNY yang akan datang ni cepat-cepatlah beli untuk orang tersayang...(ceh! sempat lagi pomot tuh!) Harga RM130 dan free postage lagi. Apalah nilai itu jika dibandingkan dengan kasih sayang anda pada seseorangkan...betul tak?
Jadi kepada sesiapa yang nak beli tu ...., pegilah kat blog aku yang lagi satu tu...isi form kat bawah tu...kat bahagian item..tulis BEAR YANG PALING BESAR!.so aku tahulah bear yang mana satu...tapi disebabkan ianya tinggal 1 UNIT sahaja, jadi sapa cepat dia dapatlah ye...
So kepada semua, selamat bercuti panjang sempena perayaan Tahun Baru Cina...
bestnya CNY ni sebab dapat makan limau banyak2...lepas ni nak belilah satu kotak kat Jusco Ayer Keroh...emm...mesti best sama-sama sibuk dgn orang Cina yang nak beli tu kan...berebut2!! boleh gak sama-sama memeriahkan sambutan perayaan dorang...kita kan 1Malaysia!!
p/s : Jika balik kampung tu...SILA berhati-hati di Jalanraya...Ingatlah Orang Yang tersayang....
Monday, January 18, 2010
Ila-Ali akhirnya saudagar Soft Toy Bundle
Alhamdulillah, akhirnya sampai gak hajat Ali nak jual soft toy bundle ni...Almaklumlah dia peminat baju-baju bundle. Satu hari aku cakap macam berminat nak jual soft toy bundle kat internet. Lagipun walaupun kebanyakkannya barangan terpakai, conditionnya masih elok dan cantik-cantik. Tak sangka Ali suka dan dia terlebih excited...Katanya ujung-ujung minggu boleh jual secara Car Boot Sale kat mana-mana yg ramai orang...Sib baik kat Melaka ni byk aktiviti ujung minggu anjuran Kerajaan Negeri.
Kitaorang amik bundle gred A dan yang dah siap cuci punya. Tu yg banyak elok-elok lagi tu
Bila bukak...mak oiii...banyaknya toy...kitaorang anak beranak yang teruja...cantik-cantik, gebu-gebu dan memasing dah cop masing-masing punya toy..Baby Fasya nak Bunny, Ariff dgn snake hijaunya..si kecik..masih konpius..nak yg itu ke atau nak yg ini...sib baik si abang dah tak heran dah...dah sekolah menengah katakan...
Betulke aku nak jual ni...
Soft toy ni mostly dari luar negara seperti US, Australia, Japan dan ada juga yg local tapi sedikit aje. Paling bestnya anda boleh dapat branded item dgn harga yang sangat murah.Kami menjual ni pun sedikit sebanyak dapat support recycle campaign untuk alam sekitar.
Baru nak cuba-cuba dlm bisnes ni..korang doakan kitaorang berjaya ye...Kalau nak beli atau nak bagi hadiah kepada yg istimewa, sahabat baik, anak buah/mak we/pak we/ tunang/ atau sesapa saje yg punya birthday ke yg dok area Melaka kitaorg boleh sediakan service penghantaran door to door. Atau beli nak poskan kat tempat lain pun boleh...kot nak bagi suprise kat sapa-sapa ke....Insyaallah, takde masalah..
Bolehlah tengok-tengok soft toy yang cute-cute kat KEDAI SOFT TOY ILA-ALI
Tuesday, December 8, 2009
Hj Ali balik Haji
sekrg dua-dua ada kat Astro Awani 501
6 Disember 2009 - Tarikh inilah yang kami anak-beranak tunggu-tunggu. So pagi-pagi dah bangunkan anak-anak, mandi, sembahyang, kemas rumah seadanya dan terus kuar umah. Tapi sebelum tu singgah jab kat Subaidah untuk sarapan. Makan kat luar sebab malas nak kotorkan dapur dan pikir pasal basuh pinggan pagi-pagi hari...emm..tak kuasa!
Hanya aku anak beranak aje pegi ke airport hari ni. Mak dan adik beradik aku ada kat Kedah menghadiri majlis perkahwinan anak adik mak aku @ mak sedara aku la kan! Mak mertua aku lak tengah prepare majlis kesyukuran untuk ali dan cucunya yang berkhatan pada tarikh yang sama. So, aku ajela yang menyambut...Cuak jugak aku nak bawa diorang ni sorang-sorang lebih-lebih lagi dengan anak aku yang 2 tahun tu, takut dia buat hal. Tapi alhamdulillah, sepanjang perjalanan tu dia tidur....fuh lega...!!
Kol 10 am kitaorang dah sampai ke KLIA. Ali naik commercial flight so sib baik tak delay. Tapi nak tunggu dia kuar tu punyalah lama...aqiel (anak aku yg umo 2 tahun tu) bukan main ligat, tak tau dok diam. Budak besar tu bukan tau apa. Tapi masa babahnya takde...bila dia rasa sedih atau bila` dikerjakan' oleh abang dan kakaknya, mulalah cakap nak babah! Nak babah!..orang lain pujuk semua tak jalan...nak babah jugak. Last-last kenalah telefon babahnya kat Mekah. Bukan cakap apa pun, tapi mengadu sampai meleleh air mata...dlm bahasa dia yang kitaorang pun tak paham apa, tapi kadang tu sampai tersedu-sedu...cian dia. Lepas dengar suara babahnya lepas tu dia okla...Kadang-kadang kalau bawa gi jalan-jalan, pantang nampak orang lelaki yang ala-ala botak mesti dia cakap dan tunjuk babah!babah! Sian dia...takut tekanan perasaan laks rindu kat babah! Sib baik sepanjang babahnya di Mekah dia tak demam ke, meragam ke...payah gak klu gitu. Jenuh nak cari kat Mekah nu... Mama dia lak yang demam. Tshirt babah yg belum basuhla jadi ubat. Konon-konon untuk dak aqiel kalau rindu, last-last mak dia lak yang pakai...hehehe!!
Kol 11.30 pagi baru nmpk batang idung lakiku yang kucintai sedang menyorong troli...Pakai tshirt putih aje...Aku ingatkan dia pakai jubah putih labuh ngan serban berlilit, tangan bertasbih...balik haji le katakan...tapi sempoi aje dengan tshirt putih biasa. Ali...seperti biasa memang sempoi!!Alhamdulillah, sampai juga ke tanah air bersama team Khabar Haji yang lain.
Friday, December 4, 2009
Ali Al-Haj @ Mekah





Ni gambar-gambar Ali semasa di Mekah. Best je tengok diaorang ni. Kengkadang bila kenang-kenang jeles lak tengok dia dapat menunaikan haji lebih dahulu daripada aku... Sebenarnya kitaorang dah daftar haji 2 tahun lepas. Kalau ikut giliran insyaallah tahun 2022. Lama lagi tu. Tapi orang Tabung Haji cakap kalau dah cukup duit boleh buat rayuan. So sekarang ni memang tengah mengumpul lah ni...tup-tup dia dapat pegi dulu. Ada jugak usha-usha nak ikut sama. Tapi mana boleh. Diaorang menggunakan pas petugas dan media.
Tapi...aku tetap bersyukur di atas rezeki yang diberikan kepada Ali. Bukan semua orang bernasib baik untuk terpilih menjadi tetamu Allah!!
Apa-apapun Ahlan Wa Sahlan Ya Habibi Ali Al-Haj...(tengah berdebar menanti tarikh 6 Disember, 10 pagi...Hj Ali dijangka menjejak kaki di bumi Malaysia)
Subscribe to:
Posts (Atom)










