Followers
Monday, February 22, 2010
Jangan Sampai Muflis
Peringatan untuk aku jugak. Takut-takut benda ni terjadi kepada kita. Kalau dah diisytiharkan muflis teruk beb. Macam-macam urusan tak boleh buat. Semua harta hatta buku bank pun kena beku. Kalau nak buka buku bank baru hanya untuk tujuan kemasukan dan pengeluaran gaji sahaja. Tak boleh pegi luar negara. Tak boleh buat loan dan macam-macam lagi kesukaran menanti kita.
Bagaimana kita dikenakan tindakan muflis?
Apabila anda gagal menyelesaikan hutang berjumlah RM30,000.00 ke atas.
Kenapa aku tetiba citer pasal muflis ni? Aku kena muflis ke?
Takder, sebenarnya kalau sesiapa pernah baca entri aku tentang impian nak hantar parents aku pegi umrah dia tahu lah serba sedikit. Kalau ikutkan perancangan insyaallah 28 Mac ni berangkatlah mereka ke tanah suci. Masa aku mula-mula bagitahu hasrat aku nak hantar mereka pergi umrah, mata mereka bersinar-sinar dan sangat bercahaya. Abah tak putus-putus ucapkan terima kasih. Lepas tu bila bayaran deposit dibuat melalui online, resit dihantar ke rumah mak. Masa aku balik kampung, mak tunjukkan resit dan abah lagi teruja. Siap dia ambil resit tu daripada mak dan dia simpan dalam laci dia yang siap berkunci. Memang dalam laci tu segala dokuman abah simpan kemas. Orang lain tak pernah bukak.
Lepas tu dia cakap pasal pergi kursus umrahla, pasal ihramlah. Aku cakap kain ihram tak payah abah nak susah-susah. Ali punya ada 2 pasang yang belum pakai sebab masa Ali nak pergi haji dulu tu, banyak orang bagi sumbangan ihram. Wah! lagilah dia suka. Lepas tu dia ngan mak cerita itu ini lah pasal mekah dan madinah masa dorang pergi haji. Bas nyer la, kaabahnya, masjidilharam..hotelnya la...dan macam-macam lagi. Ali pun sama bercerita bagaimana keadaan Mekah dan Madinah sekarang ni. Memang bercahaya-cahaya muka dan wajah mereka ketika itu. Memang abah dah ternampak-nampak lambaian kaabah.
So lepas tu aku pun bawaklah mak ngan abah pergi imigresen untuk buat pasport antarabangsa. Mak lepas, tapi malang bagi abah. Sistem bagitahu abah telah diisytiharkan muflis! Merah padam muka abah semasa pegawai imigresen bagitahu. Lemah langkah abah semasa keluar...
Aku tanya abah tahu tak pasal muflis ni. Dia kata tahu. Pernah dpt surat bagitahu pasal muflis tahun 2007. Tapi lepas tu tak pernah dapat apa-apa surat lagi. Dia kata muflis sebab menjamin kawannya membeli lori. Lepas tu puas trace kawan dia tu tapi tak dapat. Abah tak tahu rupa-rupanya kalau muflis tak boleh pergi buat umrah. Ya, abah mungkin tahu apa dia muflis, tapi tak tau apa dia implikasi muflis!
Sian abah. Dalam usia 68 tahun dan hanya bekerja kampung sahaja selama ni, tetiba diisytiharkan muflis. Tak pernah ada payslip, tak pernah makan gaji. Aku pelik mcmana orang yang takder penyata gaji boleh diterima jadi penjamin. Nasib baik abah simpan duit bawah bantal :D, dan nasib baik tanah abah yang sekangkang kera tu dah ditukar kepada nama mak, kalau tak abis duit simpanan dan hartanya yang tak seberapa tu kena beku.
Kesian dan kecewa dengan keadaan abah, aku cuba usahakan jugak abah untuk pergi. Kata umrah agent tu cuba pergi Jabatan Insolvensi, buat rayuan agar abah boleh pergi umrah. Walaupun muflis, kalau ikutkan boleh pergi ke luar negara tetapi hanya sekali sahaja seumur hidup. So aku pergilah. Nasib baik kat Melaka ada cawangannya.
Lepas meneliti fail abah aku, pegawai kat situ cakap, abah aku kena datang jugak ke pejabat insolvensi untuk kemaskini data, lepas tu buat permohonan nak pergi umrah. Semasa hantar permohonan, abah kena bayar sekurang-kurangnya RM2000.00 sebagai bon dan ianya tidak dikembalikan. Itupun ada kemungkinan bon bertambah mengikut jumlah hutang setelah fail abah diteliti dan diperhalusi. Mungkin RM3000.00 dan mungkin jugak RM5,000.00. Abah juga kena cari penjamin untuk menjamin dia sebelum keluar negara. Penjamin abah pulak kena bayar RM1000.00. Tapi kalau balik, duit ni boleh dapat balik. Urusan selepas itu pulak, abah aku akan dikehendaki membayar setiap bulan sehingga hutang itu habis mengikut jumlah yang akan ditetapkan oleh pihak insolvensi. Minima RM50.00. Walaupun abah tak pinjam walau SATU SEN pun kat pihak bank.
Masa orang tu cakap, aku dah bergenang dah air mata. Aku dah terbayangkan hasrat dan keinginan abahku semakin samar-samar. Manalah aku nak cari duit lagi...Perbelanjaan untuk mak dgn abah pergi umrah ni aku simpan dan asingkan dari akaun aku. Aku tak belanjakan walaupun kengkadang belanja bulanan pun sangkut-sangkut. Memang hasrat aku kuat sangat nak hantar mereka tunaikan umrah dan melawat ke tanah suci mekah selepas mereka mula-mula menunaikan fardhu haji 28 tahun yang lalu. Yelah, semasa mereka masih hidup ni dan masih boleh berjalan aku rasa inilah masa yang terbaik. Bila dah cukup duit, masalah ni pulak timbul.
Abah akhirnya cakap kalau susah-susah macam ni tak payahlah abah pergi. Biar mak kau aje yang pergi. Nanti bulan-bulan abah kena bayar lagi RM50.00. Kalau ikut hutang tu, sampai abah mati pun tak boleh selesai. Takkanlah nak suruh anak-anak abah lak bayar. Lagipun bukannya abah yang pinjam. Jadi kalau abah pegi lepas tu kena bayar, baiklah abah tak payah pergi.
Suara abah kedengaran sayu dan sedih...kadang-kadang nampak dia menghela nafas yang dalam dan panjang. Nampak kekesalan abah, mungkin kesal dengan keputusan membantu kawan, akhirnya kesusahan yang abah dapat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Hmm itula nasib jadi penjamin orang ni... mak saya pun hadapi masalah sekarang ni bila orang yang dia jamin tak bayar loan... nasib baik dia belum sampai tahap muflis...
sebab tu saya cukupa takut nak jadi penjamin ni...
insyaallah.. niat yang baik di mudahkan, semoga tertunai hajat.. AMIN
betullah ila...
sebab tu saya pun takut sangat bila ada orang minta jadi penjamin. sekalipun keluarga dekat... sebab dekat tu lah nanti dia boleh buat lepas tangan... entahlah...
salam ila,
kesiannya kat bapa ila. dpt bygkn airmuka dia :(
abes, confirm la tak pi ye?
semoga niat yg baik tu akan di permudahkan wlupn byk halangan...amin...
tu la susahnya klu jd penjamin kn...
Zephyr :jamin org ni mula2 semua manis2. Janji begitu begini, bila duit da dpt, janji ke mana, hutang ke mana...last2 kita yg tak dpt satu sen ni terjebak sama.
cikgu isza :Insyaallah, Amin!
sya :kadang2 bila libatkan kuarga terdekat, serba salah dibuatnya..
Zella : mungkin sebagai peringatan utk yang muda2 ni jugak. Jgn terjebak dlm kes gini. tq jugak atas doa itu!
Lynn Nasir : Nampaknya gitula...katanya byrn yg bulan2 tu nanti akn membebankan pada masa akan dtg. Dia taknak byr dan tak bagi anak2 byrkan...hutang tu org pny katanya...!
kalo gi haji muflis pon boleh....cuba pi tanya
Post a Comment