Followers

Thursday, March 4, 2010

Jika Aku Seorang Jutawan


  Jika aku seorang jutawan
mempunyai duit berkoyan-koyan
 mengumpul aset dan harta terbilang
sehingga aku digelar hartawan
Lantas
aku akan menderma
tentulah kepada insan-insan yang memerlukan
maka aku akan juga digelar dermawan
jutawan, hartawan dan dermawan
3 in 1

jika aku seorang jutawan
tentunya pakaian tidak koman2
bergaya dengan pakaian rekaan ternama
ciptaan famous fashion designer
bersinar dengan handbag Louis Vuitton
anggun melangkah dengan kasut Jimmy Choo
semburan menggoda pastinya dari Paris Hilton
dan, tidak lengkap rasanya
tanpa mutiara mewah Rafflesia
(barangan tempatan okey)
menjadikan diriku bangga
menjadi seorang wanita

jika aku seorang jutawan
jet peribadi menjadi idaman
breakfast di Paris, Lunch di Switzerland, Dinner di Malaysia(?)
bukan lagi omongan dan anganan
pastinya bersama insan tersayang
berjalan umpama di kayangan
berkepit-kepitan, dan
berpimpinan tangan

Rumahku syurgaku
akan ku sinari rumahku dengan kebahagiaan
kulengkapinya dengan segala kemudahan
memenuhi keperluan insan tersayang
bilik yang besar supaya bisa berkejaran
mandi bersama di kolam renang
pastinya tanpa seurat benang
kawasan yang luas penuh kehijauan
dan sang suria tersenyum riang
melihat permata hati berlari girang

 jika aku seorang jutawan
kujadikan malam penuh kesyahduan
merafak sujud kepada pemberi rahmat
Yasiin dan Tahlil bergema setiap jumaat
berkongsi rasa dan jiwa
dengan insan istimewa
yang membesar tabah dan redha
tanpa kehadiran ibu dan bapa

Jika aku seorang jutawan
biarlah aku menjadi resam padi
semakin tunduk semakin berisi
biarlah tangan kanan menghulur
tangan kiri tidak mengerti
dan, biarlah aku menginsafi
erti kebesaranMU ilahi
kerana rezeki yang kau beri
adalah untuk dikongsi


****************************************************************

Amacam ok tak entri kali ni? 
Aku bukan saja-saja nak berangan. Kalau tak kerana Aduka, takdelah aku nak buat macam ni!
Korang tau tak inilah kali pertama aku join contest selepas beberapa bulan jadi blogger. Kira macam Hari  Ini dalam Sejarah la pulak.
Saja nak support ADUKA.
Entah apa yg dah dia dah `baca-baca' sampai aku terpikat dan terjoin! Mungkin sebab namanya sangat the very controvercial kot. Tapi ni aduka lain...
bahasa-bahasa yg digunakan sangat molek...

Layaaaaan!!


16 comments:

JelinaJoli said...

kalo aku jutawan, aku nak beli mesia ni haaa

zella y said...

klu sy jutawan...
first skali nk bhenti keje
wat bisnes sendiri heheh

ila-ali said...

enjelinajolipit : Hi Beretpit mcmana sihat ka? hehehe..
nak beli Malaysia? nanti bagi kat saya skit ek?

zella : wah best tu...jd businesswomen yg berjaya. Boleh kuar suratkhabar, TV..mesti popular kan!

Kujie said...

jutawan - mesti tak jadi blogger lagi..hehe

Amir said...

dah jangan jadi mat jenin pulak.. berangan2 je. :D

JelinaJoli said...

mesia bukan kek lah nak bahagi dua maupon tiga. ish

Zoul said...

kalau aku jutawan... aku bagi semua org domain ngan hosting percuma.. wakaka

Aduka said...

ayat bodek ekkk..
hahaha..
xpe2..
entry diterima..
tgu result kuar k..
=)

TK said...

I dont blog 4 money so kalau jd jutawan pun I will still blog kot! BTW, dunia ni sementara-apa2 pun kita kene igt Allah slalu especially bila dah kaya.Dugaan byk beb!

ila-ali said...

Kak Jie : still blogging. Minat tuh!

Amir : mula dgn angan-angan lepas tu usahakan supaya jadi kenyataan. Insyaallah!

enjelinajolipit : XD

Zoul : best tu...jgn lupa utk saya ek!

Aduka : Tau takpe. Amacam? ada can menang tak?

TK : Yes, i agree with u!!

ila-ali said...

Kak Jie : still blogging. Minat tuh!

Amir : mula dgn angan-angan lepas tu usahakan supaya jadi kenyataan. Insyaallah!

enjelinajolipit : XD

Zoul : best tu...jgn lupa utk saya ek!

Aduka : Tau takpe. Amacam? ada can menang tak?

TK : Yes, i agree with u!!

soffya cik bulan said...

pia mungkin jutaria...huuu..
tapi kalao jadi jutawan, mahu lengkap dengan dermawan.ngeee...

thnks ye support utk contest tu

teruskan keep in touch eh

follow u:D

Abd Rahim said...

Bilakah aku akan menjadi jutawan..

sya said...

kalau jadi jutawan?
nak bayar balik hutang ptptn.. hehehe...

tapi, taknak lah jadi kaya.. bak hidup senang jek... :P

CITY® said...

salam ila ali
lama tak singah sini

kalo saya jutawan?
haaaaaaaaaaa
macam2 saya nak buat
nak beli
nak jalan2

heeeeeeeeee
tapi
kalau laj
ekekke

ila-ali said...

soffya :thanks!

Mr kamikaze :insyaallah, tak lama lagi tuh!

sya : hutang ptptn? cepat2 byr, nanti takleh gi melancong!

blueCITY : Tu la...ingat taknak singgah sini lagi *majuk!
Kalau byk duit...mmg mcm2 nak belikan!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails