Followers

Wednesday, October 27, 2010

365 Hari...Ila-Ali


Alhamdulillah, hari ni (27 Oct) genap 365 hari ila-ali.blogspot.com bersama menceriakan dunia blogging tanahair. Walaupun pencapaian taklah berapa bagus dari segi traffik, hapdet entry pun ikut suka dan sempat, follower pun baru 117 orang sahaja, tapi aku tetap happy, sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun ni blog aku masih lagi bernyawa...



Memang tujuan asal aku berblogging ini adalah untuk berkongsi dengan blogger lain tentang apa yang berlaku disekeliling `ila-ali' dan keluarganya, pandangan, pencapaian dan apa jua yang menarik dan boleh dikongsi dan gossip bersama. Bestnya blogging ni adalah bila kita gembira, ada orang yang gembira untuk kita, kalau kita marah, orang lain pun marah seperti kita, dan bila kita sedih mereka juga bersimpati dengan kita. Malah cadangan dan nasihat-nasihat yang bagus pun kita akan dapat dari kawan-kawan yang sentiasa mengikuti perkembangan blog kita ini.

Jadi sempena ulangtahun pertama blog `ila-ali' ni aku nak ucapkan
  • terima kasih kepada semua kawan-kawan yang pernah singgah, sering datang dan yang selalu buat blogwalking kat sini, terutama kepada yang selalu tinggalkan komen-komen di setiap entry terbaru ila-ali. Silence reader pun aku appreciate!
  • Maaf sebab jarang-jarang hapdet walaupun hati meronta-ronta nak kongsi cerita baru, tapi disebabkan kekangan masa, berita sensasi tadi pun jadi berita basi...
  • Maaf juga jika ada bahasa-bahasa melampau digunakan bagi menggambarkan perasaan ketika itu...(kadang-kadang suka juga nak over-over...)
  • Maaf juga kepada yang sering blogwalking kat sini malah tinggalkan komen, tapi aku tak sempat nak balas kunjungan. Bukan lupa malah kalian tetap dihati...(ececee...) tapi bila kesibukan melanda, nak bukak blog pun tak sempat..(alasan lapukkah ini...)
Insyaallah, sempena dgn ulangtahun pertama ni aku akan cuba memperbaiki diri, mengurus masa dengan lebih baik dan lebih menghargai anda...i love my readers, followers and commenters. Love U. Muah!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails