Followers

Monday, July 5, 2010

Nak Bisnes Apa Pada Bulan Ramadhan?

Baru bulan Rejab tapi dah bercakap soal Ramadhan...

Takpe. Inilah yang dinamakan perancangan. Bulan Ramadhan selain daripada bulan yang paling baik daripada bulan-bulan lain ia juga dikatakan bulan rezeki. Ramai yang kaki-kaki bisnes tu memang mengambil peluang sepenuhnya dengan kedatangan bulan ramadhan ni. Yelah nak cari duit raya. Boleh bersedekah banyak sikit daripada biasa. Bagi mak ayah lebih sikit. Boleh ziarah-menziarahi keluarga yang jauh-jauh. Maklumlah semuanya memerlukan wang.

Ramai yang mengambil kesempatan bisnes di bulan Ramadhan ni. Ada yang mengambil cuti sebulan tanpa gaji (boleh ke?) hanya untuk berniaga di pasar-pasar Ramadhan, menjual kuih raya dan sebagainya. Tapi bagi sesiapa yang berminat berniaga di bulan Ramadhan ni tapi tak tau nak berniaga apa, mungkin senarai ini boleh difikir-fikirkan;


- Jual kuih raya
   Tak perlu pandai membuat kuih raya untuk menjual kuih raya. Ramai kat luar sana pandai buat kuih raya tapi tak tahu macamana nak pasarkan supaya jualan meningkat. Mereka lagi suka kalau ada orang jualkan untuk mereka. Jadi anda boleh dapat komisyen daripada jualan kuih ini. Biasanya komisyen yang diberi adalah antara rm3-rm5 bagi satu kotak. Bayangkan kalau anda dapat jual rm100 kotak? Diam tak diam nak raya nanti dapatlah extra rm500. Kalau nak lebih, juallah kepada lebih ramai orang. Kawan kita, adik kita, kawan adik kita, jiran tetangga dan ramai lagi. Anda boleh jual kuih moden ataupun kuih tradisional ataupun kedua-duanya sekali.


- Jual baju raya/tudung raya
Baju raya ni termasuklah kain ela, baju kanak-kanak, baju melayu yang anda boleh dapatkan banyak daripada supplier-suplier. Ada yang bagi consignment. Kalau tak kena keluarkan modal dulu. Tapi ingat pakaian ini untungnya banyak 50%-100%. Kalau kurang modal mungkin boleh ajak adik beradik atau kawan-kawan yang dipercayai untuk berkongsi modal. Macam kawan saya Princess Rania, setiap kali bulan Ramadhan dan menjelang hari raya tidak menang tangan menghantar pesanan ke seluruh  Malaysia, malah sehingga ke Singapura dan Brunei. Jualan hanya melalui internet dan beliau masih bekerja sebagai seorang di salah sebuah syarikat swasta.

- Jual pinggan mangkuk
Ramai kawan-kawan saya yang berniaga pinggan mangkuk daripada katalog. Mcm2 brand ada. Corelle, Glassware, Luminac, vantage dan banyak lagi. Saya tengok ramai yang order.Maklumlah masa hari raya semua keperluan rumah nak ditambah kan. Mana yang belum ada nak diadakan. Orang mencari barang, kita mencari peluang. Win-Win Situation!

- Handbag dan kasut
Kedua-dua barangan ini merupakan kegilaan kaum wanita. Mcm aku setiap tahun pasti nak bergaya dgn handbag dan kasut baru di hari raya. Jadi perniagaan ini juga satu yang menguntungkan. Boleh jual di pejabat, tapak ekspo atau pun di pasar2 ramadhan.

- Supplement untuk mengekalkan tenaga di bulan ramadhan
Sekarang ini kesedaran tentang kesihatan dan keperluan mengekalkan tenaga sepanjang hari amat diperlukan terutama bagi yang bekerja keras di pejabat dan di luar pejabat. Bukan setakat yang bekerja di pejabat, tetapi yang berniaga sendiri juga memerlukan supplement. Macam-macam ada. Selalunya dijual oleh syarikat multilevel marketing seperti amway, cosway dan banyak lagi. 

- Perfume dan Make Up
Ini pun bagus sangat kalau anda hendak jual. Tapi kena cari yang elok tapi harga yang berpatutan.

- Kerongsang
Saya pernah dengar seorang penjual kerongsang mendapat lebih rm15 ribu sepanjang berniaga di pasar ramadhan. Dahsyatkan. Jika anda berminat, cari aje pembekal dan mulakanlah perniagaan anda.

- Jual makanan berbuka puasa
Ini pun boleh. Berdasarkan pengalaman adik saya berniaga roti bom dengan kawan-kawan mereka seramai 5 orang, mereka boleh dapat bersih pendapatan seorang dalam RM2000. Memula saya kata ada ke orang nak makan roti bom ni. Tapi memeranjatkan setiap hari jualan mereka Sold Out!! hebatkan penangan bulan ramadhan.

- Makanan frozen
Ini pun boleh. Macam popia frozen ke, begedil frozen ke. Sebelum bulan puasa tu buat dan bagi sample kat opis-opis atau restoran ke. Then ambil order. Kalau sedap pasti ramai yang akan order.


- Hamper Hari Raya
Jika anda seorang yang kreatif, masa inilah menonjolkan bakat semulajadi anda itu. Pemintaan hamper menjelang hariraya meningkat berganda-ganda daripada biasa. Sebab itu semua pasaraya berebut-rebut membuat hamper masing-masing. Tapi..hamper mereka kalau kita betul-betul pandang seperti tiada jiwa...Biasa sahaja. Hanya besar aje boleh harap tapi presentation hancur. Sebab tu banyak syarikat-syarikat mencari yang custom made. Lebih personalise. Lebih menghargai pelanggan. Kalau anda ada bakat go for it dan promotekan hamper anda melalui brosur, flyer dan internet.

Saya pasti ada banyak lagi bentuk perniagaan yang boleh difikirkan untuk bulan ramadhan ni. Mungkin ikut minat, kemahiran dan kesempatan. Maksud kesempatan kat sini ialah kita pasarkan barangan kawan-kawan, jiran tetangga, saudara mara, adik beradik yang berhampiran tanpa perlu pening kepala nak bermula daripada awal. Kadang-kadang orang tengah ni pendapatan dia lagi kencang kalau dia bijak mengambil peluang.

So, anda nak berniaga apa ramadhan nanti??

p/s Aku nak berniaga apa pulak ramadhan ni ek? Jual begedil frozen cam menarik aje..


10 comments:

dee said...

bestnye kueh raye..
bisnes lah kueh raye...pastu leh hantar Dublin sikit..:)

zella y said...

time raya ni la time nak ambil kesempatan utk buat duit tp ade juga peniaga yg menjual tapi mcm xikhlas je contohnya penjual makanan2 kat bazar ramadhan,ade yg langsung xsedap n prnah terkena mkanan tu mcm nak basi...

harap2 ape2 pn perniagaan yg kita nak buat,buat la dgn jujur dan ikhlas...

pagedil frozen?? hurm...xprnah mkn lg...good idea! ;) good luck...

TK said...

Every year for the past 3 years I jual biskut raya dan kek lapis. Seronok berniaga ni..

ila-ali said...

dee - Kat Dublin dapat makan kuih raya tak?

zella y : Betul tu,kadang2 ada makanan yg basi gara-gara masak terlalu awal.Tp sekrg ni lauk pauk dah mahal da kan kat pasar ramadhan?
Betul ke tak pernah makan begedil? Benda ni selalu makan dgn soto. Bulat2 dan leper. sedap jugak dimakan begitu sahaja...yummuy

TK : wah bagusnya u dah start berniaga. Kalau dah 3 tahun tu maksudnya dah ok la tu...lepas ni boleh pergi Bandung lagi..;)

fyzul MP said...

Kueh raya pun okay.. sekarang pun kat FB aku dah ramai yang mula promosi kueh raya untuk ambil tempahan.. Cepat2 rancang supaya nnt tak terlepas peluang tu..hehee...

ザ-sylver-shooter said...

murtabak segera(frozen)....boleh?

dee said...

dapatlah sikit..xsemeriah mcm kat sane....;(

sya said...

alahai...
best juga kalau dapat berniaga masa bulan ramadhan ni kan...
masalah kerajinan lah... huhu...

Hasrol Nizam said...

good thinking there..hmm..(sedang berfikir nk jual ape)hehe

DINIS mum said...

Jom bisnes barley peanut candy..sedap dan senang jual...simple but nice..saya beri harga borong yang sangat berpatutan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails