Followers

Monday, June 28, 2010

Budak 3 Tahun Hafaz 3 Juzuk Al Quran





Budak 3 Tahun Hafaz 3 Juzuk Al Quran


IPOH 27 Jun - Kebolehan Darwisha Adriana Rozali, 3, memperdengarkan bacaan surah al-Waqiah bukan sahaja mengagumkan kira-kira 1,000 hadirin tetapi turut menarik perhatian Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.

Darwisha berjaya menghabiskan bacaan hafalan 96 ayat dalam surah ke-56 itu dalam tempoh tidak sampai 15 minit.

Ibunya, Mazlina Ramli, 39, ketika ditemui berkata, kebolehan anak sulungnya itu terbukti apabila dia mampu menghafaz tiga juzuk al-Quran termasuk surah-surah pendek dalam juzuk ke-30.

"Sejak usia enam bulan, saya sudah mendedahkan kepada Darwisha Adriana ayat al-Quran menerusi cakera padat video (VCD) surah al-Furqan.

"Saya mengajarnya dengan menggunakan buku Iqra' ketika berusia setahun," katanya yang berasal dari Shah Alam.

Sementara itu, Zambry berkata, kerajaan negeri akan mewujudkan sekolah tahfiz al-Quran dan hadis dalam usaha melahirkan tahfiz yang berkaliber di negeri ini.

Beliau berkata, langkah itu juga bagi membolehkan pelajar yang menamatkan pengajian di sekolah-sekolah agama dapat meneruskan pengajian tahfiz mereka.

"Setakat ini, sebuah pusat pengajian tahfiz sudah diwujudkan di Institut Tadbiran Islam Perak (Intim) dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan golongan tahfiz," katanya di sini.

Sementara itu, Zambry berkata, perkembangan Pusat Pendidikan Al Barakah merupakan satu pendekatan yang komprehensif ke arah melahirkan insan yang mempunyai kemahiran dalam bidang agama.


Sumber : Utusan Online

p/s : memang benar pepatah melayu, kalau nak melentur buluh biar dari rebungnya..Malu pun ada rasanya. Sebab aqiel pun lebih kurang sebaya aje dengan adik Darwisha tapi Alif  Ba Ta pun belum lancar lagi...huhuhu. Esok nak pergi buku Iqra' untuk Aqiel. Thanks untuk berita ini. Tersentak rasanya! 

Friday, June 25, 2010

Pakulah Di dinding Hati Mu

Tazkirah Pagi Jumaat


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. Untuk apakah paku-paku ini ayah?tanya pemuda tersebut. Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata

“Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.”

SAHABAT adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

P/S : kepada sahabat..maafkan lah aku sekiranya kau terluka..


Monday, June 21, 2010

Taiping nan Indah

Friday, June 4, 2010

Sekitar Sambutan Harijadi Aqiel dan Fasya


Sambutan hari jadi dibuat pada 15 Mei 2010. Birthday Fasya yang sebenarnya pada 12 Mei 2010. Entrynya disini. Aqiel pulak 21 April 2010. So gabungkan sekali. Senang dan jimat kos.


Sejak ada aqiel ni. Sambutan belum pernah missed lagi. Kalau masa Aqiel setahun, kami buat doa selamat. Sebab Aqiel lahir tak cukup bulan. Kira setahun tu kami bersyukur sangat dia membesar sebagai bayi yang sihat dan tak banyak ragam. Tahun kedua doa kesyukuran sekali dengan ali punya promotion. Ni kira tahun ke 3 utk aqiel so aku buat lain sikit. Selain dari makan-makan ..(Ali incharge BBQ) Aku masukkan game Kerusi Berirama, Tiup Belon dan Baling Dart untuk budak2 besar sikit (tp tak smpt nak amik gambar) . Games tak banyak sebab masa yang singkat. 
Buat petang kol 5-7. 

Walaupun hadiahnya tak seberapa tapi dengan adanya games ni budak-budak nampaknya happy.
Fasya gembira sangat dan cakap inilah sambutan hari jadi yang padanya paling best!! Lebih-lebih lagi kawan baiknya Farah Wahidah dan Shamimi datang.
 Aqiel?? hurm...asyik sibuk dengan hadiah motor yang dia dapat..

So layan...

(sila klik untuk pembesaran yg nyata)


(Dari kiri : Farah, Fasya, Shamimi dan adik Shamimi)




Peserta tiup belon paling muda




Wednesday, June 2, 2010

Chocolate Anyone...!

Wa...daku memang hantu coklat. Apa sahaja yang melibatkan coklat daku memang suka. Apa saja...you name it!! Cita-cita dulu sebelum berhenti kerja, nak masuk kelas buat coklat, nak belajar buat coklat dan nak jual coklat. Siap dah beli domain nak jual online coklat jangan tak caya...tapi semangat berkobar-kobar sahaja tanpa hala tuju yang jelas, maka hampeh jadinya...itulah yang terjadi kepada daku! So...jangan ikut perangai macam ni.

Tapi `nafsu' (fuhh...ganas sungguh perkataan itu) aku terhadap coklat tidak pernah beralih arah. Lebih-lebih lagi apabila terpandangkan iklan tentang ini:


Nak pergi la...Sungguh menggamit-gamit hati dan perasaanku. Rupanya aku termissed yang kat KL punya..mcmanalah boleh tak perasan. Kalau KL dekat sikit. Kalau pergi kat sini sekurang-kurangnya aku tahulah setakat mana perkembangan coklat dan permintaannya di Malaysia. Dapat idea-idea menarik ke...hurmmm.

Agak2 kalau ajak Ali dia nak pegi tak? Tapi hari Ahad kena pergi KL lak. Mcamana ni...!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails