Followers

Thursday, August 19, 2010

30 daripada 50 Remaja Perempuan Tiada Dara?

Ini bukan saya kata tapi hasil daripada kajian Hj Hushim Salleh, Pensyarah Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaya dalam akhbar Berita Harian sisipan Ratu.

kata beliau " Hari ini 30 daripada 50 remaja perempuan sudah tidak ada dara lagi dan usahlah terkejut kerana ramai antara ibubapa tidak dapat menghidu penzinaan anak kerana remaja bijak menyembunyikan perbuatan buruknya itu".

sambungnya lagi " Seorang remaja lelaki Tingkatan 4, masih bersekolah, mengakui sudah melakukan zina sejak berusia 14 tahun lagi. Apabila ditanya kenapa dan bagaimana berlaku, remaja itu dengan mudah mengatakan beliau melakukan zina kerana seronok selain senang mendapatkan budak perempuan. Teknik asas diperolehi menerusi video lucah".

Pening kepala baca artikel ini tadi. Dalam hati aku masa umur 14 tahun langsung tak tahu apa-apa pun pasal seks. Organ seks tahulah tapi kaedahnya langsung `blur'...tapi budak sekarang siap berzina dengan sewenang-wenangnya hanya untuk keseronokan. Hari ni aku dengan dia, esok kau pulak. Boleh??

sumber pakcik google

Lagi satu aku nak tanya pasal budak-budak perempuan zaman sekarang ni...30 daripada 50 sudah takde dara?? Apsal murah sangat harga diri masing-masing. Apa yang dorang cari sebenarnya sampai senang-senang aje menyerahkan mahkota diri yang sepatutnya dinikmati bersama lelaki yang bergelar suami. Patutlah banyak kes buang anak yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Kadang-kadang aku pelik dengan remaja-remaja perempuan sekarang ni. Mereka sering melakukan sesuatu perkara hanya mengikut emosi, perasaan, pujian-pujian (sedangkan orang yang memuji tujuan nak mengena aje), bangga diri tanpa sebab lantas meletakkan kebolehan berfikir ke tahap paling bawah sekali walaupun tindakan yang diambil itu sebenarnya seperti memperjudikan masa hadapan mereka dan keluarga mereka.

Tengoklah berapa ramai yang dilaporkan lari dari rumah sebab mengikut teman lelaki, berapa ramai yang menyerahkan tubuh badan walau baru beberapa jam kenal dengan pasangan. Berapa ramai yang menjadi bohsia malah sangat bangga dengan status bohsia itu. Berapa ramai yang tidak kesah hubungan seks dirakamkan teman lelaki yang tidak bertanggungjawab dan kemudian menyebarkan ke internet. Malah banyak lagi bukti-bukti yang menunjukkan remaja perempuan yang dikatakan bijak pandai tetapi melakukan perkara yang tidak membayangi kecerdikan akal mereka.

Janganlah engkau menghampiri zina

Orang perempuan kena ada pendirian. Kena ada harga diri. Kena ada keimanan. Ini sangat penting. Bila terasa nafsu mula mengawal diri, beristighfar banyak-banyak, ingat Allah, ingat ibubapa, ingat dosa pahala dan katakan TIDAK pada lelaki yang kata sayang kat anda tapi masih ada hati nak merosakkan anda...Pilihan ditangan anda.

Kalau sekarang 30 daripada 50 dah takde dara...bagaimana pula tahun-tahun akan datang!

8 comments:

sYafIk-wAy said...

ntah2 48 daripada 50 lak nanti yang takde dara .
payah dah lah lelaki yang baik nak cari wanita yang ada dara .
kalau wanita itu baik pun tapi maybe ada yang takde dara da ( ada pengalaman ) . huhuh

xazryx said...

mintak dijauhkan la bende2 ni .amin .

zella y said...

takut bila difikir2 kan keadaan mcm ni akan bterusan dimasa akan dtg...

dgn perkembangan teknologi...pergaulan bebas....

minta2 dijauhkan....

Anonymous said...

Ni la umat akhir zaman, ada dlm hadith mengatakan "diakhir zaman nanti manusia dah tak segan silu utk melakukan zina,tak kira dimana pun, itu lah tanda2 hampirnya dunia nak kiamat"

ila-ali said...

Syafik : Kalau 48 drp 50 yg takde dara maknanya memang dah dekat kiamat dah tu kot...

xazryx : amin

ila-ali said...

zella y : betul tu zella. Mohon dijauhkan

anony : tanda2 kiamat dah semakin hampir...

Hasrol Nizam said...

tepuk dahi bila baca. haih

Zaiman Sevencyde said...

ya allah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails