Followers

Monday, July 12, 2010

La Tahzan...Sahabatku

Degupan jantung bagai terhenti saat menerima berita sahabat rapatku, Noor (bukan nama sebenar) mengidap penyakit yang amat ditakuti oleh kaum wanita, kanser payudara tahap 4. 


Sebelum mendapat tahu berita tersebut, Noor yang baru beberapa bulan melahirkan anak ke lima mengalami bengkak susu yang berlarutan. Terdapat ketulan di payudara kirinya. Bagi yang pernah mengalami bengkak susu pasti mengalami keadaan yang ada ketulan dipayudara kesan susu yang tersumbat. Aku pun pernah mengalami keadaan ini sehingga bengkak dan terpaksa berjumpa pakar kerana sakit yang amat sangat. Doktor pakar memicit ketulan tersebut dengan kuat agar ketulan itu dapat dipecahkan kerana ditakuti ianya bertukar menjadi nanah dan terpaksa dibedah. Bagai nak menitik air mataku semasa Dr memicit ketulan tersebut.


Jadi apabila Noor mengadu kepadaku keadaannya itu, aku cakap agaknya Noor mengalami bengkak susu sementelah dia mempunyai anak kecil yang masih menyusu badan. Tetapi keadaannya berlainan daripada diriku. Badannya lemah dan tangan sebelah kiri hampir tidak boleh diangkat. Payudaranya bengkak dan tidak boleh tersentuh. Sakit yang amat. Ujian Dr kali pertama tidak mendapat apa-apa keputusan. Selepas beberapa bulan, keadaan masih tidak berubah, Noor melakukan pemeriksaan di hospital lain dan apa yang ditakutinya benar-benar berlaku apabila Dr yang memeriksanya menyampaikan berita yang mengejutkan itu.


Tapi aku tahu Noor tabah orangnya. Dari nada suaranya melalui telefon tatkala dia dimasukkan ke hospital untuk rawatan kemoterapi aku tahu dia dapat menerima takdir yang menimpanya. Walaupun berat, katanya tatkala aku memuji sikapnya yang sangat positif itu, dia tabah demi anak-anaknya yang seramai 5 orang. Anak Noor masih kecil. Paling tua kalau tak silap baru 11 tahun, 9 tahun, 7 tahun, 3 tahun dan 8 bulan. Anaknya masih memerlukan kasih sayang seorang ibu.


Aku pergi melawatnya di rumah ibubapanya seusai kemoterapi yang pertama. Noor dibenarkan pulang selama 2 minggu. Dalam perjalanan ke sana aku membina skrip perbualan dan merangka kata-kata semangat. Aku sebenarnya tak tahu nak cakap apa, nak berbual apa. Tapi aku harap kehadiranku dapatlah sedikit sebanyak menggembirakan hatinya. Yelah Noor seorang wanita yang aktif. Ramai kawan. Tiba-tiba terpaksa hanya duduk di rumah dan menahan kesakitan pastinya menimbulkan kebosanan. 


Alhamdulillah selepas kemo, Noor tidak mengalami alahan seperti orang lain yang biasa ku dengar. Noor tidak mengalami muntah2, lembik2 badan, pening berterusan. Apa yang keperhatikan Noor masih boleh berbual seperti biasa wpun lontaran suaranya lemah sedikit, masih boleh ketawa, masih boleh bercerita. Malah menceritakan saat kebosanan di hospital, beliau masih sempat melayari internet dan mendengar ceramah-ceramah motivasi. Lega aku mendengarnya. Kehadiran suami yang sentiasa berada disisi dan mengambil alih tugasnya sebagai ibu begitu menyentuh hatiku...


Dalam keadaan sebegini, apa yang perlu Noor lakukan adalah "La Tahzan" iaitu Jangan Bersedih. Kesedihan hanya akan mempercepatkan sel barah dari merebak. Tiada apa-apa yang mampu aku hadiahkan kepadamu Noor hanya senaskah buku ini moga ianya dapat memberi panduan dalam perjuanganmu melawan penyakit ini. Naskah ini juga antara koleksi kesayanganku dan kuharapkan kau dapat sesuatu yang baik daripadanya. 


Noor aku sentiasa mendoakanmu dalam setiap solatku, moga kau cepat sembuh dan sentiasa tabah meniti hari-hari yang seterusnya. Amin!!


Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari
Dia datangkan petir dan kilat
Kita menangis dan tertanya-tanya...
ke mana hilangnya sinar
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi....

15 comments:

xazryx said...

da tahap keberapa kanser dia tuh ?

pirates said...

doakan selamat sejahtera n selamat dr sengsara...moga2 cepat sembuh dengan kekuasaanNya.. amin

suri said...

kak ipar suri pun kena juga..rasa takutkan..

zella y said...

semoga sahabat akak cpt sembuh...
amin.....

TK said...

kanser at stage 4 tu mmg berisiko Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul..Harap2 she'll be very strong. Definitely she needs sokongan from families and friends ..and you have done a good deed 4 your friend.
Saya dah beli buku tu..mmg bagus

munna said...

dugaan tuhan.. harap sabar menghadapinya

ila-ali said...

xazryz : kanser tahap 4

pirates : tkasih. Moga Noor cepat sembuh. Tiada yang mustahil jika itu kehendakNYA. Amin

ila-ali said...

suri : Betul tu. Dulu cerita ni kita hanya baca di suratkhabar ataupun di TV. tapi sekarang terjadi di kalangan yang rapat dgn kita...Nauzubillah...dijauhkan kita dan keluarga penyakit2 yg merbahaya sebegini. Amin!!

zella y : tkasih...amin!!

ila-ali said...

TK :sumbangan kita sebagai kawan ni hny sedikit shj jika dibandingkan dgn kesengsaraannya. Tapi doa dan perhatian harap dpt berkekalan...

munna : Tkasih. Semoga sahabat sy tu tabah menghadapinya...amin!!

piewahid said...

seram membacanya. smoga beliau terus tabah menempuh ujian :)

p/s- abg sy sendiri skang sdg menjalani rawatan kimo kerana kenser leher...

PRINCESS RANIA said...

Semuga Allah memberi beliau lebih kekuatan dan semangat untuk melawan penyakit.. disamping dorongan semangat dari keluarga dan kawan2..Amin

PRINCESS RANIA said...

Semuga beliau kuat dan tabah melawan penyakitnya.. Amin..

ila-ali said...

piewahid : memang gerun mendengar kawan2 yg mendapat penyakit merbahaya ni. Doa semoga cepat sembuh untuk abang piewahid yang diserang kanser leher...

princess rania : Terima kasih atas doa tersebut. Mmg masa ni yang diperlukan hanya sokongan dan dorongan serta doa keluarga dan teman..

Lynn Nasir said...

salam,

semoga sahabat ila tabah selalu..getir jian utknya..ya Allah sembuhkanlah dia..

ila-ali said...

Lynn..tkasih atas doa yg beri. Kasihan kawan ila ni sbb anak dia kecil2 lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails