Followers

Wednesday, February 10, 2010

6 Sekeluarga yang Rentung itu Keluargaku...

Assalamualaikum buat semua...

Maaf sebab dah lama rasanya tak update blog. Bukan disengajakan tetapi aku dalam keadaan yang tidak tenteram dan masih diselubungi perasaan penuh kesedihan, terperanjat dan kadang-kadang bagai tidak percaya dengan apa yang berlaku. Dugaan Allah kali ini kurasakan terlalu berat, tetapi sebagai umat Islam aku percaya kedapa Qada' dan Qadar Allah! Aku rasa semua dah mengetahui tragedi 6 sekeluarga yang rentung itu...Ya!! mereka adalah ahli keluargaku.

Hari Isnin hari kejadian itu dalam pukul 11.30 pagi sedang aku berkira-kira untuk menyediakan juadah tengahari, tiba-tiba mendapat panggilan telefon daripada adikku di kampung. Seperti biasa aku menyambutnya dengan senyuman bila melihat namanya terpapar di skrin handphone ku itu. Siti, adikku yang seorang ni rajin jugak telefon...ada hal ke, takde hal ke...kerap jugak dia telefon kakaknya ni. Bila aku angkat sahaja, dengan senyuman yang masih berbasi dibibirku, aku mengucapkan salam...
Dihujung sana...hanya perkataan `kak' sahaja yang keluar dari mulutnya kemudian diikuti dengan tangisan yang teresak-esak...Eh kenapa pulak ni...senyumanku terus mati disitu dan dalam kepala aku dah mula memikirkan perkara yang bukan-bukan, apa pulak yang berlaku kepada keluargaku kali ini....

"Ti, kenapa ni....?"
Tak terjawab...hanya sendu sedan sahaja yang kedengaran
"Ti, pasal ni?" aku walaupun panik cuba mengawal situasi...
"Abang Mie, kak!"
"Abang Mie? kenapa?
"Abang Mie accident...meninggal!"
"Abg Mie accident? meninggal? Ya Allah!! bila?
"Pagi tadi..kak ila pun..."
Ya Allah, kak Ila pun? Ya Allah Ti....
Kak, anak-anak dia pun kak, semua sekali....semua dia bawak sekali kak...
sambung Siti dalam tangis yang semakin tidak terkawal!!

Ya Allah!! Ya Tuhan!!....Ya Rabbi!!...lututku mula longgar...aku cuba mencapai sofa disebelahku untuk duduk...tanganku menggeletar...benarkah apa yang kedengar ni?? Subhanallah!!

Aku kembali berdiri, pusing ke kanan, kemudian pusing ke kiri..serba tak kena, .tak tau nak buat macamana, rasa macam tak percaya...Ah mungkin Siti salah dengar tak? Takkanlah....Abang Mie dengan anak-anak dia sekali? Tak mungkinlah...!! Siti salah dengar ni...

Aku cuba telefon Noi sepupuku yang juga adik kepada Abang Mie.

" Assalamualaikum!
" Waalaikum Salam..jawab Fairul suami Noi.
"Fairul...Noi mana?
"Ada kak...tapi dia dah tak boleh cakap!"
"Fairol, betulke apa yang akak dengar ni!! abang Mie?
"Betul kak, accident kat lebuh raya senawang...semua dia bawak sekali...satu dia tak tinggal untuk kita kak!!..
" Ya Allah....Fairol....itu sahaja perkataan yang mampu keluar dari mulutku sedangkan mataku berjujuran mengeluarkan air mata kesedihan yang amat sangat!
" Kitaorang nak pergi Hospital Seremban ni, nak buat pengecaman, lepas post mortem baru bawak balik kampung. Akak nak ikut tak?"
Aku dah tenggelam dalam tangisan yang tidak berpenghujung...hanya esakan dan tangisan yang mengiringi setiap butir penerangan Fairol tanpa dapat membalasnya.
"Kak?, akak nak ikut tak?
Aku cuba jugak mengeluarkan suara...hanya perkataan `tak" sahaja yang mampu kukeluarkan sebelum mematikan telefon.Aku tersedu-sedu seorang diri di rumah. Rasa macam nak terbang aje kat kampung dan berkongsi kesedihan ini dengan mak, dan mak saudaraku yang lain!!

Ya Allah...Abang Mie...kasihannya dia, kasihan Ila (isterinya), kasihannya anak-anak dia...

Kami sepupu yang rapat, tinggal sekampung, membesar bersama...belajar di sekolah rendah yang sama...apa sahaja permainan kampung ketika itu mesti ada dia. Seorang yang nakal dan kuat mengusik. Kalau kena marah dengan Pak Ngah (bapa dia) disebabkan kenakalannya, aku akan gelakkan dari jauh dan pastinya dia memandangku dengan muka tak puas hati...dan macam aku faham dia nak sampaikan mesej...jaga kau esok, kau tahulah nasib kau esok sebab gelakkan aku...
Tapi esok bila jumpa lagi...kita orang bermain macam biasa macam takde apa-apa yang berlaku semalam...

Memang macam tu lah dia sampai sekarang, seorang yang cepat marah dan cepat pula memaafkan.
Seorang yang pemurah...
Seorang yang bertanggungjawab....
Sangat komited dalam semua kerja yang dibuat...

Walaupun apabila masing-masing dah sekolah menengah, jarang jumpa, kemudian aku melanjutkan pelajaran ke U di Kuala Lumpur...lagilah susah nak jumpa, tetapi sesekali dia ke Kuala Lumpur, pasti tak lupa nak singgah di UM dan belanja aku makan dan bawak aku bersiar-siar. Dia selalu cakap ila kau belajarlah bersungguh-sungguh...abang mie sok kalau susah-susah, boleh mintak tolong kau...dan aku seperti biasa cakap...ooo patutlah belanja makan hari ni...rupanya nak suruh kita tolong dia...!! Tak nak makanlah macam ni!! aku pura-pura merajuk dan menolak pinggan yang dah kosong...sambil sendawa...burp!!alhamdulillah! dia sengeh aje sambil tangan mesti nak mengetuk kepala aku..dan aku pasti mengelak dan cakap...tak dapat!! dengan mimik muka mengejek dan kemudian kami ketawa sama-sama. Lewat malam baru dia menghantar ku kembali ke UM dengan hati yang gembira. Sekurang-kurangnya hilang sikit stress belajar. Pernah sekali dia datang tapi aku tak ada, dia tetap meninggalkan aku sebungkus sate untuk santapan aku dan roomateku...

Tapi siapa sangka, walaupun aku ada ijazah, tapi dia lebih berjaya daripada aku malah menjadi seorang usahawan yang semakin terkenal. Aku tahu saat kejatuhannya sampai terpaksa menutup perniagaan dan berhutang keliling pinggang, tapi dia bangkit semula dan dia berjaya!!.Sekarang Fadhilat Herbs semakin berkembang seluruh Malaysia. Produk minuman kesihatan, berasaskan tumbuhan kemunting cina dan melada pahit ini semakin diminati rakyat Malaysia.

Siapa sangka juga, hayatnya tidak lama di muka bumi ini untuk berbakti kepada nusa, bangsa, agama dan negara. Dia selalu cakap, abang mie buat ni untuk kesenangan keluarga kita. Keluarga kita yang dirujuk itu adalah keluarga dia dan keluarga mak saudara dan pak saudara dia terutamanya yang tinggal berhampiran. Sebab itulah kebanyakan staff yang berkhidmat dengannya adalah adik beradik dan sepupu sepapatnya. Bila mendapat kritikan orang luar, dia cakap apa nak bising...nikan bisnes keluarga. Mestilah keluarga yang bekerja kat sini.


Kemalangan ngeri itu sungguh merentap hati kami sekeluarga. Hiba melihat keadaan jenazah yang rentung, terkenangkan Abang Mie dan isterinya Ila yang baik hati, pemurah, kuat tersenyum, peramah dan pandai memasak, terbayang gelagat dan keletah anak-anaknya yang comel dan aktif. Tasya, Daniel, Iman dan Adi...Mak Long akan selalu merindui kalian....Alfatihah untuk Allahyarham Suhaimi Ghazali, Nor Fadhilah Isnin dan anak-mereka....

Ya Allah...air mata berhentilah dari mengalir!

40 comments:

Ery Farieha said...

dugaan yg besar

takziah utk keluarga.

be strong! :)

shahrinabd said...

Al-fatihah...semoga mereka tenang di alam sana...semoga kak dan family bersabar dengan dugaan ini.

HASROL NIZAM said...

salam takziah buat anda sekeluarga..al-fatihah untuk mereka..

KwOnG FeI said...

this is a very sad story..
may they rest in peace..
they left when they reach climax in their business..
grief for the whole family..

anggun said...

tumpang bersimpati. takziah pada keluarga mangsa. sedih sy baca entry ni.. alfatihah kepada mereka...

zella said...

takziah....

sy ade tgk berita tu...
mmg sy sedih...

ila...byk2 bsabar ye...

Al-Fatihah....

nuhan said...

takziah kak..

Budak Pipi Tembam said...

Sabar akak, semoga mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...amin...sesungguhnya Allah menyayangi mereka...

anif® said...

Salam.. Takziah diucapkan pada kamu. Semoga roh mereka sekeluarga dicucuri rahmat.

kayu ukur said...

Tabahkan hati

Fina Fento said...

takziah kak..tabahlah :'(

wan fahmi said...

salam ila...tabahkan hati..saya baca pun berasa sedih..Allah lebih menyayangi mereka..setiap yg hidup pasti kembali padaNya

blueCITY® said...

alfatihah....

kena kuat
kena sabar

selalu kita fikir kena pada org lain
tapi bila kena pada diri sendiri

baru kita tahu
apa perasaan nya

jaga diri

hydir said...

semoga Allah tempatkan mereka di kalangan orang beriman.

Kita boleh membantu dengan membuat amal jariah untuk mereka

♥ shiMawar ♥ said...

innalillah..
berat benar dugaan yg menimpa..tp mereka pergi kerana ALLAH lebig sygkn mereka..moga roh2 mereka ditempatkn di kalangan org2 yg beriman..
amin..

helmey said...

air tu mak mertua ku selalu minum...
xtau nk ckp macamaner...moga Allah mencucuri rahmat sekeluarga....syahdu penulisan kak ila...

ila-ali said...

Terima kasih kepada semua yang bagi komen kat sini. Saya sangat menghargainya. Bila terasa down macam ni dan ada rakan-rakan yang bersimpati dan memberikan kata-kata semangat,rasa tenang sedikit! Kalau tak dalam hati masih sarat dengan perasaan sayu. Tkasih semua.

Eye_nee said...

Salam Ziarah:
Semoga Roh Abg sepupu kamu dan ahli kelurganya ditempatkan dikalangan insan2 yg diredhai Allah....Amin....

SAISamal said...

Sesungguhnya Allah takkan bagi ujian yang Dia tahu hambaNya tak mampu lalui...
Tabah ya!
Semoga dicucuri rahmat..

ila-ali said...

Eye_nee : Thanks ye. Moga2 mereka ditempatkan dikalangan org2 yang beriman...Insyaallah!

SAISamal : Terima kasih di atas kata-kata semangat itu...

dzieta said...

takziah..
Al-fatihah..
Kita kan mesti percaya yang Allah hanya menduga umatNya yang Dia tahu mampu menghadapinya..

~LIZA~ said...

takziah.. :(

sya said...

salam,
berkali-kali saya baca berita tu dalam surat khabar. entah kenapa, setiap kali tu juga, air mata saya mesti mengalir.. rasa sedih sangat terbayang satu keluarga yang telah pergi tu.. mungkin sebab anak bongsu keluarga tu sebaya anak saya...

takziah untuk keluarga ila.. sabar dan tabah hadapi dugaan ini...

::Farahliza :: said...

Takziah untuk akk sekeluarga.. saye org melake.. bkt lintang.. sedih dgn berite kematian walau pon x mengenali... lebih2 ank2 arwah yg comel..bersabar lah dgn dugaanNya...

ila-ali said...

dzieta :Kadang-kadang rasa mcm tak mampu nak berhadapan dengan musibah ini..tiap kali teringat, kesedihannya tak dpt nak digambarkan...kalau sorangpun pergi kita sgt sedih, inikan pula 6 orang serentak...nauzubillah!tapi insyaallah masih lagi ada sisa-sisa keimanan yang menguatkan hati...

LIZA: Terima kasih!

Sya : Sayapun macam tu...malah setiap kali saya membaca entry sy ni pun still mengalir air mata.

Farahliza : Orang Bukit Lintang? dah dekatlah dengan Bukit Pegoh.Terima kasih di atas komen itu...

strawberi said...

Allah lebih sygkan mereka sekeluarga..tp sedey sgt ble baca..baca plak staf2 dia ckp..dia bos yg baik..lg sedey kan..takziah utk ur family

ila-ali said...

strawberi : tima kasih...dia memang bos yang baik dan sangat caring!

suriaamanda said...

Salam..salam takziah...moga tabah menghadapi dugaan

ila-ali said...

suriaamanda : terima kasih...

manusia biasa said...

salam takziah buat semua ahli keluarga....yg peg ttp peg..kita yg hidup...teruskan hidup...al Fatihah

Azrai Ahmad Zamri said...

salam takziah..
m0ga mereka semua mendapat rahmat & keredhaan-Nya..sedih baca entry nie..

KambingBujang said...

takziah diucapkan, semoga roh mereka sekeluarga dicucuri rahmat. Amin

ila-ali said...

Manusia biasa : Terima kasih

Azrai : Terima kasih juga

KambingBujang : Insyaallah! Amin!!

haswida abu bakar said...

takziah dan al-fatihah untuk mereka sekeluarga.

Sabar Ila. Syukur kerana semuanya dibawa bersama. Mesti ada hikmah.

Misz HoNey said...

salam takziah dan alfatihah..

moga mereka semua ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.

Sedih sangat baca entry ni....

ila-ali said...

Ayu : Thanks

Misz HoNey : Terima kasih. Moga mereka ditmptkan dikalangan org yang beriman. Insyaallah!

illa said...

salam
first time baca blog ni..

so touching with this entry..
hmm kadang2 kita takkan sangka sesuatu perkara yg terjadi tu adalah ke atas keluarga kita..
slalu kita baca di paper atau tv je..

moga mereka di tempatkan di golongan org2 yang beriman..
amin...

Lynn Nasir said...

salam takziah,

subhanallah..rupanya dunia ni mmg betul kecil. selama ni ingatkan ntah keluarga siapa lah yg malang diuji begitu hebat..rupa2nya ada di depan mata lynn :(

semoga Allah buang jauh2 kesedihan hati keluarga yg sedang berduka ini..amiin..

ila-ali said...

illa :tulah selalu kita baca dlm paper mcm tak mungkin berlaku pada kita. tapi...nak buat mcmana, ketentuan Allah sebegitu rupa. Redha sajalah yg termampu.

Lynn :Mmg bila setiap kali sy baca entri ini air mata pasti akan mengalir. Masih terlekat lagi kesedihan bila terkenangkan mereka yg sgt akrab dgn kita.

Tapi bila fikirkan, kita sedih, mak ngah dan pak ngah lagi sedih, so kita kena strong, barulah lega sikit hati tu...

HasneY said...

Salam adik,

Entah apa yang membuat akak tiba di blogmu ini. Baca cerita tentang sekeluarga kemalangan itu betul2 meruntun perasaan akak, walaupun sudah agak lama berlalu, namun peristiwa itu tetap tersemat diingatan.

Bila terbaca kisah ini lagi di blog adik, berjujuran air mata ini tanpa diseka.

Yang hidup pasti mati, kita entah bagaimana, sesungguhnya Allah amat menyayangi mereka sekeluarga. Kebaikkan mereka terus akan dikenang semua yang mengenali.
Takziah dr akak walaupun agak lambat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails