Followers

Saturday, March 27, 2010

Grooming @ Sg Petani

Esok (Sabtu) aku akan ke Sg Petani selama lebih kurang 5 hari. Insyaallah Khamis baru balik ke Melaka. Mungkin sepanjang minggu tersebut aku tak berkesempatan untuk update. Pertama sebab masa yang sangat terhad. Kursus yang padat. Kedua, malam pulak di bilik hotel selalunya tak ada wi fi. Kalau nak, kena ke lobby. Tak kuasa makcik! Ketiga,  baik aku dok lepak kat bilik sambil layan TV atau tak pun merayau sekitar pekan-pekan berhampiran untuk menjamu selera. Sesekali berjalan ke tempat orang mesti cari makanan special kat situ. Jadi kalau tengok entry yang sama selama seminggu, korang fahamlah aku tgh buat apa ye...pastinya aku sedang sibuk menurunkan ilmu kepada anak-anak muda harapan bangsa...cewah!

Walaupun penat dan asyik berdiri hampir 8 jam (9pagi-5ptg), berhentipun masa morning break dan lunch aje, tapi aku gembira sebab ajar grooming ni memang fun. Ada catwalk, solek-menyolek, sesi make-over, sesi berpakaian before and after dan akhir sekali ada sesi belajar adab di meja makan (table manner). Modul yang simple tapi memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan. Yelah bukan semua orang tahu cara berpakaian dan berpenampilan mengikut situasi, masa, tempat dan acara. Terrutama sekali masa interview, meeting, ke tempat kerja, majlis formal dan sebagainya. Even masa kursus ni feedback yang aku terima daripada peserta rata-rata dorang kata banyak info baru yang dorang dapat dan semasa sesi make over mereka dapat belajar dan mempraktikkan apa yang diajar sekaligus. Alhamdulillahlah. Kalau mereka gembira aku lebih gembira. Tambah gembira kalau dgn perkongsian ilmu yang sedikit itu kita dapat memperbaiki kehidupan seseorang dan mendorongnya menempa kejayaan.

Grooming @ Sg Petani ni sebenarnya kali ni dah masuk kali ke 3 la..Tapi memang tak dpt nak berjalan-jalan cari makan sangat-sangatla. Lagipun kat situ adake tmpt makan yang best? Paling2 jauh aku pergi kat Bandar SP dan juga Gurun. Tapi macam takde apa2 pun...

7 comments:

haswida abu bakar said...

wah..wah...kalau Sharq dengar ni...hahaha...

SP kat mana?

zella y said...

mahal ke kak klu nk blajar groming2 ni? ;)

mrs.ecam said...

bestnyer leh koje smbil mkn hangin ek...heeee wiii wiii

aimZz said...

naim here(HGC 04 beyond airlines)..ermmm kt SP kn ada The Karnival..bawa la 1 family..leh bw dorg p mandi2 kt sana..huhuhu..

samanosuke_04 said...

oooo... nie ke maksud Grooming? hehe, aku pun senanye beminat gak nak blaja bende2 camnie...

pss... tnye sket, ko cikgu ke?

ila-ali said...

Ayu: SP kat Harvard Suasana Hotel. Shark org SP ke?

zella : Boleh tahanla...nanti bukan 5 kitaorg akan organize kursus Pengurusan dan Penampilan Profesional terbuka kepada sesaiap yang berminat.

mrs. ecam : Best ar jugak dpt jalan2 tempat org. Tapi kali ni memang takdpt jenjalan sangat. penat sesangat. malam apa lagi...tarik selimut ajela..:)

Naim : hi naim, glad to see u here. wah, u are also a blogger ya!

samanosuke_04 : Suke grooming ke? bagus2. Sy hny insan biasa..(ececee) bukan cikgu.

aimZz said...

hii..mmm lama jugak la da jadi blogger ni..tp x beminat la nak wat biz ngan blog cm mdm wat..hiks..just a personal blog..huhu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails