Followers

Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Wednesday, January 5, 2011

Mir Aqiel Azhad ke Genius Aulad

Salam semua, wah nampak berseri-seri muka masing-masing sejak akhir-akhir ni ye. Tahulah baru dapat dividen ASB. Rasa macam dapat durian runtuh lak kan. Yelah, tengah-tengah poket semput dok membayar itu ini untuk persiapan anak-anak sekolah dan segala macam yuran, bila dapat dividen ASB lega sikit rasanya. Actually itulah apa yang aku rasakan sekarang.

Bersyukur dengan keputusan sendiri buat loan ASB 3 tahun lepas, walaupun rasa perit nak membayar tiap-tiap bulan, sekurang-kurangnya setiap awal tahun boleh tersenyum mendapat `hasilnya'. Alhamdulillah!

Terout of topik lak. Sebenarnya nak cerita pasal si Mir Aqiel Azhad bin Muhamad Ali. Memandangkan tahun ni dia dah 4 tahun, maka seperti abang-abang dan kakaknya yang mula bersekolah tadika seawal usia 4 tahun, maka hari ini (5 Januari 2011) secara rasminya Aqiel menjejakkan kaki buat kali pertama ke sekolah tadika.





Pemilihan Genius Aulad Enrichment Centre ni dibuat...

Tuesday, December 14, 2010

14 Tahun Yang Bermakna










14 tahun Yang Bermakna!

Sunday, November 21, 2010

3 Jelitawan Dambaan Jiwa

Cerita ini telah berlaku seminggu sebelum cuti persekolahan berakhir. Memang banyak peristiwa penting berlaku pada minggu-minggu terakhir persekolahan. Ada yang mengembirakan dan ada juga yang menyedihkan. Malah ada juga yang mengalami kedua-duanya sekali iaitu yang gembira, yang sedih juga yang menyakitkan.

Begitu juga bagi ketiga-tiga jelitawan ini. Jelitawan ini memang dambaan jiwa kami. Kasih kami kepada mereka umpama aliran air yang tiada hentinya, senyuman mereka umpama air hujan yang menyiram bumi, keletah mereka umpama filem indah yang diharapkan tiada penghujungnya. Merekalah juita hati kami, Mir Fasya Aina bte Muhamad Ali, Farah Wahidah bte Jumari dan An-Nur Tasnim bte Al Mansor. Ketiga-tiga mereka mempunyai banyak persamaan. Mereka sama-sama merupakan anak ketiga. Sama-sama merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga.  Mereka tinggal bersama di taman perumahan yang sama. Malah sering ke sekolah agama bersama-sama sama ada di hantar oleh ibubapa Farah, Fasya ataupun An-Nur. Seminggu sebelum cuti persekolahan itu mungkin saat yang menggembirakan bagi mereka.



Memang ada sebab untuk mereka gembira. Ketiga-ketiga mereka mendapat hadiah di Majlis Penyampaian Hadiah Sek Ren Agama (Jaim) Ayer Keroh Melaka. Fasya mendapat hadiah matapelajaran terbaik Ulum Syariah tahun 2 (tahun ni Fasya tak dpt hadiah kedudukan dlm kelas sebab dapat no 4), Farah mendapat hadiah kedudukan ketiga dalam kelas tahun 2 dan An-Nur mendapat hadiah matapelajaran terbaik Jawi tahun 1.



Tetapi ada cerita sedih sebelum gambar-gambar ceria ini dirakamkan....

Wednesday, November 3, 2010

Ariff Bermata Empat

Beberapa bulan lepas anakku yang kedua, Mir Ariff Najmie ada memberitahu yang mata dia semakin tak nampak. Tapi aku buat tak tau aje. Aku rasa dia main-main aje sebab aku tak nampak pun gejala-gejala rabun yang dialaminya.

Lagipun aku rasa dia main-main aje atas beberapa alasan:

Wednesday, September 1, 2010

Rezeki Ramadhan, Berbuka Puasa dan Tukar Duit Raya


Salam 22 Ramadhan 1431H, bersamaan 1 September 2010.

Kalau tiada aral melintang lagi 9 hari umat Islam akan meraikan hariraya. Cepat sungguh masa berlalu. Anak aku yang masa awal-awal puasa kata lambatnya nak raya, tup-tup semalam cakap rasa cepat pulak nak raya..mmm..apa-apalah dorang ni.

Sekarang ni memang saat-saat sibuk bagi kebanyakan orang. Persiapan terakhir untuk beli baju, perabut, ada yang nak cat rumah, tukar langsir, sibuk buat kuih pun ada. Aku pun sibuk gak. Sibuk dok menghantar kuih tempahan.

Ingat tak aku punya entry nak tentang bisnes apa pada bulan Ramadhan? Rupa-rupanya Tuhan bagi lorongan untuk aku berniaga kuih raya. Sebenarnya tak merancang pun nak jual kuih raya ni. Tapi tiba-tiba Art, kawan lama satu tempat kerja dulu tegur kat `Facebook' tanya nak jual kuih kakak dia punya tak? Bila tengok kuih-kuih tu, mmm cantik-cantik. Mintak sample. Rasanya pun sedap gak. So, dengan senang hati aku pun bersetuju. Senang aje kerjanya. Promote, bagi sample dan amik order. Alhamdulillah dengan sokongan rakan-rakan yang lain, dapatlah jugak order untuk kuih raya ni. Tapi Art cakap, dlm ramai-ramai agen dia, aku punya order paling banyak. Alhamdulillah. Dapatlah tahun ni beli kuih raya free..malah ada lebih lagi $$ komisyennya.







(aqiel cakap sedap kuih yang mama jual..peace!!)

********************************************************

Monday, June 21, 2010

Taiping nan Indah

Friday, June 4, 2010

Sekitar Sambutan Harijadi Aqiel dan Fasya


Sambutan hari jadi dibuat pada 15 Mei 2010. Birthday Fasya yang sebenarnya pada 12 Mei 2010. Entrynya disini. Aqiel pulak 21 April 2010. So gabungkan sekali. Senang dan jimat kos.


Sejak ada aqiel ni. Sambutan belum pernah missed lagi. Kalau masa Aqiel setahun, kami buat doa selamat. Sebab Aqiel lahir tak cukup bulan. Kira setahun tu kami bersyukur sangat dia membesar sebagai bayi yang sihat dan tak banyak ragam. Tahun kedua doa kesyukuran sekali dengan ali punya promotion. Ni kira tahun ke 3 utk aqiel so aku buat lain sikit. Selain dari makan-makan ..(Ali incharge BBQ) Aku masukkan game Kerusi Berirama, Tiup Belon dan Baling Dart untuk budak2 besar sikit (tp tak smpt nak amik gambar) . Games tak banyak sebab masa yang singkat. 
Buat petang kol 5-7. 

Walaupun hadiahnya tak seberapa tapi dengan adanya games ni budak-budak nampaknya happy.
Fasya gembira sangat dan cakap inilah sambutan hari jadi yang padanya paling best!! Lebih-lebih lagi kawan baiknya Farah Wahidah dan Shamimi datang.
 Aqiel?? hurm...asyik sibuk dengan hadiah motor yang dia dapat..

So layan...

(sila klik untuk pembesaran yg nyata)


(Dari kiri : Farah, Fasya, Shamimi dan adik Shamimi)




Peserta tiup belon paling muda




Thursday, May 27, 2010

Tangkap Lentuk Bila Berdua-duaan...


Bila kali terakhir anda bercuti berdua-duaan?
Berdua-duaan maksudnya anda dan suami anda sahaja...Kiranya ala-ala honeymoon gitu. Kami last sekali 14 tahun dulu iaitu honeymoon ke Medan selepas majlis perkahwinan kami dulu. Lepas tu tak ada.

Kitaorangkan sebenarnya memang dah lama rancang nak pergi cuti berdua-duaan. Konon-kononnya nak pergi Bali la...romantik gitu, tapi kalau ke sana takkanlah kejap aje...rugi lak nanti. Paling2 kejap pun 3 hari 2 malam. Baru berbaloi. Tak jadi. Sebab rasa lama. Then rancang dalam negara pulak macam Pangkor Laut..private yet exclusive..berromantika tanpa gangguan. Memang nak sangat pergi, tapi tak jadi jugak. Bertahun-tahun gak rasanya dok plan, semuanya end up dengan setakat itu saja. Sebabnya...akulah! Aku tak sanggup tinggalkan anak. Risau masa kitaorang takde apa-apa berlaku kat anak ke...dok fikir yang bukan-bukan. Lagipun masa tu Aqiel masih menyusu badan.Sekarangpun masih menyusu lagi walaupun dah 3 tahun lebih, tapi kalau aku tak ada sekarang ni dia nak minum susu botol. Tapi tu sebenarnya alasan aje..kalau nak boleh aje, tapi entah kenapa aku tak sanggup tinggalkan mereka tanpa ada aku atau Ali. Kalau aku pergi outstation, Ali ada. Kalau Ali outstation aku ada. Tapi kalau dua-dua tak ada dengan anak-anak, satu perasaan risau entah apa-apa timbul dalam hati aku.


So, setelah sekian lamanya Ali dok ajak, last weekend aku setuju tapi dengan syarat dekat dan tak lama. So, The Legend International Homes, PD jadi pilihan. 2 hari 1 malam. Dekat dan tempat tu aku tengok kat internet macam cantik. Lebih-lebih lagi kat dalam bilik ada private swimming pool. Tu yang aku suka tu. 

So hari Sabtu tengahari kitaorang gerak dengan pelbagai pesanan yang aku tinggalkan kat Bibik dan Shahmie,   anak sulungku. Bukan setakat pesanan, peti ais pun aku penuhkan dengan makanan, buah-buahan, biskut dan segala macam lagi macam takut betul dorang kebuluran. Pada hal esok petang dah balik. Paling lega apabila si kecik Aqiel tak menangis. Dia rasa macam mama dengan babah dia nak pergi keje aje. Kalau dia menangis hari tu mesti aku angkut dia sekali...dan mesti Ali tarik muncung 14 inci!! Boleh sangkut baju di situ..ahaks!

Kami check in pukul 3 ptg. Cantik hotel tu. Lain daripada hotel-hotel yang pernah kami pergi sebelum ni.     Bagaikan terapung di laut Port Dickson. Masuk aje bilik ...walla..cantiknya. Luas sangat untuk kami yang berdua ni. King bed dua, TV Lcd 32", dapur yang cantik, bilik airnya dan of course, swimming poolnya. Apa lagi terus terjun kolamla. Teruja sangat tengok kolam tu..sejuk dan nyaman sekali. Siap ada air pancut lagi. Lepas tu dah lapar, jalan-jalan cari makan. 
Petang tu kitaorang jalan-jalan sambil berpimpinan tangan, borak-borak dan gelak-gelak, bergurau senda, bertepuk tampar..lama dah rasanya tak buat benda tu tanpa gangguan. Kalau tak, baru aje yang jiwang-jiwang, ada saja yg ganggu. Tetiba rasa macam bercinta zaman muda-muda aje. Senyuman sentiasa terukir dibibir, berkepit macam orang kembar siam...wah! indah sungguh!! Malam lak lepas so called `candle light dinner' kat bandar Port Dickson jalan perlahan-lahan balik bilik sambil memaut tangan Ali dan lentukkan kepala di bahunya yang broad shoulder tu..emm...bahagia rasanya. Sampai bilik, lampu disamarkan dan kitaorang pun buka ...................................... vcd citer hindustan pulak.....ha! korang ingat apa tadi?!! hehehe..(konon-konon tengok wayangla...citer love story) punyalah lama Ali beli masa kat India ari tu, masa berdua-duaan baru dapat tengok. Biasalah citer hindustan lama durasinya. Pukul 3 pagi baru habis.
Esoknya lepas sarapan dan mengambil gambar kenang-kenangan, kami berangkat pulang ke Melaka. Walau singkat, tapi ianya sangat memberi makna kepada kami. Kalau aku tahu bestnya macam ni, dah lama dah aku pergi bercuti berdua-duaan. Dan mulai sekarang, aku akan jadikan percutian berdua ini sebagai aktiviti tahunan kami. Tak kisahlah kat mana-mana pun, janji berdua-duaan sehari atau 2 hari.

Percutian seperti ini boleh recharge dan semarakkan kasih sayang antara kami berdua. Ialah asyik kerja, anak, kerja, anak sampai muka dua-dua nak senyum pun susah. Baru nak sembang, telefon berbunyi. Baru nak manja-manja anak dah kacau. Dahlah jumpa hujung minggu aje...

Bagi sesiapa yang belum dapat bercuti berdua-duaan tu terutama yang dah kahwin lama, aku sangat mencadangkan agar korang pergilah ber honeymoon. Memang betul banyak cara untuk semarakkan cinta, tapi ini salah satu daripadanya!

Wednesday, February 17, 2010

Mercun, CNY dan Kebakaran

Hai semua, I'm back!!

Rindunya kat my blog ni and of course kat you all semua. Lama rasanya tak bersembangkan dan berdating di alam maya ni! Ni gara-gara cuti panjang Chinese New Year (CNY) la ni. Banyak betul aktiviti, balik kampung hadiri kenduri arwah kat kampung. Rupanya sejak kemalangan itu berlaku, Mak Ngah belum lagi berhenti buat kenduri dan bacaan tahlil setiap malam untuk keluarga dan orang-orang masjid. Sampai hari Jumaat ni katanya.

Lepas tu balik lak ke rumah mak mertua kat Jasin. Tengok Projek Gaharu yang kita orang uruskan bersama adik ipar. Projek Gaharu ni satu projek yang best sangat. Tapi...nantilah! Bila dah ready aku share kat sini nanti ok! Lepas tu kawan dari jauh pulak call nak tanya pasal bisnes Fadhilat Herbs. Lepas tanya serba sedikit kat sepupu aku, aku pass lah maklumat yang diperlukan tu.

Malam tadi baru balik ke rumah lebih kurang pukul 10.30 baru sampai. Penat lepas bersiap-siap tukar baju segala, terus keboom!! Zzzzz. So pagi-pagi lepas subuh tadi barulah terhegeh-hegeh nak gosok baju kerja Ali. Nasib baik gosok 4 helai aje. Pakaian untuk Rabu - Jumaat dan satu lagi spare kot-kot ada apa-apa hal. Maklumlah orang keje kat KL, bini kat Melaka. Hujung minggu baru balik. Kenalah bekalkan apa-apa yang patut!


So masa nak hantar Ali kat kereta tu, kitaorang terpandangkan lereng bukit berhampiran rumah kitaorang tu...la, terbakar rupanya. Bilalah kejadian tu berlaku. Nasib baik pagi ni hujan renyai-renyai, kurangla debu-debu hitam, kalau tak pasti penuh kat depan rumah kitaorang tu. Anak-anak pun hebohlah. Bising tanya itu ini, kenapa la, bila la...Manalah kitaorang nak tahu.







Nasib baik jiran sebelah rumah cerita, malam tadi dalam pukul 8.00 malam lereng bukit tu terbakar disebabkan mercun yang tak tau daripada mana puncanya. Dua buah kereta bomba dikejarkan untuk mengawal kebakaran tu dari terus merebak. Ambil masa jugak nak padamkan api yang marak tu. Rugi pulak rasanya takde malam tadi, kalau tak boleh jugak saksikan `kemeriahan' itu bersama penduduk taman yang lain.

Hurm...tula..akupun susahlah nak cakapkan.Kang cakap lebih-lebih tak pasal-pasal kontroversi lak. Tapi aku rasa semua dah tahu, dah rasa (kebahangannya),  dan maklum bahawa sekarang cuaca amatlah panasnya...dunia mengalami kepanasan global. Lagipun dah beberapa hari panas 'berdentum' kat Melaka ni Bila macam tu, rumput-rumput jadi kering, dahan kayu jadi garing dan pastinya dengan sedikit percikan api dah boleh mencetuskan kebakaran. Bahaya betul. Rasanya ni dah kali kedua berlaku dilereng yang sama di musim perayaan yang sama.

So peringatan jugak untuk semua, di musim-musim panas ni, jangan main mercun, elakkan pembakaran terbuka. Jangan bagi anak-anak main mancis/lighter. Soroklah kat mana-manapun janji dorang tak boleh ambil, jangan campak putung rokok sesuka hati. Kekadang bengang gak dengan perokok ni, lepas merokok selamba aje campak putung merata-rata, malah yang masih ada bara lagi. Cara ni juga boleh mencetuskan kebakaran yang boleh mengancam nyawa orang lain. Kalau tak hilang nyawa pun, kehilangan harta benda juga satu musibah yang amat berat. (teringat kejadian kebakaran rumah sendiri pada tahun 1989, Abis satu rumah hangus, takde apa yg dapat diselamatkan, lepas tu kami hidup susah dengan abah yg hanya bekerja kampung, mak tak bekerja nak membesarkan kami 8 beradik yang kesemuanya masih sekolah)

Wednesday, February 10, 2010

6 Sekeluarga yang Rentung itu Keluargaku...

Assalamualaikum buat semua...

Maaf sebab dah lama rasanya tak update blog. Bukan disengajakan tetapi aku dalam keadaan yang tidak tenteram dan masih diselubungi perasaan penuh kesedihan, terperanjat dan kadang-kadang bagai tidak percaya dengan apa yang berlaku. Dugaan Allah kali ini kurasakan terlalu berat, tetapi sebagai umat Islam aku percaya kedapa Qada' dan Qadar Allah! Aku rasa semua dah mengetahui tragedi 6 sekeluarga yang rentung itu...Ya!! mereka adalah ahli keluargaku.

Hari Isnin hari kejadian itu dalam pukul 11.30 pagi sedang aku berkira-kira untuk menyediakan juadah tengahari, tiba-tiba mendapat panggilan telefon daripada adikku di kampung. Seperti biasa aku menyambutnya dengan senyuman bila melihat namanya terpapar di skrin handphone ku itu. Siti, adikku yang seorang ni rajin jugak telefon...ada hal ke, takde hal ke...kerap jugak dia telefon kakaknya ni. Bila aku angkat sahaja, dengan senyuman yang masih berbasi dibibirku, aku mengucapkan salam...
Dihujung sana...hanya perkataan `kak' sahaja yang keluar dari mulutnya kemudian diikuti dengan tangisan yang teresak-esak...Eh kenapa pulak ni...senyumanku terus mati disitu dan dalam kepala aku dah mula memikirkan perkara yang bukan-bukan, apa pulak yang berlaku kepada keluargaku kali ini....

"Ti, kenapa ni....?"
Tak terjawab...hanya sendu sedan sahaja yang kedengaran
"Ti, pasal ni?" aku walaupun panik cuba mengawal situasi...
"Abang Mie, kak!"
"Abang Mie? kenapa?
"Abang Mie accident...meninggal!"
"Abg Mie accident? meninggal? Ya Allah!! bila?
"Pagi tadi..kak ila pun..."
Ya Allah, kak Ila pun? Ya Allah Ti....
Kak, anak-anak dia pun kak, semua sekali....semua dia bawak sekali kak...
sambung Siti dalam tangis yang semakin tidak terkawal!!

Ya Allah!! Ya Tuhan!!....Ya Rabbi!!...lututku mula longgar...aku cuba mencapai sofa disebelahku untuk duduk...tanganku menggeletar...benarkah apa yang kedengar ni?? Subhanallah!!

Aku kembali berdiri, pusing ke kanan, kemudian pusing ke kiri..serba tak kena, .tak tau nak buat macamana, rasa macam tak percaya...Ah mungkin Siti salah dengar tak? Takkanlah....Abang Mie dengan anak-anak dia sekali? Tak mungkinlah...!! Siti salah dengar ni...

Aku cuba telefon Noi sepupuku yang juga adik kepada Abang Mie.

" Assalamualaikum!
" Waalaikum Salam..jawab Fairul suami Noi.
"Fairul...Noi mana?
"Ada kak...tapi dia dah tak boleh cakap!"
"Fairol, betulke apa yang akak dengar ni!! abang Mie?
"Betul kak, accident kat lebuh raya senawang...semua dia bawak sekali...satu dia tak tinggal untuk kita kak!!..
" Ya Allah....Fairol....itu sahaja perkataan yang mampu keluar dari mulutku sedangkan mataku berjujuran mengeluarkan air mata kesedihan yang amat sangat!
" Kitaorang nak pergi Hospital Seremban ni, nak buat pengecaman, lepas post mortem baru bawak balik kampung. Akak nak ikut tak?"
Aku dah tenggelam dalam tangisan yang tidak berpenghujung...hanya esakan dan tangisan yang mengiringi setiap butir penerangan Fairol tanpa dapat membalasnya.
"Kak?, akak nak ikut tak?
Aku cuba jugak mengeluarkan suara...hanya perkataan `tak" sahaja yang mampu kukeluarkan sebelum mematikan telefon.Aku tersedu-sedu seorang diri di rumah. Rasa macam nak terbang aje kat kampung dan berkongsi kesedihan ini dengan mak, dan mak saudaraku yang lain!!

Ya Allah...Abang Mie...kasihannya dia, kasihan Ila (isterinya), kasihannya anak-anak dia...

Kami sepupu yang rapat, tinggal sekampung, membesar bersama...belajar di sekolah rendah yang sama...apa sahaja permainan kampung ketika itu mesti ada dia. Seorang yang nakal dan kuat mengusik. Kalau kena marah dengan Pak Ngah (bapa dia) disebabkan kenakalannya, aku akan gelakkan dari jauh dan pastinya dia memandangku dengan muka tak puas hati...dan macam aku faham dia nak sampaikan mesej...jaga kau esok, kau tahulah nasib kau esok sebab gelakkan aku...
Tapi esok bila jumpa lagi...kita orang bermain macam biasa macam takde apa-apa yang berlaku semalam...

Memang macam tu lah dia sampai sekarang, seorang yang cepat marah dan cepat pula memaafkan.
Seorang yang pemurah...
Seorang yang bertanggungjawab....
Sangat komited dalam semua kerja yang dibuat...

Walaupun apabila masing-masing dah sekolah menengah, jarang jumpa, kemudian aku melanjutkan pelajaran ke U di Kuala Lumpur...lagilah susah nak jumpa, tetapi sesekali dia ke Kuala Lumpur, pasti tak lupa nak singgah di UM dan belanja aku makan dan bawak aku bersiar-siar. Dia selalu cakap ila kau belajarlah bersungguh-sungguh...abang mie sok kalau susah-susah, boleh mintak tolong kau...dan aku seperti biasa cakap...ooo patutlah belanja makan hari ni...rupanya nak suruh kita tolong dia...!! Tak nak makanlah macam ni!! aku pura-pura merajuk dan menolak pinggan yang dah kosong...sambil sendawa...burp!!alhamdulillah! dia sengeh aje sambil tangan mesti nak mengetuk kepala aku..dan aku pasti mengelak dan cakap...tak dapat!! dengan mimik muka mengejek dan kemudian kami ketawa sama-sama. Lewat malam baru dia menghantar ku kembali ke UM dengan hati yang gembira. Sekurang-kurangnya hilang sikit stress belajar. Pernah sekali dia datang tapi aku tak ada, dia tetap meninggalkan aku sebungkus sate untuk santapan aku dan roomateku...

Tapi siapa sangka, walaupun aku ada ijazah, tapi dia lebih berjaya daripada aku malah menjadi seorang usahawan yang semakin terkenal. Aku tahu saat kejatuhannya sampai terpaksa menutup perniagaan dan berhutang keliling pinggang, tapi dia bangkit semula dan dia berjaya!!.Sekarang Fadhilat Herbs semakin berkembang seluruh Malaysia. Produk minuman kesihatan, berasaskan tumbuhan kemunting cina dan melada pahit ini semakin diminati rakyat Malaysia.

Siapa sangka juga, hayatnya tidak lama di muka bumi ini untuk berbakti kepada nusa, bangsa, agama dan negara. Dia selalu cakap, abang mie buat ni untuk kesenangan keluarga kita. Keluarga kita yang dirujuk itu adalah keluarga dia dan keluarga mak saudara dan pak saudara dia terutamanya yang tinggal berhampiran. Sebab itulah kebanyakan staff yang berkhidmat dengannya adalah adik beradik dan sepupu sepapatnya. Bila mendapat kritikan orang luar, dia cakap apa nak bising...nikan bisnes keluarga. Mestilah keluarga yang bekerja kat sini.


Kemalangan ngeri itu sungguh merentap hati kami sekeluarga. Hiba melihat keadaan jenazah yang rentung, terkenangkan Abang Mie dan isterinya Ila yang baik hati, pemurah, kuat tersenyum, peramah dan pandai memasak, terbayang gelagat dan keletah anak-anaknya yang comel dan aktif. Tasya, Daniel, Iman dan Adi...Mak Long akan selalu merindui kalian....Alfatihah untuk Allahyarham Suhaimi Ghazali, Nor Fadhilah Isnin dan anak-mereka....

Ya Allah...air mata berhentilah dari mengalir!

Tuesday, January 5, 2010

Peluklah...

Mmm..peluk sapa lak ni??
Takdela...sekadar mengingatkan diri sendiri tentang bagaimana pentingnya menunjukkan kasih sayang kepada anak. Mengikut kajian, anak-anak yang selalu dipeluk iaitu sekurang-kurangnya tiga kali sehari akan menjadi anak yang mendengar kata, bijak dalam pelajaran, mudah dibentuk, mempunyai jati diri dan mempunyai daya kepimpinan yang tinggi.

Kalau anak yang kecil memanglah selalu dipeluk, dicium, ditimang dan selalu kita beri kata-kata sayang...tetapi bagaimana pula anak yang dah bersekolah...Tanpa sedar semakin anak kita membesar semakin kurang pula kasih sayang ditunjukkan, malah makin kerap dimarahi, ditengking-tengking, dibentak-bentak...pantang anak tu salah sikit, atas alasan ingin `mengajar' ada yang menghamburkan kata-kata yang tidak sepatutnya sebagai seorang ibu...

Anak yang sering dibentak-bentak dan dimaki hamun akan melahirkan individu yang keras hati, pendendam, akan terlibat dengan anasir-anasir kurang sihat dan menjadi kurang sayang kepada ibu atau bapa yang sering memperkecilkannya...Nauzubillah!

Walaupun begitu bukanlah bermaksud anak tidak boleh dimarahi, tapi mestilah diterangkan sebabnya. Mungkin kita juga boleh mengambil pendekatan denda dan reward. Maksudnya kalau dia melanggar arahan, tarik keistimewaan yang diberikan. Contohnya tak boleh main game pada minggu itu. Kalau dia berbuat baik maka adalah sesuatu yang dia seorang sahaja yang dapat disebabkan kebaikan yang dibuat...saya rasa daripada memarahi anak sampai kitapun naik `hantu', almaklumlah bagi yang bekerja...berkeluarga, cepat sungguh angin naik kepala...tapi mungkin cara ni dapat membantu kita menanganinya...

Saya pun cakap untuk diri sendiri jugak..maklumlah dah ada anak bujang yang semakin meningkat remaja ni, kena tahu pendekatan terbaik untuk mendidik anak...

Apa-apapun bermula hari ni boleh tak peluk anak sekurang-kurangnya 3 kali sehari??

Saturday, December 19, 2009

Bestke Lost World Of Tambun?

Best untuk anak-anak aje rasanya...Mama ngan babah rasa biasa aje....Taman Tema Air...sama lebih kurang macam kat A Famosa Melaka, Bukit Merah Lake Town Resort, Sunway Lagoon.... semua tu dah pegi...tapi bila tanya anak-anak, balik-balik nak pegi water theme park...ikutkan ajela...janji diaorang happy...



Sebenarnya nak pegi Lost World of Tambun (LWOT) ni last minute planning. Khamis malam Jumaat bincang-bincang ngan Ali, Jumaat pagi terus kitaorang gerak. Anak-anak semua tercengang bila suh kemas pakaian masing-masing. Bila cakap nak pegi LWOT...semua menjerit kegembiraan...Kira surprise untuk diaorangla......Terus rajin nak mengemas memasing. Kalau tak cakap banyak kali diaorang buat dek aje.....Sib baik sepanjang perjalanan cuaca sangat elok. Hujan sikit-sikit masa nak sampai Perak.

Disebabkan tak buat planning, main redah aje...hotel yang dekat ngan LWOT dah fully booked bila kitaorang call. Tapi kiraorang pegi jugak hotel tu dan tanya kat reception dia, alhamdulillah ada. Hotel dia style homestay. Hotel Apartment 3 bilik, fully furnished. Sangat selesa. Cuma makan kena pandai-pandai sendirila...tapi tempat dia dekat sangat dengan LWOT, tempat makan dan shopping complex Giant.


So esoknya, memandangkan dia bukak dalam pukul 10 am, kiraorang pergi sarapan kat kedai mamak dulu. Relaks-relaks, baca suratkhabar, then barulah pegi. Adalah lagi 10 minit nak kol 10, tengok-tengok manusia punyalah ramai...nak beli tiket berebut-rebut. Mencabar jugak nak jaga si kecil tu masa babahnya pergi beli tiket. Tak tau dok diam. Yang besar pun sama sibuk. Sekejap-sekejap tengok babah dah sampai mana. Lepas tu jadi reporter tak bertauliah.


"Mama, babah jauh lagi..."

5 minit lepas tu...

"Mama lagi 5 orang"

" Mama, tinggal lagi sorang"

"Mama, jom mama, jom!


Emmm...mama iakan aje. Bagus jugak ada reporter tak bertauliah ni...tak adalah mama tertunggu-tunggu...

Bila masuk tu, kalau sesiapa yang 1st time pegi, MESTI kena amik map LWOT dulu. Kemudian bincang nak pegi mana. Naik main air ke, kat amusement park ke atau ke The Petting Zoo. Kitaorang pegi main air dulu sebab budak-budak dah sangat-sangat teruja..Janji hanya beberapa jam aje kat situ, tapi punyalah liat nak naik, berendam sampai kol 4. Dah penat barulah nak ke Petting Zoo, Tiger Valley, The Rainforest Trail. Si kecik tu dah terlentuk2 kepenatan. Tapi masuk aje kat Petting Zoo terus segar bijik mata tengok binatang kat situ. Tapi..amusement park takdpt nak pegi sebab dah tutup. Dia tutup tepat pukul 6. Hemm...buat rugi aje. Kalau sesiapa yang pegi next time, pegi tempat-tempat kering dulu. Lepas tu baru berendam. Kalau tak, jadi macam kitaorang ni...










Bestnya tempat ni sebab dia sekali dengan panorama kehijauan. Siap dengan bunyi-bunyi unggas. Sangat semulajadi...Bayarannya pun oklah. Taklah mahal macam kat Sunway Lagoon ataupun kat A Famosa. Kalau yang tinggal kat KL, boleh pergi satu hari aje. Jimat belanja, tak payah nak sewa hotel segala. Macam kitaorang, pegi 3 hari 2 malam sebab lebih kepada nak relax-relax dan bersantai. Tak mau rushing-rushing. Bila penat-penat main air tu, masih ada masa nak rehat sebelum balik keesokkan harinya.

Sebenarnya gambar banyak lagi. Tapi tak dan nak upload semua. Nak upload satu gambar pun payah. Kalau nak tengok gambar lain bolehlah klik KAT SINI.

So, Bestke LWOT ni?, konklusinya kalau 5 markah bolehla bagi 3 aje...Tapi kalau semua theme park anda dah pegi, tempat ni aje yang belum, bolehlah try...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails