Untuk Bacaan 18 tahun ke atas sahaja. Jika anda berumur selain daripada itu
sila tinggalkan laman ini.
Pernah dengar tak tentang viagra untuk wanita? Aku tak pernah dengar. Inilah kali pertama aku mengetahui rupa-rupanya viagra juga ada untuk kaum wanita.
Dikhabarkan viagra ini berfungsi untuk membangkitkan keghairahan wanita dan mempercepatkan orgasme bahkan lubrikasi (pelinciran) semakin baik dan sensasi semakin meningkat. Produk ini telah lama dikeluarkan di luar negara terutama di negara-negara barat dan nyata telah banyak membantu wanita-wanita yang mengalami masalah seksual dan juga wanita-wanita menapous. Ia dikatakan bertindak sama seperti viagra untuk lelaki iaitu melancarkan perjalanan darah ke alat kelamin lelaki dan pengaliran darah yang lancar ini juga rupanya faktor penting dalam membangkitkan keghairahan wanita.
Masalah kemerosotan sensasi seksual ini bukan masalah kecil. Rupa-rupanya di alami 30%-40% wanita Malaysia yang berumur di antara 18 hingga 59 tahun.Walla! muda-muda pun ada masalah ni yek!Patutlah sekarang ni kita tengok jamu-jamu dan herba untuk hubungan intim lelaki dan wanita begitu galak dijual.Tang jamu-jamu dan herba-herba yang dijual nipun kita kena berhati-hati sebab takut ianya dijual secara haram tanpa mendapat pengesahan daripada Jabatan Kesihatan Malaysia.Kang tak pasal-pasal nak sangat terangsang terus kejang. Ha! sapa nak jawab tuh!
Tapi, awas ya..baru-baru ini dalam salah sebuah akhbar tempatan melaporkan viagra untuk lelaki telah diubahsuai oleh sebuah syarikat jualan langsung (MLM) bagi dijadikan viagra wanita malah dijual secara haram dan diakui boleh mengancam nyawa ribuan wanita yang mengambilnya kerana menyangka ia makanan kesihatan. Bagaimanapun penjualan produk viagra wanita itu tumpas selepas pihak penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjaya merampas produk `panas' yang dianggarkan bernilai RM1 juta.
Bahan yang digunakan dalam ubat tersebut dikatakan amat merbahaya kepada individu yang mengidap darah tinggi, sakit jantung dan kandungan kolesterol yang tinggi. Ia boleh menjadikan tekanan darah menjadi terlalu rendah. Akibatnya mangsa boleh pengsan mendadak atau pitam. Untuk keterangan lanjut sila baca di sini.
Hurm, aku tak nak komen banyak-banyak pasal ni. Takut timbul lak kontroversi lain lak. Tapi bagi aku kan, kalau lelaki tu tau bagaimana nak merangsang isterinya, tak payahlah nak amik ubat-ubat perangsang ni kan!
6 comments:
fuh pic..mengancam..hehe
sokong ayat last ..hak3
ishhh ish ishhh...bahayanyaa.. diorang ni suka kaut keuntungan tanpa pikir baik buruk..
power tuh...
uish..byk betul org yg suka jual pil2 berbahaya mcm ni...
waaaa....sofia tak tau pun pasal viagra nih....tapi kalo camnih...takutlah nak amik pil-pil camnih....kiter pun tak tau sah ke tak pil-pil viagra nih...
regards,
Triplesmiley
smiley : Paling penting `semak label dulu' (ikut gaya sheila majid ckp)hehehe
Post a Comment