Kejadian yang menimpa Adik Syafiah Humairah bte Shaari 3 tahun amat menyedihkan. Amat pilu hati bila membaca kisahnya dan terfikir mengapa ramai lagi diluar sana masih bersikap seperti.........? Entah apa perkataan yg sesuai utk manusia spesis ini.Kematiannya amat sadis, tragik dan meruntun jiwa gara-gara insan yang sepatutnya melindungi dan menyayanginya. Kalau insan yang waras fikiran dan dapat mengawasi emosi memang takkan sanggup menendang, menghempas ke tanah dan memijak-mijak badan kanak-kanak sebesar itu sehingga mengakibatkan pendarahan otak, kecederaan parah diperut dan disekeliling buah pinggang sehingga mengakibatkan kematian. Nauzubillah!
Aku tak taulah orang lain, tapi setiap kali memandang muka bayi atau kanak-kanak tak kiralah bangsa apa, perasaan sayang, suka, geram semua timbul. Suka tengok gelak mereka, keletah, gelagat semuanya comel sangat rasanya. Nasib baik masih punya anak kecil 3 tahun untuk melepaskan geram. Kalau tak abis anak orang aku kerjakan...Mir Aqiel Azhad seusia dengan adik Syafiah. Kalau ikut bulan, April ni genapla usia 3 tahun. Aku tak dapat bayangkan anak sebesar ini diperlakukan sebegitu teruk. Nak jentik sikitpun aku tak sanggup!!
Sepatutnya, anak sebesar ini menjadi kesayangan keluarga. Aksi yang tidak dijangka, senyuman yang ikhlas, pandangan mata yang jujur dan menjadi penawar duka. Aku kalau sedih-sedih cium anak aku ni, peluk dia, hilang rasa kesedihan tadi. Dan bila dicium, dia pun akan cium kita balik sambil kata `sayang mama'. Pandai pulak dia amik hati tu.
Ciuman seorang ibu atau bapa kepada anak akan dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk kedalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
Kanak-kanak juga dipanggil kupu-kupu syurga. Bila berjumpa anak kecil usaplah kepala mereka dan kamu akan diberi pahala. Even kalau kita keluar rumah dan membeli makanan untuk anak-anak kecil pun diberi pahala. Memang Allah sangat memuliakan anak-anak kecil ini.
Melihat dan mendengar tragedi adik Syafiah, apa yang mampu kita lakukan hanyalah berdoa semoga anak-anak kita, saudara mara kita, generasi kita dijauhi daripada perkara-perkara mungkar seperti ini. Amin!
12 comments:
I pun suka sgt bebudak. Sedih sgt ingatt isu ni. Yg mak dia tu bole selamba je bersekedudukan tu apahal? Ignorantnya masyarakat sekelililing dia. Yg jd mangsa anak kecil yg tak berdosa. . Org Malaysia ramai lagi yg tak tau menyayangi anak2 kecil ni dan tak tau ttg pahalanya...Thanx for sharing some info on this matter.
salam .akan ada lagi nanti kisah-kisah kejam ini.
mmg sedih sgt bila tgk berita psl bdk tu...kejam kan??!!
harap2 perkara mcm ni mjadi iktibar kita bersama...
nk sgt kasih syg drpd seorang lelaki, anak plak jd mangsa...
ermmm bile bce cite psl arwah safiya 2 mmg rs nk blasah jek org yg wat die cam 2....sy pong de ank sbaya ngan arwah safiya 2...mmg sedeh sngt....
saya pun suka sngat bermain dgn budak.ade adik tapi beze 2 tahun jer.. walaupun xde anak sendiri lagi, tapi at least ade anak buah yg ramai...seronok bermain ngan dieorng..
hmmmm
binatang pun sayang anak2
ini manusia,
diberi akal melebihi binatang
ada nafsu juga, melebihi binatang kot, tu yg jadi gitu...
entahlah..
kita kalau kena pisau sikit sakit
inikan kanak2
tak sanggup nak lukakan sesapapun,
apa lagi kanak2..
tq wak,
hope sihat2 selalu ya
xoxo
salam,
saya sampai join group mengutuk penderaan &pembunuhan arwah kat facebook..geram amat!
TK : Mmg sedih tgk masyarakat skrg dah jadi mcm ni...
abu muaz : hrp dihati moga ini yg terakhir, wpun ianya agak mustahil
zella : kdg2 bila cinta dan nafsu menguasai diri, kita `buta' tntg peranan yg sepatutnya sebagai seorg ibu, wanita dan isteri
mrs.ecam : sy pun rasa mcm tu. Cuna kita buat balik apa yg dia buat kt adik syafiah tu...apa dia rasa?
putera : mmg sepatutnya begitulah kita sebagai org dewasa...menyayangi dan mengasihi kanak-kanak...dah ada bakat nak jd bapa tu! bila lagi?:)
blueCITY : Dulu citer2 begini kita dgr kat luar negara ajekan...sekrg rakyat malaysia dah ramai yg rosak akhlaknya...
Lynn : klu mcm tu sy pun nak join grup tu..mmg patut dikutuk dan dihukum setimpal dgn apa yg dilakukan
jvc auto audio manuals [url=http://www.cardvdplanet.com/ultra-double-din-7-inch-lcd-car-dvd-with--discount-price26.html]audiovox auto dvd[/url] d mercedes benz reviews auto extended warranty car audio and http://www.cardvdplanet.com/9-inch-portable-dvd-player-support-tv--discount-price100.html auto dvd player sony
cathedral city auto audio store [url=http://www.cardvdplanet.com/6-2-inch-wide-16-9-tft-dvd-player-fm--discount-price8.html]auto audio for sale[/url] auto dvd player reviews http://www.cardvdplanet.com/7-inch-wide-screen-dvd-with-game-sd-usb-fm--discount-price92.html cathedral city auto audio
discount auto dvd player [url=http://www.cardvdplanet.com/car-cd-player-with-electronic-shock-protection--discount-price55.html]chrysler car audio[/url] apex auto dvd http://www.cardvdplanet.com/9-inch-portable-dvd-player-support-tv--discount-price100.html discount auto dvd player
ada kes baru ... kali ini kat Kayu Ara, Petaling. Kanak-kanak 1 1/2 tahun mati dipijak sampai pecah hati.
Celaka punya manusia!!!!!!
Anonymous : sy ada baca paper hari ni (jumaat 5mac2010) tntg perkara ni. Mengalir air mata melihat kanak-kanak comel 1 setgh tahun mati dlm keadaan mcm tu. Patah 6 tulang rusuk, pecah hati...ya allah
Sesak nafas dibuatnya mengenangkan manusia skrg sgt zalim.
Post a Comment