Followers

Thursday, May 27, 2010

Tangkap Lentuk Bila Berdua-duaan...


Bila kali terakhir anda bercuti berdua-duaan?
Berdua-duaan maksudnya anda dan suami anda sahaja...Kiranya ala-ala honeymoon gitu. Kami last sekali 14 tahun dulu iaitu honeymoon ke Medan selepas majlis perkahwinan kami dulu. Lepas tu tak ada.

Kitaorangkan sebenarnya memang dah lama rancang nak pergi cuti berdua-duaan. Konon-kononnya nak pergi Bali la...romantik gitu, tapi kalau ke sana takkanlah kejap aje...rugi lak nanti. Paling2 kejap pun 3 hari 2 malam. Baru berbaloi. Tak jadi. Sebab rasa lama. Then rancang dalam negara pulak macam Pangkor Laut..private yet exclusive..berromantika tanpa gangguan. Memang nak sangat pergi, tapi tak jadi jugak. Bertahun-tahun gak rasanya dok plan, semuanya end up dengan setakat itu saja. Sebabnya...akulah! Aku tak sanggup tinggalkan anak. Risau masa kitaorang takde apa-apa berlaku kat anak ke...dok fikir yang bukan-bukan. Lagipun masa tu Aqiel masih menyusu badan.Sekarangpun masih menyusu lagi walaupun dah 3 tahun lebih, tapi kalau aku tak ada sekarang ni dia nak minum susu botol. Tapi tu sebenarnya alasan aje..kalau nak boleh aje, tapi entah kenapa aku tak sanggup tinggalkan mereka tanpa ada aku atau Ali. Kalau aku pergi outstation, Ali ada. Kalau Ali outstation aku ada. Tapi kalau dua-dua tak ada dengan anak-anak, satu perasaan risau entah apa-apa timbul dalam hati aku.


So, setelah sekian lamanya Ali dok ajak, last weekend aku setuju tapi dengan syarat dekat dan tak lama. So, The Legend International Homes, PD jadi pilihan. 2 hari 1 malam. Dekat dan tempat tu aku tengok kat internet macam cantik. Lebih-lebih lagi kat dalam bilik ada private swimming pool. Tu yang aku suka tu. 

So hari Sabtu tengahari kitaorang gerak dengan pelbagai pesanan yang aku tinggalkan kat Bibik dan Shahmie,   anak sulungku. Bukan setakat pesanan, peti ais pun aku penuhkan dengan makanan, buah-buahan, biskut dan segala macam lagi macam takut betul dorang kebuluran. Pada hal esok petang dah balik. Paling lega apabila si kecik Aqiel tak menangis. Dia rasa macam mama dengan babah dia nak pergi keje aje. Kalau dia menangis hari tu mesti aku angkut dia sekali...dan mesti Ali tarik muncung 14 inci!! Boleh sangkut baju di situ..ahaks!

Kami check in pukul 3 ptg. Cantik hotel tu. Lain daripada hotel-hotel yang pernah kami pergi sebelum ni.     Bagaikan terapung di laut Port Dickson. Masuk aje bilik ...walla..cantiknya. Luas sangat untuk kami yang berdua ni. King bed dua, TV Lcd 32", dapur yang cantik, bilik airnya dan of course, swimming poolnya. Apa lagi terus terjun kolamla. Teruja sangat tengok kolam tu..sejuk dan nyaman sekali. Siap ada air pancut lagi. Lepas tu dah lapar, jalan-jalan cari makan. 
Petang tu kitaorang jalan-jalan sambil berpimpinan tangan, borak-borak dan gelak-gelak, bergurau senda, bertepuk tampar..lama dah rasanya tak buat benda tu tanpa gangguan. Kalau tak, baru aje yang jiwang-jiwang, ada saja yg ganggu. Tetiba rasa macam bercinta zaman muda-muda aje. Senyuman sentiasa terukir dibibir, berkepit macam orang kembar siam...wah! indah sungguh!! Malam lak lepas so called `candle light dinner' kat bandar Port Dickson jalan perlahan-lahan balik bilik sambil memaut tangan Ali dan lentukkan kepala di bahunya yang broad shoulder tu..emm...bahagia rasanya. Sampai bilik, lampu disamarkan dan kitaorang pun buka ...................................... vcd citer hindustan pulak.....ha! korang ingat apa tadi?!! hehehe..(konon-konon tengok wayangla...citer love story) punyalah lama Ali beli masa kat India ari tu, masa berdua-duaan baru dapat tengok. Biasalah citer hindustan lama durasinya. Pukul 3 pagi baru habis.
Esoknya lepas sarapan dan mengambil gambar kenang-kenangan, kami berangkat pulang ke Melaka. Walau singkat, tapi ianya sangat memberi makna kepada kami. Kalau aku tahu bestnya macam ni, dah lama dah aku pergi bercuti berdua-duaan. Dan mulai sekarang, aku akan jadikan percutian berdua ini sebagai aktiviti tahunan kami. Tak kisahlah kat mana-mana pun, janji berdua-duaan sehari atau 2 hari.

Percutian seperti ini boleh recharge dan semarakkan kasih sayang antara kami berdua. Ialah asyik kerja, anak, kerja, anak sampai muka dua-dua nak senyum pun susah. Baru nak sembang, telefon berbunyi. Baru nak manja-manja anak dah kacau. Dahlah jumpa hujung minggu aje...

Bagi sesiapa yang belum dapat bercuti berdua-duaan tu terutama yang dah kahwin lama, aku sangat mencadangkan agar korang pergilah ber honeymoon. Memang betul banyak cara untuk semarakkan cinta, tapi ini salah satu daripadanya!

14 comments:

wadud@duad said...

pergh romantik..:-) bila la saya nak dapat macam tuh.. :p awai lagi.. tapi berangan dulu.. salam kenalan teman baru.. :-)

kakcikseroja said...

Wah.. romantiknya... :)

Oh Malaysia said...

wah bestnya akak. berbulan madu lagi. hehe... cantik hotel tu. walaupun sikit je gambar. hehe... semoga akak berbahagia selalu di samping suami dan anak2..

ila-ali said...

wadud@duad :bila da berdua sok, pergilah ye! salam perkenalan juga dr akak.

kakcikseroja : cantiknya nama kakcik.Baru berkesempatan..tu yg rasa best sgt tu! kakcik dah ke??

Oh Malaysia :amir, gmbr byk tapi segan nak upload. Tkasih atas doa..amir bila lagi?;)

♥CIK SHA♥ said...

so lovely!!!

semoga akak sentiasa berbahagia bersama suami tersayang dan anak2..(^_^)

kiLaLaLa said...

wow..
so sweet...

ila-ali said...

CIK SHA : Tenkiu

kilalala : tenkiu to u too...

Lynn Nasir said...

salam,

owh..syahdunya.....tgk hindustan ngan suami sampai kul 3am :p apala,potong stim je :D kakaka! gurau2 di awal pagi gituuu..hehe!

touyakaruma said...

Nak pergi honeymoon gak .... EH ! Saya tak kawen lagi

zella y said...

sungguh romatik!!
ni yg nak cpt2 kawen ni hehehhe

enjelinajolipit said...

perhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
mcm sonok hotel nya.
terus cancel nak gi singapor.
kehkeh!!

maslinamansor said...

bestnya...
macam mula2 kawin kan...
Berendam bersama2 yer.... :)

TK said...

Hi! Cantiknya hotel tuh you..bestkan berdua-duaan sekali sekala..Bila la saya nak berdua2 lagi..Maid dah balik endon..sape nat tgok bebudak tu..

ila-ali said...

Lynn Nasir : Entah2 citer hindustan yg tgk kitaorg tak?*wink, wink*

Touya : Cepat ar kawen...rugi lambat2 ni!

Zella : u pun sama..ckp dgn encik matahari, bulan depan jugak kena kawen.

enjelinajolipit: I try masuk blog u, tapi ak bolehlah dari link yang u bagi tu..nape ek!!

maslinamansor: berendam sama-samala apa lagi..;D

TK : best tau dpt berdua-duaan wpun sekejap aje! u shd try!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails