Followers

Friday, December 31, 2010

Jangan Pandang Ringan Kuasa Azam

Wow, 2011 semakin menghampiri...2010 usah merajuk membawa diri. 2011 belum pasti, 2010 telah menabur bakti. 2011 disambut penuh harapan dan kegembiraan, 2010 dilepaskan dengan penuh kebanggaan. Sejarah telah terukir di tahun 2010, moga 2011 meneruskan legasi kejayaan. Insyaallah!

Tadi seorang teman baik memberitahu bila aku tny apa azam tahun baru via sms. Jawabnya `ala ila, aku memang tiap-tiap tahun tak ada azam. Hidup, aku teruskan macam biasa. So far ok la...'

Well, lain padang lain belalangnya. Lain manusia, lain pembawakannya. Masing-masing ada pendirian masing-masing. Tapi aku sangat mempercayai hikmah disebalik `azam' yang diletakkan di setiap tahun baru, tak kiralah tahun baru Masihi ataupun di tahun baru Hijrah. Bagi aku azam seperti satu matlamat yang ingin aku capai dan `akujanji' pada diri sendiri bahawa aku ada tanggungjawab yang belum diselesaikan lagi.




Sejak beberapa tahun kebelakangan ini azam aku telah menunjukkan kematangan dari segi semangat untuk mencapainya. Dulu-dulu mungkin ikut trend. Bila orang tanya baru nak fikir. Lepas tu lupa dan tidak ada semangat nak mencapainya. Tetapi bila aku mula serius tentang matlamat yang ingin dicapai, alhamdulillah, dalam kesukaran untuk mencapainya, akhirnya kita berjaya dan kemudian kita lebih menghargai kejayaan yang dicapai. Mungkin bila dah ada impian, kita mula fokus tentang bagaimana nak mencapai impian dan berusaha sehabis daya.

Azam tahun 2010 memang tak banyak, tetapi aku pastikan ia realistik dan boleh dicapai dalam keadaan yang serba kekurangan ini. Impian nak menghantar mak dan abah menunaikan umrah tercapai. Impian nak menambah aset pun tercapai walaupun hanya dapat membeli suku ekar tanah. Beli tanah ni pun tak dijangka, impian tertulis adalah ingin menambah saving sebanyak RMXXXXX, tetapi, tiba-tiba ada kawan tanya nak beli tak tanah dia. Dia amat memerlukan wang masa tu, so aku ckp tak cukup duit. Dia kata boleh bayar secara ansuran selama beberapa bulan, tetapi  meminta bayaran pendahuluan yang mampu aku bayar. Alhamdulillah. Nilai tanah itu sekarang 2 kali ganda dari jumlah yang aku beli dan bila aku fikir-fikir, walaupun simpanan aku menyusut tetapi rupa-rupanya nilai tanah itu melebihi dari target simpanan tahun 2010 yang aku harapkan.

Inilah maksud aku tentang azam aka niat. Jika kita ikhlas tentangnya, Allah akan bantu dari segala sudut yang tidak kita jangkakan. Percayalah dan mulalah berazam serta berusaha ke arahnya. Insyaallah ada kebaikannya di penghujung jalan.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011.....(disertakan dengan percikan bunga api.....)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails