Bermula maghrib malam ini suasana pasti akan berbeza. Terkenang suasana kampung bila setiap kali menjelang malam sambutan ramadhan, keriuhan dan kesibukan amat terasa menjelang maghrib itu. Masing-masing sibuk bersiap seusai sembahyang maghrib dan kemudian kelihatan ibu-ibu berbondong-bondong bertelekung mengheret anak-anak kecil ke masjid bagi menunaikan sembahyang terawih yang pertama. Masing-masing tidak mahu terlepas menikmati kemeriahan malam pertama Ramadhan. Anak-anak kecil pun berlari keriangan berkejaran dengan gelak tawa tanpa takut kerana tahu syaitan telah diikat dengan rantai besi supaya tidak mengganggu umat Muhamad sepanjang Ramadhan ini. Macam satu psikologi anak-anak tiba-tiba menjadi berani di malam hari sepanjang bulan Ramadhan.
Walaupun suasana amat berbeza sepanjang 10 tahun menetap di taman perumahan yang biasanya suram dan biasa-biasa aje menjelang Ramadhan, lantas setiap tahun malam Ramadhan semua anak-anak ku `angkut' balik ke kampung untuk menjiwai suasana dan kemeriahan sambutan Ramadhan itu. Tapi rasanya tahun ini aku mahu `hidupkan' kemeriahan Ramadhan di rumah sendiri. Insyaallah malam ini selepas solat Maghrib kami akan membacakan Yaasin dan kemudian bergerak ke masijd berhampiran untuk bertarawikh.
Sejak 3 tahun kebelakangan ini kebanyakan syarikat menilai prestasi pekerja dengan meletakkan KPI masing-masing. Jika dulu disebut Sasaran kerja Tahunan (SKT). Apapun istilahnya tetap sama. Kita dinilai melalui prestasi kerja. Jadi adakah kita telah menetapkan KPI kita untuk Ramadhan kali ini?
Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan kita mendapat segala kebaikan yang ditawarkan oleh Allah swt di bulan yang lebih baik daripada 1000 bulan ini. Insyaallah.
Amalan-amalan di bulan Ramadhan ini boleh dijadikan panduan untuk memenuhi KPI kita tahun ini.
Amalan-amalan di bulan Ramadhan
# Niat berpuasa sebulan pada permulaan Ramadhan
# Bersembahyang terawikh
# Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al-Kahfi supaya dapat bangun malam
# Mengaji Al-Quran, bertadarus lebih baik sehingga khatam Quran di bulan Ramadhan
# Solat berjemaah setiap waktu
# Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
# Sahur di akhir waktu
# Kurangkan tidur
# Mandi Janabah sebelum Imsak
# Tunaikan Solat Sunat Fajar (Solat Sunat Subuh)
# Solat Dhuha
# Jaga pancaindera
# Hadiri Majlis Ilmu
# Mempercepatkan berbuka puasa sebaik-baik dimulakan dengan 3 biji kurma
# Berbuka bersama orang tua
# Jemput tetamu berbuka puasa
# Bersedekah
# Banyak beriktikaf di masjid (lelaki sahaja)
# Baiki hubungan suami-isteri
# baiki hubungan jiran tetangga
# Kuatkan kesabaran
# Banyakkan selawat,istighfar dan berzikir
# Berazam untuk beramal terutama 10 malam terakhir
# Mengejut anak dan isteri di 10 malam terakhir
# kurangkan hiburan yang melalaikan
# Elakkan banyak berhutang
# mendoakan ibubapa samada yang hidup atau yang telah meninggal dunia
# sembahyang di awal waktu
# Elakkan pembaziran
# Tunaikan zakat fitrah
Harapan Ramadhan: Raihan feat Man Bai
2 comments:
salam ramadhan utk akak sekeluarga... ;)
Hmmm.... istilah KPI dah semakin femes....
Post a Comment