Followers

Monday, January 11, 2010

Apabila dia menderita...

Hari ni dah 3 hari dia macam ni...bila makan aje muntah, be**k  cair, badan lembik aje...mukanya tak seceria selalu. Bagi makanan pun dia tolak tepi, air vitagen kegemarannya pun tidak dicuit....Kalau tak dialah penghibur, penyeri, pembuat sepah, mengacau semua orang...tapi 3 hari ni rumah sepi aje...Yang ada cuba suara rengekan....Kenapalah engkau wahai anakku, Mir Aqiel Azhad?


Hari Jumaat lepas, bawa dia ke klinik pakar kanak-kanak di Hospital Pantai Ayer Keroh, Melaka  selepas dia asyik muntah dan be**k cair banyak kali dalam sehari sebb risau takut keadaan menjadi semakin buruk. Dr bagi satu suntikan dipunggung...menjerit sampai aku rasa bergegar satu klinik...menangis sampai teresak-esak. Aku peluk erat, pujuk dia supaya dia tahu aku ada dan dia tak perlu risau lagi...Sian dia..dengan mata yang bergenangan, dia memandangku seperti memohon simpati...Aku peluk lagi dan kuusap-usap belakangnya. Tangisan dan sedunya makin perlahan. Lama-lama semakin menghilang. Hanya bekas suntikan dipeha yang ditunjuk-tunjuk tanda sakit...

Dr kata Aqiel kena rotavirus, virus ni bahaya untuk budak bawah 2 tahun. Boleh mengalami kekeringan badan kalau muntah dan b*rak berterusan. Aqiel dah nak masuk 3 tahun bulan 4 ni, jadi dr tak tahan wad melainkan keadaannya semakin teruk seperti muntah menjadi hijau, mata cengkung ke dalam dan be**k cair lebih 10 kali sehari diikuti dengan demam yang tinggi.Aku risau jugak kalau dia ditahan wad, macamana anakku yg lagi 3org tu..dahlah Ali keje kat KL, malam ni baru balik. Tapi dr kata kalau malam ni keadaan dia makin teruk nak tak nak mesti kena bawa masuk wad jugak..


Banyak jugak ubat yang doktor bagi..ubat tahan muntah, ubat cirit birit 2 jenis, ubat punggung dan prebiotik. Semasa kat klinik tu 2 kali juga aqiel membuang...sian dia..punggungnya melecet sampai nak sentuh pun dia tak bagi. Sebb tadi dah kena inject...so tunggu 6 jam lagi baru makan ubat yg dr bagi...Bawa balik umah, aqiel masih berak-berak dan muntah-muntah!Badannya semakin lembik dan pandangan matanya sayu aje, tak boleh berjauhan dgn aku..Klu aku bangun sekejap pun dia nangis...Hatiku...tak tau nak diterjemahkan macamana...dengan risaunya, dengan rasa kasihannya, berdebar-debar dan kegusaran...hanya Allah aje yang tahu! Kejap-kejap mengadu...mama...sakit perut...sambil menekan-nekan perutnya. Aku pun mengambil ubat angin dan menyapu ke perutnya yang lembik dan sedikit tenggelam gara-gara muntah dan cirit - birit. Semua makanan dan minuman yang ku bagi disambut dengan gelengan. Tapi alhamdulillah malam tidurnya tidak terganggu. Nyenyak sunggu dia tidur malam tadi. Aku yang tak nyenyak...asyik tersentak-sentak aje, terbangun bila teringatkan dia...

Hari Sabtu keadaannya nampak semakin baik. Cuma masa bangun tido dan selepas bagi susu yg telah dikurangkan sukatannya dan dicampurkan ubat cirit-birit, aqiel muntah lagi...habis susu keluar semua. Tapi cirit-birit dah berkurangan. Petang bagi susu campur ngan prebiotik, dia kena balik cirit-birit...abis seluar, baju semua kena. Lepas tu dia kembali lembik....macamana ni! Tanya Ali dia pun tak tau nak buat macamana...yang aku pasti kalau masuk hospital sure Aqiel kena cucuk jarum kat tangan untuk masukkan air dalam badan...Da lah anakku sorang ni kurus kering...tak sampai hatiku nak tgk tangannya kena cucuk...
Aku cuba bagi air masak sikit-sikit...klu bagi banyak sekali gus takut dia muntah kembali...nasib baik dia pun nak minum air suam, aku bagi 100 plus sebb dia taknak minum ubat garam yg doktor bagi, abis muntah balik...100plus ni dia minum ok la pulak..tu pun bagi sikit2.

Aqiel dan abangnya sebelum kena Rotavirus

Alhamdulillah selepas 3 hari Aqiel menunjukkan perkembangan yg memberangsangkan. Air pun dia dah banyak minum, dah nak makan roti coklat twiggies kegemarannya, babahnya masak spagheti pun nak jugak makan...dalam hatiku berkata Alhamdulillah! Moga-moga Aqiel cepat sembuh dan boleh kembali bermain dengan kakak dan abang-abangnya.

Hati mama pun semakin lega sedikit bila tgk perkembangan yang memberangsangkan tu...setakat hari ni baru 1 kali muntah dan 1 kali buang air besar.

Penangan Rotavirus ni boleh tahan jugak...
Nak tau apa dia Rotavirus? ni masa sy tgh cari-cari maklumt tntg Rotavirus terjumpa artikel ni. Baca! Sgt penting utk pengetahuan ibubapa..

ROTAVIRUS
Rotavirus adalah sejenis virus yang mula ditemui di Melbourne, Australia kira-kira 26 tahun lalu dan ia disahkan antara virus yang sangat mudah berjangkit. Virus itu boleh kekal selama beberapa jam di atas kulit dan mampu bertahan beberapa hari pada permukaan keras. Ia juga boleh hidup selama seminggu dalam najis individu yang dijangkiti. Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Lee Way Seah, berkata rotavirus adalah penyebab utama cirit-birit teruk atau (gastroentiritis akut) di kalangan kanak-kanak di negara maju dan negara membangun.
"Dianggarkan 40 peratus kanak-kanak di seluruh dunia mengalami cirit-birit teruk dan ia pembunuh kedua tertinggi di kalangan kanak-kanak berusia bawah 5 tahun selepas pneumonia. "Mengikut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 2 juta pesakit dimasukkan ke hospital setiap tahun kerana rotavirus manakala seramai 440,000 pesakit menemui maut akibat cirit-birit teruk dan dehidrasi atau kehilangan banyak air," katanya.
Bagaimana mengenali jangkitan rotavirus?
Cirit-birit biasanya berlaku selama tiga hingga sembilan hari dan ia boleh berlanjutan sehingga tiga minggu. Dalam tempoh ini pesakit kanak-kanak boleh mengalami gejala demam, cirit-birit, sakit perut dan muntah pada bila-bila masa. Lee berkata, ramai ibu bapa menganggap masalah cirit-birit akibat jangkitan rotavirus sebagai sesuatu yang normal di kalangan kanak-kanak tanpa mengetahui ia sebenarnya boleh membawa maut.
"Di Malaysia, seramai 15,000 pesakit berusia kurang lima tahun yang datang mendapatkan rawatan dikesan dijangkiti rotavirus. Daripada jumlah itu, 9,000 dimasukkan ke hospital manakala 34 kanak-kanak maut hanya selepas disahkan positif rotavirus," katanya. Penyebab utama berlakunya rotavirus adalah tahap kebersihan yang kurang baik. Namun, jangan silap kerana negara maju seperti Amerika Syarikat juga mempunyai jumlah jangkitan rotavirus yang tinggi. Bagaimanapun, jumlah jangkitan akan menjadi lebih tinggi di negara membangun terutama jika tiada kemudahan perubatan yang baik serta tahap kesihatan yang kurang memuaskan. Rotavirus tersebar dengan mudah terutama melalui najis yang mengandungi rotavirus ke mulut, air tercemar atau alatan permainan disentuh pesakit. Virus itu juga mampu hidup di permukaan keras seperti tombol pintu, lantai dan udara. Simptom atau gejala biasa yang dialami kanak-kanak terutama bayi apabila dijangkiti rotavirus adalah demam disusuli muntah dan cirit-cirit menyebabkan kehilangan air dalam badan yang terlalu banyak sehingga boleh membawa maut. "Jarang kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus mengalami hanya satu daripada simptom jelas iaitu demam, muntah dan ciri-birit. Selalunya mereka akan mengalami ketiga-tiga simptom berkenaan atau paling kurang, hanya dua kesan jelas sebagai petunjuk dijangkiti rotavirus. "Cara untuk melihat sama ada anak anda kehilangan banyak air di dalam badan adalah dengan mencubit sedikit kulit di bahagian abdomen dan jika dilepaskan cubitan, bahagian kulit tidak kelihatan lembik atau jatuh," katanya. Jika cirit-birit dan muntah berlarutan tanpa rawatan di antara tiga hingga tujuh hari, pesakit boleh mengalami kekurangan nutrisi, kejutan serta degupan jantung yang tidak normal, tekanan darah rendah, penurunan kadar darah sehingga menyebabkan kegagalan buah pinggang dan kematian. Rawatan Setakat ini, tiada rawatan khusus yang boleh merawat rotavirus kerana ia adalah sejenis virus. Walaupun ia tersebar akibat persekitaran yang tercemar, membasuh tangan mampu mencegah tapi ia tidak boleh dihapuskan sepenuhnya kerana rotavirus sangat kebal serta mudah berjangkit. Kesedaran perlu ada di kalangan ibu bapa sebelum rotavirus menyerang dan menyebabkan tubuh kecil bayi anda merasai derita. Rotavirus boleh dikawal melalui pengambilan vaksin seawal bayi berusia enam minggu dan berakhir sebelum bulan ketujuh. WHO mengakui pembangunan vaksin rotavirus banyak membantu mengurangkan jangkitan dan kadar kemasukan ke hospital akibat virus itu. Vaksin yang mampu melindungi sehingga tempoh tiga tahun berfungsi merangsang badan untuk meniru tindak balas imunisasi secara semula jadi terhadap jangkitan rotavirus.

2 comments:

Unknown said...

kesian aqil, semoga cepat sembuh yek :) take care :)

ila-ali said...

thanks ieda...nampaknya macam da nak sembuh...muntah2 dan cirit-birit dah kurang...alhamdulillah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails