Followers

Saturday, November 28, 2009

Nyum! Nyum! Kelapa Bakar dan Lokan Bakar














Selama aku hidup kat muka bumi ni tak penah lagi aku tengok, rasa dan makan kelapa bakar ni. tapi kalau kelapa muda memang faberet aku. Kalau balik umah mak, abah atau adik lelaki aku memang dah kaitkan beberapa buah kelapa muda. Aku akan menikmati air kelapa yang diletakkan ais, sedikit gula dan mengunyah isinya yang lembut itu...wah...tetiba kecur air liur dibuatnya. Dapat menikmati air kelapa sejuk dengan isinya memang membuatkan aku hilang ingatan buat seketika...

Tapi semasa di Tuaran, Site Manager Gems, Ust Hj. Nicholas atau lebih mesra dipanggil Hj Nick telah membawa kami merasai Kelapa Bakar. Emmm...siapa dah pernah makan sila angkat tangan!! Sebab aku selama ni tak pernah tahu adanya kelapa bakar ni.

Kelapa Bakar ni sebenarnya dibuat daripada kelapa muda. Dibakar disatu bekas khas dan kemudiannya dikupas sabutnya. Aku tengok kesian lak si pengupas sabut tu...terkial-kial menahan panas. Kemudian dipotong dibahagian atas untuk memudahkan kita meminum airnya dan diberikan sudu untuk makan isi kelapa tadi...So airnya memang panas. Kalau tak berhati-hati mau melecur lidah kita. Ia juga boleh dimakan dengan madu untuk rasa lebih manis. Memang bestla...kalau uols pegi ke Tuaran, jgn lepaskan makan Kelapa Bakar ni...

Kita orang jugak dijamu dengan lokan bakar. Lokan ni isinya dikeluarkan dahulu, dimarinate dan selepas beberapa jam baru diletakkan dalam kulitnya semula untuk dibakar. Akupun sebenarnya tak pernah lagi makan lokan. Kalau kupang, kerang bakar tu biasalah...tapi lom pulak jumpa yang dimarinate dulu. Dia punya mee hoon soto dia pun sodap gak. Macam mee sup utara, tapi aku rasa yang ni lagi sedap sebab aku rasa daging dia lebih lembut dan lebih manis. Masa kitaorang balik tu baru Hj Nick bagitau mee sup Tuaran dia menggunakan daging kerbau, bukan daging lembu...wah! terperanjat gak aku...tetiba je terbayangkan arwah kerbau nenek aku kat kampung, Ganas giler muka dia...Kalau aku bagi minum air lepas dia makan rumput tu, satu baldi besar tu selamba aje dia habiskan!! Tapi mmg aku tak sangka lak daging kerbau ni sedap rasanya. Selama ni aku ingatkan daging kerbau mesti lebih liat dan lebih kasar daripada daging lembu. Emmm....banyak betul makanan yang sedap-sedap kat Malaysia ni yang belum aku rasa rupanya...

Apa-apa pun, aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih buat Hj Nicholas, Hj Sabiron dan semua admin staff di Tuaran yang telah melayan, menjaga kami dengan baik sampai masa nak balik tu...badan dah rasa macam berat aje..Terima Kasih daun keladi, kalau kami ke Tuaran, jangan lupa belanja lagi...hehehe



Saturday, November 21, 2009

Sebening Tuaran Beach Resort, Sabah








Assalamualaikum!

Lama rasanya tidak menulis di ruang ini. Rindu rasanya. Masa di Tuaran bukan taknak tulis tapi kepenatan selepas seharian berdiri dan bercakap. Malam masa untuk berehat-rehat dan menonton TV. Masa nak tulis ni pun sebenarnya tengah bersiap-siap untuk ke destinasi seterusnya iaitu Cherating Beach Resort, Pahang. Tugasan yang sama.




Emm...cerita pasal Tuaran Beach Resort (TBR). Sebenarnya ni first time aku menjejakkan kaki ke TBR ni...cantik tempatnya. Resortnya besar. Private beach. Ada SPA. Banyak bilik. Sesuai untuk honeymoon. Tempatnya kalau dari Kota Kinabalu memakan masa perjalanan lebih kurang 45 minit dengan kereta. Kenapa aku kata dia sesuai untuk honeymoon? Sebab kalau nak ke kawasan lain memakan masa gak. Kalau yang suka shopping tu aku suggestkan carila hotel yang berdekatan dengan KK saja...

Tempat ni sebenarnya dah ditutup hampir 10 tahun yang lalu dan baru dibuka pada bulan Ogos 2009. Walaupun baru 3, 4 bulan beroperasi, pengunjung luar negara ramai gak. Kebanyakannya aku tengok pelancong mat saleh warga emas. Masih lovey dovey lagi dengan pasangan masing-masing. Dengar kata promotion package kali ini sangat berbaloi -baloi harganya. Kira pandailah owner dia buat promosi.

Aku kat sini lebih kurang 5 hari jugak. Tapi kat sini tak macam semenanjung. Kat sini waktu zohor kul 11.58, Maghrib kol 5.50 petang. Masa ni dah gelap dah. Aku lak training abis kol 5.00 petang. Jadi kelam-kabut gak nak sembahyang and nak jalan-jalan tengok pantai. Hari yang keempat baru sempat tengok pantai dan kebetulan cuaca pada hari tu elok. Bolehlah amik beberapa keping gambar. Nanti aku uploadkan lagi beberapa keping gambar.

Orang Sabah memang best. Aku dok 5 hari kat sini pun dah bercakap ikut slang orang Sabah bah! Mereka sgt friendly. So dok lama kat sini taklah rasa boring sangat...cuma rindukan anak-anak saje...

Masa nak balik, memandangkan flight kol 3.30 petang, kitaorang singgah jap ke Pasar Filipina yang sekarang dah ditukar nama sebagai Pusat Kraftangan KK. Adalah membeli serba sedikit brooch mutiara sebagai cenderahati untuk adik beradik dan ipar duai. Tapi sayang kat sini terlupa lak nak amik gambar...apa tak nyer...asyik sangat memilih!! Geram tol tengok brooch, gelang mutiara cantik-cantik dan murah-murah...pakkallah duit ngam-ngam aje...kalau tak mau ku borong satu kedai tuh...hehehehe

Monday, November 9, 2009

One Book A Day




Smart Parents Brighter Kids
Author : Zaid Mohamad
Publisher : Truewealth Publishing


Smart Parents Brighter Kids ni bagi aku merupakan sebuah buku yang sangat menarik. Ia penuh dengan tips-tips bagaimana menjadi ibubapa yang baik dan melahirkan anak-anak yang bijak dan aktif.

Aku adalah baca beberapa buah buku seumpamanya, tapi aku dapati buku ni best sangat, dengan memaparkan strategi belajar yang proven sebab penulisnya juga merupakan seorang bapa kepada 4 orang anak dan mempraktikkan segala apa yang ditulis di dalam buku ini.

Aku pula sebagai ibu mendapati setiap contoh, setiap saranan dan setiap apa yang ditulis sangat dekat dengan diri aku dan anak-anak aku.

Paling aku tertarik adalah topik tentang `Top 10 Smart Parents Learning Smart Action Plan You Can Start Today!

i) Take a look at your kids' study habits - are they early starters or they prefer to cram for the exams? Encourage them to be early starter

ii) Find a way to ensure that your kids have enough practice exercises for their core subjects. Help them in any way you can. For example, you can reinforce their understanding og weaker subjects by giving additional questions similar to the ones they got wrong.

iii) Work with Parents and Teacher Association

iv) Check your kids work yourself. Schedule at least a day per week to go through their exercise books, homework, exam paper and so on.

v) Work out a schedule with your spouse and agree on whose turn is it to check your children's work.

vi) Classify your kids subjects into the folowing categories

  • Maintain : for subjects they score the highest percentage (A)
  • Invest More : for subjects that are between maintain and crisis
  • Crisis : for subjects that they score the lowest percentage.

vii) Review their daily schedule

viii) Go shopping for books on the weekend with your kids. Let them choose the relevant exercise book.

ix) Buy Monday edition of Berita Harian and subscribe Didik.

x) Check out the online practice sites.

Ada banyak lagi tips-tips yang menarik dalam buku ini. Kepada sesiapa yang mencari-cari apa lagi yang perlu dibuat untuk mendapatkan anak-anak yang berdisiplin dan cemerlang, segeralah dapatkan buku ini. Dengar cerita kat Popular Jusco Melaka, buku ni dah kehabisan.

Anakku jadi Pengawas?

Ni lah dia Mir Fasya Aina bte Muhamad Ali




Apalah nak heran anak jadi pengawas. Kat luar sana lagi ramai anak org lain yang jadi pengawas. Malah ada yang semua anaknya jadi pengawas? Jadi apa `besarnya' anak aku jadi pengawas nih!! Sensasi ke?
Takdelah kot...cuma menyambung kegembiraan anakku no 3, Mir Fasya Aina (7 tahun). Pengawas pun sekadar di sekolah agama...Itupun dah cukup menggembirakannya. Aku pun gembira gaks. Maklumlah diantara 3 orang yang dah bersekolah, nampaknya yang no 3 menyerlah sifat kepimpinannya...Abang-abangnya no 1 dan no 2 belum lagi kot!

Petang tadi semasa balik dari sekolah agama, dari pintu pagar dia dah menjerit memanggil aku

"Mama, mama,

Akupun bergegas keluar dengan muka yang panik...kot-kot ada yang tak kena.
"Mama...hari ni baby sangat gembira"
Anakku yang satu-satunya perempuan diantara 4 beradik dan membahasakan dirinya baby ni bagai tak cukup nafas nak bagitau sesuatu.

"Mama, baby jadi pengawas sama dengan Farah"

Farah merupakan jiran kami dan juga merupakan rakan baiknya juga. Di sekolah saling bersaing secara sihat. Kalau tak Farah dapat nombor 1 dalam kelas, pasti Fasya yang merampasnya...

Aku pun menerimanya dengan perasaan gembira. Mendukungnya (aduh beratla pulak, walaupun kurus) berat tulang agaknya, mencium pipinya dan mengucapkan tahniah...

Dia terus masuk ke rumah dan mencapai telefon..nak telefon babahnya yang sekarang ada kat Mekah. Macamlah dapat. Babahnya da pakai nombor tempatan. Bila ckp tak boleh telefon, dia kata nak email pulak...emmm...apa-apalah nak...Sib baik lepas sembahyang maghrib si babah telefon dari Mekah. Dapatlah dia menyampaikan berita gembira itu.

Mengenangkan kembali semasa hari pertama di sekolah agama pada awal tahun 2009, dia cukup tertarik dengan pelajar yang memakai baju kurung warna ungu. Abangnya cakap...itu pakaian pengawas. Dia tanya aku, mama, macamana nak jadi pengawas. Aku jawab kena belajar rajin-rajin, dapat nombor 1, baru cikgu pilih jadi pengawas. Dia jawab, baby rasa baby nak jadi pengawas lah! Kalau macam tu kenalah belajar rajin-rajin! Jawapan standard seorang ibu kot! abis nak cakap apa lagi kan! Tak sangka, cita-citanya tercapai! Tu dah berangan-angan dan tak sabar nak beli baju ungulah tu...

Saturday, November 7, 2009

Sesuatu Yang dijangka dan sesuatu yang tidak disangka-sangka

1 November baru-baru ni aku ada training kat Perangsang Templer Golf (PTG) selama 4 hari. Mu hubby pun ikut sekali kerana dia dijangka berangkat ke tanah suci Mekah pada 3 Nov. So dia akan bertolak ke KLIA pagi tu tanpa aku dpt menghantarnya...bukan taknak pegi tapi tarikh ini merupakan tarikh baru yg dia dpt selepas 2 kali postponed disebabkan visa media. Ya, dia pergi untuk bertugas mewakili sebuah syarikat TV berbayar.

Aku rasa sangat sedih!! Ya lah kitaorang tak pernah berpisah lama. Ni mungkin memakan masa sebulan...aduh! seksa gak rasanya nak melepaskan orang tersayang. Tapi pikir-pikir balik dia bertugas dan tempat yang dia pergi memang menjadi idaman semua muslim di dunia ini. Redha ajala...Meleleh-leleh air mata aku masa dia nak pegi...aku tengok mata dia pun merah menahan tangis.

Tup-tup petang dia muncul aje kat hotel balik. Katanya postponed lagi...aduh kesiannya aku tengok hubby aku tu...kenapalah dia jadi mangsa keadaan. Orang lain yang salah menguruskan orang lain yang jadi mangsa. Si organiser tu pulak lepas bersama team lain menaiki pesawat dan hanya melambai-lambai manja kat hubby aku...bagi ucapan baik lak tu...kami tunggu anda di sana!!! pergh!! aku dengar pun menyirap lah jugak! kata dah uruskan utk semua, nape lak ali (laki aku tu la) tertinggal lak??? penuh persoalan dalam kepala aku..tapi ali cool je...ada hikmah...tu katanya..Hai!! kalau akulah...mesti aku dah mengadu dgn pengurusan atasan atas pengurusan yang tak efisyen dari staffnya jugak yang cakap dirinya sangat bagus!! hampeh!!

Kamipun balik bilik...rehat,rehat...melepaskan lelah...melepaskan perasaan...termenung...mengenangkan nasib...tetiba dapat panggilan telefon dari kawan ofis lama menyampaikan berita sedih...

"Ila kau kat mana?
"Kat KL, nape?
"Kau relax, kau tak driving kan? aku nak bagitau kawan kita suzaini baru meninggal??
Aku macam tak percaya. tergamam. Terdiam.
"Dia jatuh kat bilik server, pengsan dan terus meninggal! Sekrg jenazah dia masih ada kat opis ni tunggu ambulan. Kitaorang pun tak tau dia meninggal dunia sebb apa. Will update you later!
Selepas mengucapkan terima kasih aku meletakkan telefon dan lutut kakiku bagai longgar untuk berdiri lebih lama. Aku terus duduk di tepi katil bilik.

Ali pun terperanjat dan kitaorg pun buat keputusan balik ke Melaka petang tu jugak untuk menziarah walaupun aku masih ada keje lagi 2 hari. Fikir aku esok pagi-pagi kol 5 shoot balik ke KL.

Dalam perjalanan kami termenung, air mata aku mengalir perlahan-lahan...terkenangkan suzaini kawan yg telah aku kenali selama 11 tahun iaitu sepanjang aku bekerja di KYM. Sangat baik dan sangat ringan tulang. Mintak tolong apa sahaja tak pernah kata tidak. Suka mengusik aku...dan yang paling aku sebak bila terkenangkan anak-anak dia yang masih kecil dengan isteri yang tidak bekerja....Ya Allah!! kesiannya mereka. Kecil-kecil lagi dah jadi anak yatim.

Dia datang sekeluarga pada hari raya dan dia masih orang yang aku kenal...tak nampak apa-apa perbezaanpun...Ya Allah! macam tak percaya zaini dah takde...

Tapi yang paling syahdu dia sempat bercakap dengan abg mie kawan kitaorg rapat jugak tentang dia terlupa nak jumpa ali sebelum ali ke Mekah beberapa jam sebelum dia meninggal...

Alfatihah untuk allahyarham Suzaini Ibrahim.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails