Followers

Showing posts with label suami-isteri. Show all posts
Showing posts with label suami-isteri. Show all posts

Friday, December 17, 2010

Gambar Perkahwinan SM Nasaruddin dan Marion Rose Caunter Abdullah

Sejak semalam saya perhatikan kemasukan pelawat ke blog saya tiba-tiba melonjak secara luar biasa. Blog ni memang belum lagi ramai pengikutnya, jadi saya kena blogwalking, blogjogging baru boleh jemput ramai sikit datang ke sini. Hari ini pula very the busy so memang tak sempat nak menegur dan melawat kawan-kawan blogger yang lain, tapi tadi selepas maghrib bila tengok blog hairan kenapa ramai pulak visitor hari ni? Sampai 50 orang pelawat unik sehari.


So tengoklah kat keyword apa yang menarik pelawat datang ke blog ila-ali ni. So barulah tahu rupanya-rupanya hampir semua yang datang ke blog ini datang dari keyword `nasa dan marion'. Memang saya ada cerita tentang menerima jemputan perkahwinan mereka dan kebetulan mereka bernikah pada hari ini, 16 Disember. Jadi kemungkinan disebabkan itu ramai peminat-peminat mereka melayari internet untuk mendapat meklumat lanjut tentang kedua-dua pasangan glamor ini.



 Rupanya-rupanya bukan setakat Malaysia sahaja yang mengikuti perkembangan mereka, tetapi dari Brunei dan ada juga dari Melbourne. Popular jugak mereka ni kan. Oklah, walaupun saya dan ali tak dapat menghadiri majlis resepsi mereka yang dijadualkan pada malam esok, saya paparkan juga gambar sekitar majlis pernikahan mereka.

Monday, December 6, 2010

Nasa and Marion : Wedding of The Year??

Teka teki tarikh perkahwinan VIP dan selebriti terkenal tanahair akhirnya terjawab. Bukan diwar-warkan dalam akhbar sebab setakat ni belum terbaca lagi tetapi lebih real kerana kami berdua (Ali and Ila) dijemput menghadiri perkahwinan tersebut. Tak terjangkau akalku dapat jemputan ke Majlis Perkahwinan so called VVIP. Perkahwinan dua insan yang tercetus kontroversi sedikit masa dulu akhirnya seperti cerita dongeng Cinderella bertemu Prince Charmingnya berakhir dengan `Happy Ending'. Alhamdulillah.

Thursday, May 27, 2010

Tangkap Lentuk Bila Berdua-duaan...


Bila kali terakhir anda bercuti berdua-duaan?
Berdua-duaan maksudnya anda dan suami anda sahaja...Kiranya ala-ala honeymoon gitu. Kami last sekali 14 tahun dulu iaitu honeymoon ke Medan selepas majlis perkahwinan kami dulu. Lepas tu tak ada.

Kitaorangkan sebenarnya memang dah lama rancang nak pergi cuti berdua-duaan. Konon-kononnya nak pergi Bali la...romantik gitu, tapi kalau ke sana takkanlah kejap aje...rugi lak nanti. Paling2 kejap pun 3 hari 2 malam. Baru berbaloi. Tak jadi. Sebab rasa lama. Then rancang dalam negara pulak macam Pangkor Laut..private yet exclusive..berromantika tanpa gangguan. Memang nak sangat pergi, tapi tak jadi jugak. Bertahun-tahun gak rasanya dok plan, semuanya end up dengan setakat itu saja. Sebabnya...akulah! Aku tak sanggup tinggalkan anak. Risau masa kitaorang takde apa-apa berlaku kat anak ke...dok fikir yang bukan-bukan. Lagipun masa tu Aqiel masih menyusu badan.Sekarangpun masih menyusu lagi walaupun dah 3 tahun lebih, tapi kalau aku tak ada sekarang ni dia nak minum susu botol. Tapi tu sebenarnya alasan aje..kalau nak boleh aje, tapi entah kenapa aku tak sanggup tinggalkan mereka tanpa ada aku atau Ali. Kalau aku pergi outstation, Ali ada. Kalau Ali outstation aku ada. Tapi kalau dua-dua tak ada dengan anak-anak, satu perasaan risau entah apa-apa timbul dalam hati aku.


So, setelah sekian lamanya Ali dok ajak, last weekend aku setuju tapi dengan syarat dekat dan tak lama. So, The Legend International Homes, PD jadi pilihan. 2 hari 1 malam. Dekat dan tempat tu aku tengok kat internet macam cantik. Lebih-lebih lagi kat dalam bilik ada private swimming pool. Tu yang aku suka tu. 

So hari Sabtu tengahari kitaorang gerak dengan pelbagai pesanan yang aku tinggalkan kat Bibik dan Shahmie,   anak sulungku. Bukan setakat pesanan, peti ais pun aku penuhkan dengan makanan, buah-buahan, biskut dan segala macam lagi macam takut betul dorang kebuluran. Pada hal esok petang dah balik. Paling lega apabila si kecik Aqiel tak menangis. Dia rasa macam mama dengan babah dia nak pergi keje aje. Kalau dia menangis hari tu mesti aku angkut dia sekali...dan mesti Ali tarik muncung 14 inci!! Boleh sangkut baju di situ..ahaks!

Kami check in pukul 3 ptg. Cantik hotel tu. Lain daripada hotel-hotel yang pernah kami pergi sebelum ni.     Bagaikan terapung di laut Port Dickson. Masuk aje bilik ...walla..cantiknya. Luas sangat untuk kami yang berdua ni. King bed dua, TV Lcd 32", dapur yang cantik, bilik airnya dan of course, swimming poolnya. Apa lagi terus terjun kolamla. Teruja sangat tengok kolam tu..sejuk dan nyaman sekali. Siap ada air pancut lagi. Lepas tu dah lapar, jalan-jalan cari makan. 
Petang tu kitaorang jalan-jalan sambil berpimpinan tangan, borak-borak dan gelak-gelak, bergurau senda, bertepuk tampar..lama dah rasanya tak buat benda tu tanpa gangguan. Kalau tak, baru aje yang jiwang-jiwang, ada saja yg ganggu. Tetiba rasa macam bercinta zaman muda-muda aje. Senyuman sentiasa terukir dibibir, berkepit macam orang kembar siam...wah! indah sungguh!! Malam lak lepas so called `candle light dinner' kat bandar Port Dickson jalan perlahan-lahan balik bilik sambil memaut tangan Ali dan lentukkan kepala di bahunya yang broad shoulder tu..emm...bahagia rasanya. Sampai bilik, lampu disamarkan dan kitaorang pun buka ...................................... vcd citer hindustan pulak.....ha! korang ingat apa tadi?!! hehehe..(konon-konon tengok wayangla...citer love story) punyalah lama Ali beli masa kat India ari tu, masa berdua-duaan baru dapat tengok. Biasalah citer hindustan lama durasinya. Pukul 3 pagi baru habis.
Esoknya lepas sarapan dan mengambil gambar kenang-kenangan, kami berangkat pulang ke Melaka. Walau singkat, tapi ianya sangat memberi makna kepada kami. Kalau aku tahu bestnya macam ni, dah lama dah aku pergi bercuti berdua-duaan. Dan mulai sekarang, aku akan jadikan percutian berdua ini sebagai aktiviti tahunan kami. Tak kisahlah kat mana-mana pun, janji berdua-duaan sehari atau 2 hari.

Percutian seperti ini boleh recharge dan semarakkan kasih sayang antara kami berdua. Ialah asyik kerja, anak, kerja, anak sampai muka dua-dua nak senyum pun susah. Baru nak sembang, telefon berbunyi. Baru nak manja-manja anak dah kacau. Dahlah jumpa hujung minggu aje...

Bagi sesiapa yang belum dapat bercuti berdua-duaan tu terutama yang dah kahwin lama, aku sangat mencadangkan agar korang pergilah ber honeymoon. Memang betul banyak cara untuk semarakkan cinta, tapi ini salah satu daripadanya!

Tuesday, April 6, 2010

Kasihmu seteguh Taj Mahal - Nilai Kasih Seorang Suami



Namanya Abu Said. Nama penuh aku tak pasti. Tapi mesra ku panggil Pak Cik. Beliau adalah bapa mertua kepada sahabat baik dan juga jiranku Su. Suami Su, Almansor juga sahabatku. Kami pernah bekerja di tempat yang sama. Aku kenali Pakcik sudah lama, sama usia dengan persahabatanku dengan Su. Kira-kira hampir 12 tahun lamanya. Aku kagum dengan Pakcik. Orangnya peramah, baik, pemurah. Kata-kata yang keluar banyak yang memberi semangat untuk berjaya dalam hidup. Isteri Pakcik yang kupanggil makcik merupakan insan setia yang sentiasa berada di samping Pakcik bermula dari saat mereka diijabkabulkan. Susah senang mereka hadapi bersama. Dimana ada Pakcik, disitulah ada makcik. Resam orang dulu-dulu yang sukar menzahirkan kasih-sayang, tapi dari perbualan dengan mereka, nama masing-masing tidak putus dari mulut keduanya.

Credit to Su@bualsantai

Walaubagaimanapun langit tidak selalunya cerah. Ketika masih bergembira dengan suasana hariraya, suatu pagi dihariraya ke 5, selepas sembahyang subuh berjemaah dengan pakcik, makcik terasa seperti hendak muntah dan pergi ke bilik air. Selepas beberapa ketika pakcik menunggu makcik dan hairan kenapa makcik masih tidak keluar sedangkan kebiasaannya tidak begitu. Naluri hati seorang suami yang telah hidup bersama lebih 40 tahun merasai `sesuatu'. Benar telahannya. Makcik tertunduk ditepi kolah tidak sedarkan diri.

Tarikh itu bermulalah episod `kesedihan' bagi Pakcik dan keluarga. Makcik yang memang mengidap penyakit darah tinggi tidak sedarkan diri disebabkan salah-satu saraf di otak pecah. Sejak itu ICU HKL dan Melaka adalah rumah kedua makcik dan Pakcik disitu menemani penuh setia tanpa sedikitpun rungutan. Peraturan di ICU pelawat tidak boleh masuk selalu. Pakcik akan setia menunggu diluar. Matanya sentiasa mengerling masa bagi membolehkannya masuk semula. Keadaan makcik tidak seperti selalu, muka bengkak gara-gara operation, muka senget, kepala dibotakkan separuh, tapi Pakcik masih disitu, mengusap-usap kepala makcik dan tangan makcik dengan penuh kasih-sayang. Sedikitpun tidak luntur kasih sayang pakcik melihat keadaan makcik sebegitu.

Hampir 7 bulan makcik berada dalam keadaan separuh koma. Bila berbual dengan Pakcik, aku tahu Pakcik amat rindukan makcik. Dia ceritakan tentang masa-masa istimewa bersama makcik adalah selepas sembahyang tengah malam bersama-sama. Itu rutin hidup mereka sepanjang perkahwinan. `Kalau pakcik tak bangun, makcik kejutkan, kalau makcik tak bangun pakcik kejutkan. Yang penting kami dapat bangun sama-sama dan bermunajat kepada Allah.' Kemudian kami bercerita tentang anak-anak. Kalau ada mana anak-anak dalam kesusahan kami akan bacakan Yasin sehingga menjelang waktu subuh.'

Credit to Su@bualsantai


Ya! dari getaran suara dan genangan air mata, aku tahu pakcik sangat merindui saat-saat itu!!

Sepanjang makcik dalam separuh koma, sedikitpun pakcik tidak menyibukkan diri dengan perkara lain. Mujur semua anak-anak telah dewasa. Tinggallah kebunnya, tinggallah sawahnya. Tinggallah ayam dan itiknya. Hidupnya ketika itu hanya menemani isterinya yang tercinta. Kalau di hospital, selain dari membersihkan isterinya sambil dibantu oleh menantunya Su, pakcik akan bisikkan ayat-ayat suci, berdoa dan bercakap dengan isterinya. Kalau ada yang menziarah, dialah yang akan memberitahu makcik sesiapa yang datang. Kalau makcik tersedak tatkala minum susu melalui tiub, pakcik cepat-cepat mengusap-usap dada makcik. Jika ada sebarang perkembangan positif makcik seperti boleh membuka mata, batuk sehingga mengeluarkan suara, pakciklah insan paling gembira. Pengharapan pakcik melihat makcik sembuh memang tinggi. Benar, kasih sayang pakcik tiada sempadan. Ujian itu sebenarnya menebalkan kasih sayang pakcik terhadap makcik.


Namun ketentuan Allah tiada siapa dapat meramal dan menghalang. Makcik pergi jua. Atas redha seorang suami. Selepas mendapat berita dari doktor yang keadaan makcik kritikal ketika itu di HKL, pakcik terus melangkah ke masjid berhampiran. Memohon petunjuk. Seusai solat sunat, doa yang panjang dan penuh ketenangan pakcik merelakan makcik pergi jika itu ketentuanNya. Sebaik sahaja pakcik mendekati makcik, dalam keadaan semua anak-anak disisi, makcik menghela nafas terakhir dengan tenang pada hari Isnin, 29 Mac 2010.

Begitulah kasih sayang Pakcik yang menurut aku begitu luhur dan suci. Cinta yang tidak dizahirkan tetapi tersimpul erat di dalam hati. Tiada tempuh khusus yang doktor janjikan untuk makcik sembuh, tetapi harapan pakcik tinggi menggunung. Setiap hari pakcik bagaikan tidak sabar untuk melihat makcik di hospital, nak melihat makcik, pegang tangan makcik, mengurut-mengurut lengan dan kaki makcik, bisikan ayat-ayat suci dan bercakap-cakap dengan makcik. Kesetiaan dan kasih sayang Pakcik mengagumkan aku. Jarang benar aku menyaksikan peristiwa ini. Walaupun makcik dah tiada, aku tahu pakcik bersyukur kerana telah memberi perhatian sepenuhnya sepanjang hayat arwah.

Al Fatihah untuk makcik. Semoga makcik ditempatkan dikalangan insan-insan yang beriman dan ditempatkan di syurga. Amin! dan juga semoga Pakcik tabah meneruskan kehidupan tanpa makcik. Insyaallah!

Wednesday, March 24, 2010

Kesepian!

Salam semua...I'm back.

Lama betul bercuti dan menguruskan banyak perkara sampai tak sempat2 nak update blog. Minta maaf pada semua yang datang tengok blog saya (ala...sopannya guna gantinama `saya') tapi asyik gitu aje...takde citer baru. Wpun begitu harapan saya moga kawan-kawan semua sihat sepanjang `penyepian' saya selama hampir 2 minggu. Lama jugak ek. Patutlah hidup rasa macam tak lengkap aje...(ececee..)

Saya memang rasa hidup tak lengkap aje sekarang ni
sebabnya Ali tak ada kat sini
Dia ada kat New Delhi
Dah 4 hari dah...waaaa!
Hari Ahad ni dia balik Melaka
Tapi, hari Sabtu saya gi outstation kat Kedah
Khamis baru saya balik, tapi Ali keje.
Nampaknya Jumaat malam minggu depan baru dapat jumpa
waduh lamanya!!!

Tiba-tiba kesepian memenuhi ruang hatiku...
(alamak dah mood jiwangla pulak)


p/s : Lynn Nasir : Thanks for the award. Nanti saya update pasal tu ek! Nak layan jiwa sepi dulu..:)

Wednesday, February 24, 2010

Kenapa Mesti Menjerit Bila Bergaduh

Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid²nya, 
“Mengapa ketika seseorang sedang dalam keadaan marah, 
dia akan berbicara dengan suara kuat atau menjerit?”

Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab,
“Kerana ketika itu dia telah kehilangan kesabaran, lalu berteriak.”

“Tapi…” guru itu balik bertanya, “lawan bicaranya berada dekatnya. 
Mengapa harus berteriak? Apakah dia tak dapat berbicara secara halus?”

Hampir semua murid memberikan sejumlah alasan yang dikira betul menurut pertimbangan mereka. 
Namun tak satupun jawapan yang memuaskan.

Guru lalu berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam situasi kemarahan,
 jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walau secara fizikal mereka begitu dekat. Kerana itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak. 
Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara keduanya pun menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa menjerit lebih kuat lagi.”

“Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta? 
Mereka tak hanya tidak berteriak, namun ketika mereka berbicara
 suara yang keluar dari mulut mereka begitu halus dan kecil. 
Sehalus apapun, keduanya dapat mendengarkannya dengan begitu jelas. 
Mengapa demikian?”

Sang guru bertanya sambil memperhatikan para muridnya.
Mereka nampaknya berfikir amat dalam namun tak seorang pun berani memberikan jawaban.
“Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak sehingga sepatah katapun 
tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka 
 tahu apa yang ingin mereka sampaikan.”

Sang guru masih melanjutkan, “Ketika kamu sedang dilanda kemarahan, janganlah hatimu menciptakan jarak. Lebih lagi hendaknya kamu tidak mengucapkan kata yang mendatangkan jarak di antara kamu. Mungkin di saat seperti itu, TAK mengucapkan kata² mungkin merupakan cara yang BIJAKSANA. Kerana waktu akan membantumu.”

thanks kak jie. Suka dgn cerita ni...

Tuesday, February 23, 2010

Kenapa Lelaki Suka Porno

Ni aku nak tanya ni..


Apa perasaan korang kalau adik lelaki korang, abang korang, kekasih korang, tunang korang, suami korang, ayah korang, datuk korang, anak korang, pakcik korang, dan semua lelaki yang korang sayangi suka sangat tengok porno? Tak kisahlah dorang tengok kat majalah ke, handphone ke, DVD ke, internet ke,  atau kat mana-mana sahajala...kan sekrg ni byk sangat akses sehingga sekali klik aje bersusun dan bersambung-sambung paparan lucah tersebut.


Sebagai adik pompuan, kakak, ibu, makcik, nenek, tunang, isteri... korang suka ke, menggalakkan, ketawa dan sama-sama buat tengok atau berasa sedih, tertekan dan hiba?


Sebab bagi aku yang jahil ni tengok gambar porno, HARAM hukumnya. Tak taulah kot2 ada fatwa baru kata HARUS pulak!


 surah al-Nur yang bermaksud: 
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah amat dalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (al-Nur: 30)

Melihat pompuan yang membuka aurat pun dah berdosa, inikan pula....


Kenapa di haramkan??...so aku adalah buat research jugakkan...benda yang diharamkan pastilah ada kesan yang sangat besar dalam perkembangan sahsiah masyarakat dan agama.


i) Terangsang untuk melakukan perbuatan buruk atau perbuatan yang terkutuk, mungkin juga akan membawa seseorang itu untuk melakukan zina. Sebab jelas dalam ayat di atas kaitan mata dengan kehormatan iaitu kemaluan.

Mata yang boleh melihat merupakan kurniaan Allah s.w.t. dan kehebatan mata ini tidak ubah seperti kamera digital melihat merakam dan menyimpannya dalam memori ingatan minda. Akhirnya gambar-gambar porno yang dilihat akan mengganggu fikiran serta mendesak untuk melakukan perbuatan yang terkutuk. Perkara ini juga akan menyebabkan seseorang itu terdedah untuk melakukan jenayah sumbang mahram, mencabul atau merogol, curang dan berzina.

2) Merosakkan hati - hati yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. adalah untuk menginggatinya dengan berzikir serta berfikir perkara-perkara yang baik untuk dirinya dan untuk kebaikan orang lain. Para salafu soleh telah berkata: “Pandangan ke arah perkara-perkara yang ditegah adalah panahan daripada panahan syaitan” (ibn Kathir, jld:3, hlm: 283).

3) Hilangnya nur, cahaya kebaikan di wajah seseorang yang suka melihat gambar-gambar porno.


4) Ibadatnya juga terganggu, mungkin tidak dapat memfokuskan diri dalam melakukan solat dan amalan-amalan yang lain.

Kesimpulannya ialah, seseorang yang suka melihat gambar-gambar porno dengan melayari laman web yang menyajikannya akan berhadapan dengan gangguan emosi yang tidak stabil.

Hal ini akan menyebabkan seseorang itu merosot kualiti hidupnya, sama ada dalam urusan agama mahupun dalam urusan kerjaya. 

Jadi, sebagai lelaki lak, adakah perkara yang berkaitan porno ini normal atau paranormal tak normal bagi anda dan kenapa?...(sila bagitau), serius, aku memang nak tahu!!


Friday, February 19, 2010

101 Tips Bagaimana Nak Dera Suami



domestic abuse cartoons, domestic abuse cartoon, domestic abuse picture, domestic abuse pictures, domestic abuse image, domestic abuse images, domestic abuse illustration, domestic abuse illustrations

Siapa nak tau cara nak dera suami? Sila angkat tangan!
Wah! ramai jugak ye nak tahu bagaimana nak dera suami...Isy tak baik tau, dosa dera suami..hehehe, tapi ni dera bukan sebarang dera, ni `taktik nakal' yang boleh digunakan oleh para isteri jika suaminya:

i) bermain game sepanjang hari tanpa memperdulikan anda
ii) asyik lupa hari jadi anda
iii) letakkan stokin berlambak di atas lantai ikut suka hati dia
iv) tak tolong anda melainkan apabila disuruh
v) tak tolong buat kerja rumah walaupun kerja melambak-lambak kat rumah
vi) Pergi melepak dengan kengkawan sampai tak hengat nak balik
vii) semakin hari perut semakin `memboyot' macam perempuan mengandung 9 bulan

antara `deraan' yang dicadangkan ialah :

i) suruh dia melakukan sesuatu kerja, dan anda menjanjikan upah sex padanya. Tapi, anda dengan sengaja memungkirinya
ii) Memakai pakaian dan seluar dalam yang sangat seksi dan menayang-nayang depan matanya dengan signal menggoda, tapi malam itu anda terus tidur sepanjang malam
iii) Sentiasa mengatakan badan anda dah gemuk sambil menayangkan body anda yang masih mengancam dan ramping dan mengatakan perut anda yang leper itu sebagai buncit untuk mengancam egonya yang buat-buat tak tahu sedangkan perut dah semakin memboroi.
iv) Mendaftarkan dia masuk kelas menari tanpa memberitahu
v) Masa dia terkocoh-kocoh nak pergi keje pagi-pagi tu cakap dengan wajah serius ' we need to talk' hanya semata-mata untuk membuatkan dia terfikir-fikir sepanjang hari apa yang anda nak beritahu dia tu.

Deraan ni banyak dan yang bestnya ia dibahagikan mengikut skala 1-5 (deraan ringan hingga ke tahap deraan maksima). Mengikut tahap kebolehan suami anda menanganinya. Di level 5 mungkin anda akan menghadapi masalah jika  tidak berhati-hati.

Ini antaranyalah. Kalau nak tahu banyak lagi, sila dapatkan buku `101 Ways to Torture Your Husband' karya penyampai radio New York, Maria Garsia - Kalb.

Kalau ikut review, buku ini lawak gila dan menghiburkan. Dalam 101 tips tu kita bolehlah pilih mana yang agak-agak sesuai untuk diaplikasikan kepada pasangan kita. Yang tak sesuai tu...jgn lah ikut. Kang tak pasal-pasal jadi lain pulak. Tapi buku ini masih boleh dijadikan satu bacaan yang menghiburkan hari anda.

Kalau nak tahu lebih lanjut, silalah beli buku ini...

101 Ways to Torture Your Husband by Maria Garcia-Kalb: Book Cover

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails