Followers

Tuesday, November 16, 2010

Happy Eid Dul Adha to All


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Hari ini 9 Zulhijjah. Tahun ini dapat aku menunaikan puasa sunat sebanyak 2 hari iaitu 8 dan 9 Zulhijjah. Rupanya banyak fadhilat yang tersembunyi disebalik tarikh ini yang tidak kuketahui sebelum ini. Ya Allah, jahilnya hambaMu ini. Terima kasih di atas sebaran maklumat tentang 9 Zulhijjah di laman Facebook (FB). Siapa kata FB ini tak baik?? Sebenarnya ia bergantung kepada bagaimana anda manafaatkan fungsinya...


Ok dah out of topic dah ni.


Saban tahun apabila kita menyambut Hari Raya Aidil Adha, apakah yang kita perolehi daripadanya. Adakah hanya kegembiraan menyambut hari raya? Dapat daging korban? balik kampung? bercuti? makan yang enak-enak? Hmm...dulu memang itu sahaja yang aku fikirkan.


Menginsafi mesej di sebalik sambutan Eid Dul Adha ini membuatkan aku terfikir bahawa selama aku hidup ini apakah pengorbanan yang telah aku lakukan untuk menegakkan syariat Allah. Simbolik penyembelihan Nabi Ismail Alaihisalam adalah berkenaan Tauhid, pengukuhan iman dan pengorbanan paling tinggi dalam dunia iaitu pengorbanan jiwa dan raga.(ujian kepada si ayah dan kesanggupan si anak menunaikan perintah Allah).


Hari ini juga korban lembu, kambing juga dianggap sebagai penyerahan dan pengorbanan sebahagian harta dan haiwan ternakan demi mengharapkan keredhaan Allah. Antara fadhilatnya apabila kita berkorban ialah :


Dalam satu riwayat daripada Aisyah, disebutkan bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:”Tidaklah keturunan Adam melakukan suatu perbuatan pada hari nahr yang lebih dicintai Allah selain mengalirkan darah (menyembelih haiwan korban). Haiwan sembelihan itu akan datang pada hari Kiamat membawa tanduknya, kukunya, dan bulunya. Sesungguhnya darah haiwan sembelihan itu sampai kepada Allah lebih dahulu daripada sampai ke tanah. Maka sucikanlah diri kamu dengannya.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tarmizi).


Patutlah dulu ustaz pernah cakap siapa yang berkorban diakhirat nanti kita boleh menaiki binatang yang dikorbankan semasa menghadapi kesukaran di padang masyar.  Pengorbanan ini juga mampu mendekatkan kita kepada pencipta kita


Ya Rabbi! Ya Razzak, Ya Jabbar, Ya Rahman, 


Selamat Menyambut Eid Dul Adha kepada semua yang beragama Islam seluruh dunia!!


Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails