Followers

Thursday, May 20, 2010

The Naked News...Pembaca Berita Bogel?

Petang yang indah semalam dimanafaatkan dengan menonton TV. Lama sungguh tak menonton TV di siang hari. Sambil mengunyah makaroni bakar buatan sendiri, menghirup nescafe panas yang harum aromanya..walla! tangan pantas menekan `remote control' mencari-cari rancangan yang menarik petang itu. Tetiba tangan terhenti  dan mata tertumpu melihat rancangan Believe It or Not. Kat TV berapa tak ingat. TV3 kot. Ada yang menarik disitu....

Nak terbeliak biji mata apabila melihat rancangan tersebut dipertontonkan satu persatu.
Mak aii...rancangan macam ni pun ada ka? baca berita lagi. Terperanjat melihat pembaca berita wanita pada awalnya memakai pakaian sopan seperti yang selalu dipakai oleh pembaca berita yang lain. Peliknya mereka ini, sambil menyampaikan berita, mereka akan membuka satu persatu pakaian sehingga akhirnya mereka menyampaikan berita tanpa seurat benang pun!

(jgn nak klik kasi besar lak...dah adjust dah...)

Bukan sahaja dalam studio tapi sekiranya mereka membuat liputan diluar pun, atau menemubual orang ramai  mereka juga akan menanggalkan pakaian mereka....teruk betulkan?? Dah macam rancangan porno aje.

Sesuai dengan tagline "The Program with Nothing to Hide" (konon-konon menyampaikan berita yang telusla..) Naked News ni merupakan saluran berita internet pertama yang meyampaikan berita melalui `naked newscaster' dan diterbitkan setiap minggu selama 50 minit. Siapa berminat kena subscribe. Berita-berita yang disampaikan meliputi berita dunia, ekonomi, hiburan dan sukan. Tapi, masalahnya kalau menyampaikan berita dunia misalnya tentang peperangan, rusuhan dan sebagainya dlm keadaan berbogel, apakah nilai berita yang disampaikan itu? Adakah penonton melihat berita atau melihat pembaca berita menanggalkan pakaian satu persatu...isk!isk!isk!

Peliknya semasa mereka menanggalkan pakaian, konsentrasi mereka bagai tidak terganggu, mereka dapat menyampaikan berita dengan lancar dan ekspresi muka yang bersahaja. Memang pro la dorang ni.

Kalau dalam studio pulak jika ada rancangan temubual bersama tetamu-tetamu jemputan yang kebanyakannya lelaki, mereka dengan selambanya membuka pakaian sampai habis. Tetamu tu lak sambil jawab soalan sambil jelinglah kat pengacara bogel tu...hahaha...lawak2. Tapi control abisla tetamu tu melihat aksi pengacara yang menggoda sambil bertanyakan soalan.

Macam-macamkan orang nak cari duit dan nak popular. Tapi personally aku rasa, rancangan ni betul-betul mengeksploitasi kaum wanita la..Pastinya subscribernya ramai lelaki dan percayalah dorang bukannya nak tengok berita sangat!

Kalau nak tengok lebih lanjut silalah klik kat sini : 18 tahun ke atas aje...(i dah padam link ni..klu nak tau google sendiri la!!)

23 comments:

velasrizal said...

hmm macam2 kan idea diorg ni nak tarik minat penonton..


Jom Berpoligami Cara Salih Yaakob !

mrs.ecam said...

ish sabo jekla...tp rsnyer pnah tngk gak dlm ripley's tu dl...tp die sensetkn la kn bile pngacara tu bkak bj die 1 persatu...gilez kentang...n aku sukung la klu ko ckp yg tngk tu bkn nk tngk brite pong tp sbb nk tngk pompuan2 tu berbogel...eii yarks...

maslinamansor said...

dah try buka... skali kena block... hehehe

zella y said...

ramai la lelaki2 yg nak tgk berita klu pembaca nya bogel camni hehehhe

org nk cr populariti n duit...mcm ni la...

ila-ali said...

velasrizal :jgn idea ni diparktikkan di Malaysia sudah!

mrs.ecam :gilez hentang??hahaha...i like!

maslinamansor: kena block?

zella : tu la pasal..mcm2 kan!

Anonymous said...

jom bace entry ellis..ellis de simpan something kat celah kangkang...hahaha

Hasrol Nizam said...

errr..macam ni pun ada. kalu ye pun nak telus sgt, ni terlebih telus ni..haish

ravishingpeacock said...

idea die mnarik tp kalo da pai tahap mengeksploitasi tubuh bdn wanita..rsnye sumtg wrong sumwhere

ravishingpeacock said...

ideanye menarik tp kalo da mengeksploitasi tubuh bdn kaum wanita, rsnye yhere must b sumtg wrong sumwhere

TK said...

masyaallah..so terrible..dugaan utk org akhir zaman..org lelaki suka la kot..

ila-ali said...

elis: sy dah tahu apa yg ada kat ceah kangkang tu...hehehe

hasrol : terlebih teluskan! tp serol suka tak? (hahaha..soklan nakal skit)

ila-ali said...

ravishing : masalahnya knp la pompuan tu sanggup dieksploitasi?? agaknya mmg suka glemer smpai sggup buat apa sahaja agaknya!

TK : Mmg dah akhir zaman. Byk benda pelik dah berlaku bukan shj kat barat api kat malaysia pun dah byk.

Anonymous said...

ehem..jom dtg blog ellis..ade gamba adik LISA SURIHANI yang hot..

aiDieNa said...

a'aa.. ada jugak tgk rancangan nie dlm slot Believe it or Not tu.. and it is hardly believe lar kan.. ada org sanggup jaja maruah secara terbuka camtu.. to them.. itu perkara biasa.. hishhh.. tak semua dari barat itu baik untuk dicontohi..

Aidi-Safuan said...

hahahaha...nih kena subscribe nih. aidi-safuan pon jarang nak tengok berita dunia nih. tengok kat website nih jerla. :P

ila-ali said...

ellis : nanti sy tgk kay..;)

aideina : terukkan dorang!

aidi-sapuan: amboi, amboi, amboi.... (ikut gaya azwan ali)XD

hudamcgyver said...

duniaaaaa...makin besaaar nafsu deorang neh..adehhhh

kiLaLaLa said...

walawei..
kaw gle..
x sngke plak ade mcm 2..
barat2..

sya said...

ish... macam2 kan..
benda ni dah jadi macam biasa sangat kat sana kut.. jangan terbawak2 sampai kat sini sudah...

Aidi-Safuan said...

adeih.. ingat nak subscribe free jer. sekali tengok kena bayar la plak. mahal lak tuh. cancel tros. :P

ila-ali said...

Huda : tu la pasal!

kikilala :sy pun memula tgk...terperanjat gak.

ila-ali said...

sya : selisih malaikat 44 klu kat sini pun ada...

aidi safuan :klu free pun jangan...kat sini dah byk berita free kat TV..:)

Anonymous said...

Terima kasih untuk blog yang menarik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails