Followers

Thursday, October 21, 2010

Istimewa Untuk Wanita!

Fuh, banyaknya sawang kat rumah aku ni. Lama sudah tak mengemas, inilah jadinya. Maaf kepada sahabat yang datang bertandang. Tapi memang tak sempat nak update sebab selepas raya ari tu sibuk menguruskan satu program istimewa untuk wanita iaitu `English Playshop for Ladies.' Program ini merupakan public course pertama yang dianjurkan oleh syarikatku yang baru ditubuhkan. Walaupun EPL ni telah dibuat sebanyak 4 kali di KL. Tapi di Melaka ini kali pertama. Projek pertama, mesti nak buat yang terbaikkan. Alhamdulillah seramai 30 orang wanita daripada pelbagai bidang datang menyertai kursus ini. Ada dari jabatan kerajaan, pensyarah IPTA, pensyarah IPTS,cikgu sekolah, pengusaha tadika, surirumah dan pelajar tingkatan 5 pun ada.


Inilah dia Coach Sha yang sangat best, sempoi dan sangat komited. 1 hari bersama beliau rasa sekejap aje masa berlalu. Kelas beliau sangat happening, fun dan paling penting dapat mempelajari bagaimana nak berkomunikasi dalam bahasa inggeris dengan mudah .


Peserta praktis Readers Theatre

Quiz
Aksi wajib setiap EPL

Thanks kepada Coach Sha dan semua peserta yang hadir. Beberapa hari selepas kursus tu, seorang daripada peserta jabatan kerajaan cakap boss dia suruh buat inhouse training program yang sama. Kali ni bukan untuk wanita sahaja, lelaki pun nak join...Alhamdulillah! Rezeki Allah. 

Tapi kepada sesiapa yang berminat nak join, kami akan anjurkan sekali lagi tahun depan Mac 2011. Insyaallah!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails