Followers

Monday, November 9, 2009

Anakku jadi Pengawas?

Ni lah dia Mir Fasya Aina bte Muhamad Ali




Apalah nak heran anak jadi pengawas. Kat luar sana lagi ramai anak org lain yang jadi pengawas. Malah ada yang semua anaknya jadi pengawas? Jadi apa `besarnya' anak aku jadi pengawas nih!! Sensasi ke?
Takdelah kot...cuma menyambung kegembiraan anakku no 3, Mir Fasya Aina (7 tahun). Pengawas pun sekadar di sekolah agama...Itupun dah cukup menggembirakannya. Aku pun gembira gaks. Maklumlah diantara 3 orang yang dah bersekolah, nampaknya yang no 3 menyerlah sifat kepimpinannya...Abang-abangnya no 1 dan no 2 belum lagi kot!

Petang tadi semasa balik dari sekolah agama, dari pintu pagar dia dah menjerit memanggil aku

"Mama, mama,

Akupun bergegas keluar dengan muka yang panik...kot-kot ada yang tak kena.
"Mama...hari ni baby sangat gembira"
Anakku yang satu-satunya perempuan diantara 4 beradik dan membahasakan dirinya baby ni bagai tak cukup nafas nak bagitau sesuatu.

"Mama, baby jadi pengawas sama dengan Farah"

Farah merupakan jiran kami dan juga merupakan rakan baiknya juga. Di sekolah saling bersaing secara sihat. Kalau tak Farah dapat nombor 1 dalam kelas, pasti Fasya yang merampasnya...

Aku pun menerimanya dengan perasaan gembira. Mendukungnya (aduh beratla pulak, walaupun kurus) berat tulang agaknya, mencium pipinya dan mengucapkan tahniah...

Dia terus masuk ke rumah dan mencapai telefon..nak telefon babahnya yang sekarang ada kat Mekah. Macamlah dapat. Babahnya da pakai nombor tempatan. Bila ckp tak boleh telefon, dia kata nak email pulak...emmm...apa-apalah nak...Sib baik lepas sembahyang maghrib si babah telefon dari Mekah. Dapatlah dia menyampaikan berita gembira itu.

Mengenangkan kembali semasa hari pertama di sekolah agama pada awal tahun 2009, dia cukup tertarik dengan pelajar yang memakai baju kurung warna ungu. Abangnya cakap...itu pakaian pengawas. Dia tanya aku, mama, macamana nak jadi pengawas. Aku jawab kena belajar rajin-rajin, dapat nombor 1, baru cikgu pilih jadi pengawas. Dia jawab, baby rasa baby nak jadi pengawas lah! Kalau macam tu kenalah belajar rajin-rajin! Jawapan standard seorang ibu kot! abis nak cakap apa lagi kan! Tak sangka, cita-citanya tercapai! Tu dah berangan-angan dan tak sabar nak beli baju ungulah tu...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails