Semalam Mak dan adik selamat sampai ke tanahair selepas 10 hari menunaikan umrah. Mak pegi hari Ahad lepas 28 Mac-6 April 2010. Masa mak pegi aku tak dapat nak hantar ke KLIA sebab outstation di Sungai Petani, Kedah. So, bila mak balik ni adalah peluang aku menjemput bersama-sama dengan abah dan adik no 4 dan no 6. Mak nampak sangat happy dapat menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah selepas 25 tahun iaitu pada masa mak pergi menunaikan fardhu haji. Bukan main panjang lagi sengih mak masa sampai semalam.
Walaupun aku tiada, anak-anak sekolah macam biasa. Anak yang sulung, minta jiran tolong amikkan semasa balik sekolah. Kebetulan anaknya sama satu sekolah dengan anakku. Yang no 2 dan no 3, terus pegi tuisyen naik van. Terpaksa ponteng sekolah agama. Tapi ganti balik hari Rabu nanti (hari ni la). Sepatutnya petang aku ambil, tapi disebabkan tak sempat so aku minta pusat tuisyen tu tolong hantarkan ke rumah. Aku suka pusat tuisyen ni senang nak berurusan dan sangat tidak berkira walaupun aku cakap akan bayar duit van. Katanya sesekali tak apala. FOC.
So, pagi tadi semasa aku hantar anak kat sekolah seperti biasa sembang-sembang dalam kereta tu. Semalam tak sempat nak tanya apa yang berlaku di sekolah. Selalunya aku akan tanya masa balik sekolah. Pertanyaan biasa selalunya, hari ni belajar macam mana, kena marah dengan cikgu tak? kena rotan/denda tak? (ye sekolah cina, ibubapa masih membenarkan anak2 di rotan tapi tidaklah sampai memudaratkan)
So my only doter, Baby cerita dia punya ejaan subjek Agama dapat semua betul. Dalam kelas tu (Tahun 2 ada lebih kurang 6 orang pelajar Melayu) hanya dia seorang aje dapat semua betul dan yang lain semua dapat markah kosong. Aku tanya ejaan tu dalam tulisan apa? Tulisan Jawi jawab Baby.
Aku terdiam seketika. Disebabkan pelajar Melayu tak ramai, so kami ibu-ibu ni kenal diantara satu sama lain. Aku tahu hanya aku seorang sahaja yang hantar anak ke sekolah agama petang. Yang lain cakap nak kena hantar anak ke tuisyen sebab risau penguasaan Bahasa Cina lemah. Lagipun tak sempat nak hantar anak ke sekolah agama sebab SJKC waktu persekolahannya tamat agak lewat daripada SK. Mereka hantar anak-anak ke tuisyen mengaji pada setiap Sabtu dan Ahad untuk memenuhi keperluan agama anak masing-masing.
Well, bukan nak cakap aku bagus. Entri ni bukan tujuan untuk membangga diri atau mengata orang tak cukup bagus. Tapi bagi aku, keperluan AGAMA anak-anak aku tak boleh KOMPROMI. SJKC bukan alasan untuk tidak menghantar anak ke sekolah agama. Baby anak aku yang ke 3 belajar di sekolah SJKC. Bermula dari anak sulung, walaupun sekolah cina, aku tetap hantar ke sekolah agama. Anak aku tetap tuisyen macam anak orang lain. Kalau di Melaka, sekolah agama untuk Tahun 1-3, Isnin-Rabu. Tahun 4-6, hari Rabu-Jumaat. So, apa yang aku buat ialah Baby ke sekolah agama setiap Isnin dan Selasa. Rabu-Jumaat dia pergi tuisyen. Alasan aku ialah Hari Rabu hari paling singkat tempoh pembelajaran dan selalunya cikgu jadikan hari Rabu hari aktiviti. Ariff (anak no 2, tahun 4) ke sekolah agama setiap Khamis-Jumaat.
Walaupun hanya 2 hari di sekolah agama, Baby masih di kelas pertama dan mendapat nombor 1-3 dalam kelas. Malah dapat mengalahkan pelajar-pelajar SK. Dilantik jadi Pengawas lagi. Ariff pula juga di kelas pertama dan kedudukan antara 15-19 dalam kelas yang mempunyai 34 orang pelajar. Ariff dan Baby satu-satunya pelajar SJKC dalam kelas masing-masing. Mereka memang sering datang lewat ke kelas tapi sebagai ibu aku telah memaklumkan tentang kemungkinan berlaku kelewatan dan ketidakhadiran kedua-duanya pada hari Rabu. Sekolah boleh bertolak-ansur. Alhamdulillah.Cuma kalau ada exam, mereka akan skip tuisyen. Setakat ni semuanya berjalan lancar dan tiada masalah.
Kenapa pentingnya sekolah agama?
i) Anak-anak boleh pandai membaca dan menulis jawi
ii) Anak-anak akan tahu tentang fardhu ain
iii) Anak-anak akan tahu tentang ulum shar'ie
iv) Ada basic Bahasa Arab
v) Belajar sembahyang
vi) Hafalan surah2 lazim bagi tujuan sembahyang
vii) Sejarah Nabi dan Islam
viii) Hukum-hukum basic dalam Islam. Tentang najis, halal dan haram, lelaki dan perempuan, syurga, neraka, aurat dsbnya
Semua perkara-perkara ini kita (akula) tak mampu nak ajar kat rumah. Kalau nak ajar mengaji mungkin boleh. Tapi perkara-perkara lain seperti Fardhu Ain, Bahasa Arab, Ulum, Jawi...semua ini memerlukan ustaz/ustazah. Aku pernah bertukar-tukar pendapat dengan ibu-ibu yang satu kelas dengan anak aku. Tapi, aku tahu masing-masing mempunyai pendapat tersendiri yang mungkin dirasakan terbaik untuk anak masing-masing.
Tapi kalau tulisan jawi tak tahu...fardhu ain tidak diajar..
aku tak tahu nak cakap macamana...Bukankah tulisan jawi lambang jiwa melayu dan Islam serta berkait rapat dgn asas Alquran. Ditakuti akan datang, bila bangsa lain nak menggugurkan dan menidakkan tulisan jawi serta menaikkan tulisan mereka terutama di papan-papan tanda, tiada lagi orang yang akan membantah sebab anak-anak kita juga merasakan tiada kepentingannya sebab mereka sendiri tidak tahu membaca jawi. Nauzubillah!
13 comments:
sekolah agama tu penting...
kdg2 setengah ibu bapa langsung xhantar anak ke sekolah agama tapi boleh plak hntr anak ke tuisyen subject2 yg lain...
zella y : tulah maksud saya. Kdg2 tak boleh susah skit. Mmg satu cabaran bg yg bekerjaya nak urus masa nak hntr anak dan sebagainya. Tp kita ibubapa ni kena tahu cara terbaik mengurus anak-anak agar dunia dan akhirat seiring.
Just my 2 cents.
Ini adalah pengalaman aarin sendiri sbb aarin sek rendah SRJK.. Mmg pelajaran agama islam diadakan tapi mungkin sbb kuatnya pengaruh bahasa cina, kadang2 saya sendiri mengabaikan pengajaran agama...
Tapi alhamdullilah ibubapa saya sedar akan tanggungjawab mendidik anak, saya diajar oleh seorang ustazah tiap2 mlm..
nuraarin : awak sek cina dulu ye.Bagus ada ibubapa yang prihatin tentang perihal agama anak2 kan...sekurang2nya bila dah besar kita bersyukur adanya didikan agama untuk panduan hidup dan boleh memberi tunjuk ajar kepada anak2 kita pula..
Ada jugak parents Islam yg camtu yek. I am a teacher. Just wanna share - that in Tganu and Klantan, sekolah2 cemerlang adalah sekolah2 agama so org berebut2 nak masukkan anak sek agama kerajaan or swasta. Kat KT sek men terbaik sek men agama sheikh Malik.Begitu jugak di daerah2 lain. Sek cina Chung Hwa yg top kat sini pun x bole beat. Anak2 sek agama ni hati dia terang, mudah terima segalanya.
Lupa nak britau..I've got awards for you...
ya betul tu. kesannya boleh nampak pada apa yg berlaku kat remaja² skang.
TK : tulah pasal. Mmg sekolah agama melahirkan ramai pelajar yg bijak pandai.
I dpt award ke? tkasih ye. Susah2 aje!
Mr PenyuBiru : Itulah yg kita bimbangkan. Remaja sekrg adalah cerminan generasi akan dtg. Kita sebg ibubapa perlu berhati2.
zaman saya dulu sekolah habis 1.30 , pukul 2.30 dah start kelas fardhu ain . Masa tu naik basikal jer tengah panas ke kelas .
< - - banyak belajar mengenai agama dari Fardhu Ain
touya : masa saya dulu pun mcm tu. Dari umah ke sekolah agama jarak lebih krg 2-3 km. Naik beskal aje...cuba bayangkan masa bulan puasa? aduhai!
assalamualaikum.
boleh tanya? dari masa pre school memang sekolah mandarin? atau pun darjah satu baru masuk sekolah?
maknanya dari darjah satu baru nak belajar segala yang basic?
macam mana dengan makan minum? ada diskrimasi tak kepada pelajar melayu di sekolah?
thank you
Pearl : memang anak2 sy masuk tadika yg ada ajar mandarin sejak umur 5 tahun lg. Tp bab tadika ni mmg kena pilih. Kena tgk cara penyediaan makanan, siapa tukang masak dia. kat sek mmg anak2 tak makan di kantin. setiap hr bawa bekal dan setiap hari ingatkan tentang halal haram makan masakan org bukan islam. Memang klu nak masukkan anak kat sekolah cina ni mmg banyak remehnya. tp inilah pengorbanan sy. Semuanya hilang bila mereka pandai berkomunikasi dlm bahasa cina dan excel dlm pelajaran...just my 2 cents
Post a Comment