Followers

Friday, January 22, 2010

Ujibakat AF8 Esok



Perhatian kepada semua peminat-peminat Akademik Fantasia (AF) yang tinggal di Sabah dan Sarawak, jangan lupa esok dan lusa(23 & 24 Jan 2010) satu ujibakat pencarian bakat-bakat baru AF8 akan diadakan di Hotel Promenade, Kota Kinabalu dan Hotel MARDEKA Palace, Kuching, 23 & 24 Jan.


So, sesiapa yang perasan berbakat besar (syy..tapi selalunya orang Sabah dan Sarawak ni ramai yang berbakat)  jangan lupa temujanji anda esok dan lusa.
 
Haa..jangan pakai pergi aje...cekidaud (bak kata Haniz Zalikha) syarat-syaratnya:

1) mestilah warganegara Malaysia atau Singapore dan bukan artis yang menaung dibawah mana-mana syarikat rakaman.

2) berumur di antara 18 - 45 tahun

3) salinan kad pengenalan serta dua keping gambar berukuran 4R (gambar profil dari paras pinggang) dan;

4) boleh menyanyi secara 'acapella'



Kaunter pendaftaran dibuka dari pukul 9 pagi hingga 1 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakan.Kalau tak nak berasak-asak mengisi borang permohonan anda boleh download aje kat website rasmi AF iaitu http://www.astro.com.my/akademifantasia

Dengar citer dah setakat Sabtu Ahad pertama (9 & 10 Jan) hampir 2000 orang  dah diujibakat...dasat tu...

Lagu-lagu pilihan untuk peserta wanita:


1) Gagap - Stacy

2) Jika Kau Ubah Fikiran- Mila

3) Tak Mungkin Kerana Sayang - Alyah

4) Dan Sebenarnya - Yuna

5) Di Taman Teman -Siti Nurhaliza

6) When You’re Gone - Avril Lavigne


lagu-lagu pilihan peserta lelaki:

1) Situasi -Bunkface

2) Hujan -Sudirman

3) Ada Untukmu -Nubhan

4) Berdendang Dalam Tangisan -Jamal Abdillah

5) Fikirlah -Aizat

6) I’m Yours -Jason Mraz

So, macamana? best-best tu lagu-lagu pilihan...Pilih lagu yang terbaik dan sesuai dengan suara anda tau...kalau tak,  baru U nak nyanyi juri dah bagi kad merah...penat aje datang jauh-jauh!. Juri-jurinya dengar kata sangat cerewet dan pemilihan kali ini lebih ketat berbanding AF sebelum ni...
 
Juri AF8 ialah Lah VE, Deja Moss, Fairus Hussain dan guru vokal Syafizawati Shariff (Cikgu Syafi) dan dua orang juri lagi untuk mengenalpasti perwatakan ialah Dr Fazley Yaakob dan Dr Azahari Othman..


 Sebelum ni dengar kata ramai betul peminat-peminat AF yang datang ujibakat. Lokasi ujibakat yang dah selesai ialah: 
 
  1) Kompleks Sukan Bukit Jalil,Kuala Lumpur, 9 - 10 jan

2) The Zon Regency Hotel, Johor Bahru, 16 - 17 Jan

3) Redbox Gurney, Plaza Gurney, 16 & 17 Jan

Akan datang
4) Hotel Promenade, Kota Kinabalu, 22-24 Jan

5) Hotel MARDEKA Palace, Kuching, 23 & 24 Jan

6) Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 30 & 31 Jan

So, bagi sesiapa yang nak pergi tu saya ucapkan Good Luck. Semoga anda berjaya!!

7 comments:

Jard The Great said...

kamu tak gi ke? ehehe

MIR GetStylo said...

Jard The Great : Klu dia buat kat sini I pegi le...(sini tu myhometown-Melaka:)

zella said...

juara yg lepas2 pn xpopular kn...
ni dh nk cr org baru...
=p

MIR GetStylo said...

Zella : Tu lah pasal...tapi nak kata AF tak lagi relevan ramaii lak dtg masa audition...camne tuh!

MIR GetStylo said...
This comment has been removed by the author.
hans said...

owh
ko masuk ke?
gudluck
eh thanks visit blog aku
ex-change link?
apo tu?

MIR GetStylo said...

hans : Aku tak gi audition. Tak kuase... exchange link tu...aku add kau punya blog kat blog aku and u do the same la...caranya, kau sign in dulu lepas tu gi kat dashboard. Lepas tu klik kat add gadget. Kau gi kat bloglist dan kau letak url aku kat situ. nanti klu dah sudah bgtau aku...aku akn add kau punya laks..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails