Followers

Showing posts with label Bisnes. Show all posts
Showing posts with label Bisnes. Show all posts

Friday, December 31, 2010

Jangan Pandang Ringan Kuasa Azam

Wow, 2011 semakin menghampiri...2010 usah merajuk membawa diri. 2011 belum pasti, 2010 telah menabur bakti. 2011 disambut penuh harapan dan kegembiraan, 2010 dilepaskan dengan penuh kebanggaan. Sejarah telah terukir di tahun 2010, moga 2011 meneruskan legasi kejayaan. Insyaallah!

Tadi seorang teman baik memberitahu bila aku tny apa azam tahun baru via sms. Jawabnya `ala ila, aku memang tiap-tiap tahun tak ada azam. Hidup, aku teruskan macam biasa. So far ok la...'

Well, lain padang lain belalangnya. Lain manusia, lain pembawakannya. Masing-masing ada pendirian masing-masing. Tapi aku sangat mempercayai hikmah disebalik `azam' yang diletakkan di setiap tahun baru, tak kiralah tahun baru Masihi ataupun di tahun baru Hijrah. Bagi aku azam seperti satu matlamat yang ingin aku capai dan `akujanji' pada diri sendiri bahawa aku ada tanggungjawab yang belum diselesaikan lagi.

Wednesday, September 1, 2010

Rezeki Ramadhan, Berbuka Puasa dan Tukar Duit Raya


Salam 22 Ramadhan 1431H, bersamaan 1 September 2010.

Kalau tiada aral melintang lagi 9 hari umat Islam akan meraikan hariraya. Cepat sungguh masa berlalu. Anak aku yang masa awal-awal puasa kata lambatnya nak raya, tup-tup semalam cakap rasa cepat pulak nak raya..mmm..apa-apalah dorang ni.

Sekarang ni memang saat-saat sibuk bagi kebanyakan orang. Persiapan terakhir untuk beli baju, perabut, ada yang nak cat rumah, tukar langsir, sibuk buat kuih pun ada. Aku pun sibuk gak. Sibuk dok menghantar kuih tempahan.

Ingat tak aku punya entry nak tentang bisnes apa pada bulan Ramadhan? Rupa-rupanya Tuhan bagi lorongan untuk aku berniaga kuih raya. Sebenarnya tak merancang pun nak jual kuih raya ni. Tapi tiba-tiba Art, kawan lama satu tempat kerja dulu tegur kat `Facebook' tanya nak jual kuih kakak dia punya tak? Bila tengok kuih-kuih tu, mmm cantik-cantik. Mintak sample. Rasanya pun sedap gak. So, dengan senang hati aku pun bersetuju. Senang aje kerjanya. Promote, bagi sample dan amik order. Alhamdulillah dengan sokongan rakan-rakan yang lain, dapatlah jugak order untuk kuih raya ni. Tapi Art cakap, dlm ramai-ramai agen dia, aku punya order paling banyak. Alhamdulillah. Dapatlah tahun ni beli kuih raya free..malah ada lebih lagi $$ komisyennya.







(aqiel cakap sedap kuih yang mama jual..peace!!)

********************************************************

Tuesday, August 17, 2010

BRILLIANT PARENTS' SEMINAR


Salam Semua

Bagi yang ingin membantu diri sendiri, anak-anak dan keluarga ke arah kecemerlangan akademik anak-anak sila hubungi kami di talian seperti berikut :

Hp: 019-2052002
Pejabat : 06-2818005
email : jrs@allied-consulting.com.my



Thursday, July 15, 2010

Sharing Is Caring

Salam semua,

Hari ni saya nak share tentang satu buku yang dihadiahkan oleh seorang kawan iaitu Coach Sha malam tadi (siapa sangka kita hadiahkan buku kat orang (sila lihat entry sebelum ini), orang lain pulak hadiahkan buku kat kita)..Masyaallah!!

Buku ini best sangat and i like it very much. The title of this book is Speedwealth By T. Harv Eker and he is also the author of the bestselling book titled `Secrets of The Millionaire Mind'. Wow...memang sangat teruja semasa dapat buku ni  malam tadi. Buku SpeedWealth - How To Make a Million In Your Own Business in 3 Years or Less ni saya dah baca separuh dah malam tadi sebelum tidur dan akan kuhabiskan membacanya selepas menulis entry ni...(kes tak sabar nak share la ni..)

Membaca buku ini membuatkan saya teruja menjadi millionaire. Sebab penulis ini kata kalau nak jadi jutawan `you have to position yourself for wealth' .Saya seorang yang Opportunist. Saya suka mengambil peluang. Jika peluang itu bagus i will grab it. Macam last year I dapat kontrak 1 year training for unemployed graduate. Masa tu saya kerja lagi. Sayang dengan kerja, tapi peluang ini sesuatu yang saya nanti-nantikan. So i made my decision. Quit the job. Took the offer. But what a suprised, things getting better and better. Other business opportunity opened for me and i can see the wider side of being a businesswomen. Alhamdulillah. The industry am involved is still the same. Educations! Sebab educaion adalah satu bisness yang berterusan dan sentiasa mendapat permintaan yang tinggi. Setuju tak? Dulu kerja kat kolej swasta, then involved training still berkaitan dengan education. Sekrg organize seminar/training for schools, IPT and orang bekerja. Juga berkaitan dengan education.

Baru-baru ni my friend approached satu lagi business opportunity. Juga di bidang pendidikan. Webucation. Memandangkan bidang MLM merupakan satu cara utk mendapat residual income, maka program ini diprogramkan menjadi MLM. Program ini diberi nama Score A. I dah tengok-tengok kat website and review comments, so saya rasa nak bagi peluang kepada diri sendiri untuk memahami dengan lebih lanjut tentang business ini. 

Kalau my business ini merupakan my Plan A, so if ok this biz will be my Plan B. If I tak dapat lagi meneruskan my Plan A, at least I still have my Plan B. Yes life is about choices we make and don't afraid to make mistakes along the way because we learnt from mistakes.

So doakan kejayaan saya untuk program yang akan saya ikuti ini:

            Tarikh   : 17 Julai 2010
            Masa    : 9.00 pagi - 6.30 ptg
            Tempat : Kota Damansara, berdekatan dgn Giant
            Bayaran : RM70.00 (with meal)
            ( nanti i share in the next entry ya..insyaalllah)

p/s - Ada sesiapa nak join sekali?



Monday, July 5, 2010

Nak Bisnes Apa Pada Bulan Ramadhan?

Baru bulan Rejab tapi dah bercakap soal Ramadhan...

Takpe. Inilah yang dinamakan perancangan. Bulan Ramadhan selain daripada bulan yang paling baik daripada bulan-bulan lain ia juga dikatakan bulan rezeki. Ramai yang kaki-kaki bisnes tu memang mengambil peluang sepenuhnya dengan kedatangan bulan ramadhan ni. Yelah nak cari duit raya. Boleh bersedekah banyak sikit daripada biasa. Bagi mak ayah lebih sikit. Boleh ziarah-menziarahi keluarga yang jauh-jauh. Maklumlah semuanya memerlukan wang.

Ramai yang mengambil kesempatan bisnes di bulan Ramadhan ni. Ada yang mengambil cuti sebulan tanpa gaji (boleh ke?) hanya untuk berniaga di pasar-pasar Ramadhan, menjual kuih raya dan sebagainya. Tapi bagi sesiapa yang berminat berniaga di bulan Ramadhan ni tapi tak tau nak berniaga apa, mungkin senarai ini boleh difikir-fikirkan;


- Jual kuih raya
   Tak perlu pandai membuat kuih raya untuk menjual kuih raya. Ramai kat luar sana pandai buat kuih raya tapi tak tahu macamana nak pasarkan supaya jualan meningkat. Mereka lagi suka kalau ada orang jualkan untuk mereka. Jadi anda boleh dapat komisyen daripada jualan kuih ini. Biasanya komisyen yang diberi adalah antara rm3-rm5 bagi satu kotak. Bayangkan kalau anda dapat jual rm100 kotak? Diam tak diam nak raya nanti dapatlah extra rm500. Kalau nak lebih, juallah kepada lebih ramai orang. Kawan kita, adik kita, kawan adik kita, jiran tetangga dan ramai lagi. Anda boleh jual kuih moden ataupun kuih tradisional ataupun kedua-duanya sekali.


- Jual baju raya/tudung raya
Baju raya ni termasuklah kain ela, baju kanak-kanak, baju melayu yang anda boleh dapatkan banyak daripada supplier-suplier. Ada yang bagi consignment. Kalau tak kena keluarkan modal dulu. Tapi ingat pakaian ini untungnya banyak 50%-100%. Kalau kurang modal mungkin boleh ajak adik beradik atau kawan-kawan yang dipercayai untuk berkongsi modal. Macam kawan saya Princess Rania, setiap kali bulan Ramadhan dan menjelang hari raya tidak menang tangan menghantar pesanan ke seluruh  Malaysia, malah sehingga ke Singapura dan Brunei. Jualan hanya melalui internet dan beliau masih bekerja sebagai seorang di salah sebuah syarikat swasta.

- Jual pinggan mangkuk
Ramai kawan-kawan saya yang berniaga pinggan mangkuk daripada katalog. Mcm2 brand ada. Corelle, Glassware, Luminac, vantage dan banyak lagi. Saya tengok ramai yang order.Maklumlah masa hari raya semua keperluan rumah nak ditambah kan. Mana yang belum ada nak diadakan. Orang mencari barang, kita mencari peluang. Win-Win Situation!

- Handbag dan kasut
Kedua-dua barangan ini merupakan kegilaan kaum wanita. Mcm aku setiap tahun pasti nak bergaya dgn handbag dan kasut baru di hari raya. Jadi perniagaan ini juga satu yang menguntungkan. Boleh jual di pejabat, tapak ekspo atau pun di pasar2 ramadhan.

- Supplement untuk mengekalkan tenaga di bulan ramadhan
Sekarang ini kesedaran tentang kesihatan dan keperluan mengekalkan tenaga sepanjang hari amat diperlukan terutama bagi yang bekerja keras di pejabat dan di luar pejabat. Bukan setakat yang bekerja di pejabat, tetapi yang berniaga sendiri juga memerlukan supplement. Macam-macam ada. Selalunya dijual oleh syarikat multilevel marketing seperti amway, cosway dan banyak lagi. 

- Perfume dan Make Up
Ini pun bagus sangat kalau anda hendak jual. Tapi kena cari yang elok tapi harga yang berpatutan.

- Kerongsang
Saya pernah dengar seorang penjual kerongsang mendapat lebih rm15 ribu sepanjang berniaga di pasar ramadhan. Dahsyatkan. Jika anda berminat, cari aje pembekal dan mulakanlah perniagaan anda.

- Jual makanan berbuka puasa
Ini pun boleh. Berdasarkan pengalaman adik saya berniaga roti bom dengan kawan-kawan mereka seramai 5 orang, mereka boleh dapat bersih pendapatan seorang dalam RM2000. Memula saya kata ada ke orang nak makan roti bom ni. Tapi memeranjatkan setiap hari jualan mereka Sold Out!! hebatkan penangan bulan ramadhan.

- Makanan frozen
Ini pun boleh. Macam popia frozen ke, begedil frozen ke. Sebelum bulan puasa tu buat dan bagi sample kat opis-opis atau restoran ke. Then ambil order. Kalau sedap pasti ramai yang akan order.


- Hamper Hari Raya
Jika anda seorang yang kreatif, masa inilah menonjolkan bakat semulajadi anda itu. Pemintaan hamper menjelang hariraya meningkat berganda-ganda daripada biasa. Sebab itu semua pasaraya berebut-rebut membuat hamper masing-masing. Tapi..hamper mereka kalau kita betul-betul pandang seperti tiada jiwa...Biasa sahaja. Hanya besar aje boleh harap tapi presentation hancur. Sebab tu banyak syarikat-syarikat mencari yang custom made. Lebih personalise. Lebih menghargai pelanggan. Kalau anda ada bakat go for it dan promotekan hamper anda melalui brosur, flyer dan internet.

Saya pasti ada banyak lagi bentuk perniagaan yang boleh difikirkan untuk bulan ramadhan ni. Mungkin ikut minat, kemahiran dan kesempatan. Maksud kesempatan kat sini ialah kita pasarkan barangan kawan-kawan, jiran tetangga, saudara mara, adik beradik yang berhampiran tanpa perlu pening kepala nak bermula daripada awal. Kadang-kadang orang tengah ni pendapatan dia lagi kencang kalau dia bijak mengambil peluang.

So, anda nak berniaga apa ramadhan nanti??

p/s Aku nak berniaga apa pulak ramadhan ni ek? Jual begedil frozen cam menarik aje..


Wednesday, June 2, 2010

Chocolate Anyone...!

Wa...daku memang hantu coklat. Apa sahaja yang melibatkan coklat daku memang suka. Apa saja...you name it!! Cita-cita dulu sebelum berhenti kerja, nak masuk kelas buat coklat, nak belajar buat coklat dan nak jual coklat. Siap dah beli domain nak jual online coklat jangan tak caya...tapi semangat berkobar-kobar sahaja tanpa hala tuju yang jelas, maka hampeh jadinya...itulah yang terjadi kepada daku! So...jangan ikut perangai macam ni.

Tapi `nafsu' (fuhh...ganas sungguh perkataan itu) aku terhadap coklat tidak pernah beralih arah. Lebih-lebih lagi apabila terpandangkan iklan tentang ini:


Nak pergi la...Sungguh menggamit-gamit hati dan perasaanku. Rupanya aku termissed yang kat KL punya..mcmanalah boleh tak perasan. Kalau KL dekat sikit. Kalau pergi kat sini sekurang-kurangnya aku tahulah setakat mana perkembangan coklat dan permintaannya di Malaysia. Dapat idea-idea menarik ke...hurmmm.

Agak2 kalau ajak Ali dia nak pegi tak? Tapi hari Ahad kena pergi KL lak. Mcamana ni...!!

Thursday, February 11, 2010

Cerita Si Beruang Itu

Salam Semua. Semoga anda dirahmati Allah swt.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan dan semangat yang diberikan kepada saya dan keluarga. Walaupun hanya disampaikan melalui tulisan dan coretan..impaknya tetap dirasakan. Thanks you olls!! (skema lak rasanya ayat nih)

Saya tidak ingin menyambung citer sedih walaupun hati masih lagi walang. Gelak tawa riang anak-anak buah masih lagi terbayang-bayang dihadapan mata...Ya! hidup mesti diteruskan. Itu nasihat anda dan saya akur!

Jadi pada hari ini saya nak cerita pasal anak-anak beruang saya yang ada di kedai saya. Walaupun kedai saya ni masih baru, tapi tidak sangka sambutan yang anda berikan membuatkan saya teruja. Menjual soft toy bundle ni menjadi keutamaan saya sejak kebelakangan ini. Memula ingat nak buat online saje. Malas nak bawak ke sana ke sini, pegi ekspo bagai. Tapi bila sesekali test market pada hujung minggu pergi kat taman permainan di tepi tasik Ayer Keroh tak sangka lak ramai yang berminat. Jadi sempena cuti CNY ni kitaorang pun dah sewa tapak niaga, kongsi dengan adik ipar. Dia nak berniaga anak pokok gaharu. Insyaallah mulai  esok 11 Feb hingga hari ahad 14 Feb.


Tapi jual melalui online pun best gak. Baru-baru ini saya mendapat customer daripada kalangan orang yang fofular...wah! sapa tuh? Jeng!jeng!jeng!

Malam ni tido bolehla I pelok beruang nih...hahaha

Ha...inilah dia. Sure semua orang kenalkan dengan Suhaimi Sulaiman. Kebetulan dia datang Melaka hari Sabtu lepas (6 Februari 2010) so, boleh serahkan melalui tangan (by hand). Bestlah dia ni, sporting aje bila cakap nak amik gambar dan nak masukkan dalam blog...dia kata no hal. Ali yang serahkan kat dia...Tapi yang tak bestnya terlupa nak bergambar bersama dia...teruja punya pasal lah tu...hehehe!

Beruang yang dia pegang tu memang yang paling besar yang aku jual dan brand new lagi. Walaupun aku jual yang bundle punya, brand new pun ada gak. Tapi tak banyakla...Beruang macam ni TINGGAL SATU aje lagi. Sempena Valentine Day dan CNY yang akan datang ni cepat-cepatlah beli untuk orang tersayang...(ceh! sempat lagi pomot tuh!) Harga RM130 dan free postage lagi. Apalah nilai itu jika dibandingkan dengan kasih sayang anda pada seseorangkan...betul tak?

Jadi kepada sesiapa yang nak beli tu ...., pegilah kat blog aku yang lagi satu tu...isi form kat bawah tu...kat bahagian item..tulis BEAR YANG PALING BESAR!.so aku tahulah bear yang mana satu...tapi disebabkan ianya tinggal 1 UNIT sahaja, jadi sapa cepat dia dapatlah ye...

So kepada semua, selamat bercuti panjang sempena perayaan Tahun Baru Cina...
bestnya CNY ni sebab dapat makan limau banyak2...lepas ni nak belilah satu kotak kat Jusco Ayer Keroh...emm...mesti best sama-sama sibuk dgn orang Cina yang nak beli tu kan...berebut2!! boleh gak sama-sama memeriahkan sambutan perayaan dorang...kita kan 1Malaysia!!

p/s : Jika balik kampung tu...SILA berhati-hati di Jalanraya...Ingatlah Orang Yang tersayang....

Wednesday, February 3, 2010

Go Grooming Girl!

(Perhatian: Entry ni mempunyai kepanjangan yang luar biasa...harap maklum)

Hari-hari yang dilalui sekarang merupakan episod yang sangat menggembirakan. Detik-detik ini memang dinantikan sejak sekian lama. Cukuplah 15 tahun aku berpenat lelah bekerja untuk orang lain, pergi-balik kerja, punch in, punch out, kena marah kena herdik, esok datang balik, jumpa balik orang yang marah dan herdik kita, nak cuti kena minta kebenaran, anak sakit kena tanya boss boleh cuti ke tidak, nak pegi melancong kena tengok keje banyak ke tidak, stress memanjang, hipokrit ramai dan bermacam-macam dugaan yang membuatkan aku apabila setiap pagi bangun tidur berdoa agar dapat berhenti kerja secepat mungkin.

Alhamdulillah, 30 Mei 2009 aku berjaya melepaskan diri aku daripada kerja 8-5. Kauorang taulah masa tulis surat tu dalam hati dok kata betulke keputusan yang aku buat ni, dan sebelah lagi kata... Ila, inilah masa yang ditunggu-tunggu. Memang betul. Apabila surat dihantar kepada boss, rasanya itulah saat yang paling melegakan atau dalam lain perkataan menggembirakan sebab selepas itu bibir aku tidak putus menguntum senyuman...

Kenapa aku kata hari-hari yang menggembirakan?? yelah selain daripada banyak masa untuk keluarga, pagi-pagi lepas hantar anak ke sekolah, masa rakan-rakan lain bersesak-sesak nak pergi kerja...aku boleh pegi aerobik kat Bukit Serindit, ramai kat situ, pelbagai bangsa ada. Free lagi. Lepas tu gi mentedarah sarapan beberapa bungkus nasi lemak ke, roti canai ke..tapi biasanya aku makan bee hoon sup aje (nak cover la tu...)
Petang lepas hantar anak ke sekolah agama, aku relax2 kat secret recipe ke, coffee bean atau starbuck ataupun di kedai mamak subaidah sambil melayari internet..fuhh...heaven rasanya.

Emm...jadi mesti awak orang berkata-kata apa barang kaitannya berenti keje dengan grooming ni? Relaks! baca selanjutnya ok....

Yelah, lepas berhenti kerja ini aku dapat melakukan kerja-kerja yang aku minat untuk diri aku dan tidak terikat dengan mana-mana syarikat. Aku bergerak sendiri dengan erti kata lain menjadi freelance. Aku jadi freelance trainer. Ada beberapa kursus yang aku buat seperti Protokol, Pengurusan dan Pengacaraan Majlis Pengurusan Pejabat...tetapi aku lebih fokus kepada Profesional Grooming.

Apa yang profesional grooming ni ajar? emm..pastinya semua yang aku suka. Cara berpakaian. Kalau lebih detail dalam bab cara berpakaian ni ialah bagaimana pemilihan baju, materialnya, warna yang sesuai, make up ke pejabat, catwalk, sosial etiket dan table manner. Modul ni taklah rigid sangat, masih boleh diubah-ubah mengikut keperluan sesuatu organisasi/syarikat.
Mcm nilah cara catwalk yang betul!!

Aku perhatikan sekarang makin ramai lak yang berminat untuk menghantar staf dorang untuk pergi kursus ni. Kebanyakannya kakitangan yang sering berurusan dengan client, bahagian khidmat pelanggan, perhubungan awam, marketing, setiausaha, pembantu peribadi, agen insuran, multi level marketing (mlm). Ada gak yang hantar staf kerani dan pegawai datang dengan alasan mereka ni datang kerja pakai baju macam nak pergi rumah orang kahwin pun ada...lip...lap...lip...lap. Pergi rumah kematian pun ada...semua hitam, atas bawah depan belakang. Pakai sandle mcm nak pegi pasar malam pun ada...hehehe...macam-macam kan.

Tapi tak boleh nak salahkan diorang ni. Kat sekolah dan universiti mana ajar cara berpakaian mengikut situasi. Masing-masing selama ni berpakaian mengikut apa yang ada dalam majalah, tengok kengkawan, tengok baju cantik maka oklah kalau pakai pegi opis. Tengok artis pakai blouse dan talipinggang besar, pakai lengan extended...semua tu sebenarnya tidak boleh pakai ke pejabat. Lagi satu ramai orang tak suka bersolek ke pejabat sedangkan ia satu keperluan, terutama yang sering berhadapan dengan pelanggan atau business network. Dahlah tak pakai make up, lipstik pun tak nak pakai...pucat lesi la muka macam orang sakit atau kematian suami...langsung tak matching dengan imej syarikat anda yang mempunyai misi dan visi tinggi melangit...

Make up tu bukanlah bermaksud anda kena make up tebal-tebal macam opera cina, tapi memadai menggunakan bedak kompak, blusher, lipstik, celak dan pembayang mata. Kalau dah biasa sekejap aje masa yang diambil. Tak sampai pun 10 minit. Aku yang anak ompek ni pun masih sempat menguruskan anak-anak ke sekolah, membuat sarapan setiap pagi dan bersolek untuk ke tempat kerja..(masa bekerja dulula..)

Mana muka modelnya ni..tak nampak lak

Kenapa grooming ni penting? Sapa tau angkat tangan...er..takpe lah biar aku jawabkan soalan itu. Sebab bila anda tahu macamana nak berpakaian yang sesuai mengikut masa, situasi dan majlis yang dihadiri, anda tidak akan rasa janggal, ia membantu meningkatkan keyakinan diri dan mengikut kajian, orang yang berkeyakinan tinggi ini mempunyai prestasi kerja yang memberangsangkan. Malah yang paling best...orang yang berpenampilan menarik ini lebih mudah untuk mendapat kenaikan pangkat!!

So mesti dah berdetik-detik dalam hati korangkan...macamana pula dengan ungkapan Don't Judge a Book By its Cover?? Haa...ungkapan ini jangan digunakan masa nak pergi interview tau atau masa first time nak jumpa bakal mak atau pak mertua...! Merana awak nanti.!

Monday, January 18, 2010

Ila-Ali akhirnya saudagar Soft Toy Bundle


Alhamdulillah, akhirnya sampai gak hajat Ali nak jual soft toy bundle ni...Almaklumlah dia peminat baju-baju bundle. Satu hari aku cakap macam berminat nak jual soft toy bundle kat internet. Lagipun walaupun kebanyakkannya barangan terpakai, conditionnya masih elok dan cantik-cantik. Tak sangka Ali suka dan dia terlebih excited...Katanya ujung-ujung minggu boleh jual secara Car Boot Sale kat mana-mana yg ramai orang...Sib baik kat Melaka ni byk aktiviti ujung minggu anjuran Kerajaan Negeri.





Kitaorang amik bundle gred A dan yang dah siap cuci punya. Tu yg banyak elok-elok lagi tu

Bila bukak...mak oiii...banyaknya toy...kitaorang anak beranak yang teruja...cantik-cantik, gebu-gebu dan memasing dah cop masing-masing punya toy..Baby Fasya nak Bunny, Ariff dgn snake hijaunya..si kecik..masih konpius..nak yg itu ke atau nak yg ini...sib baik si abang dah tak heran dah...dah sekolah menengah katakan...

Betulke aku nak jual ni...
Soft toy ni mostly dari luar negara seperti US, Australia, Japan dan ada juga yg local tapi sedikit aje. Paling bestnya anda boleh dapat branded item dgn harga yang sangat murah.Kami menjual ni pun sedikit sebanyak dapat support recycle campaign untuk alam sekitar.

Baru nak cuba-cuba dlm bisnes ni..korang doakan kitaorang berjaya ye...Kalau nak beli atau nak bagi hadiah kepada yg istimewa, sahabat baik, anak buah/mak we/pak we/ tunang/  atau sesapa saje yg punya birthday ke yg dok area Melaka kitaorg boleh sediakan service penghantaran door to door. Atau beli nak poskan kat tempat lain pun boleh...kot nak bagi suprise kat sapa-sapa ke....Insyaallah, takde masalah..

Bolehlah tengok-tengok soft toy yang cute-cute kat KEDAI SOFT TOY ILA-ALI


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails