Followers

Sunday, March 6, 2011

Terlalu Pedih...

Sesungguhnya panggilan tepat jam 6.30 pagi tu benar-benar menyentap jantung hatiku. Mata yang tadi sangat melekat dikelopak mata terasa buntang tiba-tiba. Sayu dan sendu kedengaran dihujung talian menyedarkan aku daripada mimpi. Ya Allah, lagi seorang insan yang aku sayangi kembali kepadaNYA. Adakah ini jawapannya kepada tidak keruan hatiku sejak minggu lepas?




Noor lela Abd Rahman, sayunya hati apabila menyebut nama ini. Aku pernah menulis kisahnya di  sini. Beliau menderita kanser payudara tahap 4. Tidak sampai setahun beliau bertarung melawan penyakit tersebut, akhirnya ketentuan Allah, beliau kembali kepadaNYA pada usia 37 tahun dan meninggalkan 5 orang anak yang masih kecil.

Kadang-kadang aku terfikir mengapa insan mulia sepertinya cepat sungguh dijemput Allah dan suaminya yang baik diduga dengan dugaan yang hebat dalam usia yang muda dan anak-anak yang masih kecil. Ya Allah, bagaimanakah jika aku ditempat mereka adakah aku tabah menghadapinya??

Ya Allah, Ya Rabbi..hanya kau sahaja yang mengetahui nasib hambaMu. Kau redhailah rohnya dan terimalah dia sebagai kekasihMu. Rahmatilah pemergiaannya dan kau tempatkan dia ke dalam JannahMu Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin...

Al Fatihah buat Noor Lela Abd Rahman
5 Mac 2011
6.15 am.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails