Followers

Sunday, November 21, 2010

3 Jelitawan Dambaan Jiwa

Cerita ini telah berlaku seminggu sebelum cuti persekolahan berakhir. Memang banyak peristiwa penting berlaku pada minggu-minggu terakhir persekolahan. Ada yang mengembirakan dan ada juga yang menyedihkan. Malah ada juga yang mengalami kedua-duanya sekali iaitu yang gembira, yang sedih juga yang menyakitkan.

Begitu juga bagi ketiga-tiga jelitawan ini. Jelitawan ini memang dambaan jiwa kami. Kasih kami kepada mereka umpama aliran air yang tiada hentinya, senyuman mereka umpama air hujan yang menyiram bumi, keletah mereka umpama filem indah yang diharapkan tiada penghujungnya. Merekalah juita hati kami, Mir Fasya Aina bte Muhamad Ali, Farah Wahidah bte Jumari dan An-Nur Tasnim bte Al Mansor. Ketiga-tiga mereka mempunyai banyak persamaan. Mereka sama-sama merupakan anak ketiga. Sama-sama merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga.  Mereka tinggal bersama di taman perumahan yang sama. Malah sering ke sekolah agama bersama-sama sama ada di hantar oleh ibubapa Farah, Fasya ataupun An-Nur. Seminggu sebelum cuti persekolahan itu mungkin saat yang menggembirakan bagi mereka.



Memang ada sebab untuk mereka gembira. Ketiga-ketiga mereka mendapat hadiah di Majlis Penyampaian Hadiah Sek Ren Agama (Jaim) Ayer Keroh Melaka. Fasya mendapat hadiah matapelajaran terbaik Ulum Syariah tahun 2 (tahun ni Fasya tak dpt hadiah kedudukan dlm kelas sebab dapat no 4), Farah mendapat hadiah kedudukan ketiga dalam kelas tahun 2 dan An-Nur mendapat hadiah matapelajaran terbaik Jawi tahun 1.



Tetapi ada cerita sedih sebelum gambar-gambar ceria ini dirakamkan....


Fasya, memang sentiasa excited dalam semua benda yang dilakukan (kecuali kalau disuruh tolong mama buat kerja rumah :). Hari itu sebaik sahaja sampai ke sekolah dia pun berlari-lari kegembiraan dan dengan becok menegur sahabat-sahabatnya dan guru-guru yang bertembung dengannya. Sesekali datang kepadaku untuk memberitahu itu dan ini atau meminta itu dan ini. Aku juga mengambil kesempatan untuk bersembang dengan ibubapa yang kukenali di sekolah itu. Maklumkan masing-masing sibuk, jarang sekali berjumpa. Peluang itulah baru boleh nak bersembang- sembang.

Dalam jarak tidak sampai 5 minit, Fasya kembali kepadaku dengan muka yang yang berkerut-kerut seperti menahan tangis, terbongkok-bongkok dan dalam suara yang tersekat-sekat memberitahu dia jatuh. Aku menyelak kain sekolahnya. Kelihatan luka dikedua-dua belah lututnya dan disebelah kiri tangannya. Mulutnya diketap menahan sakit. Air mata kelihatan bertakung dikelopak matanya. Mungkin malu dilihat kawan-kawannya. Segera ku bawa ke bilik guru untuk rawatan kecemasan dengan dibantu Su dan Mansor, ibubapa An-Nur. Melihat keadaannya yang seperti tidak dapat menahan sakit, Ali mencadangkan agar di bawa ke klinik berdekatan.


Fasya ketika menunggu giliran

Teruk jugalah tengok lukanya. Luka dilutut sebelah kiri macam calar aje, tetapi lutut disebelah kanan kelihatannya macam nampak isi memutih dan darah keluar tidak berhenti-henti. Ngeri jugak tengok. Itu yang fikir kena juga di bawah jumpa doktor.

Tapi masalahnya, lepas aje jumpa Dr, macam terkena ubat magic, dia boleh aje terus berjalan. Masa mula-mula tadi berdukung ke klinik. Kita ingatkan sakit la sangat. Lepas tu, hantar semula ke sekolah. Memang rezeki Fasya, sampai aje di sekolah, terus namanya di panggil untuk menerima hadiah. Lepas tu terus senyum dan lupa segala sakit yang dihadapi.

Tengok tu siap boleh main lagi.....

Kita punyalah risau kat dia tadi. Memang anak-anak adalah penguji jiwa raga. Mereka intan, mereka jugalah paku payung..ahaks. Bagi ketiga-tiga anak dara kami ini, moga membesar menjadi serikandi keluarga, negara dan agama...Insyaallah!




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails