Tapi, bersyukurlah kita kepada pencapaian yang sedikit, sekurang-kurangnya kita mara ke hadapan. Malanglah kita sekiranya masih ditakuk lama dalam segala segi dan lebih malang jika kita sendiri tidak menyedarinya...
Semoga tahun 1432H ini akan membawa sinar baru ke tahap kehidupan yang lebih bermakna untuk keluarga, bangsa dan agama. Insyaallah.
Jangan lupa petang ni kita baca doa akhir tahun dan awal tahun ye!
Doa akhir tahun dibaca 3 kali selepas waktu asar atau sebelum waktu maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini syaitan akan berkata "Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"
Doa Awal Tahun pula hendaklah dibaca 3 kali selepas sembahyang Maghrib pada malam 1 Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata : "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".