Followers

Tuesday, February 23, 2010

Kenapa Lelaki Suka Porno

Ni aku nak tanya ni..


Apa perasaan korang kalau adik lelaki korang, abang korang, kekasih korang, tunang korang, suami korang, ayah korang, datuk korang, anak korang, pakcik korang, dan semua lelaki yang korang sayangi suka sangat tengok porno? Tak kisahlah dorang tengok kat majalah ke, handphone ke, DVD ke, internet ke,  atau kat mana-mana sahajala...kan sekrg ni byk sangat akses sehingga sekali klik aje bersusun dan bersambung-sambung paparan lucah tersebut.


Sebagai adik pompuan, kakak, ibu, makcik, nenek, tunang, isteri... korang suka ke, menggalakkan, ketawa dan sama-sama buat tengok atau berasa sedih, tertekan dan hiba?


Sebab bagi aku yang jahil ni tengok gambar porno, HARAM hukumnya. Tak taulah kot2 ada fatwa baru kata HARUS pulak!


 surah al-Nur yang bermaksud: 
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah amat dalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (al-Nur: 30)

Melihat pompuan yang membuka aurat pun dah berdosa, inikan pula....


Kenapa di haramkan??...so aku adalah buat research jugakkan...benda yang diharamkan pastilah ada kesan yang sangat besar dalam perkembangan sahsiah masyarakat dan agama.


i) Terangsang untuk melakukan perbuatan buruk atau perbuatan yang terkutuk, mungkin juga akan membawa seseorang itu untuk melakukan zina. Sebab jelas dalam ayat di atas kaitan mata dengan kehormatan iaitu kemaluan.

Mata yang boleh melihat merupakan kurniaan Allah s.w.t. dan kehebatan mata ini tidak ubah seperti kamera digital melihat merakam dan menyimpannya dalam memori ingatan minda. Akhirnya gambar-gambar porno yang dilihat akan mengganggu fikiran serta mendesak untuk melakukan perbuatan yang terkutuk. Perkara ini juga akan menyebabkan seseorang itu terdedah untuk melakukan jenayah sumbang mahram, mencabul atau merogol, curang dan berzina.

2) Merosakkan hati - hati yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. adalah untuk menginggatinya dengan berzikir serta berfikir perkara-perkara yang baik untuk dirinya dan untuk kebaikan orang lain. Para salafu soleh telah berkata: “Pandangan ke arah perkara-perkara yang ditegah adalah panahan daripada panahan syaitan” (ibn Kathir, jld:3, hlm: 283).

3) Hilangnya nur, cahaya kebaikan di wajah seseorang yang suka melihat gambar-gambar porno.


4) Ibadatnya juga terganggu, mungkin tidak dapat memfokuskan diri dalam melakukan solat dan amalan-amalan yang lain.

Kesimpulannya ialah, seseorang yang suka melihat gambar-gambar porno dengan melayari laman web yang menyajikannya akan berhadapan dengan gangguan emosi yang tidak stabil.

Hal ini akan menyebabkan seseorang itu merosot kualiti hidupnya, sama ada dalam urusan agama mahupun dalam urusan kerjaya. 

Jadi, sebagai lelaki lak, adakah perkara yang berkaitan porno ini normal atau paranormal tak normal bagi anda dan kenapa?...(sila bagitau), serius, aku memang nak tahu!!


11 comments:

zella said...

ramai btul lelaki yg sy kenal pernah tgk porno... (--")

miss anne said...

xnormal la..buat apa tengok benda-benda macam 2

kakiinternet said...

saya bangkang sama sekali. ramai jer member pompuan yang saya kenal suka tgk porno...
perempom pon tgk jugak cuma dorang tak se"open" mcm laki..
that's a fact.

Mr Kamikaze said...

Kpd yg tertengok atau sengaja tengok porno tue...kembalilah ke pangkal jalan...

ila-ali said...

zella : tula kan. Kenapa ek? tak geli ke?

miss anne :mcm tak normal, tapi sgt ramai yg suka tgk

kakiinternet : betulke dah ramai pompuan yg suka tgk? patutla pompuan sekrg mcm senang je kan org lelaki nak video dorang. Mgkin sebb ni jugak.

Mr kamikaze : Betul tu...kembalila kepangkal jalan. Neway, blog awak ada citer yg sy suka...Smallville season 9. Tak sbr nak tgk...hehehe. Tq.

SiTikus said...

Opsss... semua sbb nafsu.. Jnji tak nk tgk dah...heh

TK said...

Thank you singgah blog. Your blog is very informative. Keep it up.
BTW,I dah tanya soalan tu pd men..
Jawapan dorang sama je. Men are just men. Hanya lelaki beriman je yg selamat!

ila-ali said...

SiTikus : Janji tau! Bukan hanya janji manis mu...anyway tahniah klu taknak buat lagi.

TK : Thanks sbb kata my blog is very informative. Itulah yg i harapkan. Sharing is Loving.
Tapi bab lelaki tu..klu itulah jawapan mereka..kita doakan moga kembali ke pangkal jalan...kesannya byk buruk dari yg baik. Thanks TK sbb tlg tnykan bagi pihak i.

ila-ali said...

Mr Kamikaze : sori sy dah tertukar awak punya blog dgn kakiinternet. abaikan yg pasal smallville tu ye!

kakiinternet :hehehe...sy nak ckp kat awak sbnrnya yg sy suka citer-citer kat blog awak tu terutamanya smallville season 9. Terckp kat org lain laks...sowi!!

Anonymous said...

Lelaki suka tengok porno. Pompuan mempornokan diri.

ERSHAD said...

suka statement ni= lelaki suka tgk porno, perempuan suka mempornokan diri. ha ha ha.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails