Followers

Monday, March 8, 2010

Ayang, nanti bagi emas sebagai hantaran ya!

Pagi tadi ketika sedang menghantar anak ke sekolah, terdengar selingan petikan terbaik perbualan Jawa Rangers yang dibuat semalam dengan seorang pendengar hotfm. Tak pastilah topik apa tapi pendengar tu cerita masa dia kahwin wang hantaran untuk isteri sebanyak RM5000.00 diberi dalam bentuk kijang/dinar emas. Selepas 5 tahun berkahwin, kijang/dinar emas tu sekarang dah bernilai hampir RM10,000.00. AG (pengacara Hotfm) pun teruja dan sempat tanya kat mana nak cari dinar emas tu.

Wah! aku rasa info ni sangat menarik.Teringin nak kongsi info disini sebab aku tengok reader kat blog ni ramai yang muda-muda, tengah asyik bercintan-cintun tak sabar gatal nak kahwin dan ada juga tunangan orang. So, mungkin maklumat ini berguna untuk you all. Bagi yang dah kawen lak, janganlah sedih. Boleh jugak beli kijang emas ini dan jadikan pelaburan untuk diri sendiri, keluarga ataupun pendidikan anak-anak pulak.

Saya percaya dengan maklumat yang dikongsi oleh pendengar hotfm tu sebab adik ipar saya sendiri kata 5 tahun lepas masa dia beli gelang tangan harga emas hanya RM50.00 segram, tapi sekarang dah meningkat RM136.00 segram. Kalau dulu gelang dia berharga RM500.00 cuba kira berapa harga gelang dia sekarang? Kalaulah dulu masa sebelum kahwin dapat info macam ni, mesti aku dah suruh Ali jadikan wang hantaran tu dalam bentuk kijang emas ke, dinar emas, jongkong emas ke...pasti berbaloi-baloi.


Jadi kepada sesiapa yang nak kawen, lebih-lebih lagi sekarang ni ramai yang buat personal loan untuk kawen. Jadi, aku cadangkan duit hantaran tu tukarkanlah kepada emas. By the time hutang habis bayar (selalunya 5-9 tahun) pastinya mendapat keuntungan berganda-ganda walaupun selepas mengambil kira interest pinjaman sebanyak 8% dan pembayaran tak sangkut-sangkut.


Lagipun, kalau wang hantaran diberi dalam bentuk wang ringgit, memang cepat sangat habisnya. Kadang-kadang si perempuan tak merasa pun duit hantaran tu sebab ibu dan ayah ambil untuk perbelanjaan perkahwinan. Tapi pada pandangan saya, wang hantaran tu bagilah kepada anak yang berkahwin tu. Kalau ibubapa nak ambilpun ambillah sahaja wang pemberian tetamu yang hadir masa hari perkahwinan. Wang hantaran adalah pemberian suami kepada isteri dan jumlahnya mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak. Sekurang-kurangnya adalah kenangan manis buat isteri. Ada mas kahwin, ada duit hantaran atau kijang emas buat kenangan. Ini tidak, selepas kawen selain dari pokai sebab banyak belanja, satu-satunya kenangan manis hanyalah beberapa buah album dan DVD perkahwinan. Huhuhu!

Ok, kenapa aku kata bagi wang hantaran dalam bentuk emas, cuba korang tengok pergerakan harga emas ni. Maklumat tentang pergerakan harga emas dari bulan Januari 2009 hingga 1 Disember 2009 dan graf kat bawah aku ambil dari website jutawanemas . Cuba tengok peningkatannya! Ia telah meningkat
sebanyak  37% dalam tempoh satu tahun sahaja. Fullamak!

Harga emas 2 Januari 2009 = USD 869.75 / Oz
Harga Emas 1 Disember 2009 = USD1193.50 / Oz



37% setahun banyak tau! ASB pun baru 8.25%. Tupun dah happy sangat.

Jadi aku nasihatkanlah sesiapa yang berkira-kira nak melabur dalam `gold investment' ni teruskan hasrat tu dgn kadar segera. Tak payahlah nak tunggu harga turun dulu baru nak beli. Kalau beli emas fizikal ni sepanjang waktu adalah waktu yang sesuai untuk membelinya. dan sesiapa yg dah hampir-hampir nak kawen tu, jadikanlah emas sebagai wang hantaran. Pasti tak rugi punya!

13 comments:

Zoul said...

Ha.. maklumat yang baik.. terima kasih sudi berkongsi..
Memang harga emas takkan jatuh merudum kerana semua matawang dunia adalah bersandarkan emas. Tetapi adakalanya ia turun sedikit dan naik semula.

jadi.. memang good idea kalau hantaran gunakan emas.. tapi kena ingat, kita org islam kena bayar zakat emas andainya cukup haul dan nisab.

Abd Rahim said...

Peh..info yg sgt menarik..

♥ shiMawar ♥ said...

ye ke..
erm..klu camtu, kena carik tokeh kedai emas le..hehe.. ;)

JelinaJoli said...

kalo mcm tu nak kawen dengan anak tokey mas la. dapat sekedai kijang emas. lagi jutawan lepas 5 thn lagi. perhhhh


errr...poh kong ada anak lelaki hensem x?

Lynn Nasir said...

salam ila,

rindu kat aii ker? muahahaha! :p

lynn dulu, bapak tiri amik 1/2 duit hantaran. sebenarnya keberatan,tp mengenangkan dia dh perabih beratus ribu gak belanja kawen lyn (majlis sampai 2 kali, utk pihak pompuan)..maka halalkan la. sbb kita nk jaga hubungan ngan keluarga sampai ke mati, takkan disebabkan kawen dan duit hantaran nk gaduh ngan parents. kang tak berkat..mcm mana? tu nasihat suami la, untung aii kawen ngan dia, kekeke!

lynn pun minat sgt dlm gold investment ni, tp..kena tunggu sat. pakai duit beli susu anak dulu :) investment gak kan?

zella y said...

aah...skrg ni rmai beli emas utk buat pelaburan...

CITY® said...

salam ila ali,
wahhhhhhhh mcm menarik gak ni
leh wat melabur utk hari tua
tak semestinya nak kawin je kan
ekekek
leh beli sendiri dan simpan
kat ner ada jual erk?
berapa harga?
heeeeeee..

ila, nak komen sikit pasal hantaran kawin tuh
mmg betul ada mak ayah ambik duit hantaran . kerana apa?
utk bayar2 semua yg dah dibelanjakan utk majlis kawin tuh juga. bukan semua mak ayah berduit. nak lagi, anak itu sendiri nak buat majlis gah sana sini. so, nak tak nak, anak kena terima lah.
bukan salah mak ayah sahaja.
heeeeeeeee..
pendapat saya berdasarkan pengalaman kawan2 dan sedara mara.

tq singgah n komen di blog biru
xoxo

Amir Zones said...

dulu mahathir ada cadangkan pnggunaan dinar emas sbg mata wang. tapi ramai yg bantah sebab takut nilai dolar US jatuh mendadak. emas xkan jatuh nilainya smpai bila2 pun. tu kebaikan emas ni. btw, thanks 4 sharing this info. :D

ila-ali said...

Zoul : betul tu. Kalau simpan emas cukup haul (tempoh) memang kena bayar zakat.

Mr kamikaze : Thanks...dah kawen ke? Klu lom bleh cuba!

shiMawar : Nak kawen tokey kedai emas? wah! menarik dak tu. takpun anak tokey emas pun boleh jugak.

enjelinajolipit : i baru cadangkan shiMawar cari anak tokey kedai tgk2 u pun berminat.

Anak Poh Kong namanya Poh King Kong....ahaks. Ada brani?

Lynn Nasir : mestilah winduu...!!!
Pasal wang hantaran tu, kalau dah bagi tu takpelah. Jgn diungkit kembali. Sib baik U dgr cakap suami. Berkat dunia akhirat :)

Zella : tulah i tgkpun mcm tu jugak.

blueCITY : Salam blue...
Kalau nak beli emas fizikal ni kat maybank ada.Kalau tak silap Public Gold memang jual emas mcm ni. Cuna2 la usha.

Pasal wang hantaran tu, mmg betul kalau ibubapa yg tak berkemampuan tu, duit hantaranlah nak byr pelamin, mak andam, katering dan segala bagai. Yg tu kita fahamla. Kalau si pengantin tu tak kesah, takpelah..Tapi kadang-kadang semua tu si pengantin dah sediakan sebb taknak menyusahkan orang tua..

Tp ai tahu mmg dah jadi amalan kita selama ini duit hantaran parents yg dapat!

Amir : Tun Mahathir mmg seorang yg berpandangan jauh and very brilliant!

ejaMaria said...

pasal emas mahal la, baru ni sepupu btunang, cincin dia halus jer... klu solid ok lagi, ni tak bole kemek klu skali ketuk... alahai, siannyer...
n lagi satu info - salah satu sbb harga emas naik kerana sumber emas kat bumi ni dah semakin kurang, lg susah nak jumpe lg mahal lah harge nye...

ila-ali said...

Ejamaria : betolla agaknya tu, sumber emas dah makin kurang sebb tu mahal...

samanosuke_04 said...

woooo, teringat zaman2 egoldmoney dulu skang nie dah tkde daaa.. semua orang pakai paypal. hohooh

Nadri said...

emas merupakan salah satu instrument pelaburan yg plg menguntungkn..blh beli & simpan emas utk pelaburan jangka pjg. tp jgn lupa pulak utk bayar zakat..kdg2 kita terlepas pandang..

salamm,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails