Followers

Monday, June 28, 2010

Budak 3 Tahun Hafaz 3 Juzuk Al Quran





Budak 3 Tahun Hafaz 3 Juzuk Al Quran


IPOH 27 Jun - Kebolehan Darwisha Adriana Rozali, 3, memperdengarkan bacaan surah al-Waqiah bukan sahaja mengagumkan kira-kira 1,000 hadirin tetapi turut menarik perhatian Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.

Darwisha berjaya menghabiskan bacaan hafalan 96 ayat dalam surah ke-56 itu dalam tempoh tidak sampai 15 minit.

Ibunya, Mazlina Ramli, 39, ketika ditemui berkata, kebolehan anak sulungnya itu terbukti apabila dia mampu menghafaz tiga juzuk al-Quran termasuk surah-surah pendek dalam juzuk ke-30.

"Sejak usia enam bulan, saya sudah mendedahkan kepada Darwisha Adriana ayat al-Quran menerusi cakera padat video (VCD) surah al-Furqan.

"Saya mengajarnya dengan menggunakan buku Iqra' ketika berusia setahun," katanya yang berasal dari Shah Alam.

Sementara itu, Zambry berkata, kerajaan negeri akan mewujudkan sekolah tahfiz al-Quran dan hadis dalam usaha melahirkan tahfiz yang berkaliber di negeri ini.

Beliau berkata, langkah itu juga bagi membolehkan pelajar yang menamatkan pengajian di sekolah-sekolah agama dapat meneruskan pengajian tahfiz mereka.

"Setakat ini, sebuah pusat pengajian tahfiz sudah diwujudkan di Institut Tadbiran Islam Perak (Intim) dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan golongan tahfiz," katanya di sini.

Sementara itu, Zambry berkata, perkembangan Pusat Pendidikan Al Barakah merupakan satu pendekatan yang komprehensif ke arah melahirkan insan yang mempunyai kemahiran dalam bidang agama.


Sumber : Utusan Online

p/s : memang benar pepatah melayu, kalau nak melentur buluh biar dari rebungnya..Malu pun ada rasanya. Sebab aqiel pun lebih kurang sebaya aje dengan adik Darwisha tapi Alif  Ba Ta pun belum lancar lagi...huhuhu. Esok nak pergi buku Iqra' untuk Aqiel. Thanks untuk berita ini. Tersentak rasanya! 

6 comments:

Artzlizan said...

alhamdulillah......

maslinamansor said...

Taniah kepada ibu bapa Darwisha kerana mendidik anak mereka dengan baik... Jarang2 ada yang mempunyai kebolehan sebegitu...

Qarl said...

dis little girl blaja di sebuah pre tahfiz center di shah alam

qarl ade jd photographer tuk event maulidurrasul center die blaja bulan mac lalu..
mmg kagum

subhanallah

ila-ali said...

princeduyong: alhamdulillah..sejuk perut ibu mengandung kan!

Maslinamansor: Betul tu. Kanak2 ni kan terang hati. Klu kena dgn cara mengajarnya, insyaallah berjaya.

Qarl :Boleh bagitau pre tahfiz center tu tak? awak photographer ye? bestnyee..

zella y said...

kita yg dh dewasa pun xhafal al-quran lg...

syukur dan kagum dgn kebesaran dan keistimewaan yg Allah beri utk kanak2 ni...

Lynn Nasir said...

kagumnya..best sgt kalau ada anak mcm tu ye? dulu siti musliha hafaz yaasin, tapi pastu jd penyanyi. ntah apa cerita..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails