Followers

Tuesday, January 5, 2010

Peluklah...

Mmm..peluk sapa lak ni??
Takdela...sekadar mengingatkan diri sendiri tentang bagaimana pentingnya menunjukkan kasih sayang kepada anak. Mengikut kajian, anak-anak yang selalu dipeluk iaitu sekurang-kurangnya tiga kali sehari akan menjadi anak yang mendengar kata, bijak dalam pelajaran, mudah dibentuk, mempunyai jati diri dan mempunyai daya kepimpinan yang tinggi.

Kalau anak yang kecil memanglah selalu dipeluk, dicium, ditimang dan selalu kita beri kata-kata sayang...tetapi bagaimana pula anak yang dah bersekolah...Tanpa sedar semakin anak kita membesar semakin kurang pula kasih sayang ditunjukkan, malah makin kerap dimarahi, ditengking-tengking, dibentak-bentak...pantang anak tu salah sikit, atas alasan ingin `mengajar' ada yang menghamburkan kata-kata yang tidak sepatutnya sebagai seorang ibu...

Anak yang sering dibentak-bentak dan dimaki hamun akan melahirkan individu yang keras hati, pendendam, akan terlibat dengan anasir-anasir kurang sihat dan menjadi kurang sayang kepada ibu atau bapa yang sering memperkecilkannya...Nauzubillah!

Walaupun begitu bukanlah bermaksud anak tidak boleh dimarahi, tapi mestilah diterangkan sebabnya. Mungkin kita juga boleh mengambil pendekatan denda dan reward. Maksudnya kalau dia melanggar arahan, tarik keistimewaan yang diberikan. Contohnya tak boleh main game pada minggu itu. Kalau dia berbuat baik maka adalah sesuatu yang dia seorang sahaja yang dapat disebabkan kebaikan yang dibuat...saya rasa daripada memarahi anak sampai kitapun naik `hantu', almaklumlah bagi yang bekerja...berkeluarga, cepat sungguh angin naik kepala...tapi mungkin cara ni dapat membantu kita menanganinya...

Saya pun cakap untuk diri sendiri jugak..maklumlah dah ada anak bujang yang semakin meningkat remaja ni, kena tahu pendekatan terbaik untuk mendidik anak...

Apa-apapun bermula hari ni boleh tak peluk anak sekurang-kurangnya 3 kali sehari??

2 comments:

Anonymous said...

kalau laki macam mana lak? Terutama laki yg jumpa hujung2 minggu je ...

ila-ali said...

tu maknanya kena peluk ujung mgu aje la...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails