KUALA LUMPUR: Kabinet bersetuju kes pembuangan bayi tidak lagi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak, sebaliknya mengikut Seksyen 302 dan 304, Kanun Keseksaan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata perkara itu diputuskan mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam
Sementara itu, dalam satu kenyataan kementerian berkenaan, kerajaan mengarahkan polis menyiasat kes pembuangan bayi sebagai kes percubaan membunuh atau sekiranya dengan niat sebagai kes bunuh yang boleh dijatuhi hukuman gantung.
"Jemaah Menteri telah bersetuju bahawa kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih berkesan bagi membendung penularan kes berkenaan kerana kejadian pembuangan bayi masih berleluasa walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menanganinya," katanya.
Sehubungan itu, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diminta untuk menyiasat kes itu sebagai kes percubaan membunuh dan kes bunuh.
"Kerajaan tiada pilihan lain berhubung perkara ini memandangkan kes-kes pembuangan bayi sesungguhnya adalah kes pembunuhan bayi," katanya.
Sebagai tindakan susulan, pihak PDRM juga diminta untuk menggunakan kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengenal pasti ibu dan bapa kepada bayi yang tidak berdosa itu.
Sumber Berita Harian
Saya cuba tidak mahu beremosi bila bicara tentang topik ini. Cuba bertenang dan menimbang mengapa dan kenapa terjadi situasi sebegini. Tapi mana mungkin. Tengok gambar sahaja sudah meruntun jiwa dan mengundang air mata. Hati menjadi benci kepada manusia yang berjiwa hantu. (saya tidak gunakan istilah haiwan sebab haiwan pun sayangkan anak).
Sehingga kini diberitakan sebanyak 60 kes pembuangan bayi dilaporkan. Ada bayi yg meninggal, ada bayi yang masih hidup. Tapi kebanyakannya bayi yang dibuang itu dijumpai meninggal dunia dalam keadaan yang amat memilukan. Dibuang di tong sampah sehingga di makan oleh anjing yang berkeliaran, dibuang di loji takungan najis, ke dalam sungai, dalam longkang malah berita baru-baru ini pekerja pengangkut sampah menjumpai bayi di dalam timbunan sampah dalam keadaan separuh rentung.
Menyedihkan lagi apabila kebelakangan ini ia seperti menjadi satu pesta buang bayi pulak.
Kuasa Allah, kebanyakan bayi yang dibuang/dibunuh/disorok/ditanam walau macamana keadaannya pun akan segera dijumpai untuk disempurnakan selayaknya sebagai seorang Muslim yang bersih dan suci.
Apabila kerajaan mengumumkan bahawa pesalah buang bayi ini tidak lagi disiasat di bawah seksyen 31 Akta kanak-Kanak tetapi mengikut seksyen 32 dan 34 Kanun Keseksaan sebenarnya secara peribadi saya sokong 100%. Biar padan muka mereka yang berjiwa hantu itu tadi (pastikan juga pesalah lelaki sekali disabitkan jangan hanya wanita sahaja yang dipersalahkan). Kebanyakan remaja yang terlibat dalam kes ini sebenarnya mereka tidak pernah insaf malah meneruskan lagi kegiatan penzinaan, pergaulan bebas, bertukar pasangan dan sebagainya. Harap-harap bila dihukum gantung atau penjara seumur hidup sekurang-kurangnya dapat memberi pengajaran kepada orang lain dan dapat mengurangkan kejadian yang semakin menjadi-jadi ini.
Juga mungkin peringatan kepada ibubapa yang sewenang-wenangnya membiarkan anak mereka keluar malam bersosial hingga lewat malam atas dasar sporting dan tiket kebebasan konon.
Tapi adakah ini penyelesaiannya?? Apa kata anda?
12 comments:
salam,
sokong 200% !!!
manusia yg membuang bayi adalah manusia yg xberhati perut...tidak takut dgn Allah dan xtau smpai bila mslah ni akan selesai...
Yes, agreed sesangat, sepatutnya both kena....agar hapus manusia yang perangai mengalahkan binatang...sadih tul..tgh bb yg meninggal tertiarap dalam lubang najis semalam..hu3..
Yup... saya pun stuju.
sy pun setuju sgt2..nampaknye situasi ni semakin meruncing..walaupun dh dipaparkan di dada akhbar n tv, tp makin galak pulak terjadi..
sememangnye mencegah lebih baik drpd mengubati..pd pendapat sy, lebih baik diperketatkan penguatkuasaan undang2 sedari awl..
cukup2 le konsert yg melalaikan, yg menggalakkan pergaulan bebas sesama mereka..filem2 yg x mmbawa faedah..hanya mengajar remaja utk lebih berani mencuba dgn alasan nak ikut peredaran zaman..
ibu bapa jgk patut mainkn peranan..anda takkan dapat ape2 dengan bersikap terlebih sporting..dgn membiarkn anak2 anda bebas memilih jalan sendiri yg akhirnye memakan diri n merosakkan maruah keluarga..
semoga kita terpelihara drpd perkara2 buruk..insyaALLAH..
Lynn Nasir : sy pun setuju sangat2.
zella y : nmpknya masalah ini bukan shj tidak selesai tapi makin melarat.Remaja semakin lalai. Ibubapa semakin leka...
Hasney : siankan baby tu. Mereka yg buat keje keji tu hny mementingkan diri sendiri. Tergamak buang bayi sendiri dlm tempat sebegitu semata-mata nak menutup kesilapan sendiri.
maslina: Semoga pendekatan ini wpun tidak dpt menghalang tetapi sekurang2nya membuat org berfikir byk kali sebelum berzina dan termengandung...nauzubillah!
shiMawar : Betul tu. Remaja kita sangat suka dengan hiburan sehingga melalaikan dan menghanyutkan diri sendiri. Hiburan itu dibenarkan tapi jgn sampai melalaikan. Hukum Allah itu jelas ditakuti berlaku apa yang berlaku sekarang. TV kita pun skrg adegan peluk cium dah mcm satu perkara biasa aje.Tiap2 hari anak-anak kita lihat sampai dorang fikir perkara itu boleh dan tidak salah utk dilakukan. Itulah jadinya apabila pergaulan lelaki dan wanita tiada batas sempadan....
Saya sokong...
Ntahlah..apa nak jadi dgn remaja skrg..
Menakutkan..
betoll gau sokong.. bagi la peluang bayi tu idup kan.. argh..
TK : scarykan bila tengok attitude remaja skrg.jauhkan daripada berlaku kepada kita dan ahli keluarga kita...
Hamzah lan : bayi yang tak berdosa...
org yang bersubahat pun patut dihukum. bukan pembuang bayi je
Post a Comment