Followers

Showing posts with label Ila-ali. Show all posts
Showing posts with label Ila-ali. Show all posts

Monday, December 19, 2011

Rawdhah di Hatiku (1): Terpilih Diantara Berjuta

Salam rindu buat semua. Memang laama sangat kita tak bersua di laman tanpa wajah dan suara ini. Hanya tulisan dan rasa yang dilahirkan penjadi pengikat diantara kita. Moga teman-teman juga sihat dan berbahagia sebagaimana hati kami yang juga berbunga-bunga...;)

Untuk makluman semua, kehilangan kami bukan disengajakan. Tetapi tahun ini merupakan tahun yang amat bermakna bagi ila dan ali kerana kami telah mendapat jemputan yang dinanti-nanti oleh kebanyakan daripada kita. Ye! kami terpilih diantara berjuta yang memohon untuk menjadi tetamuNYA diseluruh dunia.  Kami telah menjadi Dhuyufur-Rahman pada tahun 2011. Syukur Alhamdulillah!

Cuitan Tangkai Hati Menggamit Rindu Tiada Penghujung

Sebenarnya kami tidak sangka menjadi tetamuNYA pada tahun ini. Ketika menjejakkan kaki ke bumi anbia' itu, saya masih merasakan segalanya seperti mimpi. Menuruni kapal terbang, imigresen, menaiki bas semuanya seperti diawang-awangan. Tiada kata yang keluar daripada mulut hanya ucapan syukur terucap dilubuk hati yang paling dalam. Ya Allah betulkah aku sudah semakin hampir dengan baitullahMu?

Kami telah mendaftar untuk menunaikan Rukun Islam ke 5 ini hanya pada tahun 2007. Kalau diikutkan, kami dijadualkan hanya selepas tahun 2015. Tetapi kami masih ingat ketika itu pegawai Tabung Haji (TH) ada memberitahu sekiranya simpanan telah mencukupi, kami boleh membuat rayuan untuk pergi lebih awal daripada tahun yang ditetapkan. Niat hati saya ketika itu semoga kami dapat menunaikan fardhu haji sebelum atau selewat-lewatnya berumur 45 tahun. Pada perkiraan kami ketika ini anak-anak pun dah besar dan mungkin simpanan telah dapat dicukupkan.

Tanpa disangka Ali dapat jemputan awal ke sana pada tahun 2009. Walaupun atas urusan kerja, saya tumpang gembira kerana Ali dijemput dahulu. Ketika ini hati tak rasa ralat sebab mengenangkan Aqiel ketika itu baru berusia 2 tahun.

Walaubagaimanapun, penghujung tahun 2010, hati tiba-tiba dicuit untuk menunaikan haji. Lantas saban hari rasa itu menjadi semakin kuat, rindu dan resah yang tidak menentu. Bila hati telah nekad, akal lantas pantas merancang mengatur urusan anak-anak. Sempat lagi berfikir jika tahun 2011 ditakdirkan dapat pergi, anak-anak masing-masing tidak terlibat dengan peperiksaan besar. Kalau tahun 2012, si abang bakal menghadapi PMR dan anak nombor dua pula UPSR. Kalau dapat menjadi jemaah yang pergi awal tahun ini, moga-moga dapatlah menyambut ulangtahun ke 40 di tanah suci. Rasa hati dikhabarkan pada Ali. Rupanya Ali pun berperasaan yang sama. Merindui Baitullah yang dikunjungi 2 tahun lepas.

Kesibukan pada awal tahun 2011 menyebabkan kami terlewat menghantar surat rayuan. Pegawai TH memaklumkan, lagi seminggu sahaja rayuan akan ditutup. Ya Allah, nasib baik sempat hantar. Kemudian dengan secara berhemah beliau menerangkan bahawa rayuan diberi keutamaan kepada warga emas dan yang uzur. Cuma menasihati kami jika ada rezeki, inshaallah dapat cuma jangan menaruh harapan yang terlalu besar. Kami mengangguk-angguk tanda faham. Dalam hati tetap berdoa..Ya Allah semoga kami menjadi tetamuMu tahun ini..terimalah kami!

Walaubagaimanapun, pada bulan Ramadhan, Ali menerima panggilan telefon memaklumkan bahawa rayuan kami telah ditolak. Hati walaupun hiba tetap redha. Tahu bahawa segala apa yang Allah tetapkan adalah yang terbaik untuk hambaNya. Walaupun begitu, selagi musim haji belum berakhir selagi itu saya tetap menaruh harapan. Saya terus berdoa setiap kali selepas sembahyang `Ya  Allah jika tahun ini baik buat kami untuk menunaikan fardhu haji, kau jemputlah kami sebagai tetamuMu Ya Allah! Doa itu saya lafazkan dengan sepenuh hati, penuh sayu dan penuh pengharapan! Malah dengan linangan air mata..

Sememangnya Allah itu maha pemurah lagi maha mengasihani hambaNya. Ketika itu harapan kami sudah semakin mengecil. Hari raya Aidilfitri sudah lama berlalu. Zulkaedah telah menjenguk diri. Kesibukan semasa menyebabkan hati semakin yakin bahawa mungkin bukan tahun ini. Hati redha dan pasrah. Bak kata petikan filem Ombak Rindu..redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah. Memang kami ikhlas menerima takdir dan menyerah kepadaNYA. Tetapi, siapa sangka, tarikh keramat 5 Oktober sehari selepas menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 40 membawa khabar gembira. Ali telefon.
                   " sayang, cuba teka?
                      Teka apa? aku ketika itu baru sahaja meletakkan kereta dan menunggu anak balik sekolah.
                      Berita gembira ni!
                      Abang nak bagi hadiah lagi ke? Usik ku. Semalam baru dpt suprise dari dia..
                      Ni lagi best!!
                      Ala, bagitau la.. aku semakin tak sabar.
                      Ok, dengar baik-baik. Alhamdulillah kita dapat pegi haji tahun ni.
                      Ha! Ya Allah bang, betul ke? Bila? Aku tiba-tiba panik.

                            Tarikh belum tahu lagi. Sayang pergi buat paspot antarabangsa dulu. Kemudian 
                     esok  abang balik kita serahkan paspot  ke Tabung Haji untuk urusan visa. 
                     Tabung Haji bagi tempoh 3 hari sahaja untuk semua urusan tersebut.

Sebaik meletakkan telefon, aku meraup kedua-dua belah tangan mengucap syukur yang teramat sangat. Tangan masih menggeletar dengan berita yang sangat-sangat diharapkan tetapi tidak dijangka terima ketika itu. Hati tidak keruan. Apa aku nak buat ni. Ya Allah, satu benda aku belum ada. Kursus haji pun sempat pergi sekali aje. Lepas dapat berita ditolak, kami pun terus tak pergi lagi. Debaran semakin kuat. Persiapan yang lain boleh kami uruskan. Tetapi persiapan rohani?? Ya Allah bantulah aku....

--bersambung...

Tuesday, December 14, 2010

14 Tahun Yang Bermakna










14 tahun Yang Bermakna!

Monday, December 6, 2010

Nasa and Marion : Wedding of The Year??

Teka teki tarikh perkahwinan VIP dan selebriti terkenal tanahair akhirnya terjawab. Bukan diwar-warkan dalam akhbar sebab setakat ni belum terbaca lagi tetapi lebih real kerana kami berdua (Ali and Ila) dijemput menghadiri perkahwinan tersebut. Tak terjangkau akalku dapat jemputan ke Majlis Perkahwinan so called VVIP. Perkahwinan dua insan yang tercetus kontroversi sedikit masa dulu akhirnya seperti cerita dongeng Cinderella bertemu Prince Charmingnya berakhir dengan `Happy Ending'. Alhamdulillah.

Wednesday, October 27, 2010

365 Hari...Ila-Ali


Alhamdulillah, hari ni (27 Oct) genap 365 hari ila-ali.blogspot.com bersama menceriakan dunia blogging tanahair. Walaupun pencapaian taklah berapa bagus dari segi traffik, hapdet entry pun ikut suka dan sempat, follower pun baru 117 orang sahaja, tapi aku tetap happy, sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun ni blog aku masih lagi bernyawa...

Thursday, July 15, 2010

Sharing Is Caring

Salam semua,

Hari ni saya nak share tentang satu buku yang dihadiahkan oleh seorang kawan iaitu Coach Sha malam tadi (siapa sangka kita hadiahkan buku kat orang (sila lihat entry sebelum ini), orang lain pulak hadiahkan buku kat kita)..Masyaallah!!

Buku ini best sangat and i like it very much. The title of this book is Speedwealth By T. Harv Eker and he is also the author of the bestselling book titled `Secrets of The Millionaire Mind'. Wow...memang sangat teruja semasa dapat buku ni  malam tadi. Buku SpeedWealth - How To Make a Million In Your Own Business in 3 Years or Less ni saya dah baca separuh dah malam tadi sebelum tidur dan akan kuhabiskan membacanya selepas menulis entry ni...(kes tak sabar nak share la ni..)

Membaca buku ini membuatkan saya teruja menjadi millionaire. Sebab penulis ini kata kalau nak jadi jutawan `you have to position yourself for wealth' .Saya seorang yang Opportunist. Saya suka mengambil peluang. Jika peluang itu bagus i will grab it. Macam last year I dapat kontrak 1 year training for unemployed graduate. Masa tu saya kerja lagi. Sayang dengan kerja, tapi peluang ini sesuatu yang saya nanti-nantikan. So i made my decision. Quit the job. Took the offer. But what a suprised, things getting better and better. Other business opportunity opened for me and i can see the wider side of being a businesswomen. Alhamdulillah. The industry am involved is still the same. Educations! Sebab educaion adalah satu bisness yang berterusan dan sentiasa mendapat permintaan yang tinggi. Setuju tak? Dulu kerja kat kolej swasta, then involved training still berkaitan dengan education. Sekrg organize seminar/training for schools, IPT and orang bekerja. Juga berkaitan dengan education.

Baru-baru ni my friend approached satu lagi business opportunity. Juga di bidang pendidikan. Webucation. Memandangkan bidang MLM merupakan satu cara utk mendapat residual income, maka program ini diprogramkan menjadi MLM. Program ini diberi nama Score A. I dah tengok-tengok kat website and review comments, so saya rasa nak bagi peluang kepada diri sendiri untuk memahami dengan lebih lanjut tentang business ini. 

Kalau my business ini merupakan my Plan A, so if ok this biz will be my Plan B. If I tak dapat lagi meneruskan my Plan A, at least I still have my Plan B. Yes life is about choices we make and don't afraid to make mistakes along the way because we learnt from mistakes.

So doakan kejayaan saya untuk program yang akan saya ikuti ini:

            Tarikh   : 17 Julai 2010
            Masa    : 9.00 pagi - 6.30 ptg
            Tempat : Kota Damansara, berdekatan dgn Giant
            Bayaran : RM70.00 (with meal)
            ( nanti i share in the next entry ya..insyaalllah)

p/s - Ada sesiapa nak join sekali?



Monday, June 21, 2010

Taiping nan Indah

Thursday, May 27, 2010

Tangkap Lentuk Bila Berdua-duaan...


Bila kali terakhir anda bercuti berdua-duaan?
Berdua-duaan maksudnya anda dan suami anda sahaja...Kiranya ala-ala honeymoon gitu. Kami last sekali 14 tahun dulu iaitu honeymoon ke Medan selepas majlis perkahwinan kami dulu. Lepas tu tak ada.

Kitaorangkan sebenarnya memang dah lama rancang nak pergi cuti berdua-duaan. Konon-kononnya nak pergi Bali la...romantik gitu, tapi kalau ke sana takkanlah kejap aje...rugi lak nanti. Paling2 kejap pun 3 hari 2 malam. Baru berbaloi. Tak jadi. Sebab rasa lama. Then rancang dalam negara pulak macam Pangkor Laut..private yet exclusive..berromantika tanpa gangguan. Memang nak sangat pergi, tapi tak jadi jugak. Bertahun-tahun gak rasanya dok plan, semuanya end up dengan setakat itu saja. Sebabnya...akulah! Aku tak sanggup tinggalkan anak. Risau masa kitaorang takde apa-apa berlaku kat anak ke...dok fikir yang bukan-bukan. Lagipun masa tu Aqiel masih menyusu badan.Sekarangpun masih menyusu lagi walaupun dah 3 tahun lebih, tapi kalau aku tak ada sekarang ni dia nak minum susu botol. Tapi tu sebenarnya alasan aje..kalau nak boleh aje, tapi entah kenapa aku tak sanggup tinggalkan mereka tanpa ada aku atau Ali. Kalau aku pergi outstation, Ali ada. Kalau Ali outstation aku ada. Tapi kalau dua-dua tak ada dengan anak-anak, satu perasaan risau entah apa-apa timbul dalam hati aku.


So, setelah sekian lamanya Ali dok ajak, last weekend aku setuju tapi dengan syarat dekat dan tak lama. So, The Legend International Homes, PD jadi pilihan. 2 hari 1 malam. Dekat dan tempat tu aku tengok kat internet macam cantik. Lebih-lebih lagi kat dalam bilik ada private swimming pool. Tu yang aku suka tu. 

So hari Sabtu tengahari kitaorang gerak dengan pelbagai pesanan yang aku tinggalkan kat Bibik dan Shahmie,   anak sulungku. Bukan setakat pesanan, peti ais pun aku penuhkan dengan makanan, buah-buahan, biskut dan segala macam lagi macam takut betul dorang kebuluran. Pada hal esok petang dah balik. Paling lega apabila si kecik Aqiel tak menangis. Dia rasa macam mama dengan babah dia nak pergi keje aje. Kalau dia menangis hari tu mesti aku angkut dia sekali...dan mesti Ali tarik muncung 14 inci!! Boleh sangkut baju di situ..ahaks!

Kami check in pukul 3 ptg. Cantik hotel tu. Lain daripada hotel-hotel yang pernah kami pergi sebelum ni.     Bagaikan terapung di laut Port Dickson. Masuk aje bilik ...walla..cantiknya. Luas sangat untuk kami yang berdua ni. King bed dua, TV Lcd 32", dapur yang cantik, bilik airnya dan of course, swimming poolnya. Apa lagi terus terjun kolamla. Teruja sangat tengok kolam tu..sejuk dan nyaman sekali. Siap ada air pancut lagi. Lepas tu dah lapar, jalan-jalan cari makan. 
Petang tu kitaorang jalan-jalan sambil berpimpinan tangan, borak-borak dan gelak-gelak, bergurau senda, bertepuk tampar..lama dah rasanya tak buat benda tu tanpa gangguan. Kalau tak, baru aje yang jiwang-jiwang, ada saja yg ganggu. Tetiba rasa macam bercinta zaman muda-muda aje. Senyuman sentiasa terukir dibibir, berkepit macam orang kembar siam...wah! indah sungguh!! Malam lak lepas so called `candle light dinner' kat bandar Port Dickson jalan perlahan-lahan balik bilik sambil memaut tangan Ali dan lentukkan kepala di bahunya yang broad shoulder tu..emm...bahagia rasanya. Sampai bilik, lampu disamarkan dan kitaorang pun buka ...................................... vcd citer hindustan pulak.....ha! korang ingat apa tadi?!! hehehe..(konon-konon tengok wayangla...citer love story) punyalah lama Ali beli masa kat India ari tu, masa berdua-duaan baru dapat tengok. Biasalah citer hindustan lama durasinya. Pukul 3 pagi baru habis.
Esoknya lepas sarapan dan mengambil gambar kenang-kenangan, kami berangkat pulang ke Melaka. Walau singkat, tapi ianya sangat memberi makna kepada kami. Kalau aku tahu bestnya macam ni, dah lama dah aku pergi bercuti berdua-duaan. Dan mulai sekarang, aku akan jadikan percutian berdua ini sebagai aktiviti tahunan kami. Tak kisahlah kat mana-mana pun, janji berdua-duaan sehari atau 2 hari.

Percutian seperti ini boleh recharge dan semarakkan kasih sayang antara kami berdua. Ialah asyik kerja, anak, kerja, anak sampai muka dua-dua nak senyum pun susah. Baru nak sembang, telefon berbunyi. Baru nak manja-manja anak dah kacau. Dahlah jumpa hujung minggu aje...

Bagi sesiapa yang belum dapat bercuti berdua-duaan tu terutama yang dah kahwin lama, aku sangat mencadangkan agar korang pergilah ber honeymoon. Memang betul banyak cara untuk semarakkan cinta, tapi ini salah satu daripadanya!

Wednesday, March 24, 2010

Kesepian!

Salam semua...I'm back.

Lama betul bercuti dan menguruskan banyak perkara sampai tak sempat2 nak update blog. Minta maaf pada semua yang datang tengok blog saya (ala...sopannya guna gantinama `saya') tapi asyik gitu aje...takde citer baru. Wpun begitu harapan saya moga kawan-kawan semua sihat sepanjang `penyepian' saya selama hampir 2 minggu. Lama jugak ek. Patutlah hidup rasa macam tak lengkap aje...(ececee..)

Saya memang rasa hidup tak lengkap aje sekarang ni
sebabnya Ali tak ada kat sini
Dia ada kat New Delhi
Dah 4 hari dah...waaaa!
Hari Ahad ni dia balik Melaka
Tapi, hari Sabtu saya gi outstation kat Kedah
Khamis baru saya balik, tapi Ali keje.
Nampaknya Jumaat malam minggu depan baru dapat jumpa
waduh lamanya!!!

Tiba-tiba kesepian memenuhi ruang hatiku...
(alamak dah mood jiwangla pulak)


p/s : Lynn Nasir : Thanks for the award. Nanti saya update pasal tu ek! Nak layan jiwa sepi dulu..:)

Wednesday, March 3, 2010

Tips Menyemarakkan Rasa Cinta Part 1


Suatu petang yang bening
sedang aku berkira-kira 
nak melabuhkan badan disofa yang empuk
tiba-tiba
tet,tet
hpku berbunyi
menandakan mesej masuk
lantas membaca nama pengirim tadi
dari Ali bisik hatiku
sambil membaca apa yang tertera...

'aku bahagia kerana mencintaimu.
Tapi...'

La..setakat itu saje ke?
apasal ada tapi-tapi ni laks...
lain macam aje bunyi
tahulah semalam kitaorang bergaduh
biasalah bergaduh somi isteri ni
Sedangkan lidah lagi tergigit...
Tapi rasanya dah angkat bendera putih
Dah sain surat perdamaian
tapi kenapa macam tak settle ni??

Dalam terfikir-fikir tu..tiba-tiba...
tet,tet
masuk lagi satu mesej

tapi...aku lebih bahagia kerana kau
mencintaiku.' Love u

Hurm, kata-kata itu sudah cukup untuk membuatkan aku tersenyum sepanjang hari.

p/s : Kata-kata cinta sangat perlu dalam sesuatu perhubungan dan perkahwinan. Ia umpama `baja' yg menyuburkan rasa cinta!
Aku pernah buat entri pasal surat cinta lama-lama. Kalau ada yg belum baca, sila baca kat SINI.
Ramai yg tny mana aku punya pulak. Jawapannya, serius aku dah cari, tp jumpa sikit aje. Tupun bercampur dengan surat-surat `orang' lain...hehehe. Klu Ali tahu ni `masak' aku nak menjawab! 
Tapi ...kalau dia tahu pun, aku tahu dia tak kisah!!

Credit to : Google Images

Thursday, February 4, 2010

100 hari bersama anda...

Terima kasih kerana sepanjang 100 hari berblogging,

anda:

1) sering menemani di kala siang dan malam, malah pada waktu-waktu saya tidak dapat melelapkan mata di dinihari..
2) membaca tulisan saya yang kadang-kadang saya sendiri tak nak baca
3) menceriakan hidup saya dengan komen-komen di setiap entri menandakan ada bersama saya walau dimana anda berada
4) mengajar saya cara menulis blog dengan baik walaupun saya belum lagi berada pada tahap seperti anda
5) mempromosikan blog saya yang tak seberapa ni sehingga jumlah pembaca dan follower blog ini  meningkat dari sehari ke sehari.
6) memberi semangat kepada saya dengan melawat blog dan meninggalkan pesanan-pesanan walaupun saya dah lama tak update blog.
7) memperkenalkan saya kepada jejaktrend, yang baik hati memberikan widget `ila-ali bersama anda' sehingga saya tahu bahawa hari ni dah 100 hari rupanya. Jika tidak sampai bila-bila pun saya tak sedar tarikh dan masa ini...
8) meng `add' dan link blog saya di blog anda...
9) mengajar saya bagaimana nak `ping' dan `nang'.
10)  membuatkan saya rasa dekat dengan anda walaupun tidak pernah mendengar suara dan bertentangan mata
11)memberitahu saya tentang nuffnang, innit, buffered earning segala, walaupun bila saya tengok RM0.50 masih tak bergerak-gerak sejak saya letak sebulan yang lepas.

Terima kasih atas segalanya. Walaupun banyak lagi perkara-perkara tersirat yang tidak terucap, saya sangat bangga bersama anda walaupun cuma di alam maya...Love u all...muah!!

Thursday, January 7, 2010

Misteri Beg Hitam


Hari ni tetiba aje datang mood  nak mengemas kotak-kotak lama kat dlm bilik tidurku itu...Tengok macam dah penuh dengan habuk dah. Mana yang boleh buang kononnya nak buanglah...Ada masa sikit ni bolehlah buat. Nanti dah start training, susah gak nak cari masa...tup-tup masa tengah-tengah angkat kotak, jumpa beg dokumen warna hitam yang penuh dengan debu ni...Beg apa ni?? Kenapa dia berada disebalik kotak-kotak lama macam cuba disorok-sorokkan. Beg ni menimbulkan keraguan....tapi.... macam pernah ku jumpa beg ini...tapi di mana ya!! emmm...aku pun angkat perlahan-lahan dan kukibas serba sedikit aje...Banyak tul abuk di atasnya...tupun da hacumm beberapa kali...lama tul tersimpan tanpa diusik ni...



Akupun bukak dengan penuh berhati-hati...entah apalah barang kat dalam ni...Bila ku amat-amati rasanya...ni fail Ali ni...rasanya masa memula pindah rumah skrg ni ada aku nampak fail ni...tapi tak terbukak lak...kenapa dia sorokkan fail ni? rahsia apa yang disimpan dalam ni lak...(hati aku berbisik..ada bau-bau curiga gak). Bila dibukak..aku tengok ada banyak surat dan kad-kad yang masih baik tersimpan...Surat apa lak ni?? Hati aku dah semakin berdebar-debar ni...Akupun bukak satu persatu...dadaku bagai nak pecah dibuatnya....bila dibelek-belek lagi  ...ya Allah...aku terperanjat...rasa nak mengalir air mataku...Sungguh aku tak sangka!!!

Semua yang ada dalam beg tu mengandungi surat-surat cinta dan kad-kad yang aku bagi
kat Ali 16 tahun dulu...waktu kitaorang sedang asyik bercintan-cintun bagai nak rak tu...Elok aje tersimpan dalam fail hitam tu...Patutlah bila aku tny mana dia letak surat-surat lama yang
aku bagi kat dia, dia cakap dah lupa mana letak....
Tisu tahun 1994 pun masih elok lagi...hehehe! Ni tisu lap mulut masa dinner
ujung tahun 4th College, UM
Zaman dulu manalah ada email, hp, FB,sms so byklah surat,
nota-nota kecil, kad-kad ucapan

Zaman dulu bykkan sampul surat macam ni!
sekrg ada lagi tak?? Baru nak belajar-belajar panggil abang..
kalau tak panggil ali aje..aku bahasakan diri...ila
Ditampal kat belakang surat...hehehe..kelako aje
Ni kalau anak aku tgk mau digelakkan maknya ni...
Betul agaknya orang kata...waktu bercinta, belajar dan waktu takde duit...
menjadikan anda insan yang kreatif...manila kad yang dipotong-potong kecil pun boleh jadi kad ucapan!
Hehehe...sib baik jadi kawen...
Entak apalah suprisenya...lupalah apa insidennya...tapi dua lubang
yang ditebuk kat tepi tu rasanya riben kecil penghias kad...tapi dah hilang!
Deepavali pun sambut...pendek kata masa bercinta semua perayaan nak sambut bersama...
ada dalam kad lain yang tak diupload ada gak aku tulis Happy Wesak Day...
Apala..Wesak Day pun nak wish ke?

Banyak gaklah surat-surat yg aku bagi kat Ali. Ada panjang, ada pendek...surat bergaduh,
surat bagitau yang tgh merajuk...klu tak dia tak tau....kih!kih!kih! Sib baik masa aku jumpa ni ali takde..
kalau tak mau dia bacakan kuat-kuat surat ni kat aku...malunya!!!

Lepas ni...mesti satu masalah lain lak timbul...mesti ali tny mana semua surat yg dia bagi kat aku?
Alamak?? Mana aku simpan ni? Nak kena cari lak ni...abis...bilalah nak mengemas rumah ni... isy, isy,isy...

Korang simpan surat cinta kat mana?


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails