Followers

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tinggal 2009.....Selamat Datang 2010

Selamat Tinggal 2009...
Walau apapun maksud 2009 bagi anda sama ada kegembiraan, kejayaan, kemasyhuran, kegemilangan, kesejahteraan, kesihatan atau kesedihan, kemurungan, kejatuhan, kehilangan...

Bukalah tahun 2010 dengan penuh harapan, sinar baru, lembaran baru dalam hidup kita untuk:

1) Sasarkan kejayaan yang lebih tinggi daripada apa yang ada sekarang
2) Menjadi insan yang lebih baik disisi Allah SWT, kepada pasangan kita, anak-anak kita, keluarga dan kepada orang lain
3) Memberi kehidupan yang lebih baik kepada orang lain
4) Menyimpan untuk waktu-waktu `mendung
5) Exercise! Exercise!Exercise.
6) Mempercayai pasangan kita
7) Menjadi anak yang baik kepada kedua ibubapa kita
8) Senyum selalu...jgn stress
9) Lupakan kegagalan lalu, bangkit dengan semangat baru
10) Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal (DUIT)

Friday, December 25, 2009

Link Sama-sama Nak? (15 terawal)

Jom kita link sama-sama nak? Sesiapa yang nak...cara-caranya seperti berikut:

1) Linkkan my blog
2) Letakkan dalam blog bersama-sama your blog address
3) Then, I will link back

Hanya 15 yang terawal sahaja tau! So cepat! cepat!

Thursday, December 24, 2009

Perancangan Kewangan 2010


Wah! heavy lak rasanya entry kali ni. Tapi memandangkan lagi beberapa hari nak tahun 2010 menjelang, perancangan kewangan merupakan satu kemestian bagi setiap orang. Semalam sementara tengah memandu ke bank untuk menyelesaikan beberapa urusan, terdengar kat radio IKIM tentang perancangan kewangan 2010...so...banyak jugak tips yang boleh dikongsi bersama, walaupun tak dapat dengar sepenuhnya sebab kuar masuk kete aje...

Aku personally dah start sikit-sikitlah tentang financial planning ni. Alhamdulillah bila dah start baru nampak ada saving sikit..kalau tak, keje makan gaji dah lebih 10 tahun pun saving entah ke mana. Buat potongan gaji...ujung bulan...korek balik....hutang kad kredit....(serik aku nak pakai lagi...), rumah, kete...anak tuisyen, yuran sekolah dan bermacam-macam lagi perbelanjaan. Kadang-kadang disebabkan masalah kewangan ini jugak hubungan suami isteri boleh berantakan dibuatnya.....

Tapi bila kita nak buat financial planning untuk keluarga...nyatakan

1) Matlamat
kita dulu. Jangka panjang dan jangka pendek. Aku start dalam 2 tahun sebelum berenti keje. Tapi masa ni aku dah berjaya memotong kad kredit aku dan kad kredit laki aku....lega rasanya yang amat!! Macamana aku buat?? Aku buat refinance rumah. Ada duit lebih tu aku settlekan semua kad kredit aku. Memanglah tambah tahun...tapi bayaran bulanan tak jauh beza sebab dia ikut BLR semasa. Tapi rumah ni kita boleh cepatkan habis dengan top up melalui kwsp...selesai satu kes.

Fasa seterusnya aku cakap aku taknak korek lagi duit tabungan simpanan aku kalau ada masalah-masalah yang tak dijangka...so aku wujudkan
2) Tabung kecemasan.
Aku asingkan dari perbelanjaan bulanan. Tak banyak dalam rm50.00. Kalau ada duit lebih (bonus MLM ke, bonus keje ke...aku tambah lebih sikit)...Tapi sejak aku buat keputusan ni...sampai sekarang aku belum lagi cuit saving aku bila ada hal-hal kecemasan...alhamdulillah!

3) Kemudian aku buat planning untuk saving tahunan aku. Contohnya tahun 2008 aku nak simpan RM3000.00. Bulan-bulan aku kena simpan RM250.00. Tapi aku hanya mampu nak simpan RM150.00 contohnya...so lagi rm100.00 aku buatlah keje-keje sampingan seperti MLM ke, jual kain ke, apa sajalah yang boleh buat duit...janji boleh cukup RM250.00 untuk simpan...Paling penting planning ni kenalah realistik...jgn target yang besar-besar seperti nak simpan RM20,000.00 setahun, tapi nak lepas bulan-bulan pun seksa....

4) Kemudian aku diperkenalkan dengan ASB.Tahu dah lama da...tapi tak buat-buat jugak. Yang terbukak mind aku untuk buat loan asb ini sebab memang aku buat potongan gaji tiap-tiap bulan. So ejen yg perkenalkan kat aku cakap, contoh kalau puan buat pinjaman dalam RM50,000.00 contohnya. Byrn bulan-bulan dalam RM300.00 lebih (ikut tahun pinjaman-ni kalau maksimum)...nanti cukup setahun bonus yang dapat dikira dari duit RM50k. So, dapatlah dalam 3-4 ribu setahun...Emmm...lebih dari target simpanan aku...Kalau kita simpan sendiri kalau ujung tahun dapat 3k, bonus yang dikira setakat 3K aje...Menarik ni...Tapi bayaran bulan-bulan mau tercekik dibuatnya...so, aku buat check n balance...kita aje yang tau akaun kita kan...so, selesai...! Aku anggap ni akaun persaraan akula sebab aku taknak kuarkan duit dividennya...dan kita boleh tambah jumlah pinjaman mengikut kemampuan, tapi maksimum rm200k.

5) Insuran pendidikan untuk 4 orang anak-anak aku : 2 orang aku amik Takaful Ikhlas, lagi 2 orang aku amik Prudential. Semuanya tanpa medical card. Sib baik company ali ada provide medical card untuk satu family...

6) Insurans + medical untuk aku dan ali..ni kena, sebab dah makin berumur ni takut penyakit-penyakit yang tak dijangka singgah...at least adalah duit nak cover perubatan tanpa kita cuit duit simpanan kita....


Jadi tahun 2010 impian kewangan aku adalah:

i) Target saving aku tahun 2010 ialah...jeng!jeng!jeng!....adalah...so kena keja kuat tahun ni!
Ada beberapa projek yang akan dilaksanakan...maklumlah dah keje sendiri...business online diteruskan macam biasa, keje-keje freelancing training, MC, image consulting, tulis buku, event organizing...kalau u all ada keje yang memerlukan khidmat saya...bagitaulah ye! hehehe sempatlak pomot!

ii) Buat pelaburan -Tahun lepas aku ada dapat bonus MLM kira bolehla tahan...so aku nak pejam mata je ngan duit ni taknak pakai,..so aku laburkan kat Public Mutual. Dok diam-diam kat situ...
Tapi sekarang ni dah banyak bentuk pelaburan yang mengancam! Aku paling teruja dengan pelaburan emas ni...kalau ikutkan review dia tahun ni (2009) sehingga bulan 11 harga emas naik sehingga 37%, ASB baru aje 8.55% tupun dah happy giler...kalau 37%???mak aiii...kalau nak tau lebih info boleh klik kat jutawanemas. Setakat ni tak berani lagi nak invest kat yang high risk. Lagipun tak berapa pandai!!

Beli tanah, beli rumah...ni memang value takkan jatuh punya...Kalau pandai dan ada duit lebih selalulah tengok umah yang dijual lelong. Tengok lokasi, fasiliti, market value...dah puas hati baru beli tapi nak beli rumah lelong ni ada caranya...nak tau lebih sila tengok kat sini jutawan hartanah. Aku nak citer lebih-lebih tak tah sebab tak involve dalam bidang ni...tapi aku tahu sikit-sikit sebab aku suka amik tahu bab-bab investment ni:))

Tapi kalau ada plan nak beli/tukar kete...pikir banyak kali...kalau benar-benar perlu baru beli. Sebab harga kete ni menyusuttt banyak.

Simpan duit kertas RM5 - Memula aku buat amalan ni sebab nak kumpul nak gi bandung buat belanja kat sana. Walaupun dah pergi Bandung, aku teruskan jugak cara ni sebab aku nampak macam ok. Alipun bagi support. Dia kalau ada dapat duit kertas RM5 mesti dia simpan untuk aku. Cukup RM400.00 aku masuk ASB. Sebab kat sini susah skit nak kuarkan duit. Nak dapat RM400 tu pun tak tentu...ada cepat dalam 3 bulan, ada lambat sampai berbulan-bulan...tak kisahla...lagipun tak pressure langsung..Jadi bila dah terbiasa, klu dpt duit RM5 ni sayang nak belanjakan dan terus asingkan....

Ali lak dia ada tabung duit syiling 20 osen dan 50 sen. Hari tu pecahkan tabung buluh tu dapatlah RM5oo ratus lebih. Dia masukkan dalam tabung haji anak-anak. Bahagi 4 la...

Banyak bersedekah...kita meringankan bebanan orang insyaallah Allah meringankan bebanan kita...amin!! RM1 pun kalau ikhlas, berlipat ganda pahalanya...

Cari kelemahan dan kekurangan yang menggagalkan matlamat kita tahun lepas...dan senaraikan...supaya kita tak ulang kesilapan tu

So far...aku berpuashati dengan pencapaian kewangan aku tahun ni...alhamdulillah! Tapi belum sampai boleh bawa anak-anak bercuti ke oversea...sebb tahun tahun ni aku kumpul duit nak hantar parent aku gi umrah. Hajat yang dah bertahun-tahun aku simpan..Parent aku dah pegi haji tahun 1982. Lama dah. Sejak tu takde...Kalau orang citer pasal mekah...aku tengok diaorang suka sangat...Jadi sebagai anak sulung aku rasa tanggungjawab akulah tu....so insyaallah kalau takde aral melintang bulan 3, 2010, sampailah mereka ke sana....doakan tercapai ye! Manalah tahu berkat hantar ibubapa ke umrah...cepat akulak pergi haji...ali dah selamat jadi haji ali...aku aje belum...jeles tau!

Apa-apapun perancangan kewangan bergantung kepada kedudukan kewangan sesuatu keluarga tu...ada banyak duit, boleh simpan laaagi banyak, tapi kalau ada sikit-sikit pun kita kena menyimpan....walaupun klise pepatah ni tapi masih relevan...sikit-sikit lama-lama jadi bukit...dok gitu!!

So, selamat buat Perancangan Kewangan anda tahun 2010....semoga berjaya!

Saturday, December 19, 2009

Bestke Lost World Of Tambun?

Best untuk anak-anak aje rasanya...Mama ngan babah rasa biasa aje....Taman Tema Air...sama lebih kurang macam kat A Famosa Melaka, Bukit Merah Lake Town Resort, Sunway Lagoon.... semua tu dah pegi...tapi bila tanya anak-anak, balik-balik nak pegi water theme park...ikutkan ajela...janji diaorang happy...



Sebenarnya nak pegi Lost World of Tambun (LWOT) ni last minute planning. Khamis malam Jumaat bincang-bincang ngan Ali, Jumaat pagi terus kitaorang gerak. Anak-anak semua tercengang bila suh kemas pakaian masing-masing. Bila cakap nak pegi LWOT...semua menjerit kegembiraan...Kira surprise untuk diaorangla......Terus rajin nak mengemas memasing. Kalau tak cakap banyak kali diaorang buat dek aje.....Sib baik sepanjang perjalanan cuaca sangat elok. Hujan sikit-sikit masa nak sampai Perak.

Disebabkan tak buat planning, main redah aje...hotel yang dekat ngan LWOT dah fully booked bila kitaorang call. Tapi kiraorang pegi jugak hotel tu dan tanya kat reception dia, alhamdulillah ada. Hotel dia style homestay. Hotel Apartment 3 bilik, fully furnished. Sangat selesa. Cuma makan kena pandai-pandai sendirila...tapi tempat dia dekat sangat dengan LWOT, tempat makan dan shopping complex Giant.


So esoknya, memandangkan dia bukak dalam pukul 10 am, kiraorang pergi sarapan kat kedai mamak dulu. Relaks-relaks, baca suratkhabar, then barulah pegi. Adalah lagi 10 minit nak kol 10, tengok-tengok manusia punyalah ramai...nak beli tiket berebut-rebut. Mencabar jugak nak jaga si kecil tu masa babahnya pergi beli tiket. Tak tau dok diam. Yang besar pun sama sibuk. Sekejap-sekejap tengok babah dah sampai mana. Lepas tu jadi reporter tak bertauliah.


"Mama, babah jauh lagi..."

5 minit lepas tu...

"Mama lagi 5 orang"

" Mama, tinggal lagi sorang"

"Mama, jom mama, jom!


Emmm...mama iakan aje. Bagus jugak ada reporter tak bertauliah ni...tak adalah mama tertunggu-tunggu...

Bila masuk tu, kalau sesiapa yang 1st time pegi, MESTI kena amik map LWOT dulu. Kemudian bincang nak pegi mana. Naik main air ke, kat amusement park ke atau ke The Petting Zoo. Kitaorang pegi main air dulu sebab budak-budak dah sangat-sangat teruja..Janji hanya beberapa jam aje kat situ, tapi punyalah liat nak naik, berendam sampai kol 4. Dah penat barulah nak ke Petting Zoo, Tiger Valley, The Rainforest Trail. Si kecik tu dah terlentuk2 kepenatan. Tapi masuk aje kat Petting Zoo terus segar bijik mata tengok binatang kat situ. Tapi..amusement park takdpt nak pegi sebab dah tutup. Dia tutup tepat pukul 6. Hemm...buat rugi aje. Kalau sesiapa yang pegi next time, pegi tempat-tempat kering dulu. Lepas tu baru berendam. Kalau tak, jadi macam kitaorang ni...










Bestnya tempat ni sebab dia sekali dengan panorama kehijauan. Siap dengan bunyi-bunyi unggas. Sangat semulajadi...Bayarannya pun oklah. Taklah mahal macam kat Sunway Lagoon ataupun kat A Famosa. Kalau yang tinggal kat KL, boleh pergi satu hari aje. Jimat belanja, tak payah nak sewa hotel segala. Macam kitaorang, pegi 3 hari 2 malam sebab lebih kepada nak relax-relax dan bersantai. Tak mau rushing-rushing. Bila penat-penat main air tu, masih ada masa nak rehat sebelum balik keesokkan harinya.

Sebenarnya gambar banyak lagi. Tapi tak dan nak upload semua. Nak upload satu gambar pun payah. Kalau nak tengok gambar lain bolehlah klik KAT SINI.

So, Bestke LWOT ni?, konklusinya kalau 5 markah bolehla bagi 3 aje...Tapi kalau semua theme park anda dah pegi, tempat ni aje yang belum, bolehlah try...

Friday, December 18, 2009

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, December 16, 2009

Saat dia menghembuskan Nafas Terakhir

Innalillahi Wainnailaihirajiuun...
Memang benar janji Allah, jika ajal telah sampai tidak akan terlewat atau tercepat hatta sesaat pun, walau seberat manapun hati kita untuk mempercayainya ataupun untuk menerimanya...tapi ketentuan Allah...kita sebagai insan yang lemah, hanya redha sahaja yang mampu mengubati hati yang sendu!!

Nenda tersayang, Hjh Maimunah binti Husin menghembuskan nafas terakhir pada 13 Disember 2009 tanpa ada tanda-tanda akan pergi meninggalkan kami selamanya di usia 76 tahun. Masih berbual mesra dan bergurau senda dengan mak saudaraku (mak itam) sebelah abah dan duduk berjiran dengan nenek sehingga pukul 12.30 tghari. Semalam (12 Dis) masih lagi memenuhi undangan perkahwinan anak jiran sekampung. Malah masih sempat lagi membuat kuih bingka kegemarannya bersama anaknya yang ke 9 daripada 10 anaknya. Lantas resepi turun temurun itu dipanjangkan kepada anaknya itu. Katanya kuih ni senang aje nak buat. Nanti kalau nak tambah-tambah pendapatan keluarga, kuih ni boleh dibuat jual. Ramai orang suka. Tambahnya. Makcikku itu surirumah tangga mengambil upah menjahit baju dan membuat kuih apabila tibanya bulan Ramadhan dan Syawal. Memang itulah karektor Nek. Tiada apa nak dihairankan.

Saat Nek nak `pergi', dia minta Mak Usu ( tinggal bersamanya) untuk menemankan dia ke tandas untuk membuang air besar. Nek memang kakinya tidak berapa kuat untuk berdiri kalau sudah lama duduk. Selepas mensucikan diri, dia panggil Mak Usu dan katanya badannya sangat lemah, letih. Mak rasa tak larat la, Mah, Allah! Allah!...badan Mak letih, Allah!!!. Tiba-tiba badannya terus lembik sahaja. Mak Usu panggil Pak Usu dan beberapa jiran untuk memapah Nek keluar dan terus dibaringkan ke tilam yang diletakkan di ruang tamu. Nafasnya turun naik turun naik....Mak aku pun datang selepas dapat berita Nek tak sedarkan diri. Mak!Mak, mak aku memanggil Nek...tiada jawapan...nafas Nek makin lama makin senyap macam orang dah tidur. Mak panggil ambulan. Nek masih seperti itu. Mak mula risau...mak lafazkan Laillahaillallah! Laillahaillallah!...masih tiada jawapan. Ambulan datang, tengok Nek dan cakap Nek dah tak ada. Jam menunjukkan pukul 2.00. Mak terus terjelepok, mak itam, mak usu dan pak usu memandang antara satu sama lain dalam perasaan tidak percaya. Manakan nak percaya...baru sebentar tadi Mak Itam berbual dan bersenda gurau seperti biasa dengan Nek. Takkanlah!!

Pandang wajah Nek, masih seperti orang yang sedang tidur! Ya Allah! mudahnya Nek pergi mengadap Yang Maha Esa. Sempat lagi menyucikan dirinya terlebih dahulu...terkabul doa Nek sebelum ini. Nek pernah cerita kat aku kalau boleh dia tak mahu menyusahkan anak dan cucunya sebab dia dah puas menjaga orang sakit semasa dia muda dahulu. Dia pernah menjaga mak saudaranya yang menderita sakit kanser buah dada. Malah pernah juga menjaga neneknya yang sakit tua...lama terlantar....! Jadi dia selalu berdoa, janganlah dia sakit melarat macam tu sehingga menyusahkan anak cucu. Ternyata doanya termakbul.

Nek, kami sayang Nek. Semoga Nek ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Nek sangat beruntung, dimandikan oleh anak-anak dan cucu-cucunya. Kebetulan ibuku bilal kampung, melaksanakan 2 tanggungjawab sekaligus...! Diuruskan oleh anak-anak dan cucu lelaki, disembahyangkan oleh hampir semua anak dan cucu-cucunya dengan diimamkan oleh imam kampung. Tahlil pun diterajui oleh menantunya dan semua anak-anak dan menantunya. Bila dikira-kira saat berkumpul itu, lebih daripada 4o orang ahli keluarga nenek yang boleh membaca Yaasin. Semua bersepakat nak khatamkan Nek Quran secara berkelompok selama 3 malam. Alhamdulillah tercapai!

Ali cakap untung Nek ada keluarga ramai dan boleh diharap dalam bab-bab agama. Masa kita nanti macamana pulak!! Anak-anak kita macamana nanti....!

AlFatihah untuk Arwahyarhamah Hjh Maimunah binti Hj Husin.

Tuesday, December 8, 2009

Back To School






Pejam celik pejam celik dah nak buka sekolah balik. Seperti biasa para ibu bapa sure sibuk nak cari barang-barang sekolah anak. Baju sekolah, kasut sekolah, stationeries, botol air, stokin...pendek kata semuanya barulah!

Last 2 week aku bawa semua anak-anak aku gi shopping baju, kasut dan peralatan sekolah. Belilah brand canggih ni untuk baju sekolah. Aku suka pakai brand canggih ni...baju dia putih cantik dan material dia sangat ok. So far tak pernah terkoyak ke, butang tertanggal ke. Baju ni kalau dipakai kerap lama kelamaan dia akan lembut dan sejuk je kat badan. Kain dia pun tak menipis wpun dibasuh menggunakan klorox...tapi harganya...menggigil tangan aku masa nak bayar ..!

Tahun lepas aku ada juga cuba kain dari Keluargaku...tak sampai sebulan, jahitan dia terbukaklah...berburas lah, sampai tension aku dibuatnya. Bukan selai dua, tapi semua baju anakku mcm tu. Memangla murah dan aku beli sorang 3 pasang, tapi bila 3, 4 bulan terpaksa beli yang lain sebb dah terkoyak yang tak boleh nak jahit lagi. So taun ni langsung aku takbeli kat keluargaku. Cuma mungkin aku amik kain sekolah pagi. Kain dia ok.
So aku nak kongsi tips la sikit pada ibubapa yang masih belum beli baju sekolah anak-anak. Maklumlah hujung tahun ni macam-macam nak pakai duit, lebih-lebih lagi awal tahun depan dengan nak bayar untuk buku latihan, yuran sekolah, yuran komputer la...bagi yang hantar anak tuisyen, tadika...duit lagi...so tips ni kot-kot dpt membantulah mengurangkan perbelanjaan keluarga...

i. Inventory Checking
Sebelum pegi membeli belah, cek dulu baju dan seluar sekolah anak-anak, mana yang boleh pakai, elok lagi....asingkan. kalau dah sempit bagi kat adik (kalau ada) Tengok lak brand dan size baju dia. Lain brand lain size dia. Tapi kalau nak cuba brand lain, bawa anak lagi selamat. Untuk tahun baru ni kena beli besar sikit daripada tahun lepas punya. Klu main beli aje...kemungkinan kita akan terbeli size yang sama jugak...(penah berlaku kat saya...tu la sebabnya...hehehe). Macam saya, seluar untuk adik (anak no 2) beli selai aje, tahun lepas masih elok dan masih labuh lagi. Seluar abangpun masih elok lagi. Ok la tuh! Adik boleh pakai. Cuma abanglah kena beli semua baru sebab tahun ni dah masuk Tingkatan 1.
Kasut dan stokin jugak buat macam kat atas tadi.
Tahun lepas saya beli stokin satu ikat yang ada 3 stokin. Beli sorang satu lak tu. Ada lebih lagi sepasang. So tahun ni sy beli 2 ikat aje (satu ikat ada 3 pasang stokin). Abang ngan adik share. Doter tahun ni taknak stokin pink, jadi satu khas untuk dia. Sy beli besar sikit, jadi boleh simpan untuk tahun depan sekali...save skitlah duit mama...Kasut lak semua dapat 2 pasang yang baru. Kasut tahun lepas dah kena hukum buang...terkoyak sana sini...diaorang ni pegi sekolah ke pegi mencangkul...musykil dibuatnya...kasut dah tak serupa kasut bila menjelang akhir tahun...
Jangan dilupa, beg sekolah jugak. Kalau masih elok apalah salahnya digunakan lagi. Kalau tanya anak-anak mesti nak yang baru punya. Tapi kalau slow talk ngan diaorang, diaorang faham. Macam anak-anak saya, beg yang dipakai dah dua tahun dah. Tahun ni kena beli baru sebab plastik bahagian dalam dah habis koyak-koyak walaupun luarannya masih elok lagi..Nasib baik Baby dah dapat hadiah akhir tahun berupa beg sekolah. Jadi tak payah beli satu. Save duit mama!
p/s pakaian-pakaian tu jgn lak terlupa untuk sekolah agama sekali ye!


ii) Checklist
Bila dah tahu, tulis apa barang-barang yang perlu siap dengan kuantiti sekali.
Jadi kita hanya membeli barang-barang perlu aje. Kalau tak tulis, bukan anak aje yang teruja. Makpun boleh rambang mata. Rasa macam semua perlu untuk anak. Tu yang bila dikira-kira balik, dah terover budget...haru dibuatnya!


iii) Budgeting
Bila dah tahu barang-barang dan kuantitinya, kiralak pula berapa budget kita.
Jadi dari situ kita boleh tengok brand apa, range harga dan sebagainya.

iv) Shopping
Lepas dah tahu semua keperluan dan budget...barulah pegi shopping.
Jangan lupa bawa bawa list tu tadi.

Saya, wpun dah buat checklist dan budget, masa nak kuarkan RM menggigil jugak rasanya masa nak bayar ....huhuhu...tapi kalau tak buat checklist...rasanya pasti lebih banyak lagi....


Ni cara saya la...you all ada tak cara yang boleh kongsi bagaimana nak mengurangkan perbelanjaan sekolah ni...Kongsilah ngan kitaorang ek. Tulis kat bahagian komen ok!!

Hj Ali balik Haji

Arrival Time from Jeddah : 10.55 am



Wajah gembira anak-anak menyambut babah


Amin...Syukur Alhamdulillah!



Team Khabar Haji 2009

Ni aku bersama member lama masa kat TV3. Hj Nazri Kahar dan isteri Adilah Arshad
sekrg dua-dua ada kat Astro Awani 501

6 Disember 2009 - Tarikh inilah yang kami anak-beranak tunggu-tunggu. So pagi-pagi dah bangunkan anak-anak, mandi, sembahyang, kemas rumah seadanya dan terus kuar umah. Tapi sebelum tu singgah jab kat Subaidah untuk sarapan. Makan kat luar sebab malas nak kotorkan dapur dan pikir pasal basuh pinggan pagi-pagi hari...emm..tak kuasa!

Hanya aku anak beranak aje pegi ke airport hari ni. Mak dan adik beradik aku ada kat Kedah menghadiri majlis perkahwinan anak adik mak aku @ mak sedara aku la kan! Mak mertua aku lak tengah prepare majlis kesyukuran untuk ali dan cucunya yang berkhatan pada tarikh yang sama. So, aku ajela yang menyambut...Cuak jugak aku nak bawa diorang ni sorang-sorang lebih-lebih lagi dengan anak aku yang 2 tahun tu, takut dia buat hal. Tapi alhamdulillah, sepanjang perjalanan tu dia tidur....fuh lega...!!

Kol 10 am kitaorang dah sampai ke KLIA. Ali naik commercial flight so sib baik tak delay. Tapi nak tunggu dia kuar tu punyalah lama...aqiel (anak aku yg umo 2 tahun tu) bukan main ligat, tak tau dok diam. Budak besar tu bukan tau apa. Tapi masa babahnya takde...bila dia rasa sedih atau bila` dikerjakan' oleh abang dan kakaknya, mulalah cakap nak babah! Nak babah!..orang lain pujuk semua tak jalan...nak babah jugak. Last-last kenalah telefon babahnya kat Mekah. Bukan cakap apa pun, tapi mengadu sampai meleleh air mata...dlm bahasa dia yang kitaorang pun tak paham apa, tapi kadang tu sampai tersedu-sedu...cian dia. Lepas dengar suara babahnya lepas tu dia okla...Kadang-kadang kalau bawa gi jalan-jalan, pantang nampak orang lelaki yang ala-ala botak mesti dia cakap dan tunjuk babah!babah! Sian dia...takut tekanan perasaan laks rindu kat babah! Sib baik sepanjang babahnya di Mekah dia tak demam ke, meragam ke...payah gak klu gitu. Jenuh nak cari kat Mekah nu... Mama dia lak yang demam. Tshirt babah yg belum basuhla jadi ubat. Konon-konon untuk dak aqiel kalau rindu, last-last mak dia lak yang pakai...hehehe!!
Kol 11.30 pagi baru nmpk batang idung lakiku yang kucintai sedang menyorong troli...Pakai tshirt putih aje...Aku ingatkan dia pakai jubah putih labuh ngan serban berlilit, tangan bertasbih...balik haji le katakan...tapi sempoi aje dengan tshirt putih biasa. Ali...seperti biasa memang sempoi!!Alhamdulillah, sampai juga ke tanah air bersama team Khabar Haji yang lain.

Friday, December 4, 2009

Ali Al-Haj @ Mekah













Ni gambar-gambar Ali semasa di Mekah. Best je tengok diaorang ni. Kengkadang bila kenang-kenang jeles lak tengok dia dapat menunaikan haji lebih dahulu daripada aku... Sebenarnya kitaorang dah daftar haji 2 tahun lepas. Kalau ikut giliran insyaallah tahun 2022. Lama lagi tu. Tapi orang Tabung Haji cakap kalau dah cukup duit boleh buat rayuan. So sekarang ni memang tengah mengumpul lah ni...tup-tup dia dapat pegi dulu. Ada jugak usha-usha nak ikut sama. Tapi mana boleh. Diaorang menggunakan pas petugas dan media.

Tapi...aku tetap bersyukur di atas rezeki yang diberikan kepada Ali. Bukan semua orang bernasib baik untuk terpilih menjadi tetamu Allah!!

Apa-apapun Ahlan Wa Sahlan Ya Habibi Ali Al-Haj...(tengah berdebar menanti tarikh 6 Disember, 10 pagi...Hj Ali dijangka menjejak kaki di bumi Malaysia)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails