Followers

Monday, August 23, 2010

Akhirnya Berjaya Masukkan Commentluv Dalam Blog

Sebenarnya jeles tengok ramai rakan-rakan blogger dah pakai commentluv (CL) kat blog masing-masing. Aku teringin sangat nak menggunakan CL ni sebab kita boleh jawab komen direct kepada orang yang bagi komen, ada backlink sebab aku suka masuk blog yang ada backlink latest entry sebab ini juga salah satu cara untuk upkan traffik ke blog kita. Lagipun aku rasa ia cantik dan kemas.

So lepas bersahur tadi aku pun masuk tanya pakcik google macamana nak pasang CL utk blogspot.
Makanya aku terjumpala tutorial ini :


Thanks to Blog Ariff yang bagi panduan yang sangat mudah. Patutlah blog dia tip-top, rupanya banyak tutorial yang memudahkan blogger macam aku ni untuk menambah baikkan blog

Sangat mudah bila dah jadi tapi terkial-kial juga masa memula tadi. Banyak kali juga try and error. Setelah berhempas pulas selama 4 jam iaitu selepas sahur 5.30 pagi hingga 9.45 pagi, akhirnya berjaya juga CL. Lama betulkan. Yelah aku ni bukannya terror sangat bab-bab IT ni, tapi aku jenis kalau menyeluk pekasan biar sampai ke pangkal lengan. Mesti kasi jadik!! Sakit pinggang yang sedang kurasai ini kulupakan buat sementara waktu. Sebab lepas ni aku boleh sambung tidur.

Kepada blogger yang nak pasang CL kat blog masing-masing, bolehlah try tengok kat blog ariff yang aku link kat atas tadi ok. Good Luck!

p/s Commentluv sekarang dah dipanggil ComLuv..mmm i like!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails